Tuesday 30 April 2013

PAS Kelantan 'Taikkan' Hukum Hudud?!


Manifesto PR yang dilancarkan akhir Februari lepas secara rasminya merupakan kata putus muktamad mengenai penolakan pakatan pembangkang itu terhadap perlaksanaan hudud dan ia terbukti apabila tiada sepatah ayat pun mengenai hudud diabadikan di dalamnya.

Ia menyebabkan ramai penyokong PAS di peringkat akar umbi jadi kebingungan dan tertanya-tanya apakah prioriti perjuangan PAS untuk merealisasikan perlaksanaan hudud sudah terkubur atau sebenarnya PAS telah berubah matlamat kerana tuntutan semasa semenjak menjadi sebahagian dari PR?

Begitu pun, masih ada penyokong PR yang menaruh harapan isu perlaksanaan hudud akan tetap dinukilkan dalam mana-mana manifesto PAS di peringkat negeri terutama sekali Kelantan, andai itu yang berlaku bermakna PAS masih berpeluang mengangkat muka dan mendabik dada masih istiqamah memperjuangkannya.

Sayang seribu kali sayang, apabila harapan menggunung tinggi akhirnya tinggal sekadar angan-angan kerana pelancaran manifesto PAS Kelantan pada 23 April 2013 yang lepas juga walau sekelumit pun tidak memfokuskan isu perlaksanaan hudud di negeri itu.

Bila mana Kelantan selaku kubu utama PAS sendiri sudah mengetepikan matlamat menjayakan perlaksanaan hudud, suka atau tidak, terpaksalah penyokong PAS menepuk dahi sendiri untuk entah ke berapa kali dan belajar menerima kebenaran yang isu hudud hakikatnya hanyalah omongan politik sahaja selama ini.

Langkah PAS Kelantan menolak ke tepi isu hudud sebaliknya menyeru penyokongnya mengutamakan kemenangan ke Putrajaya, jelas sekali menggambarkan fokus PAS sudah beralih arah.

Tanpa hudud, bermakna PAS hilang satu lagi kekuatannya sekali gus menambah lagi koleksi kegagalan PAS dalam mempertahankan prinsip juangnya dalam berdepan dengan polisi liberalisme yang menguasai PR.

Tanpa isu hudud kesannya menyebabkan penyokong PAS terpaksa membisu dari terus mempertikaikan keislaman saudara seagama dalam UMNO. Tanpa kelibat isu hudud, maknanya PAS semakin jauh di belakang UMNO dalam mengejar sokongan orang Melayu Islam sempena PRU-13.

Demi menjayakan cita-cita menuju puncak kuasa, isu perlaksanaan hudud sanggup ‘dinajiskan’ dan di tong sampahkan hanya semata-mata untuk menjaga kepentingan rakan sepakatan seperti DAP dan PKR.

Dari sudut politik PR demi kebaikan DAP dan PKR, ia satu strategik yang betul namun PAS Kelantan sendiri sama ada sedar atau tidak sebenarnya sengaja mengali kubur sendiri bila bertindak demikian.

Mungkin menyedari hakikat itulah, sehari dua kebelakangan ini PAS kembali memalu gendang mencanangkan dakwaan bahawa PAS akan tetap melaksanakannya hudud seandainya PR menang PRU-13.  Sembang kosong bolehlah buat penyedap halwa telinga.

Tapi siapa lagi yang mahu percaya kalau dah komitmen dalam manifesto PR dan PAS sendiri pun gagal dipersembahkan kepada umum, tak gitu?

PAS Goyang Sama DAP Atau Mungkin Kit Siang?!



“Ada calon yang menjulang gambar Stalin, macam mana orang PAS nak sokong. Orang PAS kerjasama dengan PKR dan DAP – tak kerjasama dengan parti Stalin, parti Lenin, Karl Marx. Gambar Karl Marx duduk dalam markas, nak suruh orang PAS kerja, macam mana nak suruh orang PAS kerja?

“Komunis di haram di Malaysia. Itu yang jadi bertindih itu. PAS nak selamatkan PR – tak nak jadi macam Perak. PAS tetap bersama PR,” demikian penjelasan oleh Presiden PAS, Abdul Hadi Awang ketika mengulas isu pertindihan kerusi sesama PR dalam PRU-13.

Kenyataan Presiden PAS itu secara langsung merujuk kepada pertindihan kerusi di kawasan DUN Kota Damansara di mana PAS telah menghantar calonnya menyebabkan pertembungan dengan calon PR iaitu Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM), Dr Nasir Hashim yang bertanding atas tiket PKR.



Walau dibaca berkali-kali kenyataan Hadi itu, maksudnya tetap sama di mana PAS sama sekali tidak akan redha dengan pencalonan tokoh politik yang berfahaman sosialis dan komunis. Itu pendirian PAS seminggu yang lalu yang sewajarnya dipertahankan kebenarannya.

Kini selepas menerima tekanan demi tekanan yang diterima dari PKR dan DAP, lain pula yang berlaku apabila PAS akhirnya mengalah memberi laluan kepada calon PSM yang seminggu lalu dipandang keji dek kerana Dr Nasir berfahaman sosialis, bab kata Nik Aziz ideologi itu ibarat adik kepada komunis.

Mengikut kata Setiausaha Agung PAS Mustafa Ali, keputusan PAS menarik diri di DUN Kota Damansara adalah untuk mengekalkan status quo kerana kerusi itu sememangnya kuota PKR. Baru sekarang mahu sedar, maksudnya memang parah benar masalah kesepakatan dalam PR.

Perubahan mendadak pendirian PAS ini secara umumnya dialu-alukan oleh penyokong PR khususnya dari DAP dan PKR, tapi di hati kecil penyokong PAS wujud perasaan menggelodak amarah dan malu kerana terpaksa menyokong calon yang berideologi sosialis.

Patutlah dulu beria-ia benar Mat Sabu memuja kezaliman yang dilakukan oleh Mat Indera Komunis di Bukit Kepong, agaknya tahu suatu hari nanti PAS akan bekerjasama untuk menjayakan golongan yang sealiran dengan Mat Indera rupanya.

Apa pun, dengan perkembangan terbaru ini, sahihlah betapa rapuhnya PAS dalam mempertahankan pendirian dan prinsipnya, itulah puncanya kenapa dalam banyak isu misalnya kalimah Allah S.W.T, hudud, negara Islam dan kemurtadan, mudah benar PAS tewas dan tunduk kepada DAP dan PKR.

Jati diri PAS zaman sekarang jauh sangat bezanya berbanding dulu, prinsipnya rapuh sampaikan sanggup digadaikan segalanya demi menuju puncak kuasa yang tak ketahuan.

Jenis parti sebegini memang tak layak untuk menjadi pengganti kepada UMNO. Bahaya kepada masa depan agama, bangsa dan negara.

Justeru itu, eloklah pada PRU-13 5 Mei 2013 ini nanti, para penyokong PAS yang menyedari hakikat ini bergabung tenaga dengan rakyat Malaysia yang lain untuk sama-sama talkinkan saja PAS. Demi masa depan, itulah yang sepatutnya.

KIT SIANG LANCAR PROGRAM PROPAGANDA!


Baru-baru ini Penasihat DAP, Lim Kit Siang melancarkan kempen propaganda politiknya dengan mendakwa konon PR berupaya menawan 7 buah negeri termasuklah mengekalkan kedudukan PR sebagai pemerintah di Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan.

Tiga negeri tambahan yang termasuk dalam senarai itu ialah menawan kembali Perak serta menguasai Negeri Sembilan dan Perlis.

Malangnya, kempen propaganda murahan Kit Siang bagaikan angin lalu sahaja, tak mendapat sambutan dan gagal untuk meningkatkan moral penyokong PR dan tak berupaya menandingi kebangkitan semula BN yang berterusan memperkukuhkan kedudukannya.



Ia mengecewakan tidak hanya Kit Siang, tetapi juga menyebabkan ramai penyokong PR dilanda kebimbangan kerana jika BN mengekalkan prestasinya seperti sekarang dan rakyat pula makin hari makin selesa bersama BN, bermakna PR pasti tumbang di Selangor, Kedah dan Kelantan.


