Jenazah Prebet Ahmad Hurairah Ismail, 24, dan Ahmad Farhan Roslan, 21, diterbangkan oleh pesawat TUDM C-130 mendarat kira-kira jam 8 pagi tadi dan disambut oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak serta Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Najib dan Zahid kemudiannya memberi penghormatan terakhir kepada Ahmad Hurairah terkorban dalam pertempuran di Sungai Nyamuk, Kampung Tanjung Batu manakala ahmad Farhan terbunuh dalam kemalangan jalan raya di jalan Lahad Datu - Chenderawasih ketika dalam perjalanan menghantar makanan untuk anggota keselamatan dalam operasi tersebut.
Kedua-dua jenazah kemudiannya akan diterbangkan ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, dan akan dikebumikan di kampung halaman masing-masing. SUMBER!
Note : Semoga roh dicucuri Rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Al-Fatehah..
Senarai yang terkorban dalam misi mempertahankan kedaulatan negara:
- 1 Mac 2013 - ASP Zulkifli Mamat, 29, dari Pasukan Polis Komando VAT 69.
- 1 Mac 2013 - Sjn Sabaruddin Daud, 46, dari Pasukan Komando VAT 69.
- 2 Mac 2013 - ACP Ibrahim Lebar, 52, dari Cawangan Khas Bukit Aman.
- 2 Mac 2013 - ASP Michael Padel, 36, dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna.
- 2 Mac 2013 - Sjn Abdul Azis Sarikon, 48, dari Pasukan Gerakan Am Tawau.
- 2 Mac 2013 - L/Kpl Mohd Azrul Tukiran, 27, dari Pasukan Gerakan Am Tawau.
- 2 Mac 2013 - Sjn Detektif Baharin Hamit, 49, dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah.
- 2 Mac 2013 - Kpl Salam Tugiran, 42, dari Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau.
- 12 Mac 2013 - Prebet Ahmad Hurairah Ismail, 24, dari Batalion 7 RAMD Tawau.
No comments:
Post a Comment