Showing posts with label nik aziz. Show all posts
Showing posts with label nik aziz. Show all posts

Monday, 8 April 2013

Kenyataan Hassan Ali Berhubung Kenyataan Nik Ajis Solat Orang-orang UMNO Tidak Diberi Pahala



Saya ingin memberi sedikit ulasan mengenai kenyataan Mursyidul Am PAS Dato Nik Aziz Nik Mat bahawa solat orang-orang UMNO tidak diberi pahala disebabkan dasar perjuangan mereka yang menolak Islam.

Ulasan sedemikian yang dibuat oleh Dato Nik Aziz Nik Mat bukanlah merupakan kali yang pertama. Sebelum ini pun sudah banyak fatwa-fatwa beliau yang hampir senada dengan apa yang dikeluarkan dua hari yang lalu.

Ramai pihak telah memberikan pandangan mengenai fatwa sedemikian. Rata-ratanya tidak dapat menerima dengan berbagai alasan dan sebahagiannya pula mengutuk fatwa sedemikian kerana dikatakan penentuan sesuatu amalan diterima atau sebaliknya adalah hak mutlak Allah SWT. Sebahagiannya pula suka melihat Tok Guru Nik Aziz lebih berperanan sebagai pihak yang bertanggungjawab menentukan PAS tidak terkeluar daripada landasan perjuangan antaranya mendaulatkan Islam dan melaksanakan hudud.

Saya cenderung melihat fatwa Dato Nik Aziz itu dari sudut membuat perbandingan mengenai dasar melaksanakan Islam samada yang kini dipratikkan oleh PAS atau seperti yang diperjuangkan oleh UMNO. Setidak-tidaknya bagi UMNO walaupun dikatakan tidak menjadikan Islam sebagai asas perjuangan namun sejak lebih 50 tahun yang lalu Islam dikatakan semakin subur terutama dari segi melahir dan menghidupkan institusi-institusi Islam yang telah memberi manfaat kepada semua rakyat Malaysia yang beragama Islam termasuk ahli dan penyokong PAS sendiri. Tetapi, PAS yang sehingga ini masih mengagung-agungkan komitmen mereka melaksanakan Islam atas beberapa sebab belum mampu menzahirkan sesuatu yang konkrit yang dapat dilihat sebagai gambaran mereka benar-benar memperjuang dan mendaulatkan Islam.

Kebersekongkolan PAS bersama DAP dan PKR yang kedua-duanya menolak perlaksanaan Islam secara terbuka dan dengan bongkak mengulang-ulang penentangan terbuka mereka terhadap Islam menjadikan fatwa seperti yang sering dikeluarkan oleh Dato Nik Aziz itu hilang kredibilitinya dan sekadar momok-momokkan sahaja.

PAS sekarang ini bukanlah PAS seperti dahulu. Perjuangan PAS bersama DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat bukanlah perjuangan yang meletakkan Islam sebagai asasnya. Dasar perjuangan Pakatan Rakyat yang terkandung di dalam Buku Jingga dan Manifesto Pilihanraya mereka yang dilancarkan baru-baru ini sama sekali tidak meletakkan Islam sebagai dasar yang diperjuangkan.  

Sekiranya kaedah yang sama digunakan bahawa kedua-duanya dikatakan menolak dasar Islam, apakah lebihnya PAS dan apakah kurangnya UMNO. Bagi saya kalau solat UMNO tidak mendapat pahala adakah mungkin Allah memberi pahala kepada solat orang PAS yang jelas-jelas menerima dan terus mempertahankan dua rakan politik yang lain khususnya DAP yang tanpa segan silu menolak Islam secara total.

Bagi saya fatwa atau pendapat sedemikian mungkin relevan dan dapat digunakan sebagai hujah politik diketika PAS berada dizaman-zaman awal penubuhannya. Kini dengan sistem pengaliran maklumat yang bersamanya disertai dengan ilmu Islam telah menjadikan masyarakat Islam kini lebih terdedah kepada maklumat dan ilmu Islam yang lebih mendalam. Maka sebab itulah tidak hairan kalau pendapat Dato Nik Aziz itu hanya diletakkan ke dalam kategori gula-gula politik sahaja.

