Showing posts with label UMNO. Show all posts
Showing posts with label UMNO. Show all posts

Thursday, 25 April 2013

UMNO Jadi Mangsa Fitnah Pecah Van Di Bakri !



Di dalam kerancakan berkempen, nun jauh di selatan tanah air rakyat tiba-tiba dikejutkan dengan berita penangkapan 2 remaja berbangsa Cina yang disyaki melakukan perbuatan berunsur provokasi.

Mereka dikatakan telah bertindak memecahkan cermin sebuah van milik DAP yang diletakkan di hadapan bilik gerakan parti itu di jalan Sakeh, Bakri semalam.

Pimpinan DAP khususnya calon bagi kerusi Parlimen Bakri, Er Teck Hwa ketika diminta mengulas mengenai kejadian tersebut mengatakan tidak mengesyaki sesiapa yang bertanggungjawab terhadap perbuatan khianat tersebut.

Namun beliau menegaskan ia telah menjejaskan aktivitinya kerana perlu membaiki kenderaan tersebut.

Melalui pandangan mata kasar, pasti rakyat khususnya di Johor akan melihat betapa mulianya hati Teck Hwa yang mengambil pendekatan bersangka baik walaupun pada hakikatnya ia adalah sebaliknya.

Ini kerana nada tersebut dilontarkan hanya sejurus selepas kedua-dua orang suspek tersebut berjaya ditangkap. Sekiranya mereka yang melakukan perbuatan tersebut tidak berjaya di berkas oleh pihak berkuasa, sudah pasti nada bahasanya akan berlainan sama sekali.

Ini kerana mereka khususnya pimpinan pakatan pembangkang sebelum ini sering menggunakan setiap ruang dan peluang untuk menyalahkan kerajaan bagi menggambarkan kononnya mereka sering ditindas oleh parti pemerintah.

Sebagai contoh, lihat sahaja drama swasta yang dimainkan oleh Lim Kit Siang sebelum ini yang menitiskan air mata palsu ketika memaklumkan kononnya parti ‘ultra kiasu’ tidak dibenarkan menggunakan lambang roket oleh pihak ROS.

Sedangkan sebelum ini pihak ROS sendiri telah memaklumkan bahawa parti tersebut dibenarkan untuk bertanding menggunakan parti roket.

Namun ketika proses penamaan baru-baru ini, kesemua calon DAP mendaftar dengan menggunakan lambang roket walaupun sebelum ini media digembar-gemburkan dengan laporan ‘air mata palsu’ Kit Siang yang akan bertanding menggunakan lambang bulan.

Berbalik kepada isu yang dibangkitkan tadi, mengikut fakta kes kedua-dua suspek berbangsa Cina itu diberkas selepas pihak polis menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki berusia 51 tahun yang juga merupakan Pengerusi Poster, Kain Rentang dan Manifesto BN Bakri.

Ekoran laporan tersebut pihak polis berjaya memberkas 2 orang remaja yang berusia 18 dan 19.

Mereka ditahan kira-kira 45 minit selepas melakukan perbuatan tersebut yang disaksikan sendiri oleh tujuh petugas BN yang sedang memasang bendera, pada jarak 100 meter dari tempat kejadian.

Malah hasil soal siasat mereka akhirnya mengaku melakukan perbuatan itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengenal pasti dalang kejadian.

Menurut sumber, kedua-dua remaja tersebut adalah merupakan ‘orang suruhan’ DAP yang diupah untuk melakukan perbuatan khianat tersebut. Modus operandinya mudah untuk sekali lagi menagih simpati rakyat.

Sekiranya suspek tersebut berjaya melepaskan diri, sudah pasti pimpinan DAP akan menggunakan isu tersebut bagi menuduh BN/UMNO sebagai orang yang bertanggungjawab.

Friday, 5 April 2013

PM Ada Cara Nak Sekolahkan Anwar,Kit Siang,Nik Aziz Dalam PRU Ni


Saranan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad supaya tiga orang otai politik ini ditamatkan riwayatnya dalam PRU13 telah mula mendapat perhatian. Tun Mahathir meminta rakyat yang kini berkuasa, menolak Nik Aziz, Kit Siang dan Nuar supaya kelibat mereka dalam politik tanah air hilang terus selepas ini

PM secara tidak langsung mungkin menggerakkan jentera yang tersusun untuk mencapai matalamat tersebut.

