Sunday 31 March 2013

Masalah Keluarga 69.. Game Siapakah ini?


Kisah keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah tak ubah macam Keluarga 69. Keluarga yang cacamarba sebab politik melebihi segala-galanya.Allahyarham Tan Sri P Ramlee mungkin tak terfikir nak oleh skrip sejauh ini semasa buat filem Keluarga 69 dulu.Bayangkan, bos besar terpalit dengan macam-macam dakwaan. Paling serius kes dakwaan liwat,video China Doll dan pendedahan di blog raja goyang.Nurul Izzah pun tak kurang dengan masalah. Tentu ramai masih ingat pasal kenyataannya mengenai kebebasan memilih agama dalam satu forum tahun lalu.Dalam pada itu, ada juga suara-suara nakal dalam PKR tuduh ahli parlimen Lembah Pantai itu begitu begini.

Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pula sudah jadi pemimpin boneka walaupun ada styatus sebagai Presiden PKR.Hakikat ini bukan saja tidak dapat diselindung malah terus merus menjadi bualan ramai.

Ini kerana beliau tidak berfungsi sebagai seorang presiden sebuah parti seperti orang lain.



Sebab itu juga pembantu kepada ahli parlimen Ampang mengaku tulis surat pada Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang mempersoal relevankah isteri Anwar kekal sebagai presiden parti.Mohd Fareez Kamal Intidzam mendakwa Wan Azizah tidak berfungsi sebagai presiden dan kerap berlagak macam tak tahu apa-apa isu babitkan parti.Malah, beliau mencadangkan kepada Hadi supaya Timbalan Presiden, Azmin Ali menggantikan Wan Azizah.Pasal nak bertanding PRU 13, Wan Azizah sendiri pun cakap tunggang langgang.Sekejap kata nak, sekejap kata tak nak. Macam sandiwara lawak Tan Sri Khalid Ibrahim yang hu ha pasal nak bubar Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

Dua bulan lepas, entah apa punya rajuk, Wan Azizah kata tak mahu bertanding walaupun sebelum itu kata kemungkinan nak bertanding di Pulau Pinang.Pada Khamis, beliau bikin panas pulak kata akan bertanding kerusi DUN Selangor.“Ya, saya akan bertanding di Dun Selangor tetapi saya rasa kita perlukan adakan satu perbincangan bagi menentukan kawasan mana yang sesuai untuk ditandingi.

“Perbincangan ini perlu bagi memudahkan saya untuk menjalankan sesi kempen pilihan raya dan membolehkan fokus diberikan kepada kawasan tumpuan,” katanya ketika ditemui S  elepas Majlis Penyampaian Sumbangan kepada Waris Wira Lahad Datu, di Shah Alam Khamis.

Tambahnya, “DUN mana masih belum diputuskan, tetapi saya tidak kisah di kawasan mana.Pelik tidak,seorang Presiden yang patut ada kuasa istimewa bercakap dengan nada teragak-agak.Di Selangor terdapat 14 kerusi DUN yang dimenangi PKR pada pilihan raya 2008 lalu dan tidak mustahil salah satu daripada kerusi itu akan menempatkan Dr Wan Azizah.Sebab itulah boleh kata keluarga Anwar macam Keluarga 69...Keluarga tunggang langgang.Satu sebab lain boleh rakyat ramai-ramai fikir kenapa jadi macam ni.Dengar cerita ada kalangan ahli PKR berbunyi kenapa Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail tiba-tiba buat cerita pasal ‘mungkin ada video Nurul Izzah dan Khalid’ selepas ada video hubungan intim lelaki menyerupai Anwar dengan pemuda yang didedahkan Papagomo baru-baru ini.Semua itu ada kaitan pasal Keluarga 69 ini.Bukan rahsia lagi dalam PKR ada kem Azmin dan Khalid dalam perebutan jawatan Menteri Besar Selangor jika pembangkang kekal di negeri itu.



Ramai juga tahu Azmin tak ngam dengan Wan Azizah dan juga Nurul Izzah.Siapa agaknya merancang supaya Mohd Fareez tulis surat pada Hadi pasal Wan Azizah?Siapa agaknya merancang supaya Khalid hanya tanding Parlimen Bandar Tun Razak sahaja seperti diumumkan Anwar hingga sebabkan Wan Azizah yang rapat dengan Khalid ‘merajuk’ dan umum tak mahu tanding apa-apa?Siapa agaknya merancang cerita kononnya ada video skandal babitkan Nurul Izzah yang dikatakan Saifuddin Nasution?Ada yang membuat andaian kenyataan ahli Parlimen Machang itu macam ‘beri isyarat’ pada Nurul Izzah dan Khalid supaya jangan cakap banyak.

Bukan Pertama Kali DS @NajibRazak Bersama Ulama Tabligh Seri Petaling.


Semalam sejarah telah tercatat bila YAB PM kita telah bertandang ke tempat markas Tabligh di Seri Petaling Kuala Lumpur.Tiba dan duduk mendengar bacaan kitab Hayatussahabah bersama ulama dan ahli tabligh yang saban minggu berkumpul di sana.Kunjungan ini bukan kali pertama kerana beberapa tahun sudah ketika ijtimak jutaan manusia di Masjid Kuarters KLIA beliau juga turut hadir dan memberi ucapan.

Ketika itu Anwar cuba juga datang bersama kepimpinan Pakatan namun dihalang dari memberikan ucapan.
Kehadiran PM bukti bahawa semua golongan termasuk jemaah dakwah tabligh tidak diketepikan.Berpakaian baju melayu kain pelikat kopiah putih satu lagi transformasi imej PM lakukan ketika bersama rakyat.Bercakap mengikut keadaan pendengar dan berpakaian sama dengan khalayak yang disertai adalah tanda pemimpin yang bijaksana.

Bukan seperti sesumpah kerana yang berbeza hanya pakaian bukan pegangan.Ada manusia berbeza pegangan ketika berada di Malaysia dan selepas terbang keluar Malaysia seperti Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim. Bukan itu sahaja Malaysia juga dihina ketika beliau bersiaran bersama media luar negara.Manusia seperti ini tidak patut sekali pun untuk diundi menjadi Perdana Menteri.1Malaysia tolak peliwat penzina pengkhianat sebagai Perdana Menteri Malaysia.Syabas kepada PM yang gigih berusaha dan menunggu saat paling sesuai sebelum pilihanraya dibubar atau terbubar sendiri.

