Showing posts with label Dr. Hasan Ali. Show all posts
Showing posts with label Dr. Hasan Ali. Show all posts

Saturday, 13 April 2013

Hasan Ali Saran Mustapha Ali Perlu Bersumpah Atas Nama Allah. Ada Berani Ka?



Kita tahu dalam situasi ini apa saja kata Datuk Dr Hasan Ali akan dianggap keluar dari mulut musuh politik.
Benar ke tidak benar itu sudah 'belakang kira'.Sebaliknya jangan kata bekas pemimpin kanan PAS itu malah mana-mana 'orang tepi jalan' pun boleh ketawa melihat cara PAS kelam kabut cuba nak tutup segera isu pendedahan video seks paparan jelas mengaitkan Setiausaha Agung PAS,Datuk Mustapha Ali tanpa soal siasat.

Bos-bos PAS termasuk Presiden Datuk Seri Haji Hadi Awang terus sekata menjerit itu FITNAH.

Beliau berkata perkara itu tidak serius dan pemimpin kanan PAS yang dianggap mangsa fitnah itu tidak perlu memberi penjelasan kepada parti kerana banyak lagi perkara lain yang perlu dibuat ketika ini.
PAS anggap itu satu fitnah...lagi lama dia siar, lagi pahala banyak dapat kepada dia (pemimpin itu). Kita yakin benda itu tidak benar dan dia siar, dia berdosa, biarlah dia siar lagi luas lagi banyak dapat pahala," kata Haji Hadi kepada wartawan ketika ditemui di Rusila  dekat Kuala Terengganu Jumaat.



Presiden PAS itu berkata beliau hairan kenapa pemimpin terbabit menjadi mangsa kerana beliau bukanlah calon PAS untuk bertanding mana-mana kerusi pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) 5 Mei ini.
Katanya PAS berserah kepada Tuhan untuk memberikan petunjuk dan setakat ini, beliau tidak mahu menuduh mana-mana pihak yang bertanggungjawab membuat fitnah itu.Mustapha sendiri setakat ini hanya menyerahkan isu itu ditangani oleh peguamnya.Mengambil kira PAS - singkatan kepada Parti Islam SeMalaysia elok sangat nasihat siapa saja penyokong tegar parti itu yang ada darah tinggi atau lemah jantung tidak menonton klip video 11 minit 26 saat itu.Ini kerana tinjauan rambang Agendadaily dikalangan sebilangan orang politik dan mereka yang kenal Mustapha cukup yakin lelaki dalam video itu adalah Mustapha.Bagi mereka mati hidup balik PAS terpaksa main wayang mengunakan segala macam alasan untuk tutup pekong yang serius ini."Siapa yang nak mengaku.PAS nak cakap apa pun silakan...mata saya yang melihat sendiri video itu cukup kenal siapa lelaki itu.Nak cakap boleh tapi saya tidak boleh tipu diri sendiri," kata salah seorang dari mereka.

Sikap PAS ini memang tidak mengejutkan kalau diputar balik cara Haji Hadi mengambil pendirian pukul borong video itu besi dan tidak boleh jadi bukti dalam isu pendedahan video seks China Doll yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan petang Jumaat mengulas isu berkenaan,Dr Hasan Ali hairan PAS tidak berani siasat untuk menentukan kesahihan video itu.

"Adakah wajar paparan yang menyalahi syarak itu berlaku kepada pimpinan besar parti boleh ditolak tepi dan cuba dimatikan begitu sahaja?,"tanya beliau.Apapun Presiden JATI dan bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor itu yakin melihat kepada paparan imej-imej dalam video itu apapun alasan yang cuba diberi namun rakyat Malaysia yang rata-ratanya mempunyai ilmu dan pendedahan yang luas sudah mampu membuat rumusan dan keputusan bagi diri masing-masing.

Monday, 8 April 2013

Kenyataan Hassan Ali Berhubung Kenyataan Nik Ajis Solat Orang-orang UMNO Tidak Diberi Pahala



Saya ingin memberi sedikit ulasan mengenai kenyataan Mursyidul Am PAS Dato Nik Aziz Nik Mat bahawa solat orang-orang UMNO tidak diberi pahala disebabkan dasar perjuangan mereka yang menolak Islam.

Ulasan sedemikian yang dibuat oleh Dato Nik Aziz Nik Mat bukanlah merupakan kali yang pertama. Sebelum ini pun sudah banyak fatwa-fatwa beliau yang hampir senada dengan apa yang dikeluarkan dua hari yang lalu.

Ramai pihak telah memberikan pandangan mengenai fatwa sedemikian. Rata-ratanya tidak dapat menerima dengan berbagai alasan dan sebahagiannya pula mengutuk fatwa sedemikian kerana dikatakan penentuan sesuatu amalan diterima atau sebaliknya adalah hak mutlak Allah SWT. Sebahagiannya pula suka melihat Tok Guru Nik Aziz lebih berperanan sebagai pihak yang bertanggungjawab menentukan PAS tidak terkeluar daripada landasan perjuangan antaranya mendaulatkan Islam dan melaksanakan hudud.