Namun PM masih belum mahu menjelaskannya buat masa ini. Politik negara menjadi sempang peranan bukan disebabkan oleh UMNO/BN tidak bijak memerintah atau disebabkan tidak tahu mentadbirkan negara.

Sebaliknya yang menjadi punca kepada kecelaruan politik ini ialah  beberapa orang tokoh politik otai pembangkang ini yang mengamalkan cara berpolitik rimba, samseng, perkauman dan tidak berpijak di bumi nyata. Mereka menggunakan kaedah menghasut dan membenci puak lain selain daripada puak mereka.

Pakatan mengamalkan politik pecah belah, tetapi biasalah mereka akan menuding jari ke arah UMNO/BN.

Terkini Nuar dilaporkan telah terbang pula ke Amerika Syarikat dari Singapura, mungkin untuk menanda tangani sesuatu dokumen atau terpaksa 'berihat' sebentar untuk mencari tenaga berkempen selepas ini. Tak Percaya? Klik Disini

Wednesday, 13 March 2013

Ahli Parlimen Silam Nak SPONSOR Tian Chua P Lahad Datu!


Lahad Datu – Ahli Parlimen Silam, Salleh Kalbi hari ini menawarkan tajaan perjalanan termasuk penginapan kepada Tian Chua untuk datang ke sini terutama di kawasan pencerobohan pengganas militan Sulu bagi memberi peluang kepada beliau melihat dan menilai sendiri sejauh mana situasi di tempat tersebut.

Bagi Salleh, tidak ada guna pemimpin PKR itu bercakap sesuka hatinya mengenai apa yang terjadi ketika ini sedangkan Ahli Parlimen Batu itu langsung tidak pernah menjejakkan kakinya ke zon konflik yang dimaksudkan.

” Beliau (Tian Chua) mendakwa ini semua konspirasi…jadi saya cabar beliau datang ke sini dan lihat apa yang terjadi.

” Kalau beliau keberatan untuk mengeluarkan perbelanjaan, saya sanggup taja,” katanya ketika ditemui di Felda Sahabat di sini hari ini.
Pada 1 Mac lepas, Portal KeadilanDaily, antara lain, memetik Tian Chua sebagai berkata pencerobohan di Lahad Datu hanya sandiwara kerajaan untuk menakut-nakutkan rakyat, seolah-olah wujud suasana tidak aman di Sabah.



Semalam polis telah merekodkan keterangan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berhubung kenyataannya.

Sepasukan polis dari Kontinjen Johor telah mengambil keterangan Ahli Parlimen Batu itu di ibu negara.

Polis juga telah merakamkan keterangan dua Editor Keadilan Daily dan wartawan dari The New Straits Times Press.

Dalam pada itu, Salleh berkata, selepas insiden ini ditamatkan, beliau akan memohon kepada kerajaan untuk melakukan beberapa penambahbaikkan kepada penduduk yang terlibat memandangkan mereka melalui situasi yang cukup sukar sejak peristiwa pencerobohan itu berlaku.

” Kerajaan perlu membina semula penempatan bagi para penduduk termasuk menyediakan perumahan yang lebih selesa, tersusun dan terancang.

” Pada masa yang sama, kita perlu membantu mereka terutama yang terpaksa menanggung hutang dan beban kewangan, maklumkan bila insiden ini terjadi, ramai mereka tidak boleh keluar bekerja, perniagaan mereka juga jatuh merudum hingga membuatkan pendapatan masing-masing terjejas dengan teruk.

” Satu pembinaan lapangan terbang yang lebih moden juga diperlukan…bukan saja demi tuntutan komersil, tetapi juga untuk kegunaan pasukan keselamatan kita bila berlaku perkara yang tidak diingini di masa akan datang,” tegasnya. mynewshub

NOTE : Dah dapat SPONSOR tu Tian Chua lu tunggu apa lagi? 

Al-Juburi Ngn Tian Chua Nak P Lahad Datu Dengan TPM?!!


