Monday 11 March 2013

Pengganas SULU Dah Pening Terperangkap!


Pengganas Sulu kini semakin terdesak dan terpaksa bergerak dalam kumpulan kecil setelah terperangkap dalam kepungan pasukan keselamatan di Kampung Tanduo dan Kampung Tanjung Batu di sini.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin berkata, berdasarkan situasi semasa pihaknya yakin kumpulan itu tiada pilihan selain cuba memasuki kawasan Kampung Tanduo.

"Mereka tidak mungkin akan dapat melepasi kepungan, cuma mereka akan keluar dari Kampung Tanjung Batu dan kembali ke Kampung Tanduo.

"Pada masa ini keutamaan adalah bagi menggeledah dan membersihkan Kampung Tanduo dan apabila selesai kita akan menggempur Kampung Tanjung Batu," katanya dalam sidang akhbar bersama Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar di sini hari ini

No comments:

Post a Comment