Saya cenderung melihat fatwa Dato Nik Aziz itu dari sudut membuat perbandingan mengenai dasar melaksanakan Islam samada yang kini dipratikkan oleh PAS atau seperti yang diperjuangkan oleh UMNO. Setidak-tidaknya bagi UMNO walaupun dikatakan tidak menjadikan Islam sebagai asas perjuangan namun sejak lebih 50 tahun yang lalu Islam dikatakan semakin subur terutama dari segi melahir dan menghidupkan institusi-institusi Islam yang telah memberi manfaat kepada semua rakyat Malaysia yang beragama Islam termasuk ahli dan penyokong PAS sendiri. Tetapi, PAS yang sehingga ini masih mengagung-agungkan komitmen mereka melaksanakan Islam atas beberapa sebab belum mampu menzahirkan sesuatu yang konkrit yang dapat dilihat sebagai gambaran mereka benar-benar memperjuang dan mendaulatkan Islam.

Kebersekongkolan PAS bersama DAP dan PKR yang kedua-duanya menolak perlaksanaan Islam secara terbuka dan dengan bongkak mengulang-ulang penentangan terbuka mereka terhadap Islam menjadikan fatwa seperti yang sering dikeluarkan oleh Dato Nik Aziz itu hilang kredibilitinya dan sekadar momok-momokkan sahaja.

PAS sekarang ini bukanlah PAS seperti dahulu. Perjuangan PAS bersama DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat bukanlah perjuangan yang meletakkan Islam sebagai asasnya. Dasar perjuangan Pakatan Rakyat yang terkandung di dalam Buku Jingga dan Manifesto Pilihanraya mereka yang dilancarkan baru-baru ini sama sekali tidak meletakkan Islam sebagai dasar yang diperjuangkan.  

Sekiranya kaedah yang sama digunakan bahawa kedua-duanya dikatakan menolak dasar Islam, apakah lebihnya PAS dan apakah kurangnya UMNO. Bagi saya kalau solat UMNO tidak mendapat pahala adakah mungkin Allah memberi pahala kepada solat orang PAS yang jelas-jelas menerima dan terus mempertahankan dua rakan politik yang lain khususnya DAP yang tanpa segan silu menolak Islam secara total.

Bagi saya fatwa atau pendapat sedemikian mungkin relevan dan dapat digunakan sebagai hujah politik diketika PAS berada dizaman-zaman awal penubuhannya. Kini dengan sistem pengaliran maklumat yang bersamanya disertai dengan ilmu Islam telah menjadikan masyarakat Islam kini lebih terdedah kepada maklumat dan ilmu Islam yang lebih mendalam. Maka sebab itulah tidak hairan kalau pendapat Dato Nik Aziz itu hanya diletakkan ke dalam kategori gula-gula politik sahaja.

Saya bersimpati dengan beliau atas kedudukan dan stature sebagai Tok Guru yang selama ini menjadi idola kepada ahli dan penyokong PAS. Kini stature sedemikian semakin hari semakin malap. Saya tidak mahu melihat suasana sedemikian berterusan hingga memadamkan kehebatan beliau yang telah ditunjukkan di dalam karier politik beliau selama ini.


DATO DR HASAN MOHAMED ALI
Presiden JATI Malaysia
Tmn Tun Dr Ismail, KL

Saturday, 16 February 2013

Haron Din Tekad Bawa Jihad USTAZ NASHA Dalam PRU Akan Datang!



Kelihatan keputusan Timb. Mursyidul Am PAS Haron Din untuk bersara dari bertanding pada Pilihan Raya Umum Malaysia bersifat sementara. Haron Din dilihat 'menarik semula' persaraan tersebut setelah mengesahkan bakal bertempur menjadi salah seorang calon pada PRU13 kelak.

Kenyataan terbaru beliau tidaklah mengejutkan Pimpinan BN sebenarnya. Akan tetapi, ianya telah mengejutkan puak2 Parasit PAS yang punyai misi menumbangkan Haron Din dari terus berkuasa dalam parti.



Lonjakan Haron Din secara drastik itu mencacatkan agenda Puak Parasit yang berjaya menghakis pengaruh tokoh2 Pro Ulama' seorang demi seorang. Malah sumber menjelaskan keputusan beliau bagi mewakili suara akar umbi Pro Ulama' setelah wakil tertinggi Ustaz Nasharudin berjaya ditumbangkan tanpa bermaruah.

Ianya bukan sahaja diputuskan beliau sejurus pemecatan Ustaz Nasha, Haron Din didakwa khuatir ketirisan tokoh2 Pro Ulama PAS di Dewan Rakyat setelah melihat tahap kesihatan rakan akrab beliau mewakili Parlimen Baling Ustaz Taib Azamuddin yang kian uzur berdepan penyakit yang ditanggung sekian lama.
Sudah puak2 PKR pimpinan Anwar berang dengan sikap Haron Din. Anwar semakin bosan dengan 'gangguan2 liar' puak2 Pro Ulama' dari mencapai misi beliau menggenggam jawatan Perdana Menteri Malaysia.


Kuasa Pro Ulama' PAS di Dewan Rakyat yang dilihat bakal lupus serta merta sejurus PRU13 menjadi pendorong buat Haron Din. Beliau bakal menghalang sebarang usul yang menentang arus perjuangan Islam, sebagaimana yang dihujahkan Khalid Samad berkaitan penggunaan Kalimah Allah di Parlimen 1 ketika dahulu.
Kini, pelan baru dilaporkan sedang dipergiat bagi menghalang Haron Din menjadi salah seorang calon mewakili PAS pada PRU13.


Persoalannya, setelah Hasan Ali dan Ustaz Nasha 'tumpas'. mampukah Haron Din menjadi kubu dan benteng pertahanan Kumpulan Pro Ulama'?

Kebalkah kekuatan Haron Din berdepan dengan ugutan2 dari puak2 Parasit.

Mungkin ini peluang terakhir.