Pihak keselamatan negara sedang membuat persiapan rapi bagi menyambut kehadiran Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Dewan Serbaguna Desa Kencana, dekat sini hari ini.

Muhyiddin dijadual mengadakan lawatan ke pusat penempatan penduduk setelah kampung halaman mereka diceroboh tentera Kerajaan Sulu. - UTUSAN

NOTE : PM sudah datang, TPM pon akan datang. KETUA PEMBANGKANG Anwar-Aljuburi bila nak datang? Ada goyang ka? Pandai komen itu ini, tp goyang turun caittt!! Nak tunggu sultan sulu jemput baru nak turun ka? Tian Chua yang kata "komando mati katak" tu pon taknak turun sana ka? P sana then tengok dengan mata kepala sendiri laa woi! Apa yang berlaku kat sana tu betul2 berlaku atau sandiwara saja. Jangan cakap senang-senang je, ini semua salah umno laa itu laa ini laa kepala hotak kau. Apapun Pemimpin BN memang terbaik, pemimpin pr ada yang berani p sana ka? cuba btau sapa pemimpin PR yang g sana wahai blogger pencacai PR? heh

Sunday, 10 March 2013

APABILA SI "KOYAK" MEROYAN DALAM TWITTER!



Seorang Peguam kepada rakyat Malaysia?
Amat memalukan dan tidak ada merasakan sensitif langsung pada kewarganegaraan langsung tunjukkan pada rakyat Malaysia.
Latheefa koya harus meminta maaf kepada rakyat Malaysia dengan kebodohannya itu.
Ini ker orangnya untuk menjaga Malaysia kalau sikap sebegini. Haishh kalau dah koyak tu kayak jugak.



Note : Latheefa Koya merupakan  Peguam pemimpin de facto Pakatan Rakyat (PR) Anwar Al-Juburi.. Fikir-fikirkan..

Thursday, 28 February 2013

The Manila Times Confirm ANWAR IBRAHIM Causes Rebel In Lahad Datu Sabah!!



Jacinto also disturbingly writes that “The intrusion occurred just as former Malaysian leader Datuk Seri Anwar Ibrahim, also Pakatan Rakyat de facto leader, proposed that Sabah be granted autonomy.” Anwar Ibrahim, a Rizalian scholar, is known as a stalwart against the ruling UMNO party-led coalition in Malaysia. Now we should not be involved in the domestic politics of Malaysia.



Jacinto also writes that “Sultan Muhammad Fuad Kiram I, the Sultan of Sulu and the Sultan of Sabah, said Malaysia illegally occupied Sabah. “Sabah is still the property and sovereign patrimony of the Sultan of Sulu and the Royal Sultanate of Sulu to this day,’ he said in the website of the Royal Hashemite Sultanate of Sulu which is accessible in this URL http://www.royalsulu.com.” Jacinto notes that “the Sultanate supports a free and independent Sabah.” and “That a free and independent Sabah will be under our reign and our heirs and successors according to law of succession as the Reigning Sultan of Sabah.” he said.
We find two positive things about this admittedly perturbing development. (READ MORE)



Saturday, 23 February 2013

PANAS !!! KAJIAN TERBARU!!! SAH PR AKAN MENANG PRU-13 NANTI!!!




Economist Intelligence Unit (EIU), sebahagian daripada majalah terkenal berpangkalan di London, 'The Economist', meramalkan Barisan Nasional (BN) akan memenangi pilihan raya umum ke-13 (PRU13) berdasarkan kepada rekod pencapaiannya yang baik, agenda pembaharuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak serta kepimpinan ekonomi beliau yang berjaya.

Bagi pemerhati antarabangsa, keputusan pilihan raya akan datang sudah jelas, bahawa BN akan menang, kata EIU.


Ia berkata pembangkang Pakatan Rakyat telah membuat 'janji lumayan' untuk mendapatkan kuasa, dan ini merupakan penghalang yang besar.(Read More)


Tidak disangkal lagi BN dah buktikan yang sentiasa bekerja untuk rakyat dan nak bezakan track record dari pakatan di Selangor pun dah semua orang tau, sebab MB khalid gagap bagi tau menifesto bukan janji, dan paling hebat pun dia boleh bagi vaucer rm100 jom shopping, itu pun bukan semua dapat.

