Sunday, 17 March 2013

Anwar Si Kontol Kantoikan Diri Lagi

Kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akhirnya mengakui bahawa operasi kilang Lynas tidak membahayakan dan selamat sekali lagi membuktikan sikap dan pendirian Anwar yang seringkali berubah dan tidak tetap dalam membuat satu-satu keputusan.

Menurut Ketua UMNO Bahagian Paya Besar,  Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman, kenyataan Anwar yang tersiar di akhbar Australia, The Sidney Morning Herald itu merupakan satu tamparan hebat kepada usaha Pakatan Pembangkang yang cuba mempolitikkan isu kilang Lynas dan cuba menakutkan penduduk di sekitar Kuantan dengan mengatakan ianya tidak selamat.

“Inilah pendirian politik Anwar yang boleh berubah mengikut keadaan semasa. Anwar dan pengikutnya sentiasa cuba mengambil kesempatan di atas apa jua isu biarpun isu tersebut hanya berdasarkan tanggapan semata-mata. Jelas beliau sememangnya ahli politik sesumpah terhebat.

“Dulu beliau menyokong mengatakan bahawa Lynas tidak selamat hanya dengan anggapan dan bukan fakta daripada pakar-pakar dalam bidang tersebut. Tetapi hari ini, bila fakta sebenar sudah muncul, dia dengan begitu  mudah mengubah pendirian dan kenyataannya,” ujarnya kepada UMNO Online di sini hari ini.

Seterusnya beliau berkata, sikap Anwar yang sering tidak tetap pendirian dan keputusan yang seringkali berubah-ubah itu sudah cukup untuk memperlihatkan ketidakmampuan mereka untuk mentadbir negara.

“Sikap Anwar itu melambangkan sikap dan pendekatan Pakatan Pembangkang. Hari ini mereka kata boleh, tiba-tiba esok tak boleh pula. Hari ini mereka kata bahaya, esok tidak pula. Pembangkang hanya tahu mengambil kesempatan mengikut keadaan dan bukannya mengikut fakta.

“Sikap kepimpinan Pakatan Pembangkang yang tidak tetap pendirian bukanlah hanya dalam isu ini. Sudah banyak isu yang kita lihat, pendirian mereka tidak tetap. Begitu juga dengan isu kalimah Allah. Hari ini kata boleh, esok kata tak boleh pula,” tegasnya.

Tambahnya, rakyat hari ini sudah melihat sendiri bagaimana sikap kepimpinan pembangkang seringkali tidak tetap dalam membuat pendirian terutamanya berhubung isu-isu semasa dan soal pentadbiran negara.

“ Pendirian mereka sering berubah-ubah. Tidak tetap. Ini membuktikan, mereka hanya tahu bercakap dan menyalahkan kerajaan, biarpun tidak ada fakta. Bila keluar fakta sebenar, cepat-cepat mereka mengubah kenyataan dan pendirian mereka.

“Sikap sebegini sebenarnya tidak menguntungkan rakyat, apatah lagi sekiranya kita membenarkan mereka ini memerintah negara. Pembangkang seperti yang dapat kita  lihat hari ini, tidak ada pendirian yang tetap dalam membuat keputusan.

“Bahaya jika kita benarkan mereka memerintah negara ini kerana kepimpinan pakatan pembangkang bagi saya, tidak bijak dalam menilai dan membuat keputusan untuk kepentingan rakyat di negara ini,” jelasnya lagi.

No comments:

Post a Comment