Showing posts with label kalimah Allah. Show all posts
Showing posts with label kalimah Allah. Show all posts

Friday, 22 February 2013

PANAS LAGI! Memang sah Haron Din Keluar PAS!


Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din tampil mengeluarkan dirinya dan ahli Pas yang tidak bersetuju penggunaan kalimah ALLAH oleh penganut Kristian dalam Bible Bahasa Melayu kerana beliau antara pimpinan Pas yang lantang bersuara menentangnya.

Naib Presiden Perkasa, Datuk Zulkifli Noordin berkata, sebagai orang yang tinggi pengetahuan agama, Haron Din wajar memisahkan diri daripada parti itu jika didapati ia menyimpang dari akidah.

Katanya, Haron Din wajar berbuat demikian kerana beliau juga telah mengambil ketetapan bahawa isu kalimah boleh memesongkan akidah umat Islam sekiranya diteruskan sebagaimana diputuskan Majlis Sura Ulama Pas.

“Beliau menegaskan bahawa perkara itu tidak boleh, Majlis Syura Ulama Pas iaitu sebuah badan tertinggi dalam parti juga memutuskan atas dasar akidah, bukannya politik.

“Haron Din selama ini yang menyedarinya tidak betul, jadi beliau perlu pimpin ahlinya untuk keluar,”

Beliau berkata demikian mengulas keputusan Pakatan Rakyat (PR) yang tetap berpegang kepada keputusan Majlis Pimpinan PR membenarkan penggunaan kalimah ALLAH dalam Bible Bahasa Melayu dengan menggantikan perkataan God.

Keputusan berkenaan dibacakan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 8 Januari lalu sebelum Majlis Syura Ulama Pas membuat keputusan menentang penggunaannya.

Mengulas lanjut, keadaan ini sebagaimana Nabi Muhammad SAW yang memimpin umatnya meninggalkan Makkah ke Madinah apabila gagal kerjasama dengan golongan musyrikin.

Katanya, beliau menyedari kesusahan yang dialami Haron dalam menentang hal ini secara bersendirian.

“Kita perlu memberikan sokongan kepada beliau. Tengok bagaimana Ustaz Nasha (bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa) melaluinya berseorangan,”

Sementara itu, mengulas berkenaan kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang berulang kali memperkatakan PR tetap dengan pendirian 8 Januari itu, beliau yang juga seorang peguam pernah mengendalikan kes qazaf Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan sebagai pengamal undang-undang, “Karpal jangan mengajar rakyat langgar undang-undang”.

“Sebagai peguam, ingin saya ingatkan Karpal Singh bahawa adalah satu kesalahan bagi orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah mengikut Enakmen Syariah negeri-negeri yang dibuat berdasarkan Perkara 11 (4) Perlembagaan.

“Untuk Selangor, Enakmen Jenayah Syariah menetapkan 32 perkataan termasuk Allah, wahyu, rahmat dan lain-lain yang tidak boleh digunakan oleh penganut agama lain.

“Jadi Karpal sebagai peguam sepatutnya tidak mengajar orang melanggar undang-undang,” katanya

SUMBER - SINAR HARIAN.

NOTE : Pas adalah satu parti yang menjadi kuda tunggangan dap dan pkr yang sangat memerlukan pas untuk pecahkan undi melayu, melayu dah berpecah teruk sekarang ni. hanya kita berserah kepada Allah, dialah yang menentukan bagaimana keadaannya selepas pru13 nanti.. adakah kuasa melayu ada lagi atau sah kita semua akan jadi singapura ke-2.

Monday, 18 February 2013

"Beri Undi Kepada PAS Haram" - Wan Ismail


Memang benar apa yang dikatakan oleh Wan Ismail ni yang beliau juga merupakan seorang Bekas Setiausaha Dewan Ulama Pas Kelantan, jadi beliau ni mesti la tau semua gerak geri pentadbir Pas KELANTAN TU. Kira betul lah apa yang dikatakan beliau iaitu Pas sepatututnya melawan Dap yang semakin mencabar kemarahan umat Islam. Sebagai contoh isu kalimah Allah yang berbangkit selepas Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang juga merupakan Setiausaha Agung Dap mahu menjadikan perkataan kalimah Allah itu disletak didalam kitab bible baru-baru ni.