Lebih merunsingkan Kit Siang, bila mana kubu DAP di Pulau Pinang sudah merekah, jika kena gayanya dengan Pulau Pinang sekali harung diambil balik oleh BN.

Dalam temu ramahnya dengan akhbar China Press 27 April 2013, sekali lagi ditekankan propagandanya itu yang hakikatnya tersirat menunjukkan betapa terdesaknya DAP dan PR untuk menarik perhatian ramai supaya menyokong agenda mereka untuk mengejar kuasa ke Putrajaya.

Kit Siang sebenarnya faham, senario PRU-13 jauh berbeza dengan tsunami politik yang berlaku semasa PRU-12 2008, ditambah dengan mood rakyat yang kian kukuh di belakang BN, mahu tidak mahu terpaksalah beliau mengulangi kembali propaganda sedemikian.

Tambahan pula, Kit Siang amat mengharapkan dengan menyegarkan semula kempen propaganda ini akan mampu menjadi satu perasa tambahan untuk menarik lebih ramai penyokong PR untuk hadir meramaikan program politik PR sekali gus menjadi buah mulut khalayak.

Andai propaganda murahan dan taktik kelentong sebegini berjaya, ia satu bonus untuk DAP dan PR, kalau pun gagal ia setidak-tidaknya dapat juga meningkatkan semula semangat anak buahnya.

Itu matlamatnya, pendek kata amat diharap-harap sangat yang orang ramai akan teruja untuk menyertai kempen PR disebabkan perasaan ingin tahu apa perkembangan selanjutnya, itu sahaja.

Mungkin betul kempen propaganda Kit Siang dan DAP ini dapat memulihkan kembali semangat penyokong PR, tapi realiti semasa menunjukkan propaganda kelentong sedemikian bila sampai waktunya hanya dicampak ke longkang sahaja.

Monday 29 April 2013

Kit Siang, Monster Paling Digeruni Pemimpin PR!



Dalam kempen pembangkang akhir-akhir ini, menyaksikan pemimpin mereka semakin tidak dapat mengawal diri.   Rata-rata ceramah mereka menyerlahkan kemarahan, dendam kesumat dan dengki khianat yang parah terhadap Barisan Nasional.   Keinginan yang menggila untuk berkuasa menyebabkan mereka tidak mampu lagi berlakon sebagai seorang pemimpin yang rasional dan matang.

Sebaliknya, mereka menghamun dan mengutuk pemimpin BN semahu-mahunya dalam ceramah mereka bagi mencapai kepuasan.   Apa yang menarik ialah sasaran yang paling mereka gemari ialah Tun Mahathir Mohammad, bekas Perdana Menteri yang amat kita kasihi.

Tun Mahathir begitu giat membantu Perdana Menteri dan Barisan Nasional berkempen dalam PRU kali ini.   Rata-rata program yang menampilkan Tun Mahathir pasti menyaksikan sambutan yang hebat sedangkan beliau sudah lama bersara.  Kata-kata Tun Mahathir diambil sebagai amanat dan pedoman oleh segenap rakyat berbilang kaum.  Dalam setiap program, beliau tidak putus-putus mengingatkan rakyat agar membuat pilihan tepat.

Tun Mahathir tidak perlu bercakap berdegar-degar memaki hamun pembangkang sepertimana Anwar menyuruhnya pergi mati.  Tetapi, Tun Mahathir hanya perlu berkata benar dalam setiap ceramahnya, itu saja.  Dan itu pun sudah cukup untuk membuat pembangkang separuh gila.

Selain Anwar, antara yang separuh gila dengan usaha Tun Mahathir ini ialah Lim Kit Siang.   Susah hati sungguh si Kit Siang bila Tun Mahathir membantu BN.  Justeru, jenuhlah dikerah tentera kacang merahnya (Red Bean Army) menghentam Tun Mahathir kononnya sebagai manusia paling berkuasa, kukubesi dan ditakuti di segenap peringkat.

Namun, dalam pada itu juga, berduyun-duyun anggota dan pemimpin DAP keluar parti.

Dan alasan mereka pula adalah konsisten iaitu Lim Kit Siang anak beranak bersifat kukubesi, terlalu berkuasa dan amat ditakuti di dalam DAP!

Kata mereka, dalam meletakkan calon pilihanraya, Lim Kit Siang langsung tidak mengambil-kira suara pemimpin bawahan.   Mereka yang telah lama berjuang di dalam parti diketepikan dan rungutan mereka disambut dengan tempelak serta ugutan.

Sudahlah pemilihan CEC juga tidak telus yang mana penipuan dilakukan secara terang-terangan, Lim Kit Siang sedikit pun tidak menunjukkan kekesalan atas ‘kebobrokan’ anaknya dalam kes itu, hatta merestuinya pula.  Sehingga hari ini, tiada siapa di dalam DAP yang boleh mempersoalkan perihal kes CEC, atau akan diberi tekanan oleh kepimpinan atasan.


Sumber juga menyatakan Kit Siang begitu terdesak kini dan meningkatkan lagi kempen dengan cara mengugut.  Ini sebenarnya, tidaklah mengejutkan kerana sejak dahulu lagi, DAP amat sinonim dengan kes ‘menerima peluru dalam sampul’.   DAP juga diketahui mempunyai hubungan rapat dengan kongsi gelap bawah tanah.   Sesiapa yang melanggar perintah Lim Kit Siang, akan menghadapi ancaman ugut dan keluarga mereka juga berada dalam bahaya.  Kerana itu di dalam DAP sendiri mereka merujuk kepada pemerintahan DAP sebagai sistem ‘kilas tangan’.  Malah gelaran Tokong terhadap Lim Guan Eng juga dimulakan oleh orang DAP sendiri.

Oleh itu tidak hairanlah Teoh Beng Hock mengambil keputusan membunuh diri apabila menjadi ‘liabiliti’ kepada DAP.

Berdasarkan semua ini, kita tidak perlu menjadi seorang ‘genius’ untuk meneka bahawa kejadian bom dan letupan mempunyai kaitan dengan DAP.

Selain Kit Siang, pemimpin DAP yang rapat dengannya juga tidak segan silu menunjukkan sikap samseng mereka kepada rakyat, mungkin untuk membangkitkan rasa gerun terhadap parti itu.  Antaranya, Tony Pua ketika menjawab soalan Malaysiakini mengenai Red Bean Army, beliau berkata tugas kumpulan itu adalah untuk ‘membunuh orang’.  Benar, ia adalah satu perumpamaan, namun perlukah menggunakan perumpamaan yang begitu ‘ganas’ dalam politik?

Jenice Lee, Shen Yee Aun, Tunku Aziz adalah antara segelintir nama-nama yang sanggup tampil ke hadapan dan menelan segala ugutan demi untuk mendedahkan sikap DAP yang kukubesi, kejam, korup dan kotor.  Selebihnya, hanya menentang Kit Siang secara senyap-senyap kerana bimbang tindakan parti terhadap diri dan keluarga mereka.

Kit Siang sebenarnya amat sedar akan persepsi ramai terhadapnya, kerana itulah beliau bersungguh-sungguh cuba membalikkan persepsi itu kepada Tun Mahathir, iaitu sasaran paling ‘besar’ dan paling mudah.

Namun, taktik Kit Siang tidak laku kerana rakyat tahu siapa Tun Mahathir iaitu pemimpin yang berhati mulia yang tidak jemu-jemu berusaha merealisasikan sebuah dunia yang lebih baik untuk manusia sejagat.   Tun Mahathir terkenal dengan sifat penyayang dan ia boleh dilihat jelas dalam hubungan beliau dengan Tun Siti Hasmah.

Tun Mahathir tidak pernah hilang kawalan atau menggila dan menghamun sesiapa sepanjang hidupnya.  Biarpun beliau paling marah kepada George Soros suatu ketika dahulu kerana hampir memusnahkan negara ini, beliau telah meluahkan kemarahan itu dengan cara yang amat tenang, dalam ayat yang cukup tajam tanpa perlu terjerit-jerit mencerca seperti Lim Kit Siang mahupun Anwar Ibrahim yang ingin melepaskan geram.

