Sunday, 14 April 2013

Balasan Fitnah Kepada BN


Pas yang kini terpalit dengan isu video seks disifatkan sebagai sesuatu yang amat membimbangkan kerana trend membuka aib seseorang itu menunjukkan politik negara masih belum matang.

Aktivis Pas, Mohd. Khairi Awang berkata, perkara itu juga berkemungkinan balasan atau ketentuan Allah SWT terhadap pakatan pembangkang yang selama ini berlumba-lumba untuk mencari aib dan memfitnah para pemimpin Barisan Nasional (BN).

"Sebagai orang Islam, sebarang pendedahan aib seseorang sama ada fitnah atau menegakkan kebenaran adalah salah dan tidak berlandaskan syariat, Islam tidak menghalalkan cara.

"Perkara ini tidak sepatutnya berlaku dalam masyarakat yang memperjuangkan politik matang, kedua-dua belah pihak perlu menolak serangan berbentuk individu, tidak kira pembangkang ataupun BN,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.Beliau mengulas penyebaran video seks yang dikaitkan dengan individu menyerupai Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali.

Ditanya sama ada perkara yang berlaku berkemungkinan didalangi puak Anwarinas dalam Pas, Mohd. Khairi berkata, beliau tidak mempunyai maklumat mengenai perkara itu.

"Namun, perbuatan cantas-mencantas dan 'pijak-memijak' boleh berlaku di dalam mana-mana parti,'' katanya.

Sementara itu, seorang lagi aktivis Pas, Mohd. Riza Kamaruddin berkata, Mustafa perlu berani membuat laporan polis agar pihak yang bersalah dapat dihadapkan ke mahkamah.

"Pas juga perlu mengambil pendirian tegas, kalau nyata bersalah, ambil tindakan wajar, beri keadilan kepada semua pihak yang tertanya-tanya dalam isu ini," katanya.

No comments:

Post a Comment