Dua komando polis terbunuh setelah terkena serangan mortar di Kampung Tanduo, yang menjadi kubu kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina, di sini hari ini.
Dua komando polis tersbeut merupakan anggota peninjau yang diserang ketika sedang berkawal di satu daripada pos di sekitar Kampung Tanduo.
Wartawan Bernama yang berada di kawasan Felda Sahabat 17 di perkampungan itu berkata mayat dua anggota keselamatan itu diusung oleh polis dan dimasukkan ke dalam sebuah trak polis untuk dibawa ke Hospital Lahad Datu.
"Sehingga kini tiada pengesahan polis, kami hanya melihat mayat dengan bot hijau diusung ke dalam trak tersebut," katanya yang terpaksa keluar dari kawasan Felda itu setelah diarahkan pihak berkuasa, lapor Bernama.
Pada 2 petang, beliau berkata pihak berkuasa mengarahkan wartawan keluar kerana khuatir keselamatan mereka berikutan insiden tembakan masih berlaku.
Setakat ini, tiada pihak berkuasa boleh mengesahkan identiti anggota yang maut.
Terkini, maklum tidak rasmi yang diterima, anggota yang terkorban dikenali sebagai Isnp. Zulkifli Mamat dan Sjn Sabarudin. Namun, maklumat tersebut masih belum disahkan oleh pihak berkuasa.
NOTE : Mari seluruh umat islam mendoakn pahlawan2 kte VAT69 dgn askar disana dlm keadaan selamat. Dua org anggota VAT69 sudah meninggal.AL-Fatihah
Al fatihah, 1) Insp Zulkifli mamat G\17984 skuad 2\2006 2. Sjn Sabarudin dr unit 69 komando.
No comments:
Post a Comment