Justeru, Kit Siang tidak mungkin mampu mencipta gambaran ‘raksaksa’ terhadap Tun Mahathir kerana semua orang tahu, terutama orang-orang DAP sendiri, bahawa Kit Sianglah raksaksa yang sebenarnya.  Raksaksa yang bernama Kit Siang ini tidak sanggup bersara seperti Tun Mahathir, tetapi beliau perlu berada di dalam hierarki kepimpinan bagi memastikan kepentingan beliau dan anak-beranaknya sentiasa diutamakan.

Apapun kita ucapkan ‘Selamat Berjaya’ kepada tentera kacang merah di Komtar dan Concorde untuk memulihkan imej Kit Siang dalam masa 7 hari ini.  Apa yang pasti, beribu-ribu tentera ini tidak mungkin mampu mencipta persepsi bahawa Kit Siang adalah seorang pemimpin yang penyayang dan prihatin dalam masa 7 hari mahupun 70 tahun lagi.

DAP Serah Bukti Kepada SPRM Siasat Isu Rasuah Wakilnya Sendiri!!


DAP Pecat Jenice Lee.

Berita dari akhbar Nanyang Siang Pau dan New Strait Times menyebut satu laporan SPRM baru sahaja dibuat oleh Pemuda Sosialis Parti Tindakan Demokratik (DAPSY) ke atas Jenice Lee yang juga merupakan bekas wakil rakyat DAP di DUN Teratai.

Menurut kenyataan DAPSY, tindakannya membawa kes Jenice Lee kepada SPRM disebabkan pihaknya yakin Jenice Lee telah melakukan penyalahgunaan kuasa selain disyaki terlibat dalam 5 kes penyelewengan dana negeri dan wang penduduk.

Serentak dengan itu juga DAPSY mendesak calon Bebas itu menarik balik pencalonannya dengan alasan rakyat kawasan DUN Teratai tidak memerlukan wakil rakyat tidak bertanggungjawab seperti Jenice Lee.

Entah apa bukti yang diserahkan bagi menyokong laporan tersebut belum diketahui, namun persoalannya kenapa sekarang? Mengapa semasa Jenice Lee masih merupakan Wakil Rakyat DAP bagi kawasan DUN Teratai, perkara ini didiamkan?

Jenice Lee telah dipecat keahliannya sebagai anggota DAP dua hari selepas penamaan calon PRU-13 berikutan kegagalan bekas Wakil Rakyatnya mengikut arahan parti supaya menarik diri sebagai calon Bebas di DUN Teratai.

Dek kerana Jenice Lee kekal bertanding Bebas menentang calon DAP sendiri, barulah timbul bukti itu ini dan laporan baru dibuat kepada SPRM. Nampak seperti ada sesuatu yang tak kena.

Secara tersuratnya, tindakan DAP melalui sayap pemudanya merujuk isu penyelewengan Jenice Lee kepada SPRM seakan menggambarkan betapa prihatinnya parti anak beranak Lim Kit Siang itu dalam menentang amalan rasuah dan penyelewengan kuasa.

Sekilas pandang, begitulah yang kelihatan walau sebenarnya, andai kata Jenice Lee mengikut arahan DAP menarik diri dari bertanding dalam PRU-13, pastinya laporan SPRM itu tidak akan dilakukan.

Makna kata, laporan yang dilakukan itu hanya bermotifkan politik dan tidak ikhlas sama sekali. Bila sudah sebegitu, ia juga memberi maksud DAP sanggup berdiam diri atas segala tingkah laku buruk ahlinya selagi mana wujud kesetiaan kepada parti.

Ia bukan satu teladan yang baik bila mana sesuatu penyelewengan yang disyaki berlaku hanya dilaporkan kepada pihak berwajib bila wujud keadaan terdesak sahaja.

Berdasarkan hakikat ini, jelaslah memilih DAP bukanlah satu pilihan yang baik untuk rakyat Malaysia. Tidak sukar digambarkan betapa korupnya negara ini kelak andai DAP dan PR diberikan peluang memerintah tanahair ini.

HOTT!!!! Bila @NormanKRU Tegur Pas, @faizal_tahir Pula Melatah !



Memang lah rezeki tu di tangan Tuhan.., tapi kalau tak usaha untuk dapatkan rezeki tu.., sembang macam mana pun tak guna beb.. Itulah yang dimaksudkan oleh Norman KRU dalam Tweet dia.. Takkan benda kecik macam ni pun Faizal Tahir tak boleh nak faham?

Puak-puak Pas kata sebelum ni nak "islam"kan dunia hiburan melalui ideologi politik dorang.., tapi masalahnya.., dalam jubah Pas sendiri tu pun hancing baunya beb..

Cuba korang tengok betapa hipokritnya pemimpin atasan Pas.., mengata orang bagai nak rak.., tapi akhirnya sendiri KANTOI ada video seks terlampau dengan wanita bukan muhrim..

Pas kononnya nak bawak artis berhijrah dengan join pentas ceramah dorang.., akhirnya artis tak laku macam Abby serta Aishah dijadikan penceramah maki hamun pemimpin Islam lain diatas medium Pas...

So..., macam mana Pas nak makmurkan industri perfileman dan dunia muzik Malaysia kalau dalam parti dorang sendiri caca marba serta penuh dengan kepura-puraan?

Gua tak nafi rezeki di tangan Tuhan beb.., tapi kalau sesutau urusan tu diserahkan kepada yang bukan ahlinya.., maka tunggulah kehancuran yang bakal datang....

Itu bukan gua cakap yee..., itu hadis sahih tauu... Tak percaya cuba tanya si Faizal Tahir... Dia kan pandai agama... Hihihihi..

Saturday 27 April 2013

Nizar Meroyan Bergambar Dipondok Panas BN?



Ingatkan orang tidak betul mana terlepas sehingga berada di pondok panas BN ini. Teliti punya telitu rupanya bekas Ahli Parlimen dan Mantan Menteri Besar DAP Perak, Si Nizar Jamaluddin! Apa yang meroyannya duduk bergambar di sini. Mengikut kata Aruah Bapa, kalau seseorang buang tabiat sebegini, bilang sahaja 40 hari, iaitu hari-hari terakhirnya. Mana tahu, tak sempat berjumpa lagi.

Apapun untuk catatan rekod, petugas-petugas pondok panas BN semuanya telah melarikan diri bagi mengelakkan dari mendengar lawak-lawak bodoh dari seorang badut. Buat pengetahuan Nizar, lain kali kalau hendak datang pondok panas parti lawan, jadi "gentlemen" lah. Datang sewaktu orang ada. Jangan jadi dayus datang sewaktu tiada orang. Lihat foto Tok Pa di bawah. "Cool" dan selamba sahaja melawat pondok panas PAS. Ye lah, bukan hendak bergaduh pun.

Anda Mahu Masuk Syurga Semudah A,B,C?



Caranya amat mudah semudah A B C ya tuan puan undi pembangkang SYURGA HABUANNYA... siap tak mau masuk syurga... boleh naik guna Jet Peribadi Anwar Ibrahim, Menggunakan High Way 3 lorong di Kelantan atau menggunakan ROKET DAP terus dari bumi.. pilih ya... jangan tak pilih... he h

cuma syurga siapa itu kena tanya balik sebab undi DAP Kafir Harbi Laknatullah yang menetang ISLAM, RASIS dan Anti Melayu pun masuk SYURGA???

undi PKR yang pimpinanya penuh skandal LIWAT, SEKS, sokong LGBT dan menganut fahaman LIBERALISME, PLURALISME dan Jual Kalimah ALLAH dapat masuk Syurga juga... ermmm... betul ka??? cuba fikir tuan puan... ikut syariat dan ajaran ISLAM sebenar ke promosi sebegini???

Kita WAJIB tolak Pakatan Rakyat - PKR PAS DAP kerana ISLAM BUKAN MAINAN!
jom Undi dan sokong BN demi masa depan ISLAM, MELAYU dan MALAYSIA yang terjamin..

Friday 26 April 2013

Calon PKR Punya ANAK HARAM Dengan Artis Mula Tersebar!