Saya bersimpati dengan beliau atas kedudukan dan stature sebagai Tok Guru yang selama ini menjadi idola kepada ahli dan penyokong PAS. Kini stature sedemikian semakin hari semakin malap. Saya tidak mahu melihat suasana sedemikian berterusan hingga memadamkan kehebatan beliau yang telah ditunjukkan di dalam karier politik beliau selama ini.


DATO DR HASAN MOHAMED ALI
Presiden JATI Malaysia
Tmn Tun Dr Ismail, KL

Sunday, 17 March 2013

"PAS Itu Jijik" - Penyokong Tegar PAS


Hampir 40 penyokong tegar Pas dari Kampung Kiat dekat sini, bertindak menyertai UMNO selepas kecewa dengan kerajaan Pas Kelantan yang disifatkan terlalu berpolitik berbanding menjaga kepentingan rakyat.

Borang permohonan keahlian mereka diserahkan kepada Ketua UMNO Bahagian Rantau Panjang, Datuk Abdullah Mat Yasim dalam Majlis Selamat Tinggal Pas di kampung tersebut malam tadi.

Seorang penyokong Pas, Yazid Salleh, 41, berkata, dia berasa kecewa terhadap pemimpin parti itu sehingga mendorongnya untuk menyertai UMNO.

"Kita tidak pernah meminta lebih-lebih daripada Pas. Tapi sebagai kerajaan yang diberi amanah, mereka sepatutnya faham keadaan serta kedudukan rakyat di bawah.

"Kami amat kecewa setelah 22 tahun memerintah Pas dilihat seolah-olah mementing kepentingan politik parti berbanding rakyat," katanya ketika ditemui selepas majlis tersebut.

Yazid yang mewakili kumpulan berkenaan menyerah borang permohonan menyertai UMNO mendakwa, mereka tidak pernah mendapat apa-apa manfaat daripada kerajaan Pas negeri meskipun sebelum ini memberi sokongan penuh kepada parti itu.
Dakwanya, perjuangan Pas jauh berbeza dengan UMNO yang sentiasa mengutamakan rakyat walaupun hanya bertindak sebagai pembangkang di negeri ini.

"UMNO tidak pernah abaikan kami meskipun mereka tahu bahawa kami ini adalah penyokong tegar Pas," katanya.

Sementara itu, Abdullah menafi sekeras-kerasnya dakwaan kononnya siri penyertaan penyokong Pas ke dalam UMNO yang berlaku di bahagian Rantau Panjang hanya gimik politik membabitkan orang Thailand dan penyokong asal UMNO.

"Laporan dan dakwaan itu sebenarnya tidak benar belaka. Ia dibuat semata-mata bagi menutup keresahan mereka berikutan gelombang kebangkitan rakyat di Rantau Panjang ini semakin terserlah menyokong UMNO.


NOTE : Sedahlah wahai semua penyokong dan ahli pas, mereka ni dah jijik atau lebih sinonim lagi mereka ni da bosan dengan sikap pemimpin mereka yang lebih mengutamkan politik beranding membagunkan rakya mereka.

Friday, 1 March 2013

PANAS! Lagi Pengbongkaran Skandal Tanah di KELANTAN TERBONGKAR!



Dikira dari usia pemerintahan PAS di Kelantan sejak 1959 - 1978 (19 tahun) diikuti dengan pusingan kedua bermula 1990 - 2013 (23 tahun),bermakna sudah 42 tahun negeri Serambi Mekah ini berada dalam genggaman PAS.Suka atau tidak,rakyat Kelantan perlu akui selama tempoh lebih empat dekad ini sudah sekian banyak skandal tanah melibatkan keluasan puluhan ribu ekar tanah dan hasil bumi negeri ini telah dipajak gadai dan terjual kepada orang luar.Dulu dalam tahun 1964 hingga pertengahan 1975,rakyat Kelantan pernah tercabar maruahnya apabila Kerajaan PAS Kelantan telah menyerahkan hak milik tanah seluas lebih 300,000 ekar secara pajakan kepada sebuah syarikat dari Singapura.Ramai pemimpin PAS negeri tika itu yang kaya raya hasil dari tindakan tersebut, sementara rakyat bawahan pula hanya mampu menangis tak berlagu mengenangkan maruah diri dan negeri tumpah darah bagaikan telah menjadi milik orang lain.

