Showing posts with label pkr. Show all posts
Showing posts with label pkr. Show all posts

Tuesday, 27 August 2013

Anwar Tuduh Najib Guna Tektik Jahat Jatuh PM Akan Datang?!



Tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa kononnya Datuk Seri Najib Tun Razak membuat tawaran untuk membentuk kerajaan perpaduan dilihat sebagai satu lagi taktik jahat Ketua Pembangkang itu untuk menjatuhkan imej Perdana Menteri menjelang pemilihan UMNO akan datang.

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan, Ezam Mohd. Noor mendakwa, Anwar sengaja ingin mewujudkan persepsi negatif dalam kalangan ahli UMNO bahawa kononnya Najib sanggup berkompromi dengan musuh politiknya.

"Anwar ingin mewujudkan kesangsian dalam kepimpinan UMNO seolah-olah Perdana Menteri yang mahu berkompromi dengannya. Ini manipulasi dan permainan jahat Anwar.

"Saya tahu daripada rakan-rakan di Indonesia bahawa beliau (Anwar) yang sebenarnya mengusulkan perkara tersebut," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Ezam mengulas pendedahan beberapa blog yang mendakwa Anwar sebenarnya menawarkan kerajaan perpaduan antara Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Barisan Nasional (BN) kepada Najib dengan tiga syarat yang disampaikan menerusi bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla ketika berkunjung ke Kuala Lumpur pada 28 Julai lalu.


Tiga syarat Anwar itu dakwa salah sebuah blog, http://www.rbfonline.net adalah melantiknya sebagai Timbalan Perdana Menteri, melantik empat Ahli Parlimen PKR sebagai menteri, beliau akan memecat Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Najib akan memilih siapa pengganti kekosongan itu tetapi semuanya ditolak oleh Najib.

Anwar dalam wawancara bersama laman web Asia Sentinel pada Isnin lalu mendakwa, Perdana Menteri menghubunginya dan mencadangkan agar diadakan kerajaan perpaduan tersebut tetapi beliau menolaknya.

Mengulas lanjut, Ezam berkata, tindakan Anwar menyatakan usul kerajaan perpaduan oleh Najib tidak masuk akal memandangkan pihak yang terdesak untuk meraih kuasa adalah Anwar, bukannya Perdana Menteri.

"Anwar memerlukan kuasa untuk menyelesaikan masalahnya sendiri. Sebab itu saya tidak terkejut kerana saya cukup yakin Anwar dalam keadaan terdesak dan sebab itu dia yang mengusulkan kerajaan perpaduan supaya dapat kuasa, duduk dalam pemerintahan kerajaan," katanya.

Friday, 24 May 2013

Kantoi ! PKR Bayar Pemuda Ini Undi 2 Kali?!



Seorang pemuda Mohd Fadhli bin Khaharruddin yang tampil bersama MP Kuantan Fuziah Salleh dengan dakwaan telah meloloskan diri untuk mengundi dihari pembuangan undi pada 5 Mei 2013, kini dikaitkan dengan habuan dari PKR.

Malah untuk menguatkan dakwaan terhadap SPR, pemuda berkenaan telah membuat laporan polis.Kini pemuda berkenaan berdepan dengan kemungkinan berdepan dengan hukuman kerana melakukan kesalahan melanggar peraturan pilihan raya.






Video Tian Chua Menangis Macam Budak Kecik Bila Ditangkap PDRM!


YB Tian Chua yang akan didakwa atas Akta Hasutan. Seperti biasa, YB Batu ini telah melakukan drama dengan tidak memberikan kerjasama sehingga memaksa anggota Polis untuk mengangkat beliau untuk masuk ke dalam kenderaan. Papepon meh kita layan video dibawah!



Wednesday, 20 March 2013

TERBARU!! Anwar Goyang Serah Kes GAY nya Kpd Peguam!




Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan 'cabaran' Papa Gomo yang memberi beliau tempoh 48 jam supaya menarik balik saman terhadapnya jika tidak mahu lebih banyak pendedahan dibuat.

"Saya serahkan perkara itu kepada peguam saya untuk uruskannya," kata beliau ringkas pada sidang media di sini, hari ini.

Papa Gomo membuat kenyataan beliau enggan menarik balik tuduhan dan membuat permohonan maaf walaupun bakal berhadapan saman berjumlah RM100 juta, sebaliknya mahu mendedahkan lebih banyak video  membabitkan Anwar.

Menerusi sebuah entri di blognya semalam, Papa Gomo berkata, beliau ingin mengikut jejak langkah idolanya, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang enggan memohon maaf apabila menggelarkan Anwar sebagai homoseksual.

PAPA GOMO


"Saya nak menyatakan bahawa saya memohon maaf kepada Datuk Seri kerana saya tidak ada pilihan lain selain daripada terus mendedahkan kegiatan tak bermoral Datuk Seri agar rakyat mengetahui kebenarannya," tulis blogger pro-Umno berkenaan.

Anwar memulakan proses perundangan ekoran pendedahan gambar dan video lelaki mirip pemimpin utama pembangkang itu, semalam.