Kerendahan moral dikalangan pemimpin-pemimpin PKR sudah satu fenomena yang lama berlaku dan kini diketahui umum. Rupanya masaalah ini dah lama melarat ke calun-calun PKR juga.

Jika kita disajikan beberapa tahun lepas ini dengan kisah Anwar Ibrahim dan kebuasan seks bersama pelacur, sodomi dengan jantan muda, dan dimasa lepas dengan isteri pembantu hingga melahirkan anak, tak mustahil masaalah moral sedemikian tak terjangkit kepada orang sekelilingnya

Penyokong dan pengikutnya juga yang dok pertahankan Anwar seolah-olah dia suci dalam debu.

Haji Hadi baru dedahkan calun PKR yang berfahaman komunis dan jual dadah pil kuda. Kini kami ada kisah seks skandal yang melibatkan artis. Sebut pasal artis, kami pernah tulis mengenai Anwar dan penyanyi Sabah bernama Flora Ong.

Difahamkan seorang calun Parlimen PKR yang bekerja rapat dengan Anwar Ibrahim di Tropicana pernah suatu masa dahulu ada hubungan dengan seorang artis - tak kira dia penyanyi atau pelakun atau pelawak.

Lagi PANAS KliK DSINI!

Puak SPENDER PUTIH Mula Tunjuk Belang!



LOKASI: berhadapan sekolah Presint 8(2)
MASA KEJADIAN: lebih kurang jam 12.30


Tahniah kepada parti spenda putih  kerana berjaya membayar dengan banyak untuk semata mata upah pencacai bontot spender putih BAKAR BENDERA BN!!

Inilah yang dikatakan sebagai kepimpinan ISLAM yang sangat terpuji kerana praktikalnya anak buah parti spenda putih mendapat AAA kerana berjaya lulus peperiksaan tahap 1!

Pemuda BN akan membuat aduan polis dan perbadanan Putrajaya dan harapan kami agar pihak berkuasa dapat menyiasat perkara ini dengan serius kerana ia bersifat provokasi yang melampau!

Lu orang jangan ingat boleh terlepas. Rakaman video dalam proses dan saksi kita sudahpun kenal pasti. Gua nasihat budak yang buat tu baik keluar lari sebelum kau kena.

Adakah ini yang mahu dijadikan wakil rakyat kita? 
Adakah ini yang komuniti di Putrajaya mahukan?

Kami komuniti akan tetap pertahankan Putrajaya dari dicemari oleh puak puak jahat. Kalau nak tahu mereka inilah yang dulunya adalah penentang kuat Tun Mahathir yang mencetuskan idea pembinaan bandar ini. Tapi hari ini merekalah yang paling beriya-iya mahukan.

KECOHH!!! FITNAH PR BERKAITAN ISU POLIS DAPAT KERTAS UNDI SEBELUM 30APRIL !!




Facebookers dan bloggers Pakatan Haram telah mula memainkan isu untuk memfitnah Suruhanjaya Pilihanraya (SPR). Kononnya, salah seorang anggota polis mendakwa telah diarahkan untuk mengundi hari ini meskipun difahamkan tarikh pengundian awal sepatutnya ialah pada 30 April 2013 (lima hari sebelum tarikh undi awam).

Anggota polis ini, kononnya, turut mendedahkan bukti kertas undi yang tertera nama dan lambang parti calon yang bertanding di kawasannya. Kalau dilihat dari nama yang tertera di atas, anggota polis ini kononya mengundi di Parlimen Setiawangsa, di mana calon PGayR di parlimen tersebut adalah Ibrahim Yaacob manakala calon BN pula adalah Ahmad Fauzi Zahari.

Fitnah ke atas SPR ini dibuat dengan cukup baik. Namun ada beberapa KERAGUAN yang perlu dijawab oleh juak-juak cybertroopers Pakatan Haram sebelum ianya dapat diterima oleh Rakyat Malaysia yang bijaksana:


1. Kenapa ianya disiarkan di laman sosial Facebook dan blog-blog pembangkang dan bukannya merujuk kes ini kepada SPR dan laporan dibuat di balai polis.

2. Kenapakah peguam-peguam Pakatan Haram berdiam diri setakat ini. Bukankah ahli-ahli politik Pakatan Haram seperti Rafizi Ramli, S Surendran, Lateefa Koya dan lain-lain amat gemarkan pendedahan kononnya mengemparkan ini?

3. Beberapa panggilan yang dibuat ke atas rakan-rakan CTS yang bekerja sebagai anggota polis menafikan mereka telah menerima kertas undi. Mereka senada berkata undian untuk anggota polis hanya akan dilakukan pada 30hb April.

4. Nama calon yang dicetak atas kertas undi sepatutnyanya sama seperti dalam MyKad atau kad pengenalan. Dan setahu CTS, dalam MyKad dan kad pengenalan tiada nama gelaran seperti Ustaz, Dato', Tan Sri dan sebagainya. Kalau hendak mengedit gambar tu buatlah secara sempurna. Ini letak Dato' pulak!

5. Nama keluarga (nama Cina) dan Nama bapa (Muslim) juga akan ditulis sama. Tiada nama tunggal seperti "AHMAD" akan ditulis.

6. Bagi polis, kertas undi tidak boleh di bawa keluar dari tempat mengundi. Melainkan jika polis tersebut tidak memasukkan kertas undi ke dalam sampul undi, dan ke dalam kotak undi. Namun hal itu sedikit sukar untuk dilakukan. Jika kertas undi tak boleh di bawa keluar, bagaimana gambar kertas undi boleh di ambil?

Selanjutnya KLIK DISINI!

Thursday 25 April 2013

Angkara MACAI PR!!! Bom Meletup Di Ceramah BN Nibong Tebal!!

alt

KUALA LUMPUR 24 April - Seorang pengiring calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Nibong Tebal cedera selepas sebuah letupan dipercayai bom buatan sendiri meletup di belakang khemah ceramah kawasan tersebut.

Letupan tersebut menggegarkan kawasan sekitar dan kira-kira 2 000 penonton yang hadir pada ceramah tersebut lari bertempiaran untuk menyelamatkan diri.

Mangsa yang dikenali sebagai Zaidi dikejarkan ke Hospital Sungai Bakap cedera di betis kanan dan mendapat tujuh jahitan. Selanjutnya KLIK DISINI!

UMNO Jadi Mangsa Fitnah Pecah Van Di Bakri !



Di dalam kerancakan berkempen, nun jauh di selatan tanah air rakyat tiba-tiba dikejutkan dengan berita penangkapan 2 remaja berbangsa Cina yang disyaki melakukan perbuatan berunsur provokasi.

Mereka dikatakan telah bertindak memecahkan cermin sebuah van milik DAP yang diletakkan di hadapan bilik gerakan parti itu di jalan Sakeh, Bakri semalam.

Pimpinan DAP khususnya calon bagi kerusi Parlimen Bakri, Er Teck Hwa ketika diminta mengulas mengenai kejadian tersebut mengatakan tidak mengesyaki sesiapa yang bertanggungjawab terhadap perbuatan khianat tersebut.

Namun beliau menegaskan ia telah menjejaskan aktivitinya kerana perlu membaiki kenderaan tersebut.

Melalui pandangan mata kasar, pasti rakyat khususnya di Johor akan melihat betapa mulianya hati Teck Hwa yang mengambil pendekatan bersangka baik walaupun pada hakikatnya ia adalah sebaliknya.

Ini kerana nada tersebut dilontarkan hanya sejurus selepas kedua-dua orang suspek tersebut berjaya ditangkap. Sekiranya mereka yang melakukan perbuatan tersebut tidak berjaya di berkas oleh pihak berkuasa, sudah pasti nada bahasanya akan berlainan sama sekali.

Ini kerana mereka khususnya pimpinan pakatan pembangkang sebelum ini sering menggunakan setiap ruang dan peluang untuk menyalahkan kerajaan bagi menggambarkan kononnya mereka sering ditindas oleh parti pemerintah.

