Projek Ladang Rakyat pada asasnya bermatlamat untuk membantu Kerajaan PAS Kelantan dalam usahanya mengurangkan masalah kemiskinan tegar serta meningkatkan keupayaan sosio-ekonomi Negeri dan menaikkan taraf hidup penduduk.Ladang Rakyat yang berkeluasan 81,095 ekar merangkumi Jajahan Gua Musang,Kuala Krai, Jeli dan Tanah Merah ini bagaimana pun sehingga kini gagal membantu seramai 4,767 orang penduduk miskin yang telah dipilih sebagai Peserta Ladang Rakyat itu.Ini terbukti sebagaimana dalam Laporan Audit Negara 2011 (LAN 2011) beberapa bulan lepas yang telah membuat beberapa teguran terhadap projek Ladang Rakyat anjuran Kerajaan PAS Kelantan yang didapati gagal mencapai objektifnya. Para peserta hanya memperolehi dividen RM200.00 sebulan manakala hak milik tanah dinafikan,jauh berbeza sekali dengan nasib peneroka FELDA yang bukan sahaja memiliki hak milik tanah sekurang-kurangnya 10 ekar seorang malah turut menerima elaun bulan dan rumah sendiri.
Sementara itu peluang bekerja menambah pendapatan di Ladang Rakyat pula hanya memanfaatkan 282 penduduk tempatan sahaja,selebihnya seramai 639 orang pekerja adalah warga asing. Ternyata projek Ladang Rakyat telah gagal menjayakan misi yang diamanahkan untuk membantu rakyat miskin sebaliknya tauke-tauke Cina DAP dan Cina Singapura lebih mendahulukan soal keuntungan dalam mengenyangkan perut sendiri.Kerajaan PAS Kelantan rupanya seperti sengaja membiarkan sahaja perkara ini berlanjutan tanpa mengambil langkah pembetulan.Tauke-tauke Cina yang lebih terangsang untuk mengaut kekayaan hasil bumi Kelantan tetap terus diberi keutamaan berbanding anak negeri sendiri.
Malah sebahagian besar tanah Ladang Rakyat dan hasil bumi kayu balaknya hanya berlegar dikalangan tauke-tauke Cina dan syarikat proksi mereka dengan tempoh pajakan berpuluh tahun ke hadapan. Lebih 50,000 ekar daripada keluasan 81,095 ekar tanah Ladang Rakyat dikuasai tauke-tauke Cina ini.Termasuklah 10,526 ekar (4,259 hektar) tanah hutan balak di Gua Musang yang dimiliki secara bersama oleh pemimpin bersaudara dari DAP Perak, Ngeh Koh Ham dan Nga Kor Min melalui syarikat Upaya Padu Sdn Bhd. Selain syarikat milik pemimpin DAP itu, beberapa syarikat milik tauke Cina seperti Leong Hup Holding Sdn Bhd(LHH) turut menguasai pajakan tanah yang luasnya mencecah 10,095 ekar selama 99 tahun juga di Gua Musang. Manakala tanah seluas 7,500 ekar tanah Ladang Keruing Teknik yang asalnya milik Yayasan Islam Kelantan (YIK) di Relai, Gua Musang juga kini telah dipajakkan kepada syarikat Suurban Sdn Bhd,milik tauke Cina dari Johor.Mengikut sumber dalaman PAS,hasil traksaksi melibatkan syarikat Suurban Sdn Bhd yang disempurnakan oleh seorang wanita Melayu sebagai orang tengahnya turut memberi manfaat jutaan ringgit kepada seorang pemimpin PAS Kelantan yang sepatutnya sumbangan itu asalnya untuk tabung parti.adakah ini semuanya benar ??? Apapun,melihat pada pelbagai urusan pajakan dan pemilikan tanah yang banyak berkisar dikalangan tauke-tauke Cina sahaja,nampak jelas Ladang Rakyat yang sinonim dengan gelaran Ladang Air Mata Rakyat ini wujud khusus untuk kepentingan para kroni Kerajaan PAS Kelantan sahaja.Penguasaan tanah-tanah di Selatan Kelantan termasuklah di Ladang Rakyat oleh tauke Cina dari DAP dan Cina Singapura ini kian lama akan jadi umpama "Belanda dapat tanah",hasil kekayaan yang sepatutnya untuk kepentingan pribumi akhirnya hanya menguntungkan orang lain sahaja.
Maka ada benarnya lirik yang tertulis dalam lagu Warisan, "anak kecil main api,terbakar hatinya yang sepi,air mata darah bercampur keringat,bumi dipijak milik orang." Penuh nasihat dan membangkitkan jatidiri serta merintis kesedaran ramai.Patutlah para pemimpin PAS amat fobia bagaikan ketakutan dan meroyan hilang akal bila lagu Warisan mendapat perhatian ramai,rupanya mereka tahu lagu itu membawa mesej kesedaran yang jika dihayati oleh rakyat Kelantan natijahnya menyebabkan pemimpin PAS tak cukup tanah lari bertempiaran.
Orang Melayu hanya mau nama saja "TANAH SIMPANAN MELAYU" tanah milik orang bukan Melayu x kisah, sebab itulah sekarang ini minat untuk teroka tanah telah hilang dari orang2 Melayu. Konsep menghidupkan tanah yang mati dalam Islam telah diketepikan oleh Pemerintah dari Parti yang mendakwa pejuang Islam sejati.
ReplyDelete