Nampak gaya pertama kali mungkin Pembangkang akan check mate dengan pembubaran sendiri Parlimen sekaligus membolehkan semua orang mengetahui bila PRU akan diadakan.

NOTE : Perlu ditegaskan disini bahawa ini bukann yang pertama kali PM bersama Tabligh tu ye wahai semua pencacai PR yang nak jatuhkan PM tu dan ini bukan semata2 nak meraih simpati undi macam semua pemimpin PR buat tu!

Program Jelajah Pak Nuar Gagal di Sg.Isap



Program Jelajah Bas Merdeka Rakyat anjuran Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang diadakan di Sungai Isap di sini hari ini ternyata gagal mendapat sambutan apabila hanya dihadiri oleh kira-kira 500 penyokong tegar parti itu.

Walaupun dengan kehadiran Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh namun ia tetap tidak berjaya menarik perhatian masyarakat di kawasan berkenaan untuk menghadiri ceramah jalanan tersebut.

Bagaimanapun, Anwar dalam ceramahnya itu mengumumkan bahawa Fuziah yang juga Naib Presiden PKR akan bertanding semula untuk mempertahankan kerusi Parlimen Kuantan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Untuk rekod, pada pilihan raya 2008, Fuziah menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Fu Ah Kiow dengan majoriti 1,826 undi. Fuziah memperoleh 18,398 undi manakala Ah Kiow mendapat 16,572 undi.

Note : Gila. Memang la gagal dah pemimpin pon gay rosak moral. GIla orang nak pecaya! puihh

Thursday 28 March 2013

Orang2 PR Mengaku Buat Kerja Video Seks Nurul Izzah?!



Tidak semena-mena,tiada beruk tiada kera,tiba-tiba pokok bergoyang. UMNO tidak tahu apa-apa,tiba-tiba PKR pula yang heboh menyatakan kewujudan Video Seks Nurul Izzah pula.saya amat memahami strategi ‘overdose’ atau ‘overkill’ iaitu menambahkan cili kepada isu yang sedia pedas seperti video seks Anwar sehingga orang tidak mampu lagi menelannya. Dalam kes ini,strategi pembangkang mungkin untuk membangkitkan rasa mual terhadap UMNO sekali gus meraih simpati terhadap Nurul Izzah dan Anwar.Namun,cara pendedahan video Nurul Izzah ini agak keterlaluan iaitu menambah cili sehingga tidak nampak lagi masakan asalnya.ini kerana ia pertama sekali disuarakan oleh Saifuddin Nasution secara terbuka di hadapan wartawan,seolah-olah sengaja sedangkan desas-desus mengenainya belum lagi kedengaran.


  • Mungkinkah ini merupakan strategi ‘pre-emptive’ iaitu bersedia dengan jawapan sebelum soalan dikemukakan ? 
  • Atau apakah ini hanyalah langkah pertama ke arah satu lagi lakonan tersohor yang bakal diedarkan ala-ala lakonan sepupu Taib Mahmud ? 
  • Walau apapun,mengenali keluarga Anwar,kita tidak boleh menolak akan kemungkinan bahawa video tersebut tulen dan wujud walaupun motif dan dalangnya tidak dapat dipastikan. 


Apa yang saya pasti,video tersebut ada di tangan PKR, bukan UMNO kerana itulah sehingga ke hari ini,apa yang kita dengar hanyalah dari pihak PKR dan hanya pihak PKR yang SERONOK sekali bercakap mengenainya.

Jangan kita lupa bahawa parti PKR adalah parti yang sentiasa bergolak kerana ia menghimpunkan semua orang-orang yang gila kuasa lagi korup di dalamnya. Segala sampah dan najis UMNO dikutip dijadikan perhiasan dan dipakaikan mahkota.Pemilihan parti PKR adalah yang paling kotor dalam sejarah, di mana undi dimanipulasi dan baling kerusi bergaduh adalah budayanya. Faktor cinta tiga segi,empat segi dan bersegi-segi juga merupakan masalah paling besar dalam PKR.Mana tidaknya,apabila anak, isteri, gundik, anak ikan, semuanya terpaksa berhadapan sesama sendiri setiap hari.Kita tahu Wan Azizah bencikan Fareez. Kita tahu Azmin menentang Khalid. Kita juga tahu Wan Azizah benci Azmin.

Kita tahu Nurul Izzah membela mamanya dan Azmin serta Fareez menentangnya dan mamanya. Kita tahu Anwar sayang semuanya. Tetapi kita juga tahu Anwar paling sayang dirinya sendiri. Nurul Izzah bukan masalah besar bagi UMNO atau BN. Malah,beliau merupakan bahan ketawa, tambahan pula dengan kenyataan bodohnya mengenai pasukan keselamatan negara baru-baru ini, RAMAI yang menganggap wanita itu elok diabaikan saja.

Tidak berbaloi bagi BN memburukkan Nurul Izzah dengan cara menyebar video seksnya dan BN juga lebih tahu bahawa tindakan itu mungkin akan memakan diri dan parti. Justeru,adalah lebih masuk akal bahawa video tersebut bakal diedar oleh pihak PKR sendiri. Lagipun,dari kata-kata Saifuddin,nampak seolah-olah PKR sudah pun memilikinya,kerana BN langsung tidak tahu menahu mengenainya.


  • Cuma saya kini tertanya-tanya juga apa reaksi Wan Azizah dan Anwar mengenai aksi anak mereka ? 
  • Banggakah Anwar yang anaknya mengikut jejak langkahnya ??? 


Apapun,saya pasti,bangga atau tidak,Anwar dan Azizah tetap akan menafikannya. Bagi Nurul Izzah pula,saya menyarankan agar beliau memikirkan dalam-dalam tentang bapa dan ibu jenis apa yang sanggup membiarkan orang lain menyebar video seks yang dikaitkan dengan anak mereka,semata-mata untuk meraih simpati politik ?

Woww.. Lepas Anuuwar Sekarang Nurul Izzah Pulak Dibogelkan?!


Memang menghairankan.

Baru-baru ini, Setiausaha Agung PKR mendakwa ada pihak yang 'menjemput beliau' untuk melihat beberapa keping gambar video terlarang yang dikaitkan dengan Nurul Izzah.

Beliau juga mendakwa tidak tahu siapa 'pihak' itu tetapi mereka didakwa 'kelihatan mempunyai banyak pengetahuan tentang produksi video' BACA DISINI!


