Friday, 18 January 2013

HAHA!! Nurul Izzah Terkejut Beruk Bila Penduduk Lembah Pantai Ditanya Dia Siapa? KAH3


"Papa terkam Saiful macam ni grrr"


Aduss! Berita Lembah Pantai ada cerita panas tentang Nurul Izzah. Pada 16 Januari 2013 iaitu Rabu lepas, ada kematian di Blok 18 Taman Bukit Angkasa, Lembah Pantai.

Seorang wanita berumur 93 tahun meninggal dunia, dan jenazahnya diuruskan di Surau An-Nur Blok 18 iaitu bawah je dari rumah Arwah.

Maka penduduk tempatan terutama saudara-mara si mati pun ramailah yang datang, yang mengurus jenazah ada, yang menziarah pun ada. Maka oleh sebab kita pun tahu pilihanraya dah dekat, tiba-tiba datanglah juga Nurul Izzah.

Dipercayai dia dimaklumkan tentang kematian ini dan dibawa ke Surau An-Nur oleh Yati, ibu tunggal Blok 19 yang memang kuat PKR. Kedatangannya tidak disambut, jadi orang pun tak perasan dia datang.

Yang nak jadi ceritanya, dan ini disaksikan sendiri oleh isteri salah seorang wartawan Berita Lembah Pantai, ialah begini:-

Ketika bersalam-salam, ada seorang saudara si mati ni (dipercayai perempuan ni kerja tukang masak di UM) pun bertanya pada Nurul Izzah,

"Awak ni siapa?" Berubah muka Nurul Izzah.

Sebelum sempat dia menjawab, akak ni bertanya lagi,

"awak ni sedare arwah ke, x pernah nampak pun?!"

Maka tersengih-sengihlah Nurul Izzah.

Orang-orang perempuan yang lain pun berpandang-pandang sesama sendiri, tersenyum sinis masing-masing. Malu besar Nurul Izzah. Berubah mukanya.

Apa taknya, disebabkan memang dia ini tak pernah turun padang, tak pernah nampak muka sejak menang di kawasan ini, sampai ada orang Lembah Pantai tak kenal pun Nurul Izzah! Alahai Nurul.

Nampak gayanya betul lah anda ni Wakil Rakyat Pilihanraya. Tak turun padang! Hanya nampak muka di Lembah Pantai bila dah dekat Pilihanraya. Malu betul!

SUMBER: BERITA LEMBAH PANTAI!

Note : Nurul Izzah ada pejabat khidmat masyarakat di Pantai Hill Park berhadapan dengan kuarters pegawai polis Bukit Aman. Bagaimanapun, daripada pemerhatian yang dibuat, pintu jeriji naik ke pejabat yang dipercayai di tingkat atas itu, tidak pernah dibuka dan tangganya pula sudah berdebu. 

Penduduk sekitar memberitahu, Nurul Izzah hanya menyewa dinding bangunan rumah kedai tersebut untuk meletakkan papan tanda yang ada mukanya sebesar-besar alam di situ sahaja sedangkan dia sendiri kalau disuruh datang pun, boleh sesat barat!

No comments:

Post a Comment