Sebagai contoh, lihat sahaja drama swasta yang dimainkan oleh Lim Kit Siang sebelum ini yang menitiskan air mata palsu ketika memaklumkan kononnya parti ‘ultra kiasu’ tidak dibenarkan menggunakan lambang roket oleh pihak ROS.

Sedangkan sebelum ini pihak ROS sendiri telah memaklumkan bahawa parti tersebut dibenarkan untuk bertanding menggunakan parti roket.

Namun ketika proses penamaan baru-baru ini, kesemua calon DAP mendaftar dengan menggunakan lambang roket walaupun sebelum ini media digembar-gemburkan dengan laporan ‘air mata palsu’ Kit Siang yang akan bertanding menggunakan lambang bulan.

Berbalik kepada isu yang dibangkitkan tadi, mengikut fakta kes kedua-dua suspek berbangsa Cina itu diberkas selepas pihak polis menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki berusia 51 tahun yang juga merupakan Pengerusi Poster, Kain Rentang dan Manifesto BN Bakri.

Ekoran laporan tersebut pihak polis berjaya memberkas 2 orang remaja yang berusia 18 dan 19.

Mereka ditahan kira-kira 45 minit selepas melakukan perbuatan tersebut yang disaksikan sendiri oleh tujuh petugas BN yang sedang memasang bendera, pada jarak 100 meter dari tempat kejadian.

Malah hasil soal siasat mereka akhirnya mengaku melakukan perbuatan itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengenal pasti dalang kejadian.

Menurut sumber, kedua-dua remaja tersebut adalah merupakan ‘orang suruhan’ DAP yang diupah untuk melakukan perbuatan khianat tersebut. Modus operandinya mudah untuk sekali lagi menagih simpati rakyat.

Sekiranya suspek tersebut berjaya melepaskan diri, sudah pasti pimpinan DAP akan menggunakan isu tersebut bagi menuduh BN/UMNO sebagai orang yang bertanggungjawab.

Finally! Hadi Awang Mengaku Kerajaan BN Jaga Kebajikan Rakyat!


alt

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengakui kerajaan Barisan Nasional (BN) yang memerintah negara selama ini menjaga kebajikan kepada rakyat.

Katanya, kerajaan memerintah melaksanakan pelbagai program berteraskan kebajikan seperti membina masjid, membantu golongan miskin, membina stadium dan sebagainya.

“Kita tidak nafikan apa yang dilakukan kerajaan BN untuk kebajikan rakyat,” katanya berucap di hadapan kira-kira 700 penyokong yang hadir pada ceramah umum di Kerteh, malam tadi.

Bagaimanapun, katanya pemerintahan BN juga tidak lepas daripada salah dan silap.

“Tak kan ‘tadok silap dan saloh’ selama 50 tahun BN memerintah dan Yang Maha Suci adalah Allah Taala tetapi kita sebagai manusia tetap ada salah dan silapnya,” katanya. SELANJUNYA!

Wednesday 24 April 2013

SUARAPAKATANRAKYAT Sokong Anwar Jadi GAY!



Anda tak percaya? nak tengok sendiri? Nahh KLIK DISINI!

Karpal Singh Menyembah Bumi Semasa Sesi Ceramah di Penang!

Satu lg insiden di Penang - Mlm td sewaktu hendak naik ke pentas ceramah DAP, di jln YORK, GEORGETOWN, Pengerusi DAP Pusat, KARPAL SINGH jatuh tersembam mencium bumi apabila kerusi roda yg cuba diangkat olih pengikut2nya terlepas lalu terhumban ke hadapan pentas menyebabkan KARPAL SINGH JATUH TERSUNGKUR.

Untuk melihat aksi-aksi Karpal Singh tergolek menyambah bumi KLIK DISINI!

Bukti Khalid Samad Goyang Debat Dengan Zul Nordin!



Berani ker Berdebat dengan Zul Nordin..Awal awal lagi sudah mengalah...Khalid menolak Debat.Pengalaman Zul Nordin berpidato tiada tolak bandingnya....inilah yang ditakuti khalid Samad.Zul Calon lah...Penceramah Zul lah...kali ini tentu khalid tidak senang duduk dibuatnya...Insyallah penduduk Shah Alam akan menyokong BN pada PRU 13 ini....Aminnnn

Tuesday 23 April 2013

Satu Lagi Keburukan PR Didedahkan!



Pakatan Rosak Selangor ni memang selalu pandai mengata orang lain akan tetapi mereka ni sebenarnya lebih teruk lagi boros dan dah terbukti Pakatan Rosak ni sememangnya rakus dalam menguruskan dana peruntukan kerajaan.

Mereka ni telah menggunakan dana awam untuk tempah bilik hotel selama tiga malam untuk menempatkan delegasi Kongres Pakatan Kerajaan Rakus (PKR) terletak di seksyen 52, Petaling Jaya.

Pakatan Rosak telah didakwa menyalah gunakan dana awam kerajaan Negeri sebanyak RM 80,000 untuk menampung perbelanjaan Kongres Pakatan Rosak pada minggu lalu.

Kerajaan Perosak Rakyat didakwa menggunakan dana Menteri Besar Incorporated (MBI) tersebut untuk menempah bilik hotel dan perbelanjaan logistik yang lain.

Isu ini bukanlah melibatkan berapa jumlah yang digunakan tetapi penyalah gunaan wang rakyat untuk tujuan Kerajaan Pakatan Rosak menguruskan aktiviti parti mereka.

Mereka ni selalu pandai mengkritik BN kerana menggunakan duit kerajaan untuk berparti, tetapi terbukti Pakatan Rosak sebenarnya yang lebih teruk menghabiskan duit rakyat.

Cakap tak serupa bikin....!!!

Dewan Ulama Pas Saran Si Spender Putih Disiasat!


Ketika isu video seks yang pelakunya mirip pemimpin Pas terus menular di internet dan masih menjadi rencah perbualan umum, Dewan Ulama parti itu kini menyuarakan perlunya siasatan dilakukan dan jika terpaksa, tindakan diambil.

Ketuanya, Datuk Harun Taib berkata, akan sampai masanya, Pas terpaksa membersihkan nama parti dan anggota dalam barisan kepimpinan daripada terus diselubungi isu persoalan moral itu.

''Ini untuk memastikan anggota kepimpinan tidak terlibat dalam sebarang skandal seumpama itu dan fitnah tidak tersebar merata, oleh itu parti, pemimpin dan semua orang perlu dilihat bersih.

''Dulu pernah terdapat pemimpin Pas yang dikaitkan dengan skandal digantung keahlian, namun setelah mahkamah membebaskan beliau, kita menerimanya semula sebagai ahli," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas desakan berterusan pelbagai pihak agar Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali membuat laporan polis menafikan pelaku dalam video seks itu bukan dirinya.

Pengerusi Lajnah Tatatertib Pas, Datuk Wan Abdul Muttalib Embong hari ini dilaporkan berkata, Pas sebenarnya boleh menjalankan siasatan sendiri jika perlu berhubung dakwaan yang mengaitkan pembabitan pemimpin itu dalam aksi video seks sekiranya aduan dibuat melalui saluran parti tersebut.

Menurut Harun, walaupun beliau mengharapkan isu itu tidak ditepis mudah dan perlu diselidiki, ini tidak bermakna beliau mempercayai apa yang disebarkan itu.''Bukan saya percaya sebaran itu, tetapi Pas perlu bersihkan daripada angkara seumpama itu dan unsur-unsur negatif.

''Namun jika diragui berlaku dan boleh menjejaskan pandangan umum, maka perlulah dibuktikan beliau tidak bersalah dan apa yang disebarkan itu rekaan,'' ujarnya.Sementara itu, menyentuh mengenai namanya tidak lagi disenaraikan sebagai calon untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Manir yang disandangnya beliau berkata, kesihatannya tidak mengizinkan.

''Saya telah membuktikan kemampuan mempertahankan kemenangan selama lima penggal berturut-turut dan sukar dicabar.''Namun saya tidak akan berehat dan akan terus aktif bersama parti jika tidak direhat dan disingkirkan," ujarnya.

"PR boleh Lupakan Hasrat Tawan Putrajaya Kerana......", Dr Azizuddin Mohd Sani.