Persoalan besar timbul apabila beberapa blog pro-pembangkang mula memainkan isu ini dengan mendakwa mereka sudah dapat gambar pelakon wanita di dalam video terlarang tersebut!

Bukannya bloggers pro-UMNO tetapi bloggers pro-pembangkang sendiri yang mendedahkan serta mensensasikan isu yang dibangkitkan oleh Setiausaha Agung PKR!

Yang lebih menghairankan ialah bloggers pembangkang tidak berlapik apabila menulis entri mereka. Menghairankan!

Entri blogger pembangkang : cakap pun tak berlapik.

Di antara entri 'bernas' blogger pro-pembangkang yang 'mempertahankan' Nurul Izzah tetapi dalam masa yang sama, mencemar nama anak Anwar Ibrahim itu :

  • Nurul Izzah pasti menangisi kisah seksnya yang bakal dibongkar. Siapa lelaki yang menjadi pasangan seksualnya dalam filem itu masih belum pasti lagi. Entah melayu entah negro. Entah bangla , entah nepal.
  • Seperti kita juga, Nurul Izzah pastinya tertunggu-tunggu siapa gandingannya dalam filem seks paling low class pernah dicipta dalam dunia moden. Adakah kemungkinannya adalah TS Khalid Ibrahim? 
  • Wanita yang melakonkan wataknya dalam video tersebut sudah didedahkan. Tidak dapat dipastikan namanya. Tetapi wajahnya sudah didedahkan di media internet. 

Namun masih belum dapat dipastikan kesahihan bahawa dia adalah pelakon aksi seks yang bakal diterbitkan.SUMBER!

1. Kenapa blogger pro-pembangkang menulis sedemikian rupa pada perenggan pertama entri tersebut?

2. Dan kenapa nama TS Khalid Ibrahim dikaitkan dengan video 'Nurul Izzah' padahal Setiausaha Agung PKR tidak pernah menyebut kaitan di antara mereka berdua di dalam satu video yang sama?

3. Kenapa bloggers pro-pembangkang mencurah petrol ke api di dalam isu yang disensasikan sendiri oleh Setiausaha Agung PKR?

Yang lebih menghairankan ialah di dalam usaha pemimpin pembangkang begitu tekun cuba membongkar identiti blogger pro-UMNO, Saifuddin enggan menamakan 'agen Umno-BN' itu padahal sebagai seorang pemimpin, beliau akan dilihat berbohong mencipta cerita tanpa bukti-bukti yang sah. SELANJUTNYA!

Buat apa agen 'Umno-BN' itu 'menjemput pemimpin pembangkang untuk melihat keping gambar video terlarang pemimpin pembangkang yang lain'?

Jika benar pun, apakah mereka peduli dengan pendedahan tersebut?

Dek beberapa kemusykilan yang sangat nyata ini, apakah pandangan blogger otai Media Permatang Pauh di bawah ada asasnya?


Di antaranya :

Malam ni, gambar yang didakwa pelakon video tu pulak didedahkan oleh beberapa blog pro Anwar sendiri.. Ini bermakna, dorang memang dah sedia maklum pasal kewujudan video ni dan dorang memang dah tahu pasal skandal tersebut.

Bagi gua, semua ni merupakan cubaan puak-puak dalaman PKR sendiri untuk jatuhkan anak pompuan Anwar tu sebelum PRU13.
Korang sendiri sedia maklum sapa yang bermusuh dengan Wan Azizah serta Nurul kann.. So gua tak payah cakap lah sapa yang dimaksudkan tu yee. SELANJUTNYA!

Yang lebih menimbulkan syak wasangka penglibatan puak-puak dalaman pakatan pembangkang untuk menjatuhkan Nurul Izzah ialah foto-foto di bawah.

Mereka mendakwa bahawa foto pelakon video tersebut telah tersebar di internet.

1. Ironinya, media alternatif pro-pembangkang mempunyai set-set foto photoshop yang menggunakan wajah Nurul Izzah. 

2. Yang sangat menghairankan ialah media alternatif pro-pembangkang juga mempunyai foto asal wanita misteri yang digunakan untuk photoshop!

Di sini sahaja kita sudah tentu terfikir bahawa foto pelakon video yang didakwa Nurul Izzah itu sebenarnya adalah hasil black op dan karya pro-pembangkang sendiri yang bermaksud untuk memalukan pemimpin mereka sendiri. -MIM-

A. Samad Said Kena Langgar ?!



Kawkaw A. Samad Said kena balasa pantun Jenis A++ Hahaha!

Wednesday 27 March 2013

Langgar Bai'ah PAS, Wajib Cerai Isteri?! Mazhab Mana Tu?


NOTE : Kasihan orang-orang PAS, selalu diperbodohkan oleh pemimpin-pemimpin mereka.Itupun ada juga yg BUTA dan masih BERDOLAK DALIH. Dalam Islam tiada tuntutan sedemikian. Mengapa parti yg membawa Imej Islam ini boleh melaksanakannya. Pembawaan nama Islam didalam parti sekiranya salah pembawaannya akan menyebabkan perpecahan Ummat dan yg paling menyedihkan imej Islam TERCALAR!

Video Seks: PKR Ibarat Nabi Yusuf , Maryam?



Parti Keadilan Rakyat hari ini membandingkan pimpinan parti itu kepada Nabi Yusuf dan tokoh-tokoh terbilang Islam yang difitnah dengan tuduhan salah laku seks.

Dalam cubaan terbaru untuk mematikan serangan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas satu lagi video seks mula diedarkan menerusi blog-blog tertentu, ibu pejabat PKR mendakwa lebih banyak video seks fitnah akan “didedahkan” membabitkan pemimpin PKR yang lain.

“Kita mendapat maklumat dari sumber-sumber yang boleh dipercayai bahawa beberapa video palsu seks beberapa orang pemimpin lain PKR akan diterbitkan,” kata Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution.

Alahaiii...Video memang boleh dipotongnya tapi Video didalam orangnya tak boleh diubah....pegerakan nya boleh tahu kalau dipotongnya..Fikir fikirkan lah...Peliknya bila kerajaan BN yang kena terus dicop sebagai BN yang bersalah.Bila tang kena pada PR bermacam macam ditepisnya..

Rafizi Kantoi Besar Guna 5 Kad Pengenalan Untuk PRU13!


Patutlah Rafizi Ramli memekak sangat dengan PENGUNDI HANTU, KAD PENGENALAN BERGANDA dan sebagainya. Rupa-rupanya dia sendiri memiliki LIMA KEPING KAD PENGENALAN YANG BERBEZA, dan menjadi PENGUNDI DI LIMA LOKASI YANG JUGA BERBEZA.