Kini di abad millenium,peristiwa hampir serupa berulang kembali apabila Kerajaan PAS Kelantan dengan berselindung di sebalik projek Ladang Rakyat telah 'bermurah hati' memajakkan tanah seluas lebih 80,000 ekar di Hulu Kelantan kepada syarikat-syarikat luar. Kononnya melalui projek Ladang Rakyat ini akan membantu membasmi masalah kemiskinan di mana lebih 4,000 orang penduduk di Hulu Kelantan bakal beroleh manfaatnya.Mereka dijanjikan dengan habuan hak milik tanah dan tapak rumah, namun sampai sekarang hanya debu-debu tanah sahaja yang kelihatan.Sebaliknya yang berlaku tauke-tauke syarikat yang sudah sedia kaya semakin kaya raya,manakala ramai pemimpin PAS yang dulunya hanya memiliki rumah kayu kini bertukar menjadi rumah batu bertingkat,dari satu motokar kecil sekarang berbuah-buah kenderaan tersusun di depan rumah. Pemimpin PAS yang dulunya setia pada isteri nan satu kini memasang cawangan baru, tidak cukup dua ditambah menjadi tiga.

Puas melabuh sauh dalam negara ada yang merantau hingga ke Kemboja untuk mendapatkan selera baru yang berkenan di mata.Di masa yang sama berbelas orang pemimpin PAS negeri menikmati laba keuntungan apabila bertuah memperoleh hak milik tanah di kawasan tersebut.Anak dan isteri pemimpin PAS tidak ketinggalan menikmatinya tapi rakyat yang menanti terus kempunan. Rakyat terus termangu-mangu menantikan janji bulan jatuh ke riba dan terus hiba hatinya lebih-lebih lagi melihatkan tanah yang dulunya diteroka kini sesuka hati dirodok dan dinikmati hasil mahsulnya oleh tauke-tauke Cina yang begitu akrab dengan pemimpin PAS negeri.Dalam tempoh beberapa ketika berlalu,juga bertempat di Hulu Kelantan lebih 10,000 ekar tanah yang kaya dengan kayu kayan balak bernilai tinggi kini pula telah menjadi milik pemimpin Cina DAP dari Perak untuk selama lebih setengah abad mendatang. Sekali lagi rakyat termangu sendirian mengenangkan apa malangnya nasib mereka sering kali di anak tirikan oleh Kerajaan PAS Kelantan.Entah sampai bila mahu bersabar, agi lama ditahan entah-entah lebih banyak tanah tergadai dan maruah negeri diinjak-injak oleh orang luar dan hasil buminya mengalir tanpa memberi manfaat pada rakyat pribumi sendiri.

Tidak cukup apa yang berlaku di Hulu Kelantan,di pusat bandar Kota Bharu yang khabarnya gah dilabelkan sebagai bandaraya Islam contoh oleh Menteri Besar Kelantan,Nik Abdul Aziz Nik Mat,lebih 300 ekar tanah sudah sah dipajak hak miliknya kepada sebuah syarikat bukan bumiputera.Katanya mahu mengindahkan tebing sungai Kelantan melalui projek yang dikenali sebagai Lembah Sireh.Maka para petani yang dulu mendapat rezeki lumayan hasil tanaman di tebing sungai itu dipindahkan dan hanya mendapat sedikit pampasan wang ringgit antara RM100 hingga RM900 sebulan selama 3 tahun.Hasil projek itu maka berdiri megahlah sebuah pasaraya besar Tesco yang dianggap oleh MB Kelantan sebagai simbol kemajuan negeri ini,sedangkan projek utama yang sepatutnya diutamakan seperti sebuah masjid, dua buah jambatan,sebuah stadium dan gerai jualan yang mempunyai kepentingan umum hingga sekarang gagal dibina.Mujur ada Kerajaan Pusat yang prihatin menyegerakan pembinaan salah satu jambatan tersebut iaitu Jambatan Berkembar Sultan Yahya Petra yang kini sudah boleh digunakan,jika ditunggu-tunggu syarikat kepercayaan Kerajaan PAS Kelantan membinanya, tujuh keturunan pun belum tentu siap sebatang tiang konkrit pun.

