Showing posts with label DAP. Show all posts
Showing posts with label DAP. Show all posts

Monday, 26 August 2013

Penjelasan : Siapa Dia Red Bean Army?


Kacak tak kartun kacang merah atas ni?
Nama dia Red Bean Army atau dalam bahasa melayu Tentera Kacang Merah?

Hehehehehe…
ingat kacang merah ni cuma ada dalam cendol, ABC atau masakan. Tapi ada juga dalam tentera.
Nama mungkin rasa kelakar tapi kelakar inilah yang jadi senjata utama. Yang selalu Nampak dungu, kelakar, bodoh dan seangkatannya mereka inilah yang selalunya paling bahaya.

Sebenarnya Red Bean Army merupakan cybertroopers ataupun keyboard warriors pihak yang tidak bertanggungjawab yang hanya nak memecah belahkan masyarakat Malaysia dan mewujudkan sentimen kebencian serta perkauman yang sangat kuat antara rakyat Malaysia berbilang kaum.

Sepandai-pandai kacang bergerak dalam cendol, mesti ada kacang yang busuk dan  beberapa orang ‘tentera’ Red Bean Army ini telah dikenalpasti dan siasatan mula dijalankan, pasukan tersebut kini berada dalam keadaan terpinga-pinga dan ada yang berani dan mencabar kerajaan untuk menangkapnya, ada juga yang kecut perut menafikan terlibat kononnya akaun fesbuk digodam. 
MACAM-MACAM ALASAN, biasala orang dah rasa bersalah

Dalam sekumpulan manusia, tidak semua mempunyai sifat dan sikap sama.  Biarpun pasukan Tentera Kacang Merah sebelum ini dilihat sebagai bergerak bersepadu, tetapi sikap sebenar terserlah bila kena cuit sikit je dan diancam.  Ancaman bukan daripada luaran seperti ditangkap dan dipenjarakan oleh pihak berkuasa tetapi ancaman yang lebih besar ialah dari pihak dalaman iaitu parti yang mendokong mereka sebelum ini.



Sekarang ini timbul ugut-mengugut dan amaran demi amaran diberi (bukan dari Menteri Amaran ye) supaya tidak mendedahkan siapa mereka semua.  Sebagaimana Red Bean Army bertindak mengugut ahli keluarga dan sahabat handai sasaran mereka, maka tidak mustahil taktik yang sama akan digunakan oleh kepimpinan Parti mereka itu untuk memastikan mereka menutup mulut.   
Mungkin benar ada ahli Red Bean Army yang bersedia menerima segala kemungkinan atas dasar ‘pengorbanan’.    Kasihan mereka ini semua sebab pengorbanan yang mereka buat tak sampai kemana, kelaut semuanya sebab pengakhiran dibunuh sendiri oleh pendokong mereka sendiri. ‘
Apakah Red Bean Army benar-benar percaya yang pendokong mereka ini mampu menyediakan kehidupan yang lebih baik kepada mereka? 

Red Bean Army dilatih untuk menyebar kebencian dengan menghapuskan terus nilai-nilai murni dalam masyarakat.  Maki hamun, memfitnah, memalukan dan menghina sasaran mereka semahu-mahunya adalah modus operandi utama mereka.  Pendek kata, nilai-nilai kemanusiaan dan kemasyarakatan telah dipersetankan terus. 

Baru-baru ini pemimpin parti politik senior telah menafikan mentah-mentah akan kewujudan Red Bean Army dan kononnya beliau tidak tahu menahu mengenainya.   Red Bean Army kini dibiarkan membela diri sendiri, kecuali, mungkin segelintir yang ‘dekat’ dengan pemimpin politik  yang akan dihulurkan sedikit bantuan untuk lari. 

Justeru, jika Red Bean Army mempunyai sedikit ‘kecerdikan’ mereka akan menyedari bahawa mereka kini benar-benar terperangkap.  Bekerjasama dengan pihak berkuasa pun salah, tidak bekerjasama pun salah.   Ditelan mati diri, diluah pun mati juga. 

Biarlah kita buat perkara yang menaikkan imej negara di mata dunia seperti menyatu padukan rakyat dan mewujudkan keamanan negara. Seperti obatgigi, bila dipakai gigi jadi sihat, mulut wangi, keyakinan diri jadi tinggi, nak ngorat atau nak cium orang pun jadi tak malu dan semua orang suka.
BETUL TAK KAK TON?

Wednesday, 15 May 2013

DAP Sudah Berani Naik Kepala Hina Sultan!!!



Rakan blogger 1SYA mendedahkan cyber trooper DAP telah mula menyindir keputusan Sultan Johor berikutan perlantikan wakil rakyat MCA di dalam exco kerajaan negeri Johor semalam.

Tidak ramai kaum Melayu yang sedar hal ini kerana rata-rata trooper mereka menggunakan bahasa Cina untuk mempengaruhi remaja Cina bagi membenci keputusan kerajaan.