Itulah yang terjadi di Selangor dan banyak lagi janji tak tertunai.. Adakah kerajaan macam pakatan rakyat kita nak percaya mereka memerintah perseketuan? lupakan jelah ye.. Mereka pandai cakap, cakap dan cakap.. Cari salah orang, cari kelemahan orang, tapi bila dikritik kelemahan mereka, mereka tuding jari dekat oang lain.. Kejadahnya...

Maka geng geng pencecei mana boleh tengok kalau apa saja berkenaan BN menang ke atau bn mendapat pujian ke.. Mereka-mereka semua anggap ia dah dikawtim oleh UMNO, dan paling best kalau memihak pada mereka wah bukan main dijaja bagai kera dapat pisang beb.. Muahahaha... Suka kemain..

NOTE : Realitinya menurut kajian Economist Intelligence Unit (EIU), Jika dibuat perbandingan dengan pencapaian Dato'Seri Najib Tun Abdul Rakzak Perdana Menteri Malaysia , EIU mendapati bahawa terdapat jurang yang terlalu luas corak pemerintahan antara UMNO (BN) dan Pakatan Pembangkang sekiranya Pakatan Pembangkang berjaya memerintah Malaysia.

Saturday, 16 February 2013

Akhirnya PSY Sendiri Mengaku Bukan BN Yang Bayar DIA !!!!!



Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sudah bersuara bahawa bukan duit rakyat yang digunakan untuk bawa penyanyi terkenal Korea Psy ke Pulau Pinang baru-baru ini.

Pihak pengurusan Psy sendiri buat kenyataan bahawa mereka tidak dibayar langsung oleh kerajaan Malaysia.

Jadi soalnya siapa yang bayar?

Persoalan siapa yang bayar tersebut terlerai hari ini selepas Pengerusi BN Pulau Pinang Teng Chang Yeow dalam sidang media tadi beritahu kedatangan penyanyi tersebut ditaja sepenuhnya oleh penaja persendirian yang tidak mahu namanya dikenali.

Menurutnya, beliau membawa penyanyi yang terkenal dengan lagu Oppa Gangnam Style itu ke Pulau Pinang adalah untuk menunaikan janjinya kepada rakyat negeri tersebut.

"Apa yang saya lakukan adalah untuk memberitahu rakyat Pulau Pinang apa yang saya janji saya akan tunaikan,"katanya.

Jelas Teng, beliau sebenarnya diberi pilihan untuk membawa samada Justin Bieber atau Psy ke Pulau Pinang.

"Saya lebih mengenali Psy, dan saya putuskan untuk bawa dia ke sini,"

Tambah beliau lagi, jika rakyat Pulau Mutiara itu yakin dengan kepimpinannya, tahun depan beliau akan bawa 'superstar' lain ke negeri tersebut dan tidak semestinya ketika Tahun Baru Cina.

Kata Teng, beliau mempunyai kawan yang terlibat dengan industri (hiburan) ini dan mencadangkan untuk bawa Psy dan kehadirannya ditaja sepenuhnya oleh penaja persendirian.

"Ia merupakan tajaan persendirian dan dan tidak mahu dikenali kerana takut jadi 'mangsa' jika identitinya didedahkan,"katanya.

Sementara itu Ketua Polis negeri Datuk Abdul Rahim Hanafi dalam satu kenyataan ringkas Khamis mengesahkan menerima maklumat mengenai ancaman keselamatan terhadap Psy semasa kedatangannya ke negeri ini, Isnin lepas.

Katanya selepas menerima maklumat tersebut, polis telah mengambil langkah keselamatan dan memberi kawalan ketat kepada semua pergerakan Psy semasa beliau berada di negeri ini.

"Kawalan ketat dan nasihat keselamatan juga diberikan sewaktu Psy mengadakan persembahan di Kolej Han Chiang pada Isnin lepas. Pada 12 Feb pukul 2.00 pagi polis telah mengatur kepulangan Psy tanpa diketahui umum," katanya.

