
Showing posts with label Datuk Zulkifli Noordin. Show all posts
Showing posts with label Datuk Zulkifli Noordin. Show all posts
Wednesday, 24 April 2013
Bukti Khalid Samad Goyang Debat Dengan Zul Nordin!

Monday, 18 March 2013
PANAS! SAMSENG PR SERANG Zulkifli Nordin!

Semalam SAMSENG -SAMSENG UPAHAN PKR telah menggangu progran ceramah anjuran NGO di Guar Perahu yang menampilkan Naib Presiden PERKASA, YB Datuk Zulkifli Nordin & Musyidul Am TIBAI Sdr Zahid Mat Arip . Kehadiran hadirin yang hadir adalah dianggarkan 600 orang .
Pada pukul 9 .30 malam , mereka yang seramai 60 orang memakai baju PKR & PAS termasuk kanak-kanak telah berkumpul di tepi jalan hadapan dewan membuat riuh & memaki hamun dengan kata-kata kesat.Kumpulan samseng ini turut melaungkan sorakan" reformasi , "Katak" , "Polis Anjing " , " Jangan masuk Permatang Pauh , " Jangan guna dewan sekolah " , sambil memijak kain rentang ceramah . .
Kemudian mereka bertindak liar dan ganas dengan menceroboh masuk ke dalam dewan tempat ceramah dengan membaling Telur Busuk termasuk penceramah kepada Datuk Zulkifli Nordin . Untuk paparan cerita lebih PANAS KLIK DISINI!

NOTE : Mereka kata UMNO itu samseng? UMNO itu Gangster? Itulah kata-kata yang sering diungkap oleh pencecei PR. Video dibawah dirakam ketika pencecei PR duk sibuk membabi buta maki hamun ketika datuk zul tgh ceramah!
Friday, 22 February 2013
PANAS LAGI! Memang sah Haron Din Keluar PAS!
Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din tampil mengeluarkan dirinya dan ahli Pas yang tidak bersetuju penggunaan kalimah ALLAH oleh penganut Kristian dalam Bible Bahasa Melayu kerana beliau antara pimpinan Pas yang lantang bersuara menentangnya.
Naib Presiden Perkasa, Datuk Zulkifli Noordin berkata, sebagai orang yang tinggi pengetahuan agama, Haron Din wajar memisahkan diri daripada parti itu jika didapati ia menyimpang dari akidah.
Katanya, Haron Din wajar berbuat demikian kerana beliau juga telah mengambil ketetapan bahawa isu kalimah boleh memesongkan akidah umat Islam sekiranya diteruskan sebagaimana diputuskan Majlis Sura Ulama Pas.
“Beliau menegaskan bahawa perkara itu tidak boleh, Majlis Syura Ulama Pas iaitu sebuah badan tertinggi dalam parti juga memutuskan atas dasar akidah, bukannya politik.
“Haron Din selama ini yang menyedarinya tidak betul, jadi beliau perlu pimpin ahlinya untuk keluar,”
Beliau berkata demikian mengulas keputusan Pakatan Rakyat (PR) yang tetap berpegang kepada keputusan Majlis Pimpinan PR membenarkan penggunaan kalimah ALLAH dalam Bible Bahasa Melayu dengan menggantikan perkataan God.
Keputusan berkenaan dibacakan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 8 Januari lalu sebelum Majlis Syura Ulama Pas membuat keputusan menentang penggunaannya.
Mengulas lanjut, keadaan ini sebagaimana Nabi Muhammad SAW yang memimpin umatnya meninggalkan Makkah ke Madinah apabila gagal kerjasama dengan golongan musyrikin.
Katanya, beliau menyedari kesusahan yang dialami Haron dalam menentang hal ini secara bersendirian.
“Kita perlu memberikan sokongan kepada beliau. Tengok bagaimana Ustaz Nasha (bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa) melaluinya berseorangan,”
Sementara itu, mengulas berkenaan kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang berulang kali memperkatakan PR tetap dengan pendirian 8 Januari itu, beliau yang juga seorang peguam pernah mengendalikan kes qazaf Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan sebagai pengamal undang-undang, “Karpal jangan mengajar rakyat langgar undang-undang”.
“Sebagai peguam, ingin saya ingatkan Karpal Singh bahawa adalah satu kesalahan bagi orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah mengikut Enakmen Syariah negeri-negeri yang dibuat berdasarkan Perkara 11 (4) Perlembagaan.
“Untuk Selangor, Enakmen Jenayah Syariah menetapkan 32 perkataan termasuk Allah, wahyu, rahmat dan lain-lain yang tidak boleh digunakan oleh penganut agama lain.
“Jadi Karpal sebagai peguam sepatutnya tidak mengajar orang melanggar undang-undang,” katanya
SUMBER - SINAR HARIAN.
NOTE : Pas adalah satu parti yang menjadi kuda tunggangan dap dan pkr yang sangat memerlukan pas untuk pecahkan undi melayu, melayu dah berpecah teruk sekarang ni. hanya kita berserah kepada Allah, dialah yang menentukan bagaimana keadaannya selepas pru13 nanti.. adakah kuasa melayu ada lagi atau sah kita semua akan jadi singapura ke-2.
Subscribe to:
Posts (Atom)
