Friday 4 January 2013

Rafizi si Lembu Kantoi Tipu Rakyat?!




Ahli perniagaan, Deepak Jaikishan hari ini menafikan dokumen urusniaga pembelian barangan kemas yang didedahkan oleh Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli sebagai milik beliau.
"Secara jujurnya, saya tidak mengetahui apa-apa yang dia (Rafizi) katakan.

"Saya tidak tahu dokumen apa yang didedahkan dan saya tidak pernah melihatnya," kata beliau pada sidang media di sini.

Rafizi sebelum ini telah mendedahkan salinan dokumen yang diperolehi beliau dari pihak ketiga yang menerimanya daripada Deepak.

Bagaimanapun, Deepak tidak menafikan nama-nama syarikat yang tertera di dalam dokumen iaitu Carpet Raya Sdn Bhd dan Carpet Plus Sdn Bhd adalah milik beliau.

"Saya miliki syarikat-syarikat itu tetapi saya tidak memiliki dokumen tersebut... dokumen itu bukan dokumen saya," tegas beliau.

Deepak juga mendakwa tindakan Rafizi itu hanya untuk kepentingan politik dan bertentangan dengan prinsip beliau yang hanya ingin mendedahkan kebenaran.

"Jangan gunakan perjuangan saya menegakkan kebenaran untuk kepentingan politik... saya tidak akan menghargainya," katanya yang jelas kecewa dengan pendedahan dibuat oleh Rafizi pagi tadi. SUMBER

psst** kesian pulak PG tgk. orang yang tak bersalah kenapa mesti dikaitkan? demm.. dasar pembangkang! kotor!!



Untuk keterangan lanjut sila tengok video di bawah :



No comments:

Post a Comment