Thursday, 11 April 2013

Rafizi Kena Pecat ??!!


alt

Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang lantang bersuara mengenai dasar-dasar kerajaan dikatakan dipecat sewaktu beliau berkhidmat di Petroliam Nasional Bhd (Petronas) suatu ketika dahulu.

Pendedahan yang dilakukan melalui laman blog bidaman.blogspot hasil dari selidikannya menjelaskan bahawa Rafizi ketika di Petronas sering tidak hadir ke pejabat selain sering membuat tuntutan palsu.


"Rafizi Ramli yang pernah bertugas di Petronas, sebenarnya diberhentikan ataupun ditendang keluar kerana masalah selalu ponteng dan mencuri-curi masa berkempen untuk pembangkang."

"Rafizi dikatakan menjadikan Petronas sebagai hak milik keluarganya sdn. bhd. Bukan setakat kes ponteng kerja tetapi juga melibatkan tuntutan palsu," katanya.

Blog tersebut turut menjelaskan bahawa, Teori 'Adam Smith' yang digunakan Rafizi ketika menyandang jawatannya kini sebagai Penasihat Ekonomi Selangor tidak membawa sebarang keuntungan selain menambah kerugian kepada negeri tersebut.


"Apabila Rafizi Ramli dilantik pula sebagai penasihat ekonomi dalam Kerajaan Selangor, Rafizi gagal membezakan antara kepentingan aset kekal, aset sementara dan aset diapungkan."

"Oleh kerana Rafizi terikat dengan Teori Adam Smith, sama seperti yang digunakapai bosnya Anwar Ibrahim. Rafizi terpaksa menjual aset-aset rakyat Selangor seperti bangunan-bangunan milik PKNS, Asrama yayasan Selangor di kampung Pandan, "Bailout" dalam isu Talam," katanya lagi.

Rafizi menurut Bidamanjuga  meminggirkan skop ekonomi mikro (ekonomi kecil) dengan memberi banyak tumpuan kepada skop ekonomi yang lebih besar (makro) sebagai langkah untuk mendapatkan pulangan kepada diri sendiri.

"Sebelum diterberhentikan dalam Kerajaan Selangor, Rafizi sempat memperbodohkan rakyat Selangor dengan berusaha menjual aset-aset hartanah seperti padang permainan di Kelana Jaya, aset-aset UNISEL dan yang terbaru turut memperjuangkan Air Selangor untuk poket-poket mereka."

"Semua aset-aset di atas ditukar secara cepat dan urusniaga melompat, yakni menghapuskan hutang-hutang sampingan dan digantikan dengan nilai-nilai lebih tinggi daripada paras hutang, untuk mendapat Tunai Segera (Cash)," ujarnya.

Selanjutnya : MEGABIDAMAN!

No comments:

Post a Comment