Penganalisis Politik Universiti Utara Malaysia (UUM) Dr Azizuddin Mohd Sani berpendapat pakatan pembangkang boleh melupakan hasrat mereka menawan Putrajaya berikutan persengketaan PKR dan PAS yang bertembung di enam kerusi negeri dan satu kerusi parlimen Labuan.

Menurut beliau, tindakan pembangkang itu sesuatu yang bodoh dan mereka lupa sebenarnya Barisan Nasional (BN) sememangnya kuat dan tidak mudah dikalahkan sekalipun jika mereka bersatu.

"Kalau tak dapat selesaikan juga ataupun tak ada salah seorang yang menarik diri atau sebagainya boleh ucapkan selamat tinggal pada kerusi-kerusi ini.

"Dan kerusi ini akan dimenangi oleh BN lah, itulah kebodohan PAS dan PKR. Ingat nak lawan BN senang ke? Lawan dengan gergasi dan mereka pula bergaduh sesama sendiri," katanya kepada Antarapos.

Beliau mengulas perkembangan pada hari penamaan calon apabila PKR dan PAS masing-masing akan bertembung sesama sendiri di sekurang-kurangnya tujuh kerusi.
Kerusi-kerusi tersebut adalah Labuan, Sungai Acheh, Kota Putera, Bukit Besi, Seberang Takir, Kota Damansara dan Panti.

Katanya lagi, pembangkang sepatutnya lebih serius dan bertolak ansur semasa pengahihan kerusi dan jangan melibatkan kepentingan peribadi mahupun parti.

"Sekiranya isu ini ditonjolkan sebagai pakatan ini satu untuk bersama dalam menentang Barisan Nasional nampaknya kalau ada tujuh kerusi bertembung begini, ini saya rasa lagi teruk dari 2008,"

"Jadi ini adalah satu petanda yang tidak baik dalam hubungan antara pihak terutamanya PAS dengan PKR," katanya.

Beliau turut membidas kepimpinan Paktan Rakyat berhubung cara mereka menguruskan calon bagi menghadapi pilihan raya yang katanya, ternyata carca marba.

"Ini boleh memecahkan undi dan sudah pastilah tujuh kerusi ini menunjukkan akan kalah, itu sahaja jawapannya," akhirinya.

Monday 22 April 2013

Sekali Lagi Ceramah Kit Siang dan Salahuddin Ayub Tak Dapat Sambutan!!



Ceramah Kit Siang dan Salahuddin Ayub HAMBAR apabila tidak sampai 200 ORANG penyokong pembangkang menghadirinya di Taman Pulai Utama, Nusajaya malam tadi.

Kehadiran Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub dan Penasihat DAP dalam ceramah politik di Taman Pulai Utama, Nusajaya dekat sini malam tadi GAGAL MENARIK MINAT orang ramai apabila tidak lebih 200 ORANG sahaja menghadirinya.

Ceramah oleh Salahuddin yang juga calon Pas bagi Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Nusajaya itu bukan sahaja dibumbui dengan janji-janji yang belum pasti bahkan penuh dengan PUJI-PUJIAN DIRI SENDIRI.

Beliau berkata, dia dan Kit Siang tidak mempertahankan kerusi Parlimen Kubang Kerian dan Tambun kononnya mahu memperjuangkan nasib rakyat negeri ini yang didakwa tidak mendapat pembelaan daripada kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Kalau saya dan Kit Siang bertanding di tempat lama kami, kita pasti boleh menang tetapi kita pilih untuk ke Johor yang belum tentu menang kerana mahu berjuang untuk rakyat," katanya.

Sementara itu, Kit Siang yang akan bertanding di Parlimen Gelang Patah terus cuba mengambil hati pengundi Melayu apabila menuduh UMNO sebagai sebuah parti Melayu yang tidak membela nasib kaumnya.

"UMNO tidak membela orang Melayu, sebaliknya hanya membela segelintir orang sahaja termasuk 'UMNO-putera' dan bukannya bumiputera. Perkara sama juga berlaku di kalangan ahli MCA dan MIC," katanya.

Sebaliknya, beliau mendakwa hanya pakatan pembangkang sahaja yang dapat membela nasib semua kaum di negara ini.

BN, Pas, Pkr Rebut Kerusi Sungai Acheh



Perebutan kerusi DUN Sungai Acheh antara PKR dan PAS sampai ke kemuncak hari ini apabila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan pertandingan tiga penjuru di kerusi berkenaan termasuk penyandang Datuk Mahmud Zakaria dari Barisan Nasional (BN).

PKR meletakkan Badrul Hisham Shaharin atau dikenali sebagai 'Chegubard' sebagai calon parti itu akan menentang Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Mohd Yusni Mat Piah.

Kesemua mereka menyerahkan borang di pusat pencalonan di sini pagi tadi.

"Saya telah dipilih oleh Majlis Presiden Pakatan Rakyat untuk bertanding di sini dan ia adalah mandat dari Pakatan," kata Badrul.

Mohd Yusni sebelum ini menyatakan perasaan terkejut apabila Pengerusi PKR negeri Datuk Mansor Othman mengumumkan akan meletakkan calon untuk bertanding di Sungai Acheh walaupun telah bersetuju kerusi tersebut milik PAS.

Pencalonan Mohd Yusni diumumkan oleh Ketua PAS Pulau Pinang Datuk Mohd Salleh Man pada Rabu minggu lalu.

"Saya ingat Chegubard (Badrul Hisham Shaharin) akan diletakkan sebagai calon di kerusi Parlimen Nibong Tebal. Saya jangkakan perkara ini kerana saya dan beliau telah bekerjasama secara rapat.”

Abby Meroyan Tengok Golongan Artis Sokong BN?!







Sunday 21 April 2013

Gempar!! Ceramah Calon PAS DUN Lenggeng Dihadiri Lebih 10,000 !


CALON Pas bagi DUN Lenggeng, Zulkefly Mohammad Omar (berdiri tengah) menyampaikan ceramah di hadapan kira-kira 10 orang penyokongnya di Kampung Pantai, Lenggeng malam tadi.

Pas menerima TAMPARAN AWAL pada hari pertama kempen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) apabila ceramah calonnya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Lenggeng, Zulkefly Mohammad Omar HANYA DIHADIRI 10 ORANG PENYOKONG di Kampung Pantai dekat sini malam tadi.

Walaupun bercakap soal janji, habuan dan kebaikan menyokong pembangkang, khususnya Pas, Zulkefly nyata GAGAL MENARIK PERHATIAN orang ramai untuk hadir ke ceramah yang dibuat di bawah sebuah khemah itu.

Tambahan pula, kemampuan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Ishak Ismail yang turut mengadakan ceramah pada jarak 50 meter itu, LEBIH MENGGAMIT penyokong untuk hadir mendengarnya.

Lebih menyedihkan ceramah bermula pukul 10 malam di kem Pas itu, tidak kedengaran laungan "takbir" seperti selalu, malah wajah penyokong yang mendengarnya juga kelihatan mengantuk.

Zulkefly dalam ceramahnya yang hambar itu, menggunakan kesempatan untuk memburuk-buruk Barisan Nasional (BN) khususnya terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin kononnya gagal menguruskan negara.

Malangnya dia tidak pula memberitahu betapa gagalnya diri sendiri kerana tidak mampu mentadbir kem ceramahnya sehingga yang datang pada majlis itu hanya 10 orang sahaja.

Cabang Dibubar Sebab Pemimpin PKR Lumut Keluar Parti !


Inilah tandanya Kaum India sudah mula menolak Pakatan Pembangkang...janji tinggal janji dan kecewa. 

Gambar Najib Bertemu Orang Yang Mengfitnahnya?!



Gambar di atas sudah cukup menggambarkan sikap sebenar seorang Pemimpin No. 1 Negara. Berhadapan dengan seorang lelaki muda dari PKR belaan individu bernama Anwar.

Pelikkan? Individu yang merupakan wakil calon PKR menentang Najib di Parlimen Pekan ini merupakan salah seorang individu penting dalam menyebarkan serangan fitnah terhadap beliau. Fitnah bukan sebarang fitnah.