Berikut adalah pendedahan beliau (1SYA.COM) :


1. Sultan Johor juga mengingatkan kesemua wakil rakyat supaya memahami isi kandungan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor 1895 dan mematuhi peraturan serta tatacara Dewan Undangan Negeri Johor.Kerajaan Negeri Johor, menurut baginda, telah ditubuhkan lebih awal daripada kerajaan Malaysia di mana telah berpegang lama kepada Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895. Setakat ini sudah beberapa Facebook Pages yang menghina keputusan Baginda Sultan Johor sudah telah dikesan.

2. Oleh itu , keputusan untuk melantik Datuk Tee Siew Keong adalah atas jemputan Baginda Sultan Johor sendiri dan sekirannya penyokong – penyokong dan troopers DAP mahu  membangkitkan serta mempertikaikan isu ini maka hal ini adalah satu penghinaan kepada perintah baginda Sultan Johor.

3. MCA masih berpegang teguh kepada janji dan prinsip parti mereka untuk tidak berada dalam kabinet kerajaan namun dalam isu kerajaan negeri Johor adalah diluar kawalan MCA kerana MCA lebih mengutamakan penghormatan kepada Instutisi Beraja dan Kedaulatan mereka untuk tidak menetangnya pelawaannya.

4. Diharapkan supaya penyokong dan Siber Troopers DAP tidak melampaui batas mereka demi kepentingan politik sehingga keputusan Baginda Sultan Johor just hendak mereka politikkan.

5. Sekirannya gambar dan berita politik ini tidak dipadamkan maka diharapkan ada pihak yang mampu untuk melaporkan kepada pihak Surunhanja Komunikasi Malaysia untuk mengambil tindakan yang sewajarnya.


Page 1 – Klik sini(https://www.facebook.com/photo.php?fbid=617980794897871&set=o.132309263482799&type=3&theater)
 ( https://www.facebook.com/supportprdap )

 Page 2 - Klik sini (https://www.facebook.com/PeopleAreTheBoss)

 Page 3 - Klik sini (https://www.facebook.com/photo.php?fbid=373571549413785&set=pb.135944543176488.-2207520000.1368545070.&type=3&src=https%3A%2F%2Ffbcdn-sphotos-c-a.akamaihd.net%2Fhphotos-ak-prn1%2F943479_373571549413785_263544853_n.jpg&size=344%2C405)
 (https://www.facebook.com/Bolehland)


Tuesday, 30 April 2013

PAS Goyang Sama DAP Atau Mungkin Kit Siang?!



“Ada calon yang menjulang gambar Stalin, macam mana orang PAS nak sokong. Orang PAS kerjasama dengan PKR dan DAP – tak kerjasama dengan parti Stalin, parti Lenin, Karl Marx. Gambar Karl Marx duduk dalam markas, nak suruh orang PAS kerja, macam mana nak suruh orang PAS kerja?

“Komunis di haram di Malaysia. Itu yang jadi bertindih itu. PAS nak selamatkan PR – tak nak jadi macam Perak. PAS tetap bersama PR,” demikian penjelasan oleh Presiden PAS, Abdul Hadi Awang ketika mengulas isu pertindihan kerusi sesama PR dalam PRU-13.

Kenyataan Presiden PAS itu secara langsung merujuk kepada pertindihan kerusi di kawasan DUN Kota Damansara di mana PAS telah menghantar calonnya menyebabkan pertembungan dengan calon PR iaitu Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM), Dr Nasir Hashim yang bertanding atas tiket PKR.



Walau dibaca berkali-kali kenyataan Hadi itu, maksudnya tetap sama di mana PAS sama sekali tidak akan redha dengan pencalonan tokoh politik yang berfahaman sosialis dan komunis. Itu pendirian PAS seminggu yang lalu yang sewajarnya dipertahankan kebenarannya.

Kini selepas menerima tekanan demi tekanan yang diterima dari PKR dan DAP, lain pula yang berlaku apabila PAS akhirnya mengalah memberi laluan kepada calon PSM yang seminggu lalu dipandang keji dek kerana Dr Nasir berfahaman sosialis, bab kata Nik Aziz ideologi itu ibarat adik kepada komunis.

Mengikut kata Setiausaha Agung PAS Mustafa Ali, keputusan PAS menarik diri di DUN Kota Damansara adalah untuk mengekalkan status quo kerana kerusi itu sememangnya kuota PKR. Baru sekarang mahu sedar, maksudnya memang parah benar masalah kesepakatan dalam PR.

Perubahan mendadak pendirian PAS ini secara umumnya dialu-alukan oleh penyokong PR khususnya dari DAP dan PKR, tapi di hati kecil penyokong PAS wujud perasaan menggelodak amarah dan malu kerana terpaksa menyokong calon yang berideologi sosialis.

