Dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini mencabar pembangkang agar mengambil tindakan undang-undang terhadap Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak sekiranya benar dakwaan mereka bahawa isu-isu moral membabitkan sesetengah pemimpin mereka yang didedahkan orang awam didalangi oleh parti itu.
NGO-NGO itu berpendapat, tindakan pembangkang yang gemar menyaman media tempatan seperti Utusan Malaysia, TV3 dan penulis-penulis blog tertentu umpama seorang pengecut yang cuba menyembunyikan aib.
Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah berkata, jika benar isu-isu moral membabitkan pemimpin mereka hasil konspirasi dan sandiwara UMNO, mereka sepatutnya mengemukakan saman malu terhadap Najib selaku presiden parti.
“Kenapa mereka (pakatan pembangkang) tidak berani menyaman Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak yang merupakan ketua dalam UMNO dan Barisan Nasional (BN) itu sendiri? "Menyaman akhbar arus perdana seperti Utusan (Malaysia), TV3 dan blogger tidak dapat membuktikan apa-apa,’’ katanya kepada Utusan Online ketika dihubungi di sini hari ini.
Sementara itu Mursyidul Am Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Zahid Md. Arip percaya pihak pembangkang termasuk Anwar tidak berani untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Najib walaupun dalam ceramah-ceramah mereka menuduh UMNO terlibat konspirasi menjatuhkan pemimpin terbabit.
Kata beliau, tindakan pembangkang yang menyaman sesetengah media dan penulis blog sahaja semata-mata mahu menutup aib mereka sendiri walaupun sebelum ini mereka juga yang mendakwa mahkamah sebagai alat dan perkakas UMNO.
Saya menganggap pakatan pembangkang tidak tahu malu kerana telah menghina dan menuduh sistem kehakiman negara suatu masa dahulu.
Pakatan pembangkang pada waktu ini berada dalam keadaan terdesak.
"Oleh sebab itu mereka menjadikan tindakan mengemukakan saman sebagai senjata untuk mengelirukan rakyat,’’ ujarnya.
Tambah Zahid, rakyat kini tidak bodoh dan sudah pandai menilai mengenai tindakan pembangkang yang pandai memutar belit keadaan.
Selain mencabar pembangkang untuk menyaman Najib, saya juga mencabar ketua pembangkang,
Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menjawab sama ada beliau buat atau tidak aktiviti tidak bermoral seperti yang didedahkan di dalam video itu.
Perkara pokok di sini adalah pengakuan Anwar sendiri sama ada dia buat atau tidak, itu sahaja rakyat hendak tahu berbanding tindakan saman-menyaman tersebut,’ katanya.
NOTE : Kita tengok adakah Al-Juburi berani kasi saman itu PM atau tak?
No comments:
Post a Comment