Friday, 26 April 2013

KECOHH!!! FITNAH PR BERKAITAN ISU POLIS DAPAT KERTAS UNDI SEBELUM 30APRIL !!




Facebookers dan bloggers Pakatan Haram telah mula memainkan isu untuk memfitnah Suruhanjaya Pilihanraya (SPR). Kononnya, salah seorang anggota polis mendakwa telah diarahkan untuk mengundi hari ini meskipun difahamkan tarikh pengundian awal sepatutnya ialah pada 30 April 2013 (lima hari sebelum tarikh undi awam).

Anggota polis ini, kononnya, turut mendedahkan bukti kertas undi yang tertera nama dan lambang parti calon yang bertanding di kawasannya. Kalau dilihat dari nama yang tertera di atas, anggota polis ini kononya mengundi di Parlimen Setiawangsa, di mana calon PGayR di parlimen tersebut adalah Ibrahim Yaacob manakala calon BN pula adalah Ahmad Fauzi Zahari.

Fitnah ke atas SPR ini dibuat dengan cukup baik. Namun ada beberapa KERAGUAN yang perlu dijawab oleh juak-juak cybertroopers Pakatan Haram sebelum ianya dapat diterima oleh Rakyat Malaysia yang bijaksana:


1. Kenapa ianya disiarkan di laman sosial Facebook dan blog-blog pembangkang dan bukannya merujuk kes ini kepada SPR dan laporan dibuat di balai polis.

2. Kenapakah peguam-peguam Pakatan Haram berdiam diri setakat ini. Bukankah ahli-ahli politik Pakatan Haram seperti Rafizi Ramli, S Surendran, Lateefa Koya dan lain-lain amat gemarkan pendedahan kononnya mengemparkan ini?

3. Beberapa panggilan yang dibuat ke atas rakan-rakan CTS yang bekerja sebagai anggota polis menafikan mereka telah menerima kertas undi. Mereka senada berkata undian untuk anggota polis hanya akan dilakukan pada 30hb April.

4. Nama calon yang dicetak atas kertas undi sepatutnyanya sama seperti dalam MyKad atau kad pengenalan. Dan setahu CTS, dalam MyKad dan kad pengenalan tiada nama gelaran seperti Ustaz, Dato', Tan Sri dan sebagainya. Kalau hendak mengedit gambar tu buatlah secara sempurna. Ini letak Dato' pulak!

5. Nama keluarga (nama Cina) dan Nama bapa (Muslim) juga akan ditulis sama. Tiada nama tunggal seperti "AHMAD" akan ditulis.

6. Bagi polis, kertas undi tidak boleh di bawa keluar dari tempat mengundi. Melainkan jika polis tersebut tidak memasukkan kertas undi ke dalam sampul undi, dan ke dalam kotak undi. Namun hal itu sedikit sukar untuk dilakukan. Jika kertas undi tak boleh di bawa keluar, bagaimana gambar kertas undi boleh di ambil?

Selanjutnya KLIK DISINI!

1 comment:

  1. pembangkang bab edit gambar, edit mcm ni diorang memang pandai.. nak menipu semua rakyat. tapi aku tak kesah, asalkan video sex perzinaan topa ali itu adalah yang ori... memang bukan edit atau palsu. sape kate video tu palsu, orang tu banggang tahap cipan.

    ReplyDelete