Patutlah dulu beria-ia benar Mat Sabu memuja kezaliman yang dilakukan oleh Mat Indera Komunis di Bukit Kepong, agaknya tahu suatu hari nanti PAS akan bekerjasama untuk menjayakan golongan yang sealiran dengan Mat Indera rupanya.

Apa pun, dengan perkembangan terbaru ini, sahihlah betapa rapuhnya PAS dalam mempertahankan pendirian dan prinsipnya, itulah puncanya kenapa dalam banyak isu misalnya kalimah Allah S.W.T, hudud, negara Islam dan kemurtadan, mudah benar PAS tewas dan tunduk kepada DAP dan PKR.

Jati diri PAS zaman sekarang jauh sangat bezanya berbanding dulu, prinsipnya rapuh sampaikan sanggup digadaikan segalanya demi menuju puncak kuasa yang tak ketahuan.

Jenis parti sebegini memang tak layak untuk menjadi pengganti kepada UMNO. Bahaya kepada masa depan agama, bangsa dan negara.

Justeru itu, eloklah pada PRU-13 5 Mei 2013 ini nanti, para penyokong PAS yang menyedari hakikat ini bergabung tenaga dengan rakyat Malaysia yang lain untuk sama-sama talkinkan saja PAS. Demi masa depan, itulah yang sepatutnya.

Monday, 29 April 2013

DAP Serah Bukti Kepada SPRM Siasat Isu Rasuah Wakilnya Sendiri!!


DAP Pecat Jenice Lee.

Berita dari akhbar Nanyang Siang Pau dan New Strait Times menyebut satu laporan SPRM baru sahaja dibuat oleh Pemuda Sosialis Parti Tindakan Demokratik (DAPSY) ke atas Jenice Lee yang juga merupakan bekas wakil rakyat DAP di DUN Teratai.

Menurut kenyataan DAPSY, tindakannya membawa kes Jenice Lee kepada SPRM disebabkan pihaknya yakin Jenice Lee telah melakukan penyalahgunaan kuasa selain disyaki terlibat dalam 5 kes penyelewengan dana negeri dan wang penduduk.

Serentak dengan itu juga DAPSY mendesak calon Bebas itu menarik balik pencalonannya dengan alasan rakyat kawasan DUN Teratai tidak memerlukan wakil rakyat tidak bertanggungjawab seperti Jenice Lee.

Entah apa bukti yang diserahkan bagi menyokong laporan tersebut belum diketahui, namun persoalannya kenapa sekarang? Mengapa semasa Jenice Lee masih merupakan Wakil Rakyat DAP bagi kawasan DUN Teratai, perkara ini didiamkan?

Jenice Lee telah dipecat keahliannya sebagai anggota DAP dua hari selepas penamaan calon PRU-13 berikutan kegagalan bekas Wakil Rakyatnya mengikut arahan parti supaya menarik diri sebagai calon Bebas di DUN Teratai.

Dek kerana Jenice Lee kekal bertanding Bebas menentang calon DAP sendiri, barulah timbul bukti itu ini dan laporan baru dibuat kepada SPRM. Nampak seperti ada sesuatu yang tak kena.

Secara tersuratnya, tindakan DAP melalui sayap pemudanya merujuk isu penyelewengan Jenice Lee kepada SPRM seakan menggambarkan betapa prihatinnya parti anak beranak Lim Kit Siang itu dalam menentang amalan rasuah dan penyelewengan kuasa.

Sekilas pandang, begitulah yang kelihatan walau sebenarnya, andai kata Jenice Lee mengikut arahan DAP menarik diri dari bertanding dalam PRU-13, pastinya laporan SPRM itu tidak akan dilakukan.

Makna kata, laporan yang dilakukan itu hanya bermotifkan politik dan tidak ikhlas sama sekali. Bila sudah sebegitu, ia juga memberi maksud DAP sanggup berdiam diri atas segala tingkah laku buruk ahlinya selagi mana wujud kesetiaan kepada parti.

Ia bukan satu teladan yang baik bila mana sesuatu penyelewengan yang disyaki berlaku hanya dilaporkan kepada pihak berwajib bila wujud keadaan terdesak sahaja.

Berdasarkan hakikat ini, jelaslah memilih DAP bukanlah satu pilihan yang baik untuk rakyat Malaysia. Tidak sukar digambarkan betapa korupnya negara ini kelak andai DAP dan PR diberikan peluang memerintah tanahair ini.

Saturday, 27 April 2013

Nizar Meroyan Bergambar Dipondok Panas BN?



Ingatkan orang tidak betul mana terlepas sehingga berada di pondok panas BN ini. Teliti punya telitu rupanya bekas Ahli Parlimen dan Mantan Menteri Besar DAP Perak, Si Nizar Jamaluddin! Apa yang meroyannya duduk bergambar di sini. Mengikut kata Aruah Bapa, kalau seseorang buang tabiat sebegini, bilang sahaja 40 hari, iaitu hari-hari terakhirnya. Mana tahu, tak sempat berjumpa lagi.