Namun di sebalik kegagalan syarikat swasta itu mematuhi perjanjian sumbangan projek sebagai galang ganti pemindahan hak milik tanah, Kerajaan PAS Kelantan terus berlembut tanpa sebarang tindakan tegas, sedangkan hampir sebahagian tanah ini telah pun dipajak pula kepada institusi kewangan bagi membolehkan syarikat tersebut beroleh pinjaman berpuluh juta ringgit. Entah apa malang nasib rakyat Kelantan, dalam kesukaran mereka mendapatkan hak milik tanah walaupun wang deposit sudah dibayar, mudah pula bagi syarikat-syarikat luar dan pemimpin-pemimpin politik yang berkepentingan dengan Kerajaan PAS Kelantan memperoleh tanah yang berekar-ekar luasnya.Sampai bila agaknya rakyat pribumi sanggup bersabar membiarkan tanah negeri dan hasil bumi terus mengalir ke tangan orang lain ??? PRU 13 yang sudah tidak berapa lama lagi adalah satu-satunya peluang besar untuk rakyat Kelantan mengubah senario yang berlaku.Jika tidak sekarang,sanggupkah kita menunggu 5 tahun lagi yang mungkin tika itu sudah terlambat apabila hampir setiap inci tanah negeri ini dipajak kepada pihak lain,barulah tika itu terdetik kesedaran untuk kita bangkit memprotes demi mempertahankan hak anak negeri ??? Tepuk kepala tanya akal yang waras !!!


ANDA NAK LIHAT DATUK FADZILAH KAMSAH MEMBELASAH PAS KAW-KAW ???

SEMUANYA DISINI!

Saturday, 26 January 2013

Kepala Hadi Terus Dipicit Anuuuwar



Datuk Seri Anwar Ibrahim nampaknya terus beri tekanan kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam isu kalimah Allah.

Ketua Pembangkang itu terus ding dong bila ditanya pendiriannya sama ada beliau bersetuju dengan keputusan Majlis Syura Ulamak PAS bersabit larangan penggunaan kalimah Allah dalam kitab Bible versi bahasa Melayu.

Selain menuduh media ada kaitan dengan UMNO memutar belit kenyataannya berhubung isu itu, Anwar berkeras memegang perakuan 8 Januari oleh Hadi bahawa kalimah itu boleh digunakan oleh bukan Muslim asalkan ia tidak menghina Islam.

Anwar seolah-olah tidak menerima keputusan PAS mengubah pendirian itu apabila Majlis Syura parti itu melarang penggunaan kalimah Allah dalam kitab bukan Islam.

“Kalau ada isu selepas (keputusan) Majlis Syura itu, (ia) perlu dibawa dalam mesyuarat Pakatan…tapi Hadi tidak timbulkan perkara itu untuk bincang semula tentang keputusan kalimah Allah.

“Saya hormati keputusan Majlis Syura tetapi tetap dengan pendirian Pakatan,” katanya.

Di sinilah Hadi terbelit kerana pimpinan atau majlis Pakatan Rakyat belum bermesyuarat bagi membolehkan beliau menyatakan pendirian PAS sama ada kekal dengan perakuan 8 Januari atau dibuat Majlis Syura. 

Melihat cara Anwar bersilat dalam isu ini, Hadi tentu tersepit apatah lagi kepimpinan tertinggi PAS termasuk Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat juga akur dengan pandangan majlis tersebut.

Hadi dilihat tidak ada ruang untuk bersilat macam Anwar kerana Ketua Dewan Ulama Datuk Harun Taib juga sudah menegaskan pendirian majlis syura lah dipegang ulama PAS. Beliau sebaliknya menyerahkan kepada Hadi menyelesaikan isu itu dalam pakatan pembangkang.

“Saya tidak boleh komen, itu kena tanya Presiden PAS,” kata Harun.

Malangnya, Hadi masih membisu barangkali terpaksa menuggu Majlis Pimpinan PR bersidang. Cuma yang menangguk di air keruh dalam isu ini adalah DAP.

Selepas Setiausaha Agung parti itu, Lim Guan Eng cetuskan api kontroversi mencadangkan kalimah Allah boleh digunakan dalam Bibble Bahasa Melayu, beliau berdiam diri setelah perkara itu bangkitkan kemarahan umat Islam.

Inilah dilema Hadi sama ada mahu menjaga kepentingan PAS dalam pakatan rakyat atau patuh keputusan majlis syura – badan tertinggi parti yang mendakwa memperjuangkan Islam itu.

Tidak mustahil juga, Hadi akan terus membisu sama seperti dalam isu Amanat Hadi. Maklumlah, dengan pilihanraya umum ke 13 sudah hampir, Hadi tentu tidak mahu merosakkan perancangan PAS,PKR dan DAP untuk menawan Putrajaya.