Dia ingat dia sapa nak buat macam tu? sedangkan ahl-ahli mufti negara pon tidak pernah mengeluarkan kenyataan sebegitu. Kalau dah pembangkang tu pembangkang jugak, ingat ni negara awak ke? Baru jadi menteri penang dah macam-macam nak buat terutama isu khalimah Allah tu yang menjadi sensitiviti umat Islam beb sampai ada yang buat demo lak tu.

Umat Islam yang membantah kalimah ALLAH boleh digunakan didalam kitab bible selepas menunaikan solat jumaat di Masjid Shah Alam.

Duhh.. Dalam masa tu, Pas seolah-olah menjadi kuda tunggangan kepada Pkr dan Dap. Kalau dilihat ahli-ahli parasit pas pon diam membisu dan adakah diam membisu itu boleh menyelesaikan masalah itu.
Semoga Pas sedar dengan kekilafan yang pernah mereka buat sepertimana yang Wan Ismail katakan dan semua ahli pimpinan Pas kembali kejalan yang benar untuk menegakkan agama Islam dan bukannya menjadikan parti yang melebelkan PARTI ISLAM tetapi dalam masa yang sama menjatuhkan sendiri agamanya.
Amin~~

Lagi dibawah 

INI VIDEO UST KAZIM BETUL-BETUL LUAH PERASAAN/BELASAH PAS!

SAKSIKANLAH WAHAI PENYOKONG YANG TAKSUB DENGAN PARTI PAS!


Friday, 25 January 2013

Anwar: 'Saya tidak tolak keputusan Majlis Syura' Heyyy Poodahhh Spin Baekk!


Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berdolak dalik apabila ditanya mengenai pendiriannya berhubung keputusan Majlis Syura Ulama PAS bersabit larangan penggunaan kalimah Allah dalam kitab Bible versi bahasa Melayu.

Ketika ditanya pemberita, Anwar menafikan dakwaan yang mengatakan beliau menolak keputusan Majlis Syura itu walaupun beliau sebelum ini pernah berkata Pakatan Rakyat kekal dengan pendirian yang diumumkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 8 Januari lalu.

Anwar kemudiannya menuding jari kepada media kawalan Umno BN kerana sengaja memutar-belitkan perkara tersebut dengan tujuan untuk melaga-lagakan parti-parti di dalam Pakatan Rakyat.

“Ini mainan media..saya tak pernah kata tidak setuju. Tetapi media Umno memutar-belitkan (kata saya) tidak setuju kemudian tanya Mursyidul Am (Datuk Nik Aziz Nik Mat), Anwar tidak setuju..saya tidak pernah (tidak setuju)..

“Saya kata, Pakatan Rakyat berpandu kepada kenyataan Presiden PAS yang dibentang dalam mesyuarat Majlis Pakatan Rakyat.

Kenyataan Majlis Syura merujuk kepada memberikan laluan penggunaan dengan beberapa syarat, tidak dibentangkan pada mesyuarat Majlis Pakatan Rakyat. Saya hanya mengikut keputusan dan memperakui kenyataan Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Presiden PAS.

“Media Umno secara jahat, fitnah, walaupun berpuluh kali kalah di mahkamah, jadi saya nasihatkan jangan ikut. Apa fitnah mereka? Dia kata saya ulas Majlis Syura..tidak..,” jelas ahli Parlimen Permatang Pauh itu pada sidang media di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR), hari ini.

Hadi pada 8 Januari lalu mengumumkan gagasan itu bersetuju kalimah Allah boleh digunakan oleh penganut semua agama dengan syarat tidak disalahgunakan.

Namun pada 13 Januari, Majlis Syura Ulama PAS bermesyuarat dan memutuskan kalimah Allah tidak boleh digunakan dalam kitab Bible kerana boleh menimbulkan kekeliruan yang 'nyata'.

Anwar kemudiannya menyindir Umno BN dengan mencadangkan parti itu supaya mengamal dan melaksanakan semua keputusan yang dibuat Majlis Syura pada masa akan datang jika benar parti itu mengambil berat badan tertinggi PAS itu.

“Kalau Umno ambil berat betul pandangan Majlis Syura, maka saya cadangkan Majlis Tertinggi Umno akan datang teliti semua keputusan Majlis Syura,” katanya.

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali sebelum ini menegaskan Pakatan Rakyat terikat kepada persetujuan secara kolektif yang diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Presiden (MPN) dengan mengambil kira kepentingan bersama.

Justeru, PKR mengambil ketetapan untuk berpegang kepada pendirian yang diumumkan Hadi sekali gus menolak keputusan Majlis Syura.