Taktik biasa yang dilakukan oleh para pemimpin PKR, ialah dengan menuduh orang lain sebagai PENJAHAT untuk melindungi PERBUATAN JAHAT yang mereka sendiri lakukan.

Contoh terbaik ialah apabila Anwar Ibrahim sibuk menuduh UMNO dan para pemimpinnya sebagai PERASUAH sedangkan telah terbukti bahawa Anwar Ibrahim merupakan BAPA PENGAMAL RASUAH di Malaysia dari semenjak dia berkuasa, sehinggalah dia hilang kuasa dan menjadi Ketua Umum PKR yang mendapat biaya penuh daripada Zionis Israel.

Justeru tidak menghairankan apabila Rafizi Ramli menyalak tentang PENGUNDI HANTU dan KAD PENGENALAN BERGANDA yang membabitkan seorang lelaki bernama Wan Muhammad Azri bin Wan Deris dan Wan Muhd Azri Wan Deris.

Rupa-rupanya Rafizi Ramli sendiri adalah pengundi hantu. Dia mempunyai dua nama daftar di Terengganu (Marang dan Kemaman), satu di Kedah (Baling), Sarawak (Petra Jaya) dan Johor (Simpang Renggam).

Justeru, atas desakan kaum PKR sendiri, Pengerusi SPR memutuskan untuk melakukan siasatan terperinci berhubung pemilikan lima kad pengenalan berbeza dan lima lokaliti mengundi yang dimiliki oleh individu bernama Rafizi Ramli.

Ini adalah kerana puak PKR dan Pakatan tidak dapat menerima hakikat bahawa di Malaysia, terlalu ramai yang berkongsi satu nama dan satu bin walaupun individu tersebut adalah individu yang berbeza serta mempunyai kad pengenalan yang tersendiri.--AAKJ







Tuesday 26 March 2013

Anuar Kene Bayar RM3k Sebab Otak lembabnya!



Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim membayar RM3,000 kepada Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Hamzah Zainuddin ekoran penangguhan kes saman fitnah RM10 juta yang dibuat oleh Ketua Pembangkang, pada saat akhir.

Hakim Rosilah Yop yang bertegas mahu mendengar perbicaraan tersebut bagaimanapun membenarkan penangguhan yang dikemukakan oleh Anwar yang berada di Sabah melalui peguam R. Sivarasa yang mewakilinya.

Pada 22 Ogos 2008, Anwar memfailkan saman terhadap Hamzah yang ketika itu Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan kerana dakwaan mengeluarkan kata-kata fitnah dan disiarkan dalam akhbar berbahasa Cina, Kwong Wah Jit Poh bertarikh 19 Ogos 2008, dalam artikel bertajuk Anwar Harassed My Wife.

Mahkamah menetapkan 2 Mei depan untuk mendengar perbicaraan itu.

Wajib Tengok! 15 Rahsia Tentera Malaysia Yang Anda Belum Tahu!


1 – Percaya atau tidak jika dikatakan Komando² Malaysia sentiasa diberi tugas sebagai QSR (Quick Reaction Rescue) bagi tentera NATO dalam perang BOSNIA? Suatu ketika pernah dicatatkan dalam newspaper di Amerika.. Diharapkan informasi ini dapat dikaji dan dikongsi bersama….hal ini dan diperakui oleh tentera² asing dan mengelarkan pasukan yang datang untuk garisan mati.

2 – ATM diperakui PAKAR PERANG HUTAN oleh seluruh dunia dan merupakan satu satunya pasukan yang Berjaya mengekang komunisme .




3 – VAT69 dijulang sebagai komando terbaik dunia sehinggakan pasukan ini didokumentarikan oleh ASIA CHANNEL.

4 – Perisik Malaysia sama ada PDRM atau ATM merupakan perisikan yang paling terbaik dalam dunia…percaya atau tidak? Pada 1988 seorang perisik KGB ditangkap iaitu Siddiq Ghouse kerana merisik Malaysia? Hal ini dibuktikan dengan kepantasan Malaysia membasmi Al-Maunnah,KMM, Abu Sayyaf, Jemaah Islamiah dan penganas² lain tanpa mengambil masa yang lama.

5 – ATM dianggap pakar modified dan pakar intergrasi oleh negara luar, sebagai contoh MiG29N Malaysia satu²nya pesawat tempur jenis itu yang memiliki peluru berpandu, dan ranking pertama hingga 22 pemandu pesawat tempur adalam anggota TUDM walau hanya menggunakan pesawat buruk tersebut! ATM juga telah mengubah suai SU-30KMM Malaysia menjadi lebih baik daripada pesawat tempur terbaik dunia iaitu SU-30MKI milik Tentera India !…




ATM juga mengubah suai SCORPHENE menjadi lebih senyap dan paling efisen dalam seluruh kapal selam milik angkatan tentera seluruh dunia! Bahkan percaya atau tidak jika dikatakan kapal kontena sumbangan MISC kepada ATM di ubah suai menjadi kapal seba guna dan kini ia berkhidmat dalam OPS FAJAR mengawal perairan Eden!

6 – Sebelum pasukan elit MARINIR (tentera laut Indonesia ) berjaya “TAWAN” Singapura…..pada 1980an pasukan komando udara Malaysia HANDAU telah menerobos pangkalan peluru berpandu udara milik tentera singapura yang terletak di BUKIT BATUK! Paling diingati pada kes itu Komando Malaysia meletakkan bendera MALAYSIA .!

7 – Pada lewat 1980an, sekumpulan tentera singapura ditangkap oleh askar wataniah Malaysia kerana cuba memasang radar di sebuah bukit yang terletak di johor. Tindakan ini dibalas Malaysia apabila dilimbungan kering dan basah singapura kerap berlaku letupan sabotaj yang menjejas pelancaran ekonomi Negara itu.

8 – Percaya atau tidak ? Indonesia risau apabila RELA ditubuhkan dan diperbesarkan? Ini kerana mereka tahu adanya pasukan bantuan khas dalam RELA. Ini mengingatkan pada bantahan singapura sewaktu penubuhan Pasukan Terjun Payung (briged para)

9 – Percaya atau tidak perisik dan anggota elit ATM dan PDRM,apabila bersara dikehendaki melaporkan diri di balai polis bagi waktu dan masa yang ditetapkan? Mereka juga sukar untuk memohon passport atau visa ke luar Negara.

