Monday 26 August 2013

Penjelasan : Siapa Dia Red Bean Army?


Kacak tak kartun kacang merah atas ni?
Nama dia Red Bean Army atau dalam bahasa melayu Tentera Kacang Merah?

Hehehehehe…
ingat kacang merah ni cuma ada dalam cendol, ABC atau masakan. Tapi ada juga dalam tentera.
Nama mungkin rasa kelakar tapi kelakar inilah yang jadi senjata utama. Yang selalu Nampak dungu, kelakar, bodoh dan seangkatannya mereka inilah yang selalunya paling bahaya.

Sebenarnya Red Bean Army merupakan cybertroopers ataupun keyboard warriors pihak yang tidak bertanggungjawab yang hanya nak memecah belahkan masyarakat Malaysia dan mewujudkan sentimen kebencian serta perkauman yang sangat kuat antara rakyat Malaysia berbilang kaum.

Sepandai-pandai kacang bergerak dalam cendol, mesti ada kacang yang busuk dan  beberapa orang ‘tentera’ Red Bean Army ini telah dikenalpasti dan siasatan mula dijalankan, pasukan tersebut kini berada dalam keadaan terpinga-pinga dan ada yang berani dan mencabar kerajaan untuk menangkapnya, ada juga yang kecut perut menafikan terlibat kononnya akaun fesbuk digodam. 
MACAM-MACAM ALASAN, biasala orang dah rasa bersalah

Dalam sekumpulan manusia, tidak semua mempunyai sifat dan sikap sama.  Biarpun pasukan Tentera Kacang Merah sebelum ini dilihat sebagai bergerak bersepadu, tetapi sikap sebenar terserlah bila kena cuit sikit je dan diancam.  Ancaman bukan daripada luaran seperti ditangkap dan dipenjarakan oleh pihak berkuasa tetapi ancaman yang lebih besar ialah dari pihak dalaman iaitu parti yang mendokong mereka sebelum ini.



Sekarang ini timbul ugut-mengugut dan amaran demi amaran diberi (bukan dari Menteri Amaran ye) supaya tidak mendedahkan siapa mereka semua.  Sebagaimana Red Bean Army bertindak mengugut ahli keluarga dan sahabat handai sasaran mereka, maka tidak mustahil taktik yang sama akan digunakan oleh kepimpinan Parti mereka itu untuk memastikan mereka menutup mulut.   
Mungkin benar ada ahli Red Bean Army yang bersedia menerima segala kemungkinan atas dasar ‘pengorbanan’.    Kasihan mereka ini semua sebab pengorbanan yang mereka buat tak sampai kemana, kelaut semuanya sebab pengakhiran dibunuh sendiri oleh pendokong mereka sendiri. ‘
Apakah Red Bean Army benar-benar percaya yang pendokong mereka ini mampu menyediakan kehidupan yang lebih baik kepada mereka? 

Red Bean Army dilatih untuk menyebar kebencian dengan menghapuskan terus nilai-nilai murni dalam masyarakat.  Maki hamun, memfitnah, memalukan dan menghina sasaran mereka semahu-mahunya adalah modus operandi utama mereka.  Pendek kata, nilai-nilai kemanusiaan dan kemasyarakatan telah dipersetankan terus. 

Baru-baru ini pemimpin parti politik senior telah menafikan mentah-mentah akan kewujudan Red Bean Army dan kononnya beliau tidak tahu menahu mengenainya.   Red Bean Army kini dibiarkan membela diri sendiri, kecuali, mungkin segelintir yang ‘dekat’ dengan pemimpin politik  yang akan dihulurkan sedikit bantuan untuk lari. 

Justeru, jika Red Bean Army mempunyai sedikit ‘kecerdikan’ mereka akan menyedari bahawa mereka kini benar-benar terperangkap.  Bekerjasama dengan pihak berkuasa pun salah, tidak bekerjasama pun salah.   Ditelan mati diri, diluah pun mati juga. 

Biarlah kita buat perkara yang menaikkan imej negara di mata dunia seperti menyatu padukan rakyat dan mewujudkan keamanan negara. Seperti obatgigi, bila dipakai gigi jadi sihat, mulut wangi, keyakinan diri jadi tinggi, nak ngorat atau nak cium orang pun jadi tak malu dan semua orang suka.
BETUL TAK KAK TON?

No comments:

Post a Comment