Apapun untuk catatan rekod, petugas-petugas pondok panas BN semuanya telah melarikan diri bagi mengelakkan dari mendengar lawak-lawak bodoh dari seorang badut. Buat pengetahuan Nizar, lain kali kalau hendak datang pondok panas parti lawan, jadi "gentlemen" lah. Datang sewaktu orang ada. Jangan jadi dayus datang sewaktu tiada orang. Lihat foto Tok Pa di bawah. "Cool" dan selamba sahaja melawat pondok panas PAS. Ye lah, bukan hendak bergaduh pun.

Thursday, 25 April 2013

UMNO Jadi Mangsa Fitnah Pecah Van Di Bakri !



Di dalam kerancakan berkempen, nun jauh di selatan tanah air rakyat tiba-tiba dikejutkan dengan berita penangkapan 2 remaja berbangsa Cina yang disyaki melakukan perbuatan berunsur provokasi.

Mereka dikatakan telah bertindak memecahkan cermin sebuah van milik DAP yang diletakkan di hadapan bilik gerakan parti itu di jalan Sakeh, Bakri semalam.

Pimpinan DAP khususnya calon bagi kerusi Parlimen Bakri, Er Teck Hwa ketika diminta mengulas mengenai kejadian tersebut mengatakan tidak mengesyaki sesiapa yang bertanggungjawab terhadap perbuatan khianat tersebut.

Namun beliau menegaskan ia telah menjejaskan aktivitinya kerana perlu membaiki kenderaan tersebut.

Melalui pandangan mata kasar, pasti rakyat khususnya di Johor akan melihat betapa mulianya hati Teck Hwa yang mengambil pendekatan bersangka baik walaupun pada hakikatnya ia adalah sebaliknya.

Ini kerana nada tersebut dilontarkan hanya sejurus selepas kedua-dua orang suspek tersebut berjaya ditangkap. Sekiranya mereka yang melakukan perbuatan tersebut tidak berjaya di berkas oleh pihak berkuasa, sudah pasti nada bahasanya akan berlainan sama sekali.

Ini kerana mereka khususnya pimpinan pakatan pembangkang sebelum ini sering menggunakan setiap ruang dan peluang untuk menyalahkan kerajaan bagi menggambarkan kononnya mereka sering ditindas oleh parti pemerintah.

Sebagai contoh, lihat sahaja drama swasta yang dimainkan oleh Lim Kit Siang sebelum ini yang menitiskan air mata palsu ketika memaklumkan kononnya parti ‘ultra kiasu’ tidak dibenarkan menggunakan lambang roket oleh pihak ROS.

Sedangkan sebelum ini pihak ROS sendiri telah memaklumkan bahawa parti tersebut dibenarkan untuk bertanding menggunakan parti roket.

Namun ketika proses penamaan baru-baru ini, kesemua calon DAP mendaftar dengan menggunakan lambang roket walaupun sebelum ini media digembar-gemburkan dengan laporan ‘air mata palsu’ Kit Siang yang akan bertanding menggunakan lambang bulan.

Berbalik kepada isu yang dibangkitkan tadi, mengikut fakta kes kedua-dua suspek berbangsa Cina itu diberkas selepas pihak polis menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki berusia 51 tahun yang juga merupakan Pengerusi Poster, Kain Rentang dan Manifesto BN Bakri.

Ekoran laporan tersebut pihak polis berjaya memberkas 2 orang remaja yang berusia 18 dan 19.

Mereka ditahan kira-kira 45 minit selepas melakukan perbuatan tersebut yang disaksikan sendiri oleh tujuh petugas BN yang sedang memasang bendera, pada jarak 100 meter dari tempat kejadian.

Malah hasil soal siasat mereka akhirnya mengaku melakukan perbuatan itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengenal pasti dalang kejadian.

Menurut sumber, kedua-dua remaja tersebut adalah merupakan ‘orang suruhan’ DAP yang diupah untuk melakukan perbuatan khianat tersebut. Modus operandinya mudah untuk sekali lagi menagih simpati rakyat.

Sekiranya suspek tersebut berjaya melepaskan diri, sudah pasti pimpinan DAP akan menggunakan isu tersebut bagi menuduh BN/UMNO sebagai orang yang bertanggungjawab.

Friday, 12 April 2013

DAP Pening Bila 7 Orang Kuat DAP Negeri Sembilan Sertai BN!


DAP Negeri Sembilan mendapat tamparan hebat apabila tujuh pemimpin kanan peringkat cawangan parti itu malam tadi mengisytiharkan sokongan terhadap Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Kumpulan terbabit yang diketuai oleh Naib Pengerusi DAP Cawangan Ladang Paroi, David Dass Aseerpatham merupakan individu terawal yang membantah dan membuat laporan berhubung pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) parti itu hujung tahun lalu.