Ketua Umum PKR itu memberi masa 48 jam supaya Papa Gomo menarik balik tuduhan dan memohon maaf terhadapnya.

Namun Papa Gomo dilihat bertegas dengan pendedahannya itu dan menegaskan apa yang dilakukannya hanyalah untuk menyedarkan masyarakat bahawa Anwar tidak layak menjadi pemimpin. Sumber!

Saturday, 23 February 2013

PANAS !!! KAJIAN TERBARU!!! SAH PR AKAN MENANG PRU-13 NANTI!!!




Economist Intelligence Unit (EIU), sebahagian daripada majalah terkenal berpangkalan di London, 'The Economist', meramalkan Barisan Nasional (BN) akan memenangi pilihan raya umum ke-13 (PRU13) berdasarkan kepada rekod pencapaiannya yang baik, agenda pembaharuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak serta kepimpinan ekonomi beliau yang berjaya.

Bagi pemerhati antarabangsa, keputusan pilihan raya akan datang sudah jelas, bahawa BN akan menang, kata EIU.


Ia berkata pembangkang Pakatan Rakyat telah membuat 'janji lumayan' untuk mendapatkan kuasa, dan ini merupakan penghalang yang besar.(Read More)


Tidak disangkal lagi BN dah buktikan yang sentiasa bekerja untuk rakyat dan nak bezakan track record dari pakatan di Selangor pun dah semua orang tau, sebab MB khalid gagap bagi tau menifesto bukan janji, dan paling hebat pun dia boleh bagi vaucer rm100 jom shopping, itu pun bukan semua dapat.

Itulah yang terjadi di Selangor dan banyak lagi janji tak tertunai.. Adakah kerajaan macam pakatan rakyat kita nak percaya mereka memerintah perseketuan? lupakan jelah ye.. Mereka pandai cakap, cakap dan cakap.. Cari salah orang, cari kelemahan orang, tapi bila dikritik kelemahan mereka, mereka tuding jari dekat oang lain.. Kejadahnya...

Maka geng geng pencecei mana boleh tengok kalau apa saja berkenaan BN menang ke atau bn mendapat pujian ke.. Mereka-mereka semua anggap ia dah dikawtim oleh UMNO, dan paling best kalau memihak pada mereka wah bukan main dijaja bagai kera dapat pisang beb.. Muahahaha... Suka kemain..

NOTE : Realitinya menurut kajian Economist Intelligence Unit (EIU), Jika dibuat perbandingan dengan pencapaian Dato'Seri Najib Tun Abdul Rakzak Perdana Menteri Malaysia , EIU mendapati bahawa terdapat jurang yang terlalu luas corak pemerintahan antara UMNO (BN) dan Pakatan Pembangkang sekiranya Pakatan Pembangkang berjaya memerintah Malaysia.

Monday, 18 February 2013

"Beri Undi Kepada PAS Haram" - Wan Ismail


Memang benar apa yang dikatakan oleh Wan Ismail ni yang beliau juga merupakan seorang Bekas Setiausaha Dewan Ulama Pas Kelantan, jadi beliau ni mesti la tau semua gerak geri pentadbir Pas KELANTAN TU. Kira betul lah apa yang dikatakan beliau iaitu Pas sepatututnya melawan Dap yang semakin mencabar kemarahan umat Islam. Sebagai contoh isu kalimah Allah yang berbangkit selepas Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang juga merupakan Setiausaha Agung Dap mahu menjadikan perkataan kalimah Allah itu disletak didalam kitab bible baru-baru ni.

Dia ingat dia sapa nak buat macam tu? sedangkan ahl-ahli mufti negara pon tidak pernah mengeluarkan kenyataan sebegitu. Kalau dah pembangkang tu pembangkang jugak, ingat ni negara awak ke? Baru jadi menteri penang dah macam-macam nak buat terutama isu khalimah Allah tu yang menjadi sensitiviti umat Islam beb sampai ada yang buat demo lak tu.

Umat Islam yang membantah kalimah ALLAH boleh digunakan didalam kitab bible selepas menunaikan solat jumaat di Masjid Shah Alam.

Duhh.. Dalam masa tu, Pas seolah-olah menjadi kuda tunggangan kepada Pkr dan Dap. Kalau dilihat ahli-ahli parasit pas pon diam membisu dan adakah diam membisu itu boleh menyelesaikan masalah itu.
Semoga Pas sedar dengan kekilafan yang pernah mereka buat sepertimana yang Wan Ismail katakan dan semua ahli pimpinan Pas kembali kejalan yang benar untuk menegakkan agama Islam dan bukannya menjadikan parti yang melebelkan PARTI ISLAM tetapi dalam masa yang sama menjatuhkan sendiri agamanya.
Amin~~

Lagi dibawah 

INI VIDEO UST KAZIM BETUL-BETUL LUAH PERASAAN/BELASAH PAS!

SAKSIKANLAH WAHAI PENYOKONG YANG TAKSUB DENGAN PARTI PAS!


Friday, 18 January 2013

Alhamdulillah.. Pemimpin Himpunan Bersih Sertai UMNO.