10 – Semua anggota elit komando Malaysia (ATM) dilarang memakai motorcar ber”clutch”percaya atau tidak?

11 – Percaya atau tidak panggilan “cikgu” digunakan oleh anggota polis merujuk pada anggota ATM?

12 – ATM menjadi rebutan Amerika dan Britain.Namun ATM memilih Britain kerana ikatan persahabatan yang kian lama terjalin, namun tahukah anda ATM telah menubuhkan sekolah ketenteraan FORT BENNINGS ? Disini diperkatakan tentera terhebat adalah SAS (Britain), diikuti Malaysia (ATM) dan amerika US ARMY.

13 – Indonesia pernah mengutuk angkatan tentera Malaysia kerana sewaktu latihan , anggota tentera Malaysia membawa resin makanan! Namun ia dibalas Malaysia apabila sewaktu gempa bumi PADANG, makanan yang dihulurkan Malaysia adalah resin tersebut! Makanan inilah yang dikatakan expired padahal mereka kalah malu pada Malaysia.

14 – Bagi menghina Malaysia, Indonesia segaja mengajar angkatan tentera Kemboja. Tapi Indonesia mendapat aib apabila ATM berjaya menerobos kem tentera Kemboja tanpa disedari dan berjaya mematikan periuk api !ini amt memalukan mereka…

15 – Pasukan elit pertama Malaysia merupakan Sarawak Rangers dan ini merupakan pasukan paling awal sebagi pasukan elit dari negara2 rantau ini.

NOTE : INGAT LAH WAHAI MACAI PR. JGN PERLEKEHKAN LAGI KEKUATAN ANGGOTA KESELAMATAN NI !

Monday 25 March 2013

PANAS!! Kalau Dah Terdesak Pencecei Sanggup SPIN Apa SAJA!!!


Untuk pengetahuan semua ini adalah gambar yang dimiliki oleh salah satu photographer di media. Media mana tak boleh nak mention. Gambar ini adalah secara kerelaan bukan untuknya apa seperti yang dicatitkan kt gambar ni..

Punyala terdesak puak2 jubs. Gambar berseronok ronok sempai disalah guna. Mmg puak2 makan dedak je la diorg ni atau dorang ni memang dah kering idea nak naikkan isu? bodoh!


GAMBAR SEBENAR!!

Puak Pencacai PR ni dorang semua spin kata polis mengacukan pistol? tak caya? TENGOK NI!

NOTE : Puak Pencacai PR cuba memfitnah Polis Diraja Malaysia dengan mengubah gambar asal kemudian meletakkan ayat kononnya Polis berlaku kejam terhadap seorang wartawan dari Malaysiakini. Sedangkan gambar asal adalah sesi gurau senda bersama media. Ingat Pakatan Rakyat... Ingat Fitnah...

TERBAIK! PM Hadir Hari POLIS Ke-206! Anuuar Hado ke?



Tetamu disajikan dengan puisi yang amat menyentuh hati untuk sesiapa saja yang hadir pada majlis tersebut.



Segak.. Anggota keselamatan tegap berdiri membetulkan barisan sebelum perbarisan lintas hormat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak berlangsung.

Tidak ketinggalan Komando VAT69 turut hadir pada majlis sempena Hari Polis yang ke-206 pagi tadi di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), Jalan Semarak pagi tadi.
Sebahagian Komando VAT69 bergambar kenang-kenangan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri hishammuddin Tun Hussein, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dan Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa.





NOTE : DARI HATI YANG TERDALAM INGIN KU UCAPKAN SELAMAT HARI POLIS KE-206 UNTUK SEMUA WARGA POLIS DAN SEMUA ANGGOTA KESELAMATAN YANG BERUSAHA DALAM MENJAGA KEAMANAN DI BUMI MALAYSIA! TERIMA KASIH YANG TAK TERHINGGA DIUCAPKAN.

Video Gay Part 2 Anwar Dah Tersebar!




Harap rakyat malaysia dapat menilai sendiri apakah pemimpin sebegini wajar kita sokong untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia?  Tak sabar nak tunggu video seterusnya...Apa yang pasti kemesraan Anwar Ibrahim dengan lelaki lembut berdua duaan didalam bilik hotel pastinya boleh memberikan anda semua satu jawapan berhubung isu yang selama ini dileparkan keatas Anwar Ibrahim iaitu Anwar Ibrahim pengamal Seks Luar Tabii. 

Saturday 23 March 2013

RAFIZI Lembu Di Belasah Wartawan KAWKAW!


Sebelum pergi lebih lanjut,rasanya elok kita ramai-ramai ucap tahniah pada Papagomo.Bab video yang dia dedah itu lain cerita.

Ini bab martabatnya sudah naik satu darjat sama level Datuk Seri Anwar Ibrahim yakni,Hamba Allah yang bercita-cita nak jadi Perdana Menteri Malaysia.

Hang hebat Papa...Depa iktiraf hang sebagai orang yang boleh goncang kedudukan Anwar.

Cuba fikir, kalut PKR kerah orang-orang di ibupejabatnya selidik dan selongkar latar belakangnya.

Kita tidak perlu ambil ijazah sains politik untuk apa yang orang putih kata 'discredit the source'.

Mereka yang belajar ilmu saikoloji juga boleh buat andaian riak ini jelas petanda ada orang sedang gabra.

Sebab itu syok tengok Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli tampil dengan wajah ala-konfiden habis buat sidang akhbar di ibupejabat PKR di Petaling Jaya,Jumaat untuk mendedahkan latar belakang Papagomo.

Ini berkaitan dengan sejarahnya semasa berkhidmat sebagai anggota polis dulu dan namanya tercatat serentak sebagai pengundi biasa dan pengundi pos (atas kad polis).

Kesimpulannya begini.Rafizi hendak mengajak seluruh rakyat agar jangan percaya langsung pada pendedahan Papagomo tentang bos besarnya,Anwar - kerana dia mempunyai latar belakang yang 'tercalar'.

Agendadaily sudah menghubungi Papagomo sendiri untuk bertanya bab pendedahan Rafizi itu.Dia sudah menjelaskan kedudukan sebenar yang akhirnya buat sama-sama tertawa.

Tak kira apa sekali latar belakangnya.Bagi Papagomo isu yang didepan mata sekarang ialah pendedahannya tentang seorang pembesar pembangkang yang dia dakwa mempunyai aktiviti moral yang sangat menjijikkan.