Selain David, enam lagi yang menyatakan pendirian mereka ialah Setiausaha DAP Cawangan Ladang Paroi, Mahendran Krishnan; Pengerusi DAP Cawangan Desa Dahlia Senawang, Richard Francis dan Naib Pengerusinya, Jesu Dason; Setiausaha DAP Cawangan Ladang Regent, Tampin, Chelvam Kathan; Naib Pengerusi DAP Cawangan Ladang Regent, M. Subramaniam dan Setiausaha DAP Cawangan Desa Dahlia, Senawang, S. Karthiyaini.



Kesemua mereka yang mengaku masih menjadi ahli DAP, sebelum ini telah membuat laporan ke pejabat Pendaftar Pertubuhan (ROS) berhubung penipuan dalam isu CEC tersebut.

Sementara itu David berkata, sebab utama beliau dan rakannya menyokong BN kerana manifesto BN yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak."Kami semua sokong BN pada PRU-13 ini selepas melihat manifesto BN adalah aku janji tulen, yang nyata membela kaum India berbanding pembangkang yang tidak mengiktiraf itu sebagai aku janji," katanya pada sidang akhbar di Ladang Regent, Gemencheh, dekat sini malam tadi.

Katanya, mereka telah lebih 24 tahun bersama DAP namun hasilnya tidak memihak kepada kaum India."DAP membisu dalam isu CEC dan bercakap soal salah taip.

Hari ini, isu salah taip dan silap kira timbul lagi dalam pembikinan projek mega DAP termasuk terowong yang menelan belanja berbilion ringgit itu."Ketua Menteri, Lim Guan Eng macam budak sekolah, kamu mentadbir negeri, takkanlah asyik silap kira dan silap taip,'' katanya.

Tambah David lagi, Guan Eng juga sering 'diselamatkan' oleh bapanya, Lim Kit Siang dan sebab itulah ahli akar umbi menggelarkan DAP pada hari ini parti penuh dengan sandiwara kerana di dalamnya terdapat bintang "Bollywood" dan "Hong Kong".David berkata, beliau dan rakan-rakannya akan menjelajah ke seluruh negeri untuk mendekati kaum India dan menjelaskan mengapa mereka menyokong BN dan menceritakan pengalaman 'ngeri' berada dalam DAP, sehingga kaum India dipermain-mainkan.

"Saya percaya, lambat laun kami akan dipecat sebagai ahli DAP. Tunggulah masa yang sesuai untuk kami keluar beramai-ramai daripada DAP ini. Ahli kami di peringkat cawangan juga akan turut sama dibawa menyokong BN dalam PRU-13 ini,'' katanya.

Pada majlis itu juga, beliau turut menerima borang keahlian Persatuan Penyokong BN kaum India Negeri Sembilan daripada penasihatnya, Mohamad Hafidz Jafelis.

Thursday, 28 March 2013

Tuesday, 26 March 2013

Anuar Kene Bayar RM3k Sebab Otak lembabnya!



Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim membayar RM3,000 kepada Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Hamzah Zainuddin ekoran penangguhan kes saman fitnah RM10 juta yang dibuat oleh Ketua Pembangkang, pada saat akhir.

Hakim Rosilah Yop yang bertegas mahu mendengar perbicaraan tersebut bagaimanapun membenarkan penangguhan yang dikemukakan oleh Anwar yang berada di Sabah melalui peguam R. Sivarasa yang mewakilinya.

Pada 22 Ogos 2008, Anwar memfailkan saman terhadap Hamzah yang ketika itu Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan kerana dakwaan mengeluarkan kata-kata fitnah dan disiarkan dalam akhbar berbahasa Cina, Kwong Wah Jit Poh bertarikh 19 Ogos 2008, dalam artikel bertajuk Anwar Harassed My Wife.

Mahkamah menetapkan 2 Mei depan untuk mendengar perbicaraan itu.

Monday, 25 March 2013

PANAS!! Kalau Dah Terdesak Pencecei Sanggup SPIN Apa SAJA!!!


Untuk pengetahuan semua ini adalah gambar yang dimiliki oleh salah satu photographer di media. Media mana tak boleh nak mention. Gambar ini adalah secara kerelaan bukan untuknya apa seperti yang dicatitkan kt gambar ni..

Punyala terdesak puak2 jubs. Gambar berseronok ronok sempai disalah guna. Mmg puak2 makan dedak je la diorg ni atau dorang ni memang dah kering idea nak naikkan isu? bodoh!


GAMBAR SEBENAR!!

Puak Pencacai PR ni dorang semua spin kata polis mengacukan pistol? tak caya? TENGOK NI!

