Wednesday 20 November 2013

Anwar Ibrahim VS Keadilan Daily. Siapa Yang Spin?



Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menafikan Pakatan Rakyat (PR) telah menggunakan isu 40,000 pengundi Bangladesh bagi menyerang Barisan Nasional (BN) pada Pilihanraya Umum Ke 13 (PRU13).

Anwar berkata, pihaknya telah melakukan kajian mengenai calon PR yang menyebut mengenainya ketika kempen tetapi hasil kajian tersebut jelas menunjukkan tidak ada yang membangkitkan isu tersebut.

"Siapa kata ada 40,000? Boleh rujuk balik kenyataan itu dan kita telah buat kajian tetapi tidak ada calon yang keluarkan kenyataan mengenai isu tersebut.

"Cuma kenyataan yang kita keluarkan memang ade pengundi luar yang akan mengundi," katanya kepada pemberita pada sidang media di lobi Parlimen di sini hari ini.

Selanjutnya Klik disini!



Terdahulu, pada 2 Mei lalu, Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan penglibatan Jabatan Perdana Menteri (JPM) membawa masuk 40,000 pengundi ragu dari Sabah dan Sarawak sejak 25 April lalu.

Menurut Anwar, 16 penerbangan sehari dibuat dari Kuching, Kota Kinabalu, Sandakan, Miri dan Sibu menggunakan pesawat jenis Jumbo dan C130 Hercules yang ditempah khas.
“Berdasarkan pengiraan kami, 4,500 dibawa masuk ke KLIA setiap hari. Penerbangan dibuat kecuali pada 1 Mei, dan bermula 25 April lalu.

“Ini bermakna 40,000 individu ragu ada dan masih memasuki melalui KLIA, tak termasuk rakyat asing yang melalui jalan darat, pelabuhan dan fasiliti seperti LCCT,” kata Anwar pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN, hari ini. (SUMBER daripada blog pembangkang yang masih menyimpan kenyataan anwar yang dipetik daripada artikel di Keadilan daily yang kini sudah didelete serta merta selepas Anwar mengeluarkan kenyataan bahawa pengundi bangladesh merupakan permainan Blog UMNO!) Klik disini kalau TAK PERCAYA!

PERSOALANNYA : SIAPA YANG TIPU SIAPA? SIAPA YANG SPIN? 
JAWAPANNYA MUDAH : DUA-DUA PEMBOHONG RAKYAT ATAU DENGAN ERTI KATA LAIN. JANGAN PERCAYA BULAT-BULAT MEREKA PEMBOHONG BESAR!!!!

No comments:

Post a Comment