Mungkin juga akhirnya Hadi sendiri terpaksa buat pendirian ‘politik suku-agama suku’ demi survival perjuangan pembangkang. Jika ini berlaku, Hadi boleh mengucapkan selamat tinggal kepada PAS manakala jika Hadi pertahanan keputusan majlis syura dan merubah perakuan 8 Januari, mungkin PAS pula kena ucapkan selamat tinggal pada PKR dan DAP

Friday, 25 January 2013

Anwar: 'Saya tidak tolak keputusan Majlis Syura' Heyyy Poodahhh Spin Baekk!


Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berdolak dalik apabila ditanya mengenai pendiriannya berhubung keputusan Majlis Syura Ulama PAS bersabit larangan penggunaan kalimah Allah dalam kitab Bible versi bahasa Melayu.

Ketika ditanya pemberita, Anwar menafikan dakwaan yang mengatakan beliau menolak keputusan Majlis Syura itu walaupun beliau sebelum ini pernah berkata Pakatan Rakyat kekal dengan pendirian yang diumumkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 8 Januari lalu.

Anwar kemudiannya menuding jari kepada media kawalan Umno BN kerana sengaja memutar-belitkan perkara tersebut dengan tujuan untuk melaga-lagakan parti-parti di dalam Pakatan Rakyat.

“Ini mainan media..saya tak pernah kata tidak setuju. Tetapi media Umno memutar-belitkan (kata saya) tidak setuju kemudian tanya Mursyidul Am (Datuk Nik Aziz Nik Mat), Anwar tidak setuju..saya tidak pernah (tidak setuju)..

“Saya kata, Pakatan Rakyat berpandu kepada kenyataan Presiden PAS yang dibentang dalam mesyuarat Majlis Pakatan Rakyat.

Kenyataan Majlis Syura merujuk kepada memberikan laluan penggunaan dengan beberapa syarat, tidak dibentangkan pada mesyuarat Majlis Pakatan Rakyat. Saya hanya mengikut keputusan dan memperakui kenyataan Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Presiden PAS.

“Media Umno secara jahat, fitnah, walaupun berpuluh kali kalah di mahkamah, jadi saya nasihatkan jangan ikut. Apa fitnah mereka? Dia kata saya ulas Majlis Syura..tidak..,” jelas ahli Parlimen Permatang Pauh itu pada sidang media di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR), hari ini.

Hadi pada 8 Januari lalu mengumumkan gagasan itu bersetuju kalimah Allah boleh digunakan oleh penganut semua agama dengan syarat tidak disalahgunakan.

Namun pada 13 Januari, Majlis Syura Ulama PAS bermesyuarat dan memutuskan kalimah Allah tidak boleh digunakan dalam kitab Bible kerana boleh menimbulkan kekeliruan yang 'nyata'.

Anwar kemudiannya menyindir Umno BN dengan mencadangkan parti itu supaya mengamal dan melaksanakan semua keputusan yang dibuat Majlis Syura pada masa akan datang jika benar parti itu mengambil berat badan tertinggi PAS itu.

“Kalau Umno ambil berat betul pandangan Majlis Syura, maka saya cadangkan Majlis Tertinggi Umno akan datang teliti semua keputusan Majlis Syura,” katanya.

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali sebelum ini menegaskan Pakatan Rakyat terikat kepada persetujuan secara kolektif yang diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Presiden (MPN) dengan mengambil kira kepentingan bersama.

Justeru, PKR mengambil ketetapan untuk berpegang kepada pendirian yang diumumkan Hadi sekali gus menolak keputusan Majlis Syura.

Beliau turut berkata Majlis Syura Ulama PAS hanyalah sebuah organisasi dan kedudukan itu tidak langsung mempengaruhi pegangan PKR berhubung isu itu.

Isu kalimah penggunaan kalimah Allah timbul setelah Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mendesak kerajaan agar membenarkan kalimah itu digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu sepertimana di Sabah dan Sarawak dalam perutusannya sempena Hari Krismas bulan lepas.

Wednesday, 23 January 2013

Ahli PAS Pulau Pinang Pijak Bendera DAP? kah3


Sekumpulan anggota akar umbi PAS di Pulau Pinang berhimpun di hadapan pejabat Pengerusi DAP Kebangsaan Karpal Singh di sini, bagi membantah kenyataannya mempertikai keputusan Majlis Syura PAS berhubung isu kalimah Allah.