"Aku ini kucing senak saja.Aku tertirap tepi jalan pun tidak bawa apa-apa kesan pada rakyat dan negara.

"Cuba bayangkan orang yang aku tuduh ada moral kotor macam Anwar jadi Perdana Menteri.Fikir sudah kesannya pada nasib dan masa depan negara,"katanya.

Atas sebab ini perbualan menerusi telefon itu diselang seli dengan deraian hilai ketawa mengenangkan susah payahnya puak PKR nak kondem dia untuk kasi tegak benang Anwar.

Juga ini ada sikit pesan kepada Rafizi,lain kali kalau ingat nak buat sidang akhbar KENA ADA TELOR untuk jawab soalan.

Kalau ingat nak baca kenyataan dan jawab soalan-soalan 'selamat' sahaja lebih baik email kenyataan media agar tidak payah wartawan buang masa ke ibupejabat PKR.

Seperti biasa ketegangan timbul antara wartawan Agendandaily dengan Rafizi semasa sidang akhbar hampir setengah jam itu.

Orang kanan Anwar ini memulakan sidang akhbarnya dengan  membaca kenyataan hasil penyelidikan mereka tentang latar belakang Papagomo...blah...blah...blah.

Hairan sensitif sungguh Mamat ni pada soalan wartawan Agendadaily kenapa mereka hanya berani saman Papagomo tetapi tidak saman trio Datuk T yang dedah video seks China Doll yang 99.9 peratus tulin itu.

Sebagai latar belakang...malah semalam salah seorang trio Datuk T yakni Tan Sri Rahim Thamby Chik mengulangi dakwaan dalam sidang akhbar bahawa lelaki dalam video China Doll ialah Anwar.

Katanya trio Datuk T sedia disaman.

Bukan semalam sahaja,malah sudah berkali-kali Datuk Sharzly Eskay cabar Anwar saman dia...tetapi sampai hari ini saman tidak muncul.

Maka keluarlah ayat-ayat biasa dari Rafizi mengaitkan Agendadaily dengan UMNO segala macam.

Hebat bab orang boleh cakap...bab sendiri jadi tikus.

Ketegangan berlarutan hingga Rafizi ugut nak panggil pengawal mengusir wartawan Agendadaily dari sidang akhbar itu jika terus bertanya.

"You amalkan kebebasan media. I pun mengamalkan kebebasan media untuk bertanya."kata wartawan Agendadaily

"No..saya dah jawab. Saya dah bagi ruang. Can I get the other ones?,' kata Rafizi untuk mengelak jawab.

Nak kata pelik tapi tak pelik....kenapa dia takut sangat pada soalan itu.

Lojik akal akan berkata itu adalah satu natural question yang siapa saja akan bertanya.

Rafizi anggap soalan ini ' MENGGANGU' sidang akhbar hingga wartawan lain tidak boleh tanya soalan.

Steadylah Bro...kalau ingat boleh perbodohkan semua orang.

Mak Datuk kau...Rafizi bercakap tentang kita orang Islam....(soalnya sanggupkah kau ( jika betul dakwaan)  berketuakan seorang ada perangai luar tabii yang jijik )

Kalau kata orang Islam... kenapa tak berani selidik dan pastikan kebenaran?

Juga tidak kurang syoknya ketika ada wartawan lain tanya tentang video 'pembukaan' yang didedahkan oleh Papagomo mulai petang Khamis ,Rafizi kata video itu bersifat spekulasi dan berniat jahat.

Katanya dia sudah tengok video itu dan tidak dapati apa-apa yang tidak baik.

Untuk backing lagi bosnya,Rafizi kata Anwar bertemu ramai orang dan memang ramah orangnya.(Ramah sungguh sampai ke bilik hotel senda gurau gitu?)

Ditanya apakah tindakan PKR jika Papagomo terus tayang video ( sambungan)...kata Rafizi ,"lets see what Papagomo has.We has to see very carefully",katanya.- 22/3/2013- OLEH NOOR HASILAH ISMAIL

Transkrip soal jawab semasa sidang akhbar Rafizi (selepas selesai baca kenyataan akhbar mengenai Papagomo tengahari tadi):

Rafizi: I would like to caution chairman dan deputy chairman of SPR do not underestimate how this joke that actually will have a big impact on the trust and integrity of SPR. Simple saja. Dia boleh tolak. Dia boleh kata. Dia boleh tuduh. Tapi dengan bukti yang cukup jelas, kena atas batang hidung Papagomo pulak tu, I think it will spread very quickly, terutamanya pengundi muda - it will have a severe impact on SPR's integrity. Jadi saya akan tunggu respon daripada SPR. Papagomo ini is just a side issue saja. Dia nak meroyan lepas ini biarlah dia meroyan. I am not interested to entertain him. I am just interested to find out from SPR how did you allow a person who was convicted, sacked and no longer being in service with PDRM to continue to be in the database pengundi sebanyak dua kali pilihanraya. That means that 2008 besar kemungkinan dia mengundi dua kali dan 2013 kalau tidak dihentikan dia juga akan undi dua kali. Ada soalan?

KL Pos: Tadi saudara Rafizi cakap suruh tolak budaya rasuah sedangkan DS Anwar Ibrahim dulu pernah juga terlibat dengan tuduhan rasuah.

Rafizi: Semua tuduhan itu telah melalui proses mahkamah.

KL Pos: Begitu juga dengan Papagomo

Rafizi: Hang on...(tak bagi peluang wartawan teruskan soalan itu)....saya tak habis...semua tuduhan itu telah melalui proses mahkamah dan semua telah dibuktikan bahawa dia tidak bersalah.  Bukti-bukti lain yang keluar yang jelas juga menunjukkan bahawa yang ini semua konspirasi dan fitnah yang dalangnya, termasuklah juga orang2 seperti Papagomo ini. I mean, you can write whatever you want to write. The ultimate judge is going to be the public. And the public is a lot more aware now.

They can put two and two together. dia boleh tengok apabila lebih ramai tokoh2 yg dulu berada di belakang tabir yg terlibat dalam proses ini...pendakwaraya pun akhirnya mengaku, bapa kpd saiful bukhari pun mengaku, dan sampai sekarang tidak ada satu bukti yang betul-betul jelas pun. Dan datuk seri melalui the whole proses. And the fact that he proved himself, he withstood the fitnah, dan sokongan yang datang daripada rakyat menunjukkan rakyat tidak percaya dengan fitnah dan juga political set-up yang dibuat. So I think if Anwar Ibrahim went through all that dan kalau dia betul-betul tidak melakukan rasuah, he will come out unscathed.

