Monday 7 January 2013

Krisis air: Sikap MB berpolitik sukarkan lagi keadaan



Sikap Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang lebih suka berpolitik daripada menyelesaikan masalah akan merumitkan lagi krisi air yang melanda Lembah Klang sejak seminggu lalu. Ketika pengguna dan rakyat berhadapan kesukaran mendapatkan air, Abdul Khalid masih lagi bersandiwara menuding jari menyalahkan pihak lain, bijak memusingkan cerita untuk lari daripada masalah sebenar.

Sepatutnya dalam keadaan sekarang, Abdul Khalid mengemukakan pelan konkrit jangka pendek dan jangka panjang untuk menyelesaikan krisis tersebut tetapi malangnya sehingga kini beliau hanya menjadikan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) sebagai kambing hitam. Syabas dijadikan sasaran kerana enggan mengikut telunjuk kerajaan pakatan pembangkang yang lebih ghairah mahukan penstrukturan daripada memikirkan keperluan rakyat, dan tekanan terus diberikan seolah-oleh syarikat konsesi air itu sebagai punca masalah.

Salah satu taktik ketrajaan pakatan pelbangkang ialah mempengaruhi rakyat yang menjadi mangsa keadaan untuk mengemukakan saman kepada Syabas, sedangkan beliau sepatutnya menjalin kerjasama erat dengan Syabas untuk member perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Saya difahamkan Syabas sebelum ini sudah beberapa kali memberi laporan mengenai keperluan untuk membaiki paip-paip lama dan memperbaiki infrastruktur termasuk pam-pam air demi manfaat pengguna, tetapi tidak diendahkan kerajaan negeri kerana kepentingan politik. Lebih malang, Kerajaan Selangor pimpinan PKR telah menghalang pemberian dana modal (Capex) menyebabkan Syabas mengalami kesukaran untuk mengganti paip-paip lama dan memperbaiki rumah pam serta loji, apa lagi untuk membina rumah pam yang baru.

Ini semua cerita lama yang didendangkan semula oleh Abdul Khalid untuk memperlihatkan kelemahan Syabas dan sekiranya rakyat mempercayai tohmahan tersebut, mudah untuk beliau mendapat sokongan politik dan seterusnya mengekalkan penguasaan pembangkang di Selangor! Baru-baru ini Abdul Khalid dilaporkan berkata, jika Syabas tidak cukup duit untuk membaiki pam air dengan alasan tidak cukup duit, Syabas serahkan sahaja konsesi air kepada kerajaan negeri. Sangat dangkal kenyataan Abdul Khalid itu kerana Syabas sebelum ini pernah membuat kenyataan bahawa kebanyakan loji rawatan air dan rumah pam di negeri ini sudah lama dan ada di antaranya beroperasi melebih had. Jika pam tersebut rosak, akan menjejaskan ribuan pengguna. Mahu tidak mahu, Syabas terpaksa membenarkan operasi rumah pam tersebut walaupun berhadapan risiko kerana mahu memastikan penduduk di Lembah Klang terus mendapat bekalan air bersih.

Akhirnya kerisauan yang dibangkitkan Syabas itu berlaku juga. Baru dua rumah pam tidak beroperasi, hampir 100,000 pengguna menjadi mangsa. Sedangkan pada 2009 Syabas pernah mengemukakan cadangan untuk membina rumah pam baru tetapi tidak diendahkan kerajaan negeri. Sangat jelas bahawa krisis air di negeri ini sengaja dipolitikkan kerana Abdul Khalid sebenarnya tidak ada idea untuk menyelesaikan isu ini. Idea-idea yang diberikan Abdul Khalid kebanyakannya mengarut dan tak masuk akal termasuklah mahu menggunakan air dari Sungai Klang dan menggunakan teknologi membrane. Di manakah ego Abdul Khalid yang mengaku tokoh korporat yang hebat tetapi tidak ada idea bernas untuk memastikan kelangsungan bekalan air bersih kepada penduduk di negeri Selangor?

Malang bagi rakyat di negeri ini kerana mempunyai pemimpin yang hanya tahu bercakap tetapi sebenarnya kekeringan idea dan paling teruk, bodoh sombong kerana tidak ada langkah penyelesaian terhadap krisis air ini. Bukan hendak menyebelahi Syabas tetapi syarikat konsesi air air itu sudah beri yang terbaik untuk keselesaan pengguna. Rakyat perlu ambil iktibar daripada malapetaka pengambilalihan Alam Flora yang menyebabkan pengurusan sampah di negeri ini menjadi huru-hara. Itupun selepas seminggu krisis berlaku baru Abdul Khalid hendak bersuara. Sebelum ini beliau membenarkan barisan exconya membuat kenyataan membujta tuli dan kemudian barulah beliau tampil membuat penjelasan. Nampak sangat Abdul Khalid tidak serius menangani krisis air ini yang memerlukan tindakan segera daripada pemimpin nombor satu negeri, bukannya membiarkan masalah ini berlarutan begitu sahaja.

Paling melucukan apabila Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin yang mahu member kenyataan kerajaan negeri akan menghantar tujuh buah lori tangki untuk diagihkan kepada pendudk di kawasan terjejas. Saya hendak bertanya kepada Faekah: Cukupkan tujuh lori tangki itu untuk mengatasi keperluan 100,000 pengguna yang terjejas di Lembah Klang? Kalau tidak tahu, lebih baik berdiam diri. Saya syorkan Faekah turun padang dan melihat sendiri keperitan yang terpaksa dihadapi oleh pengguna. Jangan hanya tahu bercakap sahaja. Tujuh lori tangki itu letakkan sahaja di depan rumah MB, bimbang jika tidak ada air nanti susah Abdul Khalid hendak pergi kerja.

Cadangan itu langsung tidak praktikal kerana saya difahamkan pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak mempunyai lori tangki dan jika PBT diarahkan berbuat demikian, mereka perlu menyewa lori tangki daripada pihak lain. Sudah tentu kapasitinya tidak sama seperti yang dimiliki oleh Syabas. Justeru dalam perkara ini, kerajaan negeri usah berlagak seperti ayam jantan yang hebat berkokok tetapi ekor bergelumang tahi. Keperluan rakyat perlu didahulukan, politik diketepikan. GPRS menggesa Abdul Khalid menyelesaikan masalah air ini secara keseluruhan kerana tidak mustahil akan berulang kembali pada masa hadapan.

GPRS tidak akan teragak-agak untuk membuat himpunan secara besar-besaran bagi menunjukkan kepada rakyat bahawa kerajaan negeri sedia ada tidak pernah prihatin dengan masalah rakyat. Justeru rakyat perlu membuat pilihan yang tepat pada pilihan raya umum akan datang. Selangor perlukan perubahan, kita tidak boleh berharap kepada pemimpinan yang lemah dan perlu meletakkan titik noktah kepada pentadbiran pakatan pembangkang yang hanya ‘tahu cakap tapi tak tahu buat. SUMBER!

’ DATO’ SOHAIMI SHAHADAN PENGERUSI GPRS

No comments:

Post a Comment