Perhimpunan lebih sejam di Jalan Green Hall yang disertai anggota PAS dari kawasan Tanjong dan Bagan Ajam itu diketuai Pengerusi Tetap PAS kawasan Tanjong Zaidi Abu Bakar.

"Kalau Hang (Karpal) Nak Lawan Ulama Kami Langkah Mayat Kami Dulu", “Orang Melayu Jangan Undi Karpal. “PAS Wajib Keluar PR" “

"Kami Pertahankan Majlis Syura Ulama" dan “Karpal Azmin Tidak Hormat Dasar PAS".

Mereka turut memijak bendera DAP. Sementara itu, Zaidi dalam ucapannya berkata Karpal tidak berhak mencampuri urusan agama Islam dan mesti menghormati keputusan Majlis Syura yang dikaji ulama PAS selaras tuntutan syariat.

"Pada mulanya ada pemimpin PAS buat kenyataan tersasar tetapi setelah ada keputusan dari Majlis Syura Ulama, semuanya telah capai kata sepakat jadi Karpal jangan masuk campur dan keruhkan keadaan," katanya.

Beliau juga mendakwa kebanyakan anggota PAS di Pulau Pinang kecewa dengan kepimpinan PAS negeri yang hanya berdiam diri dengan kenyataan Karpal itu.

Sementara itu, bekas Ketua Pemuda PAS negeri Mohamed Hafiz Mohamed Nordin menyifatkan Pesuruhjaya PAS negeri Datuk Salleh Man dan Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam negeri Datuk Abdul Malik Abul Kassim bersekongkol dengan Ketua Menteri Lim Guan Eng.

"Mereka ini terlalu berhati-hati keluar pendapat demi menjaga hati pakatan rakyat berbanding jaga kalimah Allah. Dah tiba masanya PAS tinggalkan pakatan jangan jadi pengecut," katanya.

Beliau berkata kedua-dua orang pemimpin itu langsung tidak boleh diharap untuk membela kepentingan umat Islam di Pulau Pinang.

Karpal pada sidang medianya baru-baru ini berkata beliau akan memujuk Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang agar mengkaji semula pendirian Majlis Syura Ulama PAS yang memutuskan kalimah Allah tidak boleh diguna orang bukan Islam termasuk Bible bahasa Melayu.

Katanya pendirian Majlis Syura itu bercanggah dengan keputusan yang dicapai pemimpin pakatan pembangkang termasuk Abdul Hadi dan Mursidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 8 Jan lalu lalu yang bersetuju dan menyokong cadangan Lim yang mendesak kerajaan pusat membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam Bible bahasa Melayu. - BERNAMA

Saturday, 19 January 2013

Kalimah Allah : Adehh ! Sekejap Boleh Sekejap tak! Mana Satu Ni?



Hari Ini Nik Aziz hanya bersuara pada Ahlinya supaya Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini dengan tegas meminta semua pihak termasuk pemimpin Pakatan Rakyat menerima keputusan Majlis Syura bahawa kalimah ALLAH tidak boleh digunakan oleh bukan Islam.

Nik Aziz berkata, perkara itu tidak perlu ditimbulkan semula setelah Majlis Syura pada Ahad lalu menetapkan larangan penggunaan kalimah yang eksklusif bagi orang Islam itu diterjemahkan mana-mana kitab agama bukan Islam kerana salah dari segi maknanya.

Tapi ada lagi Puak Anwarinas bersuara untuk memberi sokongan terbuka kepada Azmin Ali lagi....kan dah tahu PKR partinya pluralisme....semuanya agama sama.Fikir Fikirkan lah

Friday, 18 January 2013

Peluang Terbaik UMNO Rampas Bumi Kelantan !


Dikatakan negeri yang memperjuangkan Islam tetapi dari sudut lain kita lihat banyak masalah yang timbul di negeri Kelantan khususnya janji-janji yang ingin diberikan kepada rakyat negeri itu tidak ditunaikan.
Jadi adakah itu diberi nama perjuangan?
Rakyat Kelantan harus buat perubahan pada PRU ke-13 nanti.
InsyaAllah kali ini UMNO akan memerintah Kelantan dan akan terus membela rakyat.