Beliau turut berkata Majlis Syura Ulama PAS hanyalah sebuah organisasi dan kedudukan itu tidak langsung mempengaruhi pegangan PKR berhubung isu itu.

Isu kalimah penggunaan kalimah Allah timbul setelah Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mendesak kerajaan agar membenarkan kalimah itu digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu sepertimana di Sabah dan Sarawak dalam perutusannya sempena Hari Krismas bulan lepas.

Wednesday, 23 January 2013

Ustaz Haron Din Ikut Jejak Hassan Ali Akhirnya..



Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din berkata, penubuhan Undang-Undang ini dapat mengawal Kalimah Suci umat Islam itu daripada disalahgunakan beberapa pihak sehingga melanggar batasan Agama.

"Saya nak menyarankan perlu ada protection (perlindungan) kalimah Allah itu melalui kekuatan undang-undang.

"Pihak berkuasa agama daripada atas sampai ke bawah harus buat satu peraturan yang jelas (bahawa) Allah adalah eksklusif untuk orang Islam dan tidak boleh mana-mana orang (bukan Islam) menggunakan nama Allah dalam kitab agama mereka," tegasnya pada satu kuliah di Masjid Negeri Shah Alam malam tadi.

Beliau juga menjelaskan, mana-mana individu yang menyokong penggunaan kalimah Allah mengikut tafsiran Agama masing-masing adalah satu perbuatan syirik.

"Orang yang menyetujui Allah yang Maha Suci diterjemahkan kepada Allah yang berbilang-bilang adalah syirik.

"Umat Islam wajib menjaga iman dan agama mereka. Jaga iman jangan sampai tercemar dengan kesyirikkan dengan Allah.

"Menjaga agama dengan memelihara titah perintah Allah. Dengan itulah Islam terjaga, nama Allah akan terpelihara.

"Allah yang pilih nama dia, Allah Yang Esa, 'Yang Satu' maka namanya pun satu, dia tidak macam perkataan God. Ada Gods, satu Tuhan, dua Tuhan, lima Tuhan.

"Dan God ini pula ada Goddess, iaitu Tuhan betina itu memang sesuai kerana mereka (penganut bukan Islam) berpegang dengan Tuhan yang banyak.

Allah dalam Islam itu selama-lamanya, dulu, sekarang dan selama-lamanya satu, dan Allah ini tidak boleh diterjemahkan kepada mana-mana bahasa," jelasnya.

Sebelum ini, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali tidak bersetuju dengan keputusan Majlis Syura PAS yang dilihat secara kesimpulannya tidak membenarkan Kalimah Allah digunakan menerusi Kitab Bible versi Bahasa Melayu.

Azmin menegaskan, Pakatan Rakyat akan berpegang teguh terhdap prinsip yang disampaikan menerusi pengumuman Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini Sumber KLPOS

Saturday, 19 January 2013

Kalimah Allah : Adehh ! Sekejap Boleh Sekejap tak! Mana Satu Ni?



Hari Ini Nik Aziz hanya bersuara pada Ahlinya supaya Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini dengan tegas meminta semua pihak termasuk pemimpin Pakatan Rakyat menerima keputusan Majlis Syura bahawa kalimah ALLAH tidak boleh digunakan oleh bukan Islam.

Nik Aziz berkata, perkara itu tidak perlu ditimbulkan semula setelah Majlis Syura pada Ahad lalu menetapkan larangan penggunaan kalimah yang eksklusif bagi orang Islam itu diterjemahkan mana-mana kitab agama bukan Islam kerana salah dari segi maknanya.

Tapi ada lagi Puak Anwarinas bersuara untuk memberi sokongan terbuka kepada Azmin Ali lagi....kan dah tahu PKR partinya pluralisme....semuanya agama sama.Fikir Fikirkan lah

Tuesday, 15 January 2013

Kalimah Allah : Mat Sabu Baekkk Punya Cornar Baring Cecah Lutut

"Aduhh bakpolah abe Mat asyik memikirkan mu Mah" 

KOTA BHARU: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang sebelum ini menyokong penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam, menukar pendirian bersetuju dengan keputusan Majlis Syura Ulama PAS iaitu Allah tidak boleh digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu kerana tidak menepati kehendak sebenar kalimah ini.

Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, berkata pendiriannya mengenai penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu seperti diminta Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, adalah sama dengan keputusan Majlis Syura Ulama PAS.