Jadi, perkara yang sama juga dengan Papagomo ini. Finally I am telling Umno Barisan Nasional, the ultimate judge is the public. You can continue to use Papagomo. You boleh terus mendokong, menyokong dia. Ramai-ramai saya minta bila dia disaman nanti, menteri-menteri Umno turun ke mahkamah untuk memberi sokongan kerana itulah strategi terbaharu yang akan memberi kemenangan kepada Pakatan dan rakyat. Don"t underestimate the wisdom.

Agendadaily: Tadi encik Rafizi cakap DS Anwar telah melalui proses dan Papagomo juga pernah melalui proses dan telah dihukum. You said you are not interested and all that. Tapi the issue here is, why Anwar berani saman Papagomo dalam isu ini tapi kes dahulu yang China Doll dia tak berani saman Papagomo dan juga Datuk Trio. Why?

Rafizi:No. saman ini terhadap Papagomo is keseluruhan. Pertama kita orang islam, saudari...ayat quran cukup jelas bahawa apabila ada sesuatu berita itu dibawa oleh orang yang fasik maka kita kena menolak berita itu. I dont know about u. And you are are reporter, you carry news. I don't know about you. You have your news to fill up, tapi kalau saya...kalau seorang seperti Papagomo yang telah dijatuhkan hukuman, masuk penjara, semua rayuan ditolak, membawa berita yang memang jelas ada motif politik. saya akan lebih berhati2. Sebab itu saya rasa ramai rakyat Malaysia mengambil pendirian menolak.

But don't subscribe the big issue in this. That's your problem. What is the biggest issue? Papagomo is a non entity. The real issue is SPR. Kenapa you tak tanya, bahawa SPR ada pengundi hantu? That is a much...YOU DARI MANA?

AD: Saya dari Agendadaily:

Rafizi: Ahh patut pun!! Agendadaily? Hah! Kalau ada yang melibatkan Umno tiba-tiba Agendadaily akan datang tanya soalan-soalan macam ini. Saya minta balik, tanya kepada pengerusi SPR, kenapa boleh ada pengundi hantu macam ini, yang dengan kuasa Allah, banyak-banyak orang kita dapat buktikan, hari ini kita dpt buktikan Papagomo.

AD:  baru nak buka mulut...Rafizi terus...

Rafizi: Bagi peluang kepada oang lain kerana you are... (wartawan Agendadaily cuba tanya lagi)..No...No...No...NO...NO...NO...NO. I have answered already.

AD: Yes, I will ask SPR pasal tu, tapi you belum jawab soalan saya.

Rafizi (potong cakap). No... No... No.  Can i get next question. Kita bagi orang lain.

AD: Soalan saya kenapa tak berani saman Datuk Trio.

Rafizi: No...sudah saman Papagomo.

AD: Papagomo itu ikan bilis dibandingkan dengan DS Anwar.

Rafizi: Can I have more questions yang lebih credible yang bukannya datang daripada portal yang lebih kurang sama seperti Papagomo? Can I get a proper reporter punya questions.

AD: You amalkan kebebasan media. I pun mengamalkan kebebasan media untuk bertanya.

Rafizi: No..saya dah jawab. Saya dah bagi ruang. Can I get the other ones?

AD: You did not answer my second question.

Rafizi: No...No. Saya dah jawab bahawa dia sudah saman Papagomo keseluruhanlah. We'll go through the process in court. You tunggu...you turun.

AD: I ikut your suggestion, I akan tanya SPR, tapi you jawab soalan I.

Rafizi: Yeah...I don't trust you at all. Kita boleh semak Agendadaily.

AD: I only ask a simple question?

Rafizi: Can we get the guard kalau begini seterusnya? ...Sebab saya nak teruskan dengan soalan2 yang lain. Kalau Agendadaily datang setiap kali hanya untuk tanya soalan dan mengganggu dengan bertanya perkara-pekara ini...kita dah beri ruang. Kita tak tolak pun. Tapi hormati sidang media yang ada orang lain semua. You akan tanya dan you akan ambil masa, semata-mata kerana you nak ambil (tanya) 2-3 (soalan). Bagilah pada orang lain. Ada soalan lagi? Okay di belakang...Aida (tunjuk wartawan yang dia kenal bernama Aida)

Wartawan: Papagomo seemed to be very well funded. Do you think somebody is financially backing hiim?

Rafizi: I dare say it is obviously...individuals or definitely people well connected with Umno with lots of funds behind Papagomo. Because you can put two and two together. Everytime there is an attack and filthy politics that Umno wants to play, they will start from Papagomo.

And kalau you compare the kind of coverage that Papagomo has in TV3 or Utusan, even minister don't get that kind of coverage. Papagomo is given full prominence on the basis that he can say first and then it will be repeated by the mainstream media controlled by Umno-BN.

Anyone who knows, even Agendadaily...I don't think gets that much coverage in TV3 or Utusan. That's the kind of prominence that Papagomo has. So you wont get that unless you are extremely well-connected. And we all know in the last incident where Papagomo was given a special priviledge and access to be on one of the submarines. Again, I don't think its a matter of national security. I don't think anyone would be given access unless you are so well connected to the powers that be.

Wartawan: Semalam kita baca pasal Anwar saman pasal imej-imej yang dimuatturun oleh Papagomo dan selepas ini PKR akan saman tak jika Papagomo terus keluarkan video?

Rafizi: We have made it clear that we will continue to sue, but I supposed, that one you have to ask the lawyers about process and so on. I think the time has come... dulu we were always in the dillemma whether to entertain them...actually all indications and surveys shows video-video ... this lewd politics tidak mendapat tempat.

Dulu yang video hitam putih we know Umno instructed to pull out all those videos because it backfires on BN. so, there was a thinking, at one point is - let it be. but I think enough is enough. it is also a moral duty to combat budaya-budaya macam ini.

We will continue to sue and sue until Papagomo is completely bankcrupted. But let's see because process mahkamah kita kena ambil kira. Macam kes saya dengan Datuk Seri Shahrizat. I did not sue her. It's when she sued me..and then you can package the whole thing up and counter sue...yg itu kita serahkan kpd peguam what's the best way to proceed with the legal suit.