Bekas Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (PKR) Syamsul Hidayat semalam telah mengisytiharkan secara rasmi menyertai UMNO setelah merasakan Parti Pembangkang tersebut membawa perjuangan palsu.




Beliau yang juga antara Pemimpin Sekretariat Perhimpunan BERSIH mengetuai 2 rakan PKR yang lain iaitu AJK AMK Setiawangsa Mohamad Asroc Jailani dan bekas Peguam kepada Ketua Wanita PKR Pulau Pinang Saiful Ambar Bin Abdullah Ambar. TONTON Video di atas kenyataan beliau berkaitan agenda sulit Pakatan menganjurkan Perhimpunan Kebangkitan Rakyat Sabtu ini.SUMBER!

Saturday, 12 January 2013

Anda Wajib Tahu Niat Jahat Pembangkang Pada KL112 !!




Keganasan merupakan elemen penting dalam setiap demontrasi yang diadakan diseluruh negara. Jika aman sesuatu demontrasi maka adalah yang tidak kena kerana tapa elemen keganasan demo tersebut tidak berjaya mendapat perhatian.

Bermula petang ini pihak Pakatan Pembangkang sudah mula berkumpul di Kelab Sultan Sulaiman bagi menghadiri upacara besar mereka esok yang digelar Himpunan Kuala Lumpur 112 (KL112). Mungkin kita rakyat yang tidak tahu apa apa merasakan himpunan mereka ini akan berjalan dengan aman tetapi percayalah agenda mereka yang sebenarnya adalah KEGANASAN.





Pihak pembangkang telah cuba melakukan pembohongan sebelum Demo mereka berlangsung dengan menyatakan pihak Kerajaan, Polis dan pihak pihak yang terlibat cuba mensabotaj Demo mereka yang kononya mahu diadakan secara aman.

Menurut Mat Sabu Presiden HKL112 demo yang sepatutnya berlangsung di Kuala Lumpur telah dinafikan pihak Polis. Malah gerombolan penyokong mereka telah menyalahkan pihak Polis dalam pekara ini.


Hakikat yang sebenar mereka Pakatan Pembangkang telah pun memohon kepada pihak Pengurusan Stadium Bukit Jalil untuk menyewa Stadium tersebut bagi perhimpunan yang mereka adakan pada 12 hb Januari. Namun ekoran matlamat mereka yang sebenarnya mahukan keganasan dilakukan di Kuala Lumpur agar dunia luar melihat apa yang berlaku maka lokasi telah ditukar ke Kuala Lumpur walaupun tampa kelulusan dari pihak Polis yang menjaga keselamatan negara.

Mat Sabu dan pimpinan Pakatan yang lain cuba menafikan yang mereka telah memohon Stadium Bukit Jalil dan menyatakan bahawa pihak Polis sengaja berbohong bagi menaikkan amarah pendemo Pakatan Pembangkang.

Mat Sabu sendiri minta Stadium Bukit Jalil


Dokumen diatas ini merupakan surat dari Mat Sabu kepada pihak Perbadanan Stadium Bukit Jalil untuk menyewa Stadium pada tanggal 12 Januari 2013. Dokumen yang ditandatangi beliau yang mana Gomo cabar Mat Sabu untuk menafikan dokumen ini ataupun menyaman pihak Pengurusan Stadium Bukit Jalil.


Jelas menunjukkan mereka ni Ganas!

Selanjutnyta KLIK DISINI !

Friday, 4 January 2013

Rafizi si Lembu Kantoi Tipu Rakyat?!




Ahli perniagaan, Deepak Jaikishan hari ini menafikan dokumen urusniaga pembelian barangan kemas yang didedahkan oleh Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli sebagai milik beliau.
"Secara jujurnya, saya tidak mengetahui apa-apa yang dia (Rafizi) katakan.

"Saya tidak tahu dokumen apa yang didedahkan dan saya tidak pernah melihatnya," kata beliau pada sidang media di sini.

Rafizi sebelum ini telah mendedahkan salinan dokumen yang diperolehi beliau dari pihak ketiga yang menerimanya daripada Deepak.

Bagaimanapun, Deepak tidak menafikan nama-nama syarikat yang tertera di dalam dokumen iaitu Carpet Raya Sdn Bhd dan Carpet Plus Sdn Bhd adalah milik beliau.

"Saya miliki syarikat-syarikat itu tetapi saya tidak memiliki dokumen tersebut... dokumen itu bukan dokumen saya," tegas beliau.

Deepak juga mendakwa tindakan Rafizi itu hanya untuk kepentingan politik dan bertentangan dengan prinsip beliau yang hanya ingin mendedahkan kebenaran.

"Jangan gunakan perjuangan saya menegakkan kebenaran untuk kepentingan politik... saya tidak akan menghargainya," katanya yang jelas kecewa dengan pendedahan dibuat oleh Rafizi pagi tadi. SUMBER

psst** kesian pulak PG tgk. orang yang tak bersalah kenapa mesti dikaitkan? demm.. dasar pembangkang! kotor!!



Untuk keterangan lanjut sila tengok video di bawah :