NOTE : Puak Pencacai PR cuba memfitnah Polis Diraja Malaysia dengan mengubah gambar asal kemudian meletakkan ayat kononnya Polis berlaku kejam terhadap seorang wartawan dari Malaysiakini. Sedangkan gambar asal adalah sesi gurau senda bersama media. Ingat Pakatan Rakyat... Ingat Fitnah...

Saturday, 23 March 2013

NGO Cabar Si Anwar Kontol Saman Najib?! Ada Berani Ka ?


Dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini mencabar pembangkang agar mengambil tindakan undang-undang terhadap Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak sekiranya benar dakwaan mereka bahawa isu-isu moral membabitkan sesetengah pemimpin mereka yang didedahkan orang awam didalangi oleh parti itu.

NGO-NGO itu berpendapat, tindakan pembangkang yang gemar menyaman media tempatan seperti Utusan Malaysia, TV3 dan penulis-penulis blog tertentu umpama seorang pengecut yang cuba menyembunyikan aib.

Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah berkata, jika benar isu-isu moral membabitkan pemimpin mereka hasil konspirasi dan sandiwara UMNO, mereka sepatutnya mengemukakan saman malu terhadap Najib selaku presiden parti.

“Kenapa mereka (pakatan pembangkang) tidak berani menyaman Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak yang merupakan ketua dalam UMNO dan Barisan Nasional (BN) itu sendiri? "Menyaman akhbar arus perdana seperti Utusan (Malaysia), TV3 dan blogger tidak dapat membuktikan apa-apa,’’ katanya kepada Utusan Online ketika dihubungi di sini hari ini.

Sementara itu Mursyidul Am Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Zahid Md. Arip percaya pihak pembangkang termasuk Anwar tidak berani untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Najib walaupun dalam ceramah-ceramah mereka menuduh UMNO terlibat konspirasi menjatuhkan pemimpin terbabit.

Kata beliau, tindakan pembangkang yang menyaman sesetengah media dan penulis blog sahaja semata-mata mahu menutup aib mereka sendiri walaupun sebelum ini mereka juga yang mendakwa mahkamah sebagai alat dan perkakas UMNO.

Saya menganggap pakatan pembangkang tidak tahu malu kerana telah menghina dan menuduh sistem kehakiman negara suatu masa dahulu.

Pakatan pembangkang pada waktu ini berada dalam keadaan terdesak.

"Oleh sebab itu mereka menjadikan tindakan mengemukakan saman sebagai senjata untuk mengelirukan rakyat,’’ ujarnya.

Tambah Zahid, rakyat kini tidak bodoh dan sudah pandai menilai mengenai tindakan pembangkang yang pandai memutar belit keadaan.

Selain mencabar pembangkang untuk menyaman Najib, saya juga mencabar ketua pembangkang,

Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menjawab sama ada beliau buat atau tidak aktiviti tidak bermoral seperti yang didedahkan di dalam video itu.

Perkara pokok di sini adalah pengakuan Anwar sendiri sama ada dia buat atau tidak, itu sahaja rakyat hendak tahu berbanding tindakan saman-menyaman tersebut,’ katanya.

NOTE : Kita tengok adakah Al-Juburi berani kasi saman itu PM atau tak?

Abby Dah Sasau Dalam Acc Twitternya!


Barang purba peninggalan Norman Hakim ni buat hal lagi..dia ni sakit ke apa? Barang purba ni sedar tak bahawa ayat yang dia gunakan ini seolah-olah menggambarkan bahawa arwah menipu isterinya.

Kita faham jika benar sekalipun dakwaan barang purba ini tentulah arwah terpaksa berbohong kepada isterinya semata-mata kerana tidak mahu isterinya risau dan bimbang.

Lain kali kalau nak tweet tu fikir dulu mak cik abby oi..


Kita tengok abby ni ada sberani ka saman, silap2 kang dia plak yang kene saman balik plak nanti. opss.. lupa abby kan dah masuk pas. masyukkk so ape kesah sangat. hadi Bawang kan ado. AHAHAHAHA!

Thursday, 21 March 2013

HAHA! Anwar Korek Bontot Masa Video Terbaru Gay dia? Woww..


Sekali video dia ngn china doll daa

Moral yang teruk. itulah yang dapat digambarkan pemimpin pembangkang ni. Ini yang dibangga-banggakan oleh puak PR? bila ditanya depa dok lantun kata ini semua konspirasi UMNO. Bodoh itulah yang dapat digambarkan oleh puak2 pencacai PR ni. Mereka memang tak boleh terima kenyataan yang pemimpin mereka tu memang moral dia dah rosak. Laki pon dia tibai, perempuan pon dia tibai. Seribu pertanyaan ni, apa mungkinWan Azizah tak cukup ketat sehingga pak cik nuar ni nak tibai orang lain? 

