Wednesday 23 January 2013

BIBLE SEKOLAH MENENGAH JELUTONG Ditemui !



Di sebalik cubaan Khalid Samad untuk membela pastor-pastor yang gambar dan kegiatan mereka dirakamkan oleh individu tertentu sebelum dimuatnaik ke Internet, siasatan ke atas Bible yang disebarkan pula sedang dijalankan secara giat, sebelum proses memberkas kedua-dua pastor tersebut serta dalang di belakang mereka dilakukan.

Hasil siasatan mendapati ‘BIBLE SEKOLAH MENENGAH JELUTONG’ yang telah disebarkan pada 17 Januari 2013 itu mendapati: Bible tersebut mempunyai Kulit Hadapan berukuran 3 inci X 4.8 inci dan mempunyai 643 helaian muka surat.

Pada muka hadapan tertulis ‘NEW TESTAMENT’ *PSALM PROVERBS’ dan mempunyai lambang salib dalam bulatan dengan tulisan berwarna emas.

Bahasa yang digunakan adalah Bahasa Inggeris.

Isi kandungan kitab kecil tersebut diambil daripada THE NEW TESTAMENT OF OUR LORD AND SAVIOUR JESUS CHRIST WITH PSALMS AND PROVERBS yang telah diterbitkan oleh THE GIDEONS INTERNATIONAL beralamat di P.O BOX 140800, NASHVILLE, TN 37214-0800. Alamat website penerbit adalah www.gideons.org.


Mukaddimah kitab tersebut tertulis: ‘The verse is John 3:16 dalam 25 bahasa iaitu Afrikaans, Belanda, Inggeris, Finland, Perancis, Jerman, Greek, Hebrew, Hindi, Icelandic, Itali, Jepun, Korea, Norway, Poland, Portugis, Russia, Sinhalese, Sepanyol, Sweden, Tamil dan Vietnamese.

Read More..

No comments:

Post a Comment