Thursday, 17 January 2013

Tuesday, 15 January 2013

TERKINI:PAS BAKAL KENA BUANG DARI PR???!!!



Majlis Syura Ulama PAS memutuskan kalimah Allah tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa di dunia kerana ia tidak menepati kehendak sebenar kalimah ini.

"Tindakan menterjemahkan kalimah 'God' atau 'Lord' dari mana-mana kitab agama bukan Islam kepada perkataan Allah tidak dibenarkan kerana ia salah dari segi makna dan tidak menepati kehedak sebenar," kata Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Timbalannya, Datuk Dr Haron Din dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan pada malam Ahad.

Beliau menegaskan penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan bagi penganut bukan Islam boleh membawa kepada kekeliruan yang nyata justeru tindakan tersebut perlulah ditegah.

"Kalimah Allah adalah kalimah khusus yang Allah menamakan diri-Nya.

"Kalimah itu tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa di dunia kerana tidak menepati kehendak sebenar kalimah tersebut.

"Demikian juga tidak boleh kalimah asing hendak diterjemahkan kepada kalimah Allah," menurut kenyataan itu lagi.

Bagaimanapun, Nik Aziz dan Haron Din sepakat menegaskan kalimah Allah adalah alami kerana Allah Tuhan sekalian alam dan sesiapa pun boleh menyebut kalimah Allah seperti mana orang Arab jahiliah yang bukan Islam menyebutnya.

"Allah adalah kalimah suci yang merujuk kepada Tuhan Yang diimani oleh umat Islam, iaitu Allah Yang Esa, tunggal tidak beranak dan tidak diperanakkan," katanya.

Mesyuarat Majlis Syura PAS yang bersidang pada malam Ahad, diadakan khas bagi membincangkan mengenai isu kalimah Allah dan Amanat Hadi pada malam Ahad bermula pada pukul 9 malam dan berakhir kira-kira dua jam kemudian.

Pemimpin PAS dan ahli Majlis Syura yang hadir bagaimanapun enggan memberikan sebarang kenyataan sebaliknya hanya kenyataan media sahaja diedarkan kepada kira-kira 20 wartawan yang menunggu.

Selasa lalu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memutuskan kalimah Allah boleh digunakan oleh orang bukan Islam namun ia tidak boleh disalah guna untuk kerana ia boleh menimbulkan kekeliruan dikalangan umat Islam.

Isu penggunaan kalimah Allah kembali menjadi polemik apabila Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menerusi mesej sempena sambutan Hari Krismas mendesak Kerajaan Pusat membenarkan perkataan Allah digunakan dalam kitab Bible bahasa Melayu.

Kenyataan Guan Eng ini mendapat kritikan keras oleh pelbagai pihak terutamanya dari kepimpinan Umno dan ulama bebas.

Malah sekutu mereka dalam pakatan pembangkang iaitu PAS kali ini turut tidak bersetuju dengan desakan berkenaan.

Bukan itu sahaja, pemimpin tertinggi PAS sendiri termasuk Ketua Dewan Ulama, Datuk Harun Taib, Haron Din, Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali dan Ketua Penerangan, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man telah menyatakan pendirian tegas mereka, tidak membenarkan kalimah Allah digunakan oleh penganut bukan Islam.

Dalam perkembangan lain, Majlis Syura PAS turut mendesak kerajaan supaya membenarkan Abdul Hadi menjelaskan mengenai isu 'Amanat Hadi' dan ia perlu disiarkan secara langsung selama satu jam di TV1 dan TV3. - mStar 

Friday, 4 January 2013

Kaum Cina 'Control' Ladang Kat Kelantan?? Mana Kaum Melayu dan Asli ni??




Projek Ladang Rakyat pada asasnya bermatlamat untuk membantu Kerajaan PAS Kelantan dalam usahanya mengurangkan masalah kemiskinan tegar serta meningkatkan keupayaan sosio-ekonomi Negeri dan menaikkan taraf hidup penduduk.Ladang Rakyat yang berkeluasan 81,095 ekar merangkumi Jajahan Gua Musang,Kuala Krai, Jeli dan Tanah Merah ini bagaimana pun sehingga kini gagal membantu seramai 4,767 orang penduduk miskin yang telah dipilih sebagai Peserta Ladang Rakyat itu.Ini terbukti sebagaimana dalam Laporan Audit Negara 2011 (LAN 2011) beberapa bulan lepas yang telah membuat beberapa teguran terhadap projek Ladang Rakyat anjuran Kerajaan PAS Kelantan yang didapati gagal mencapai objektifnya. Para peserta hanya memperolehi dividen RM200.00 sebulan manakala hak milik tanah dinafikan,jauh berbeza sekali dengan nasib peneroka FELDA yang bukan sahaja memiliki hak milik tanah sekurang-kurangnya 10 ekar seorang malah turut menerima elaun bulan dan rumah sendiri.