Abdul Rahim mengulas mengenai kenyataan Teng yang mendakwa terdapat cubaan mengancam keselamatan nyawa Psy yang menjadi penyebab beliau enggan menyertai pemimpin BN dalam acara menggaul 'yee sang' pada majlis Rumah Terbuka 1Malaysia Tahun Baharu Cina di padang Kolej Han Chiang, Isnin lepas.

Teng berkata perkara itu sekali gus menolak dakwaan sesetengah pihak bahawa penyanyi yang popular dengan lagu 'Oppa Gangnam Style' itu enggan bersama Perdana Menteri untuk menggaul 'yee sang' pada acara berkenaan.14/2/2013




Kenyataan Pengurusan Psy :Persembahan penyanyi Oppa Gangnam Style itu bukan dibayar Kerajaan Malaysia

KEMASKINI : Scooter Braun Projects, syarikat pengurusan bintang popular Korea Selatan Psy, yang dikenali dunia dengan lagunya 'Gangnam Style', pada Rabu menyatakan bahawa mereka tidak pernah diminta atau dibayar oleh kerajaan Malaysia untuk persembahan penyanyi itu di Pulau Pinang Isnin lalu.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan kepada Bernama hari ini, pengurusan itu menegaskan bahawa berita dan artikel yang tersebar dalam Internet, yang mendakwa sebaliknya, adalah anggapan semata-mata dan ternyata tidak benar.

"Scooter Braun Projects ingin menegaskan bahawa kami tidak pernah diminta atau dibayar oleh kerajaan Malaysia untuk persembahan artis itu di Pulau Pinang, Malaysia baru-baru ini," menurut kenyataan itu.

Pengurusan itu turut menafikan dakwaan di beberapa blog kononnya kerajaan Malaysia menaja persembahan artis itu pada Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 1Malaysia di Pulau Pinang, Isnin lepas.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan bahawa persembahan Psy di Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 1Malaysia itu tidak melibatkan wang rakyat.

Beliau juga berkata orang ramai tidak dikenakan apa-apa bayaran untuk menonton persembahan artis yang turut mempopularkan gaya tarian lagunya itu.

Persembahan Psy ialah kemuncak majlis yang dihadiri ribuan orang anjuran Barisan Nasional Pulau Pinang, di Han Chiang College.-13/2/2013

Persembahan Psy tidak libatkan wang rakyat - Najib


Datuk Seri Najib Tun Razak berkata persembahan megastar dari Korea Selatan, PSY, pada majlis rumah terbuka 1Malaysia Tahun Baharu Cina tidak melibatkan wang rakyat.

Perdana menteri juga berkata orang ramai tidak dikenakan apa-apa bayaran untuk menonton persembahan artis itu yang popular dengan lagu hit 'Gangnam Style'.

"Sekadar untuk mengulangi, persembahan PSY langsung tidak melibatkan wang rakyat. Orang ramai juga tidak dikenakan bayaran untuk menonton," kata beliau menerusi mesej Twitter, Selasa.

Persembahan PSY adalah antara kemuncak majlis yang dihadiri lebih 80,000 orang anjuran Barisan Nasional Pulau Pinang di Kolej Han Chiang, George Town.-AD

Friday, 18 January 2013

PENGAKUAN BERSUMPAH! 'Saya Bersumpah...Saya Tiada Cincin Itu' - Rosmah




Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menafikan bahawa beliau memiliki cincin seperti yang digembar-gemburkan oleh pihak pembangkang.

Menurut Rosmah, beliau mengakui bahawa cincin tersebut masuk ke dalam negara ini, tetapi bukan untuk dirinya tetapi bertujuan untuk pameran.

"Saya berani bersumpah, cincin itu tidak ada di tangan saya langsung...memang (cincin) masuk tetapi untuk dipamerkan kepada orang yang berduit.

"Saya tahu,dia (pembangkang) punya program utama adalah untuk menghentam saya. Tapi saya hanya berserah pada Allah. Biarlah dia nak buat dosa,kita hanya boleh bersabar," katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Bersama Balu-balu Tentera dan Perasmian Persatuan Peniaga-peniaga Bekas Tentera Kuala Lumpur dan Selangor malam tadi.


Rosmah berkata, beliau akan terus bertahan demi kepentingan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum yang akan datang.

