
Ketuanya, Datuk Harun Taib berkata, akan sampai masanya, Pas terpaksa membersihkan nama parti dan anggota dalam barisan kepimpinan daripada terus diselubungi isu persoalan moral itu.
''Ini untuk memastikan anggota kepimpinan tidak terlibat dalam sebarang skandal seumpama itu dan fitnah tidak tersebar merata, oleh itu parti, pemimpin dan semua orang perlu dilihat bersih.
''Dulu pernah terdapat pemimpin Pas yang dikaitkan dengan skandal digantung keahlian, namun setelah mahkamah membebaskan beliau, kita menerimanya semula sebagai ahli," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas desakan berterusan pelbagai pihak agar Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali membuat laporan polis menafikan pelaku dalam video seks itu bukan dirinya.
Pengerusi Lajnah Tatatertib Pas, Datuk Wan Abdul Muttalib Embong hari ini dilaporkan berkata, Pas sebenarnya boleh menjalankan siasatan sendiri jika perlu berhubung dakwaan yang mengaitkan pembabitan pemimpin itu dalam aksi video seks sekiranya aduan dibuat melalui saluran parti tersebut.

''Namun jika diragui berlaku dan boleh menjejaskan pandangan umum, maka perlulah dibuktikan beliau tidak bersalah dan apa yang disebarkan itu rekaan,'' ujarnya.Sementara itu, menyentuh mengenai namanya tidak lagi disenaraikan sebagai calon untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Manir yang disandangnya beliau berkata, kesihatannya tidak mengizinkan.
''Saya telah membuktikan kemampuan mempertahankan kemenangan selama lima penggal berturut-turut dan sukar dicabar.''Namun saya tidak akan berehat dan akan terus aktif bersama parti jika tidak direhat dan disingkirkan," ujarnya.
Hai terang2 kes berzina pun pun kata hal kecil. Pejuang Islam apa macam ni.
ReplyDelete