Sementara itu peluang bekerja menambah pendapatan di Ladang Rakyat pula hanya memanfaatkan 282 penduduk tempatan sahaja,selebihnya seramai 639 orang pekerja adalah warga asing. Ternyata projek Ladang Rakyat telah gagal menjayakan misi yang diamanahkan untuk membantu rakyat miskin sebaliknya tauke-tauke Cina DAP dan Cina Singapura lebih mendahulukan soal keuntungan dalam mengenyangkan perut sendiri.Kerajaan PAS Kelantan rupanya seperti sengaja membiarkan sahaja perkara ini berlanjutan tanpa mengambil langkah pembetulan.Tauke-tauke Cina yang lebih terangsang untuk mengaut kekayaan hasil bumi Kelantan tetap terus diberi keutamaan berbanding anak negeri sendiri.

Malah sebahagian besar tanah Ladang Rakyat dan hasil bumi kayu balaknya hanya berlegar dikalangan tauke-tauke Cina dan syarikat proksi mereka dengan tempoh pajakan berpuluh tahun ke hadapan. Lebih 50,000 ekar daripada keluasan 81,095 ekar tanah Ladang Rakyat dikuasai tauke-tauke Cina ini.Termasuklah 10,526 ekar (4,259 hektar) tanah hutan balak di Gua Musang yang dimiliki secara bersama oleh pemimpin bersaudara dari DAP Perak, Ngeh Koh Ham dan Nga Kor Min melalui syarikat Upaya Padu Sdn Bhd. Selain syarikat milik pemimpin DAP itu, beberapa syarikat milik tauke Cina seperti Leong Hup Holding Sdn Bhd(LHH) turut menguasai pajakan tanah yang luasnya mencecah 10,095 ekar selama 99 tahun juga di Gua Musang. Manakala tanah seluas 7,500 ekar tanah Ladang Keruing Teknik yang asalnya milik Yayasan Islam Kelantan (YIK) di Relai, Gua Musang juga kini telah dipajakkan kepada syarikat Suurban Sdn Bhd,milik tauke Cina dari Johor.Mengikut sumber dalaman PAS,hasil traksaksi melibatkan syarikat Suurban Sdn Bhd yang disempurnakan oleh seorang wanita Melayu sebagai orang tengahnya turut memberi manfaat jutaan ringgit kepada seorang pemimpin PAS Kelantan yang sepatutnya sumbangan itu asalnya untuk tabung parti.adakah ini semuanya benar ??? Apapun,melihat pada pelbagai urusan pajakan dan pemilikan tanah yang banyak berkisar dikalangan tauke-tauke Cina sahaja,nampak jelas Ladang Rakyat yang sinonim dengan gelaran Ladang Air Mata Rakyat ini wujud khusus untuk kepentingan para kroni Kerajaan PAS Kelantan sahaja.Penguasaan tanah-tanah di Selatan Kelantan termasuklah di Ladang Rakyat oleh tauke Cina dari DAP dan Cina Singapura ini kian lama akan jadi umpama "Belanda dapat tanah",hasil kekayaan yang sepatutnya untuk kepentingan pribumi akhirnya hanya menguntungkan orang lain sahaja.

Maka ada benarnya lirik yang tertulis dalam lagu Warisan, "anak kecil main api,terbakar hatinya yang sepi,air mata darah bercampur keringat,bumi dipijak milik orang." Penuh nasihat dan membangkitkan jatidiri serta merintis kesedaran ramai.Patutlah para pemimpin PAS amat fobia bagaikan ketakutan dan meroyan hilang akal bila lagu Warisan mendapat perhatian ramai,rupanya mereka tahu lagu itu membawa mesej kesedaran yang jika dihayati oleh rakyat Kelantan natijahnya menyebabkan pemimpin PAS tak cukup tanah lari bertempiaran.