
Kita tahu dalam situasi ini apa saja kata Datuk Dr Hasan Ali akan dianggap keluar dari mulut musuh politik.
Benar ke tidak benar itu sudah 'belakang kira'.Sebaliknya jangan kata bekas pemimpin kanan PAS itu malah mana-mana 'orang tepi jalan' pun boleh ketawa melihat cara PAS kelam kabut cuba nak tutup segera isu pendedahan video seks paparan jelas mengaitkan Setiausaha Agung PAS,Datuk Mustapha Ali tanpa soal siasat.
Bos-bos PAS termasuk Presiden Datuk Seri Haji Hadi Awang terus sekata menjerit itu FITNAH.
Beliau berkata perkara itu tidak serius dan pemimpin kanan PAS yang dianggap mangsa fitnah itu tidak perlu memberi penjelasan kepada parti kerana banyak lagi perkara lain yang perlu dibuat ketika ini.
PAS anggap itu satu fitnah...lagi lama dia siar, lagi pahala banyak dapat kepada dia (pemimpin itu). Kita yakin benda itu tidak benar dan dia siar, dia berdosa, biarlah dia siar lagi luas lagi banyak dapat pahala," kata Haji Hadi kepada wartawan ketika ditemui di Rusila dekat Kuala Terengganu Jumaat.
Presiden PAS itu berkata beliau hairan kenapa pemimpin terbabit menjadi mangsa kerana beliau bukanlah calon PAS untuk bertanding mana-mana kerusi pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) 5 Mei ini.

Sikap PAS ini memang tidak mengejutkan kalau diputar balik cara Haji Hadi mengambil pendirian pukul borong video itu besi dan tidak boleh jadi bukti dalam isu pendedahan video seks China Doll yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan petang Jumaat mengulas isu berkenaan,Dr Hasan Ali hairan PAS tidak berani siasat untuk menentukan kesahihan video itu.
"Adakah wajar paparan yang menyalahi syarak itu berlaku kepada pimpinan besar parti boleh ditolak tepi dan cuba dimatikan begitu sahaja?,"tanya beliau.Apapun Presiden JATI dan bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor itu yakin melihat kepada paparan imej-imej dalam video itu apapun alasan yang cuba diberi namun rakyat Malaysia yang rata-ratanya mempunyai ilmu dan pendedahan yang luas sudah mampu membuat rumusan dan keputusan bagi diri masing-masing.
No comments:
Post a Comment