Wartawan Malaysiakini (Hafiz): Semalam dapat saman, tapi Papagomo masih ada muatkan video lagi. Have you seen the video?

Rafizi: I have seen the video. I think it is speculative and I think it's malicious in the sense that it is just impying something. If you know Datuk Seri Anwar, he talks to anyone. He entertains anyone. Some of you had interviewed him. He will be as warm to anyone if you manage to sit down with him.

This whole thing about trying to imply...let us see what Papagomo has. I dont think it is..as far i am concerned wahatever video...itupun we have to see very carefully the content and so on. But at first glance I didn't find anything incriminating about it, apart from insinuation made by Papagomo. That's all.

Wartawan: Nampak macam suspicious.

Rafizi: Suspicious in what sense?

Wartawan: Sebab rumah DS Anwar.... (reporter itu nak cakap rumah Anwar di Segambut, tapi kena potong)

Rafizi: I can take your photo now and make it very dark, no problem. That's why, unless you see the full content...you know..taking a snippet of a not so celar voice and then gambar, lighting...Those are all can be edited and even lighting pun boleh kacau. But what is exactly the very short content? Nothing. I pun tak clear sangat. So I dont think...there's nothing but insinuation.

I think we should repeteadly tell the public that voting for Umno is like voting for people who have to depend on Papagomo to fight the battle for them.--AD

NGO Cabar Si Anwar Kontol Saman Najib?! Ada Berani Ka ?


Dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini mencabar pembangkang agar mengambil tindakan undang-undang terhadap Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak sekiranya benar dakwaan mereka bahawa isu-isu moral membabitkan sesetengah pemimpin mereka yang didedahkan orang awam didalangi oleh parti itu.

NGO-NGO itu berpendapat, tindakan pembangkang yang gemar menyaman media tempatan seperti Utusan Malaysia, TV3 dan penulis-penulis blog tertentu umpama seorang pengecut yang cuba menyembunyikan aib.

Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah berkata, jika benar isu-isu moral membabitkan pemimpin mereka hasil konspirasi dan sandiwara UMNO, mereka sepatutnya mengemukakan saman malu terhadap Najib selaku presiden parti.

“Kenapa mereka (pakatan pembangkang) tidak berani menyaman Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak yang merupakan ketua dalam UMNO dan Barisan Nasional (BN) itu sendiri? "Menyaman akhbar arus perdana seperti Utusan (Malaysia), TV3 dan blogger tidak dapat membuktikan apa-apa,’’ katanya kepada Utusan Online ketika dihubungi di sini hari ini.

Sementara itu Mursyidul Am Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Zahid Md. Arip percaya pihak pembangkang termasuk Anwar tidak berani untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Najib walaupun dalam ceramah-ceramah mereka menuduh UMNO terlibat konspirasi menjatuhkan pemimpin terbabit.

Kata beliau, tindakan pembangkang yang menyaman sesetengah media dan penulis blog sahaja semata-mata mahu menutup aib mereka sendiri walaupun sebelum ini mereka juga yang mendakwa mahkamah sebagai alat dan perkakas UMNO.

Saya menganggap pakatan pembangkang tidak tahu malu kerana telah menghina dan menuduh sistem kehakiman negara suatu masa dahulu.

Pakatan pembangkang pada waktu ini berada dalam keadaan terdesak.

"Oleh sebab itu mereka menjadikan tindakan mengemukakan saman sebagai senjata untuk mengelirukan rakyat,’’ ujarnya.

Tambah Zahid, rakyat kini tidak bodoh dan sudah pandai menilai mengenai tindakan pembangkang yang pandai memutar belit keadaan.

Selain mencabar pembangkang untuk menyaman Najib, saya juga mencabar ketua pembangkang,

Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menjawab sama ada beliau buat atau tidak aktiviti tidak bermoral seperti yang didedahkan di dalam video itu.

Perkara pokok di sini adalah pengakuan Anwar sendiri sama ada dia buat atau tidak, itu sahaja rakyat hendak tahu berbanding tindakan saman-menyaman tersebut,’ katanya.

NOTE : Kita tengok adakah Al-Juburi berani kasi saman itu PM atau tak?

Abby Dah Sasau Dalam Acc Twitternya!


Barang purba peninggalan Norman Hakim ni buat hal lagi..dia ni sakit ke apa? Barang purba ni sedar tak bahawa ayat yang dia gunakan ini seolah-olah menggambarkan bahawa arwah menipu isterinya.

Kita faham jika benar sekalipun dakwaan barang purba ini tentulah arwah terpaksa berbohong kepada isterinya semata-mata kerana tidak mahu isterinya risau dan bimbang.

Lain kali kalau nak tweet tu fikir dulu mak cik abby oi..


Kita tengok abby ni ada sberani ka saman, silap2 kang dia plak yang kene saman balik plak nanti. opss.. lupa abby kan dah masuk pas. masyukkk so ape kesah sangat. hadi Bawang kan ado. AHAHAHAHA!

Friday 22 March 2013

LAHAD DATU UPDATE! Gambar Sebenar Pengganas "KEBAL" Sulu! #PRAYFORSABAH


Kalau sebelum ini pasukan keselamatan berjaya membunuh seorang wanita sniper dalam pertempuran Ops Daulat, kini pasukan keselamatan berjaya memberkas seorang pengganas wanita hidup-hidup dan menembak mati seorang pengganas bersenjatakan parang dalam operasi penggeledahan di Kampung Tanjung Batu semalam.


Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin berkata, pengganas lelaki itu mati ditembak pada pukul 1.30 petang susulan daripada pertempuran yang tercetus pada pukul 11.30 pagi manakala dalam pertempuran tersebut juga seorang anggota tentera cedera di jari kiri akibat terkena serpihan peluru.

"Kita membunuh seorang musuh manakala seorang musuh wanita berusia 40-an ditahan.

Info dari Lynn Venus Kinjawan , Sahabat menceritakan..


"Sewaktu Wanita Sniper Sulu ini diserbu dalam operasi penggeledahan perempuan ni dalam rumah, dan komando tembak pakai HK11 dikatakan hampir 2 kelopak tapi dia tak mati."

Rumah pondok yang menjadi tempat persembunyian Sniper Sulu wanita tersebut macam nak roboh saja semasa kena tembakan, tapi dia tak apa-apa malah senyum sinis lagi masa kena tahan. Pada waktu yang sama siap ada senjata military sniper dengan dia. Muka wanita sulu ini juga kalau di lihatkan agak scary di waktu malam.

Sumber : Kosmo