Keengganan Anwar Ibrahim menarik semula saman RM 100 juta yang dibuat ke atas blogger terkenal Papagomo telah mengakibatkan penyiaran dan penyebaran video seperti yang dikatakan oleh blogger terkenal itu. Fuhhh *respct* Namun atas dasar perikemanusiaan beliau hanya menyebarkan sedikit sahaja adengan yang didakwa Anwar meliwat mahasiswa Sabah berkenaan. Bahagian seterusnya akan dikeluarkan oleh Papagomo sedikit masa lagi.. Sama-sama kita nantikan...


Bila kita dah tahu bahawa seseorang pemimpin itu peliwat dan penzina maka wajib kita menjatuhkan pemimpin tersebut demi tertegaknya syariat Islam.

TOLAK ISLAM LIBERAL !!

KITA SOKONG NAJIB RAZAK

NOTE : Anda masih ingat lagi video dibawah? Anda kata itu konspirasi UMNO? katakan saja begitu jika anda mahu digelar pencacai PR.


Wednesday, 20 March 2013

TERBARU!! Anwar Goyang Serah Kes GAY nya Kpd Peguam!




Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan 'cabaran' Papa Gomo yang memberi beliau tempoh 48 jam supaya menarik balik saman terhadapnya jika tidak mahu lebih banyak pendedahan dibuat.

"Saya serahkan perkara itu kepada peguam saya untuk uruskannya," kata beliau ringkas pada sidang media di sini, hari ini.

Papa Gomo membuat kenyataan beliau enggan menarik balik tuduhan dan membuat permohonan maaf walaupun bakal berhadapan saman berjumlah RM100 juta, sebaliknya mahu mendedahkan lebih banyak video  membabitkan Anwar.

Menerusi sebuah entri di blognya semalam, Papa Gomo berkata, beliau ingin mengikut jejak langkah idolanya, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang enggan memohon maaf apabila menggelarkan Anwar sebagai homoseksual.

PAPA GOMO


"Saya nak menyatakan bahawa saya memohon maaf kepada Datuk Seri kerana saya tidak ada pilihan lain selain daripada terus mendedahkan kegiatan tak bermoral Datuk Seri agar rakyat mengetahui kebenarannya," tulis blogger pro-Umno berkenaan.

Anwar memulakan proses perundangan ekoran pendedahan gambar dan video lelaki mirip pemimpin utama pembangkang itu, semalam.

Ketua Umum PKR itu memberi masa 48 jam supaya Papa Gomo menarik balik tuduhan dan memohon maaf terhadapnya.

Namun Papa Gomo dilihat bertegas dengan pendedahannya itu dan menegaskan apa yang dilakukannya hanyalah untuk menyedarkan masyarakat bahawa Anwar tidak layak menjadi pemimpin. Sumber!

Sunday, 17 March 2013

"PAS Itu Jijik" - Penyokong Tegar PAS


Hampir 40 penyokong tegar Pas dari Kampung Kiat dekat sini, bertindak menyertai UMNO selepas kecewa dengan kerajaan Pas Kelantan yang disifatkan terlalu berpolitik berbanding menjaga kepentingan rakyat.

Borang permohonan keahlian mereka diserahkan kepada Ketua UMNO Bahagian Rantau Panjang, Datuk Abdullah Mat Yasim dalam Majlis Selamat Tinggal Pas di kampung tersebut malam tadi.

Seorang penyokong Pas, Yazid Salleh, 41, berkata, dia berasa kecewa terhadap pemimpin parti itu sehingga mendorongnya untuk menyertai UMNO.

"Kita tidak pernah meminta lebih-lebih daripada Pas. Tapi sebagai kerajaan yang diberi amanah, mereka sepatutnya faham keadaan serta kedudukan rakyat di bawah.

"Kami amat kecewa setelah 22 tahun memerintah Pas dilihat seolah-olah mementing kepentingan politik parti berbanding rakyat," katanya ketika ditemui selepas majlis tersebut.

Yazid yang mewakili kumpulan berkenaan menyerah borang permohonan menyertai UMNO mendakwa, mereka tidak pernah mendapat apa-apa manfaat daripada kerajaan Pas negeri meskipun sebelum ini memberi sokongan penuh kepada parti itu.
Dakwanya, perjuangan Pas jauh berbeza dengan UMNO yang sentiasa mengutamakan rakyat walaupun hanya bertindak sebagai pembangkang di negeri ini.

"UMNO tidak pernah abaikan kami meskipun mereka tahu bahawa kami ini adalah penyokong tegar Pas," katanya.

Sementara itu, Abdullah menafi sekeras-kerasnya dakwaan kononnya siri penyertaan penyokong Pas ke dalam UMNO yang berlaku di bahagian Rantau Panjang hanya gimik politik membabitkan orang Thailand dan penyokong asal UMNO.