"Saya berani bersumpah, cincin itu tidak ada di tangan saya langsung"
-
-
-
Masikah anda ingat lagi video di bawah?






**ANWAR AL-JUBURI BILA NAK BUAT PENGAKUAN BERSUMPAH PULAK!!!**

Alhamdulillah.. Pemimpin Himpunan Bersih Sertai UMNO.



Bekas Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (PKR) Syamsul Hidayat semalam telah mengisytiharkan secara rasmi menyertai UMNO setelah merasakan Parti Pembangkang tersebut membawa perjuangan palsu.




Beliau yang juga antara Pemimpin Sekretariat Perhimpunan BERSIH mengetuai 2 rakan PKR yang lain iaitu AJK AMK Setiawangsa Mohamad Asroc Jailani dan bekas Peguam kepada Ketua Wanita PKR Pulau Pinang Saiful Ambar Bin Abdullah Ambar. TONTON Video di atas kenyataan beliau berkaitan agenda sulit Pakatan menganjurkan Perhimpunan Kebangkitan Rakyat Sabtu ini.SUMBER!

Monday, 7 January 2013

WAJIB TENGOK !! Contoh Anak Generasi Mudah Diracun VIRUS Amanat Hadi Awang!


Aii Kak Abby? Baru Masuk Politik PAS Dah Pandai Tazkirah Orang?



Apa punya bangang kata kata macam ni.kenapa UMNO ajaran lain ker selain Al-Quran dan Hadis.Ini ker berat ni?UMNO dan PAS tiada bezanya semuanya berlandaskan Al-Quran dan Hadis hanya ALLAH yang satu.Inilah dikatakan Ajaran PAS...pemimpinan mereka sendiri tidak menasihati Ahlinya Apa cerita?

Ini bererti Pemimpinan PAS rela ini berlaku...kena beri nasihat.Salah tu ajaran dan kata kata macam rupa.Ini pun sama jugak sanggup Solat di Tokong Cina...ajaran Mana ni yer?



Psst* PG nak cakap sikit laa kt kak Abby ni. Rumah tangga waok tu pon bercerai berai,
ADA HATI NAK NASIHATKAN ORANG! CESSHHH!



Friday, 4 January 2013

Rafizi si Lembu Kantoi Tipu Rakyat?!




Ahli perniagaan, Deepak Jaikishan hari ini menafikan dokumen urusniaga pembelian barangan kemas yang didedahkan oleh Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli sebagai milik beliau.
"Secara jujurnya, saya tidak mengetahui apa-apa yang dia (Rafizi) katakan.

"Saya tidak tahu dokumen apa yang didedahkan dan saya tidak pernah melihatnya," kata beliau pada sidang media di sini.

Rafizi sebelum ini telah mendedahkan salinan dokumen yang diperolehi beliau dari pihak ketiga yang menerimanya daripada Deepak.

Bagaimanapun, Deepak tidak menafikan nama-nama syarikat yang tertera di dalam dokumen iaitu Carpet Raya Sdn Bhd dan Carpet Plus Sdn Bhd adalah milik beliau.

"Saya miliki syarikat-syarikat itu tetapi saya tidak memiliki dokumen tersebut... dokumen itu bukan dokumen saya," tegas beliau.

Deepak juga mendakwa tindakan Rafizi itu hanya untuk kepentingan politik dan bertentangan dengan prinsip beliau yang hanya ingin mendedahkan kebenaran.

"Jangan gunakan perjuangan saya menegakkan kebenaran untuk kepentingan politik... saya tidak akan menghargainya," katanya yang jelas kecewa dengan pendedahan dibuat oleh Rafizi pagi tadi. SUMBER

psst** kesian pulak PG tgk. orang yang tak bersalah kenapa mesti dikaitkan? demm.. dasar pembangkang! kotor!!



Untuk keterangan lanjut sila tengok video di bawah :



Wednesday, 2 January 2013

Rakyat Berdemo di Wangsa Maju?!!!!

Gambar Ihsan KLPOS
Barisan Nasional (BN) bahagian Wangsa Maju yakin dapat merampas kembali kerusi yang kini dipegang oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR), Wee Choo Keong yang bergerak sebagai Ahli Parlimen Bebas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang. Sumber Klik di sini