Saturday 20 April 2013

Anwar Nak Spin Akan Tampil Bersama Individy Miripnya. Boleh Caya Ka?


Desas-desus Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menampilkan individu iras rupa beliau bagi menutup segala dakwaan negatif ke atas beliau dilihat benar.

Bekas Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK) SD Johari Yasin berkata, individu tersebut dikatakan akan 'turun' bersama Anwar di sebuah Madrasah di Permatang Pauh malam ini mengesahkan lagi maklumat yang diterima pihak tertentu dan dakwaan tersebut bukanlah dakwaan melulu.


"Anwar mahu membina satu persepsi dalam kalangan rakyat yang video seks yang dikaitkan dengan dirinya itu tidak benar. Sebab itu beliau membawa lelaki Thailand ini untuk menafikan individu dalam video tersebut adalah beliau (Anwar)," katanya kepada pemberita baru-baru ini.

SD Johari sebelum ini telah mengeluarkan kenyataan akhbar bagi mendesak Anwar Ibrahim mengesahkan dakwaan sama ada individu tersebut akan mengaku terlibat dalam kegiatan 'liwat' yang dikaitkan oleh Ketua Pembangkang itu sebelum ini.

Jelasnya lagi, lelaki mirip Anwar itu dikatakan akan dibawa masuk melalui Bukit Kayu Hitam dari negara asalnya, Thailand.

Dalam pada itu pada tarikh 17 Mac 2013, Awang Selamat menerusi Analisis Mingguan, Utusan Malaysia menyatakan wujudnya gerakan mencari individu iras wajah dan tubuh tokoh pembangkang di Thailand.

Jelas Awang pencarian tersebut antara lain bertujuan bagi memujuk inidivdu tersebut untuk mengaku terlibat dalam perlakuan yang pernah menggemparkan arena politik negara sebelum ini. SUMBER!

No comments:

Post a Comment