"Laporan dan dakwaan itu sebenarnya tidak benar belaka. Ia dibuat semata-mata bagi menutup keresahan mereka berikutan gelombang kebangkitan rakyat di Rantau Panjang ini semakin terserlah menyokong UMNO.


NOTE : Sedahlah wahai semua penyokong dan ahli pas, mereka ni dah jijik atau lebih sinonim lagi mereka ni da bosan dengan sikap pemimpin mereka yang lebih mengutamkan politik beranding membagunkan rakya mereka.

Wednesday, 13 March 2013

Ahli Parlimen Silam Nak SPONSOR Tian Chua P Lahad Datu!


Lahad Datu – Ahli Parlimen Silam, Salleh Kalbi hari ini menawarkan tajaan perjalanan termasuk penginapan kepada Tian Chua untuk datang ke sini terutama di kawasan pencerobohan pengganas militan Sulu bagi memberi peluang kepada beliau melihat dan menilai sendiri sejauh mana situasi di tempat tersebut.

Bagi Salleh, tidak ada guna pemimpin PKR itu bercakap sesuka hatinya mengenai apa yang terjadi ketika ini sedangkan Ahli Parlimen Batu itu langsung tidak pernah menjejakkan kakinya ke zon konflik yang dimaksudkan.

” Beliau (Tian Chua) mendakwa ini semua konspirasi…jadi saya cabar beliau datang ke sini dan lihat apa yang terjadi.

” Kalau beliau keberatan untuk mengeluarkan perbelanjaan, saya sanggup taja,” katanya ketika ditemui di Felda Sahabat di sini hari ini.
Pada 1 Mac lepas, Portal KeadilanDaily, antara lain, memetik Tian Chua sebagai berkata pencerobohan di Lahad Datu hanya sandiwara kerajaan untuk menakut-nakutkan rakyat, seolah-olah wujud suasana tidak aman di Sabah.



Semalam polis telah merekodkan keterangan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berhubung kenyataannya.

Sepasukan polis dari Kontinjen Johor telah mengambil keterangan Ahli Parlimen Batu itu di ibu negara.

Polis juga telah merakamkan keterangan dua Editor Keadilan Daily dan wartawan dari The New Straits Times Press.

Dalam pada itu, Salleh berkata, selepas insiden ini ditamatkan, beliau akan memohon kepada kerajaan untuk melakukan beberapa penambahbaikkan kepada penduduk yang terlibat memandangkan mereka melalui situasi yang cukup sukar sejak peristiwa pencerobohan itu berlaku.

” Kerajaan perlu membina semula penempatan bagi para penduduk termasuk menyediakan perumahan yang lebih selesa, tersusun dan terancang.

” Pada masa yang sama, kita perlu membantu mereka terutama yang terpaksa menanggung hutang dan beban kewangan, maklumkan bila insiden ini terjadi, ramai mereka tidak boleh keluar bekerja, perniagaan mereka juga jatuh merudum hingga membuatkan pendapatan masing-masing terjejas dengan teruk.

” Satu pembinaan lapangan terbang yang lebih moden juga diperlukan…bukan saja demi tuntutan komersil, tetapi juga untuk kegunaan pasukan keselamatan kita bila berlaku perkara yang tidak diingini di masa akan datang,” tegasnya. mynewshub

NOTE : Dah dapat SPONSOR tu Tian Chua lu tunggu apa lagi? 

Tuesday, 12 March 2013

TERBARU 12 MAC! Seorang Lagi Askar Kita Ditembak Pengganas Bersenjata Sulu !


AL-FATEHAH UNTUK ALLAHYARHAM YANG TERKORBAN. SEMOGA ALLAH MENGURNIAKAN SYAHID KEPADA BELIAU.

Gambar 1124833 Kpl Khairul Anuar yang ditembak di Lahad Datu pagi tadi. Dalam keadaan stabil di Hospital Sandakan. Kejadian dipercayai berlaku akibat dari serang hendap Penceroboh. Dalam kejadian tersebut, 3 pengganas ditembak mati dan 2 lagi yang cedera melarikan diri.

Mari kita bersama berdoakan agar Kpl Khairul Anuar dan anggota perajurit yang lain dikuatkan iman dan diperkukuhkan ketaqwaan kepada Allah S.W.T bagi menghadapi ancaman penceroboh negara dan menjalani dugaan ini dengan penuh kecekalan.

Saya minta maaf kepada keluarga mangsa kerana menyebarkan gambar ini tetapi saya bertanggungjawab menyedarkan rakyat Malaysia akan nasib² perwira Malaysia yang berjuang di perbatasan demi agama, bangsa dan tanah air.

Dalam masa yang sama saya ingin menyedarkan penyokong PR supaya jangan terpengaruh dengan dakyah PR yang mendakwa kononnya kejadian yang berlaku di Lahad Datu hanyalah sebuah sandiwara. Sumber!