Sebaliknya, sebahagian besar daripada mereka yang menghadiri ceramah itu adalah orang luar. Ini berdasarkan maklumat daripada penduduk tempatan sendiri dan juga kereta-kereta yang diletakkan di tepi Jalan Tebrau, adalah dari luar.Selain Anwar, turut hadir pada ceramah itu ialah Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.Malah pengumuman oleh Anwar bagi nama-nama calon PKR yang akan bertanding di empat kerusi Parlimen di Johor terutama Johor Bahru pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) ini tidak mendapat reaksi dan sambutan hangat daripada hadirin.
Ia seolah-olah bukan detik yang ditunggu-tunggu oleh penyokong pakatan pembangkang yang menghadiri ceramah itu.Pengumuman nama bekas Panglima Tentera Darat, Jeneral (B) Tan Sri Md. Hashim Hussein sebagai calon PKR bagi kerusi Parlimen Johor Bahru tidak mendapat tepukan gemuruh.Begitu juga pengumuman nama Datuk Idris Jauzi sebagai calon kerusi Parlimen Batu Pahat juga sedemikian, diikuti dua lagi calon PKR bagi kerusi Parlimen Tebrau, Steven Chong dan Parlimen Muar, Mohd. Hizwan Ahmad.

Pendeknya, tiada sorakan meriah atau tepukan gemuruh di kedua-dua ceramah melibatkan Anwar itu.
ini ternyata bahawa rakyat benar2 sedar apa yg di perjuangkan oleh anwar..
No comments:
Post a Comment