Menerusi sebaran gabungan blogger JINGGA13, Fariz Musa antara Pemimpin PKR yang tidak jemu2 menggunakan segala ruang memfitnah Najib dengan pelbagai tuduhan termasuklah penglibatan Najib dalam pembunuhan Altantuya.

Selanjutnya KLIK GR!

Saturday 20 April 2013

Anwar Enggan Bersalaman Calon BN Permatang Pauh?!



Berita panas di P44 Permatang Pauh!

Anwar Ibrahim didakwa pada mulanya tidak mahu bersalam dengan Dr Mazlan Ismail, calon BN Permatang Pauh tetapi terpaksa juga selepas orang ramai meminta beliau berbuat demikian.

Tindakan Anwar itu disedari oleh orang ramai yang hadir di tempat pengumuman calon sebentar tadi. Aku hairan kerana Anwar bertindak demikian seolah-olah berlagak angkuh tidak gentleman.

Atau apakah Anwar sudah mulai resah berdepan dengan Dr Mazlan Ismail, calon BN yang dianggap buku bertemu rusa di Parlimen Permatang Pauh?

Sumber di Permatang Pauh melaporkan bahawa ramai ahli dan penyokong PAS di Parlimen tersebut sudah tukar angin dan akan menyokong Dr Mazlan Ismail. Tambahan pula, mereka sudah lama kenal dengan calon BN tersebut sebelum ini memandangkan calon BN itu bekas Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang.

Anwar Nak Spin Akan Tampil Bersama Individy Miripnya. Boleh Caya Ka?


Desas-desus Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menampilkan individu iras rupa beliau bagi menutup segala dakwaan negatif ke atas beliau dilihat benar.

Bekas Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK) SD Johari Yasin berkata, individu tersebut dikatakan akan 'turun' bersama Anwar di sebuah Madrasah di Permatang Pauh malam ini mengesahkan lagi maklumat yang diterima pihak tertentu dan dakwaan tersebut bukanlah dakwaan melulu.


"Anwar mahu membina satu persepsi dalam kalangan rakyat yang video seks yang dikaitkan dengan dirinya itu tidak benar. Sebab itu beliau membawa lelaki Thailand ini untuk menafikan individu dalam video tersebut adalah beliau (Anwar)," katanya kepada pemberita baru-baru ini.

SD Johari sebelum ini telah mengeluarkan kenyataan akhbar bagi mendesak Anwar Ibrahim mengesahkan dakwaan sama ada individu tersebut akan mengaku terlibat dalam kegiatan 'liwat' yang dikaitkan oleh Ketua Pembangkang itu sebelum ini.

Jelasnya lagi, lelaki mirip Anwar itu dikatakan akan dibawa masuk melalui Bukit Kayu Hitam dari negara asalnya, Thailand.

Dalam pada itu pada tarikh 17 Mac 2013, Awang Selamat menerusi Analisis Mingguan, Utusan Malaysia menyatakan wujudnya gerakan mencari individu iras wajah dan tubuh tokoh pembangkang di Thailand.

Jelas Awang pencarian tersebut antara lain bertujuan bagi memujuk inidivdu tersebut untuk mengaku terlibat dalam perlakuan yang pernah menggemparkan arena politik negara sebelum ini. SUMBER!

Gambar Tun M Sempoi Hadir Penamaan Calon Anaknya di DUN Ayer Hitam.




Sempoi dan selamba je Tun Dr Mahathir lepak-lepak tepi longkang bersama Tun Dr Siti Hasmah.

Benar-benar pemimpin berjiwa rakyat.Insyallah Kemenangan milik Mukriz dengan majoriti Besar...Aminnn.

Friday 19 April 2013

Bakal Tewas! Pencalonan Aisyah Tidak Disukai Puak Pas Dan Pengundi! Lawan Plak Isa Samad hehe



Tindakan Pas meletakkan penyanyi Wan Aishah Wan Ariffin di Parlimen Jempol dikatakan tidak direstui kebanyakan ahli Pas yang mahu Ketua Dewan Pemuda Pas Jempol, Mohd. Fairuz Mohd. Isa bertanding di kawasan itu.

Pas di Jempol khabarnya kini berkrisis kerana Aishah yang tidak mempunyai pengalaman politik didakwa akan hanya memalukan parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) berikutan kehadirannya sebagai calon 'payung terjun' di kawasan tersebut.

Ada dalam kalangan ahli Pas akar umbi dikatakan sedang berkira-kira mahu menolak Aishah kerana kesetiaan mereka terhadap Mohd. Fairuz menyebabkan wujud dua kem di kawasan Pas Jempol ketika ini.

Ini kerana penyokong Mohd. Fairuz kecewa apabila nama pemimpin ini tidak diumumkan oleh Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu walaupun pada awalnya dimaklumkan oleh Pesuruhjaya Pas II negeri, Abd. Rahman Ramli, beliau adalah calon yang akan bertanding di kerusi berkenaan.

Hal ini membuatkan ramai dalam kalangan penyokong Pas kini meragui kredibiliti pemimpin mereka yang tidak sehaluan dalam memilih calon, apatah lagi mengetepikan hak dan suara akar umbi yang mahukan pemimpin tempatan dan berpengalaman beraksi di pentas PRU-13.

Selain itu, kawasan Parlimen Jempol adalah kubu kuat Barisan Nasional (BN) sejak sekian lama justeru Aishah dikatakan sukar untuk memenangi kerusi Parlimen itu.

Aishah dilihat sukar untuk menandingi kepimpinan calon BN khususnya dari UMNO, apatah lagi untuk memenangi hati penduduk Felda yang kebanyakannya merupakan penyokong kerajaan..

Ibrahim Ali Tekad Bertanding Walau Tidak Dicalonkan BN Demi Nak Jatuhkan Puak PR!



Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali mengumumkan akan bertanding mempertahankan kerusi Parlimen Pasir Mas  sebagai calon Bebas pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Beliau juga akan bertanding kerusi Dun.

Bagaimanapun pilihannya itu akan diumumkan pada hari penamaan calon Sabtu ini.

“Terus terang saya berharap akan dipilih menjadi calon Barisan Nasional (BN). Tetapi saya tidak disenaraikan dan sebabnya tidak diketahui,” kata beliau kepada pemberita ketika ditemui di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, di sini, hari ini.

Ketibaan Ibrahim pada jam 4.20 petang itu  disambut oleh lebih 500 ahli Perkasa.

Menurutnya, walaupun tidak terpilih tetapi beliau langsung tidak berkecil hati dan menyeru kepada semua ahli Perkasa di seluruh negara supaya memberi sokongan kepada BN.

Beliau berkata, pilihannya untuk terus bertanding di Parlimen Pasir Mas bukan bererti beliau menentang BN tetapi atas dasar sebagai penyandang serta keinginan rakyat yang mahu beliau terus mempertahankan kerusi tersebut.

Sementara itu, ketika ditanya oleh pemberita simbol apakah yang akan digunakan oleh Ibrahim untuk PRU13 nanti, dengan berseloroh berkata, beliau mungkin memilih simbol katak puru.

“Saya akan pilih salah satu simbol yang akan diberikan oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada penamaan calon nanti,” katanya.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-12, Ibrahim yang bertanding atas tiket Pas menewaskan calon BN, Datuk Rosdi Mahmad dengan majoriti 8,991 undi.

Thursday 18 April 2013

Bila Khalid Gagap Bongkak!


cakap sudah merapu, cakap pun dah ikut main sedap mulut sebab kepala dah pening...ada sebab bila dia keluarkan ayat-ayat semangat, kerana keadaan sebenar dia dan parti dia tak ok.. kita biarkan, kita lihat, sebab realiti dia saja tahu.. goyang tak goyang kita biarkan... nak tanya juga kalau dia rasa dia tak tergugat apa hal tak tanding di ijok???


Setelah gagal menjalankan tanggungjawab sebagai Menteri Besar sepanjang penggal pemerintahan pakatan haram di Selangor, Khalid Ibrahim sebaliknya dengan bongkak dan takbur memperlekehkan bakal calon Barisan Nasional (BN) di DUN Pelabuhan Klang yang akan menjadi lawannya di sana.