"Pendirian saya macam pendirian Majlis Syura (Ulama PAS)," katanya selepas merasmikan Markas Pilihan raya Muslimat PAS Kota Bharu di sini, malam tadi.

Beliau mengulas keputusan mesyuarat Majlis Syura PAS Ahad lalu, yang memutuskan kalimah Allah tidak boleh digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu kerana tidak menepati kehendak sebenar kalimah ini. 

Mesyuarat yang dipengerusikan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat itu menegaskan tindakan menterjemah perkataan 'God' atau 'Lord' dari mana-mana kitab agama bukan Islam kepada Allah tidak dibenarkan kerana ia salah dari segi makna.

Masyarakat Islam terutama mufti dan cendekiawan Islam, menentang pendirian asal Nik Aziz yang juga Mursyisul Am PAS dan juga Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mat Sabu yang menyokong orang bukan Islam boleh menggunakan kalimah itu. - BERNAMA

**Jangan cepat MELATAH bila ditegur**
NILAI SENDIRI..

TERKINI:PAS BAKAL KENA BUANG DARI PR???!!!



Majlis Syura Ulama PAS memutuskan kalimah Allah tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa di dunia kerana ia tidak menepati kehendak sebenar kalimah ini.

"Tindakan menterjemahkan kalimah 'God' atau 'Lord' dari mana-mana kitab agama bukan Islam kepada perkataan Allah tidak dibenarkan kerana ia salah dari segi makna dan tidak menepati kehedak sebenar," kata Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Timbalannya, Datuk Dr Haron Din dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan pada malam Ahad.

Beliau menegaskan penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan bagi penganut bukan Islam boleh membawa kepada kekeliruan yang nyata justeru tindakan tersebut perlulah ditegah.

"Kalimah Allah adalah kalimah khusus yang Allah menamakan diri-Nya.

"Kalimah itu tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa di dunia kerana tidak menepati kehendak sebenar kalimah tersebut.

"Demikian juga tidak boleh kalimah asing hendak diterjemahkan kepada kalimah Allah," menurut kenyataan itu lagi.

Bagaimanapun, Nik Aziz dan Haron Din sepakat menegaskan kalimah Allah adalah alami kerana Allah Tuhan sekalian alam dan sesiapa pun boleh menyebut kalimah Allah seperti mana orang Arab jahiliah yang bukan Islam menyebutnya.

"Allah adalah kalimah suci yang merujuk kepada Tuhan Yang diimani oleh umat Islam, iaitu Allah Yang Esa, tunggal tidak beranak dan tidak diperanakkan," katanya.

Mesyuarat Majlis Syura PAS yang bersidang pada malam Ahad, diadakan khas bagi membincangkan mengenai isu kalimah Allah dan Amanat Hadi pada malam Ahad bermula pada pukul 9 malam dan berakhir kira-kira dua jam kemudian.

Pemimpin PAS dan ahli Majlis Syura yang hadir bagaimanapun enggan memberikan sebarang kenyataan sebaliknya hanya kenyataan media sahaja diedarkan kepada kira-kira 20 wartawan yang menunggu.

Selasa lalu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memutuskan kalimah Allah boleh digunakan oleh orang bukan Islam namun ia tidak boleh disalah guna untuk kerana ia boleh menimbulkan kekeliruan dikalangan umat Islam.

Isu penggunaan kalimah Allah kembali menjadi polemik apabila Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menerusi mesej sempena sambutan Hari Krismas mendesak Kerajaan Pusat membenarkan perkataan Allah digunakan dalam kitab Bible bahasa Melayu.

Kenyataan Guan Eng ini mendapat kritikan keras oleh pelbagai pihak terutamanya dari kepimpinan Umno dan ulama bebas.

Malah sekutu mereka dalam pakatan pembangkang iaitu PAS kali ini turut tidak bersetuju dengan desakan berkenaan.

Bukan itu sahaja, pemimpin tertinggi PAS sendiri termasuk Ketua Dewan Ulama, Datuk Harun Taib, Haron Din, Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali dan Ketua Penerangan, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man telah menyatakan pendirian tegas mereka, tidak membenarkan kalimah Allah digunakan oleh penganut bukan Islam.

Dalam perkembangan lain, Majlis Syura PAS turut mendesak kerajaan supaya membenarkan Abdul Hadi menjelaskan mengenai isu 'Amanat Hadi' dan ia perlu disiarkan secara langsung selama satu jam di TV1 dan TV3. - mStar