Sunday 17 March 2013

"PAS Itu Jijik" - Penyokong Tegar PAS


Hampir 40 penyokong tegar Pas dari Kampung Kiat dekat sini, bertindak menyertai UMNO selepas kecewa dengan kerajaan Pas Kelantan yang disifatkan terlalu berpolitik berbanding menjaga kepentingan rakyat.

Borang permohonan keahlian mereka diserahkan kepada Ketua UMNO Bahagian Rantau Panjang, Datuk Abdullah Mat Yasim dalam Majlis Selamat Tinggal Pas di kampung tersebut malam tadi.

Seorang penyokong Pas, Yazid Salleh, 41, berkata, dia berasa kecewa terhadap pemimpin parti itu sehingga mendorongnya untuk menyertai UMNO.

"Kita tidak pernah meminta lebih-lebih daripada Pas. Tapi sebagai kerajaan yang diberi amanah, mereka sepatutnya faham keadaan serta kedudukan rakyat di bawah.

"Kami amat kecewa setelah 22 tahun memerintah Pas dilihat seolah-olah mementing kepentingan politik parti berbanding rakyat," katanya ketika ditemui selepas majlis tersebut.

Yazid yang mewakili kumpulan berkenaan menyerah borang permohonan menyertai UMNO mendakwa, mereka tidak pernah mendapat apa-apa manfaat daripada kerajaan Pas negeri meskipun sebelum ini memberi sokongan penuh kepada parti itu.
Dakwanya, perjuangan Pas jauh berbeza dengan UMNO yang sentiasa mengutamakan rakyat walaupun hanya bertindak sebagai pembangkang di negeri ini.

"UMNO tidak pernah abaikan kami meskipun mereka tahu bahawa kami ini adalah penyokong tegar Pas," katanya.

Sementara itu, Abdullah menafi sekeras-kerasnya dakwaan kononnya siri penyertaan penyokong Pas ke dalam UMNO yang berlaku di bahagian Rantau Panjang hanya gimik politik membabitkan orang Thailand dan penyokong asal UMNO.

"Laporan dan dakwaan itu sebenarnya tidak benar belaka. Ia dibuat semata-mata bagi menutup keresahan mereka berikutan gelombang kebangkitan rakyat di Rantau Panjang ini semakin terserlah menyokong UMNO.


NOTE : Sedahlah wahai semua penyokong dan ahli pas, mereka ni dah jijik atau lebih sinonim lagi mereka ni da bosan dengan sikap pemimpin mereka yang lebih mengutamkan politik beranding membagunkan rakya mereka.

No comments:

Post a Comment