Laporan akhbar Sinar Harian pada semalam dengan tajuk - "MB Mahu Lawan Calon Setaraf" menggambarkan seolah-olah BN tiada calon yang layak untuk mencabarnya di Pelabuhan Klang.

Kenapakah begitu sekali sikap Khalid Ibrahim yang terlalu takbur dan terlalu yakin akan menang di Pelabuhan Klang sedangkan gagal sebagai wakil rakyat di Ijok?

Berita selanjutnya lagi panas KLIK DISINI!

PRU13 : Plan Lim Kit Siang Cetus Perang Kaum Di Gelang Patah Terbongkar!




Saya tertarik untuk mengulas mengenai pandangan mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir mengenai Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang dicalonkan Pakatan Haram untuk bertanding di Parlimen Gelang Patah, Johor.

Mungkin benar Tun M merupakan idola saya, namun setiap kenyataannya itu tidaklah saya terima bulat-bulat. Namun berdasarkan pengalaman beliau yang luas di dalam dunia politik tanahair dan benar-benar kenal DAP, saya setuju dengan pandangannya itu.

Kata beliau, bangsa Melayu, Cina dan India di Johor hidup di dalam suasana harmoni dan tidak pernah tercalar dengan sebarang insiden yang melibatkan isu perkauman. Keharmonian itu diterjemahkan melalui kemenangan 100% BN di negeri itu pada setiap kali pilihanraya diadakan.

Lim Kit Siang bertanding di Gelang Patah kerana majoriti kaum di parlimen itu diwakili oleh masyarakat Tiong Hua dan kehadiran bapa Guan Eng itu dianggap mampu menjejaskan keharmonian yang subur di sana apabila calon DAP itu dijangka sekali lagi mempergunakan slogan “Malaysian Malaysia”.

Sebetulnya mengikut sejarah, slogan tersebut diwarisi dari parti PAP di Singapura, pimpinan bekas “boss”nya, Lee Kuan Yew dan ia membawa maksud bahawa segala yang ada di negara ini perlu diberi samarata di mana ia secara automatik akan menghilang segala keistimewaan kaum bumiputera di negara ini.

Dalam bahasa mudah, keistimewaan bangsa bumiputera kekal seperti sedia ada, dan hak keistimewaan itu juga kononnya wajar diperoleh oleh kaum-kaum lain yang bukan bumiputera di negara ini berdasarkan merit.

Dalam ertikata lain, Kit Siang berjuang untuk menafikan perkara 153 di dalam perlembagaan Malaysia, jus soli dan sosial kontrak yang telah dipersetujui ketika di zaman merdeka dulu. Anda setuju dengan perjuangan DAP itu?

Model perjuangan yang diperjuangkan Kit Siang itu boleh dilihat di Singapura. Hasil “kerja tangan” PAP, bumiputera di negara itu kini menjadi golongan minoriti dan mereka tidak mendapat hak-hak sebagaimana yang diperoleh oleh golongnan bumiputera dan Islam di negara ini.

Misalnya, azan di Singapura sangat terhad dan muamalah yang berlandaskan Islam hanya dilaksanakan secara minimal. Persoalannya, mahukah kita jadi seperti itu? Kita sudah tentu tidak suka. Tapi bagaimana dengan golongan bukan bumiputera? Sudah tentulah mereka sokong, bukan?

Jadi, dengan pertikaian hak yang berlaku di antara bangsa bumiputera dan bukan bumiputera itu, keharmonian kaum di negara ini akan tercalar dan kesempatan inilah yang dikatakan cuba direbut oleh Kit Siang.

Pada saya, keadaan ini sangat merbahaya. Keharmonian kaum yang selama ini subur disemai BN dalam suasana saling menghormati hak masing-masing, kini cuba dileraikan dan dipecah belahkan oleh parti yang bertunjangkan “chauvinis ultra kiasu” itu.

Saya yakin, sekiranya perkara ini tidak dibendung dan Kit Siang dibenarkan menghasut kaum bukan bumiputera untuk percaya pada propagandanya itu, tidak mustahil peristiwa yang lebih buruk dari 13 Mei akan berulang sekali lagi.

Lagipun menurut sejarah, sentimen sebeginilah yang mencetus huru-hara di negara ini pada tahun 1969 dulu sehingga memaksa rakyat hidup di dalam keadaan darurat dalam beberapa tempoh.

Persoalannya, relakah rakyat di negara yang aman harmoni ini menggadaikan segala nikmat yang dikecapi selama ini semata-mata untuk memuaskan kehendak fahaman Kit Siang, DAP dan PAP itu? Sukakah kita menghadapi konfrontasi perkauman di negara ini sekali lagi?

Negara ini mengamalkan sistem demokrasi dan kita berhak memilih atau mengundi pihak mana yang kita yakini. Namun suka saya ingatkan supaya kita berfikir dahulu sebelum memilih dan buatlah keputusan yang bijak demi kestabilan negara.

Bukan apa, kestabilan sesebuah negara sangat penting untuk memacu kemajuan dan kekecohan hanya akan merugikan rakyat. Pilihlah dengan bijak dan sememangnya saya memilih BN yang selama ini terbukti berjaya memacu perkembangan negara sehingga dicemburui negara luar.  BN memang terbaik..!

Strategi '5 lawan 1' BN Gunakan Untuk Gempur Hadi di Marang!


Barisan Nasional (BN) akan menggempur kubu kuat Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Marang dengan strategi 'lima lawan satu'  bagi menguasai kerusi parlimennya dan empat kerusi dewan undangan negeri (Dun) di situ.

Ketua Umno Bahagian Marang Datuk Yahya Khatib Mohamad yang juga calon BN untuk kerusi parlimen itu, berkata menerusi strategi berkenaan, fokus utama ialah menyingkirkan sokongan terhadap Abdul Hadi di kerusi Parlimen Marang dan juga Dun Rhu Rendang.

"Kami semua akan bersatu menentang Abdul Hadi. Kami bukan sahaja mahu memastikan kemenangan di kerusi masing-masing tetapi juga berusaha mengetepikan pengaruh Abdul Hadi," katanya kepada Bernama di sini semalam.

Kerusi Parlimen Marang dan Dun Rhu Redang dianggap 'kerusi keramat' Abdul Hadi. Beliau mula bertanding di kerusi parlimen itu pada 1978 namun kalah dan cubaan keduanya pada 1986 juga gagal. Nasib Abdul Hadi berubah pada 1990 dan beliau menguasai kerusi itu sehingga 2004 apabila dikalahkan Datuk Abdul Rahman Bakar sebelum menang semula pada 2008.

Kerusi Dun Rhu Rendang pula dikuasainya sejak pilihan raya umum 1986 sehingga sekarang. Selain Rhu Rendang, tiga lagi DUN di kawasan parlimen itu ialah Bukit Payung, Alur Limbat dan Pengkalan Berangan. Pada pilihan raya umum 2008, BN menang di Dun Pengkalan Berangan menerusi Yahya dan Alor Limbat (Alias Abdullah).

Kali ini BN mengekalkan Alias di Dun Alur Limbat dan meletakkan dua muka baharu iaitu Nik Dir Nik Wan Ku  di Dun Rhu Rendang dan Abdul Latif Awang (Pengkalan Berangan), manakala Dun Bukit Payung akan ditandingi semula calon pada 2008, Zaidi Muda yang kalah dengan perbezaan 115 undi.

Mengulas lanjut, Yahya berkata pemilihan calon BN terbabit adalah berdasarkan kehendak masyarakat setempat yang mahukan pemimpin mesra rakyat, mudah didekati dan dihubungi selain bersungguh-sungguh mahu membawa pembangunan di Marang.

Sementara itu, calon BN di Bukit Payung, Zaidi berkata sokongan rakyat di kawasan Parlimen Marang sukar hendak dibaca dan sentiasa berubah mengikut keadaan.

"Kalau tengok keadaan sekarang, ceramah Pas di Bukit Payung kurang dapat sambutan dan kita yakin jika ini berterusan Bukit Payung kembali ke tangan BN," katanya. - Bernama