Showing posts with label Majlis Syura Ulama PAS. Show all posts
Showing posts with label Majlis Syura Ulama PAS. Show all posts

Monday, 28 January 2013

Penyingkiran Nasha Bakal Jejaskan Pengundi Melayu- ILMU


Penyingkiran Nasharudin Mat Isa daripada Majlis Syura Ulama PAS bakal mengundang kemerosotan pengundi Melayu kepada parti itu pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) nanti, kata Pengerusi Sekretariat Ilmuan Malaysia (ILMU) Dr Fadlan Mohd Othman.

Beliau membayangkan sebahagian besar penyokong Nasharudin akan terus mempertahankan tindakan berani tokoh yang dihormati itu dalam mengingatkan PAS kembali kepada asas perjuangan parti.

"Bagi saya Ustaz Nasharudin mempunyai keperibadian yang hebat, maksudnya tokoh yang hebat.

"Jadi tokoh yang hebat ini kalau digugurkan, sebenarnya merupakan satu kerugian yang besar kepada PAS. Walaupun saya orang luar bukan dari PAS, saya tidak boleh bagi tunjuk ajar tetapi saya rasa ini adalah satu keputusan yang kurang bijak dibuat apatah lagi penyokongnya pun akan ikuti Ustaz Nasharudin tambahan lagi apa yang dibuat oleh Ustaz Nasharudin mempunyai alasan yang kukuh.

"Fadlan berkata sepanjang perkenalannya dengan Ahli Parlimen Bachok itu, beliau tidak pernah nampak perkara sangsi yang dibuat oleh Nasharudin dalam usaha untuk menyatupadukan kaum majoriti dalam negara iaitu Melayu.

"Kesayangannya (Nasharudin) terhadap PAS dalam erti kata mahu PAS kekal pada landasan yang asal.

"Jadi merujuk kepada pengguguran beliau daripada Majlis Syura, saya rasa ini adalah satu perbuatan yang tidak sepatutnya berlaku dan buat kerana Ustaz Nasharudin ini adalah seorang yang benar-benar nampak keikhlasannya untuk menyatupadukan dua kumpulan Melayu (Umno-PAS) bersatu," katanya.

Malah beliau berkata mungkin keikhlasan Nasharudin telah disalahertikan oleh pihak yang mempunyai kepentingan peribadi sehingga mempengaruhi tindakan untuk menyingkir bekas Timbalan Presiden PAS itu dari Majlis Syura.

"Walaupun dia daripada PAS tetapi dia sanggup pergi ke Umno dan berbincang dan kebanyakan apa yang dibuatnya mungkin bertepatan dengan garis panduan yang dibuat tetapi mungkin terdapat individu dari parti yang tersalah diberi nasihat oleh orang-orang di sekeliling mereka," tambahnya.

Penyingkiran Nasharuddin ikut prosedur? Malah beliau menyifatkan PAS akan menjadi contoh parti yang tidak bertanggungjawab sekiranya menyingkirkan Nasharudin daripada Majlis Syura PAS tanpa mengikut prosedur yang betul.

"Saya tidak pasti apakah proses yang dibuat oleh Majlis Syura Ulama PAS untuk menggugurkan Ustaz Nasharudin. Kalau Ustaz Nasharudin dipanggil memberi amaran dan sebagainya, saya rasa itu tidak ada masalah.

Jadi kalau ada amaran dan sebagainya dulu itu perlu didahulukan."

Tetapi kalau tindakan itu dibuat tanpa memberikan amaran kepada tuan badan, tidak diberikan peluang untuk menjelaskan, saya rasa itu adalah perkara yang tidak patutlah," katanya.

Untuk rekod, keanggotaan Nasharudin dalam Majlis Syura Ulama PAS telah digugurkan pada 13 Januari lalu. Perkara ini ditegaskan oleh Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Nik Muhammad Zawawi Saleh.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali memaklumkan bahawa pemecatan Nasharudin ekoran 'kerap tidak hadir ke mesyuarat' dan 'mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan pendirian parti'.

Nasharudin sebelum ini juga telah beberapa kali menyertai rombongan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk misi kemanusiaan luar negara dan pertemuan dengan pemimpin negara Arab yang mencetuskan rasa tidak senang dikalangan ahli PAS.

Menurut sumber dalaman PAS sebelum ini dipetik sebagai berkata, ada ura-ura untuk "menendang" keluar Nasharudin dari PAS sepertimana yang dilakukan terhadap bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Hasan Ali tahun lalu.Tindakan PAS menyingkirkan Nasharudin ini turut dilihat sebagai cara untuk mengurangkan respon negatif dalaman yang sering dikaitkan dengan keputusan bersama rakan komponen Pakatan Rakyat, DAP dan PKR.SUMBER!

Friday, 25 January 2013

Anwar: 'Saya tidak tolak keputusan Majlis Syura' Heyyy Poodahhh Spin Baekk!


Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berdolak dalik apabila ditanya mengenai pendiriannya berhubung keputusan Majlis Syura Ulama PAS bersabit larangan penggunaan kalimah Allah dalam kitab Bible versi bahasa Melayu.

Ketika ditanya pemberita, Anwar menafikan dakwaan yang mengatakan beliau menolak keputusan Majlis Syura itu walaupun beliau sebelum ini pernah berkata Pakatan Rakyat kekal dengan pendirian yang diumumkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 8 Januari lalu.

Anwar kemudiannya menuding jari kepada media kawalan Umno BN kerana sengaja memutar-belitkan perkara tersebut dengan tujuan untuk melaga-lagakan parti-parti di dalam Pakatan Rakyat.

“Ini mainan media..saya tak pernah kata tidak setuju. Tetapi media Umno memutar-belitkan (kata saya) tidak setuju kemudian tanya Mursyidul Am (Datuk Nik Aziz Nik Mat), Anwar tidak setuju..saya tidak pernah (tidak setuju)..

“Saya kata, Pakatan Rakyat berpandu kepada kenyataan Presiden PAS yang dibentang dalam mesyuarat Majlis Pakatan Rakyat.

Kenyataan Majlis Syura merujuk kepada memberikan laluan penggunaan dengan beberapa syarat, tidak dibentangkan pada mesyuarat Majlis Pakatan Rakyat. Saya hanya mengikut keputusan dan memperakui kenyataan Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Presiden PAS.

“Media Umno secara jahat, fitnah, walaupun berpuluh kali kalah di mahkamah, jadi saya nasihatkan jangan ikut. Apa fitnah mereka? Dia kata saya ulas Majlis Syura..tidak..,” jelas ahli Parlimen Permatang Pauh itu pada sidang media di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR), hari ini.

Hadi pada 8 Januari lalu mengumumkan gagasan itu bersetuju kalimah Allah boleh digunakan oleh penganut semua agama dengan syarat tidak disalahgunakan.

Namun pada 13 Januari, Majlis Syura Ulama PAS bermesyuarat dan memutuskan kalimah Allah tidak boleh digunakan dalam kitab Bible kerana boleh menimbulkan kekeliruan yang 'nyata'.

Anwar kemudiannya menyindir Umno BN dengan mencadangkan parti itu supaya mengamal dan melaksanakan semua keputusan yang dibuat Majlis Syura pada masa akan datang jika benar parti itu mengambil berat badan tertinggi PAS itu.

“Kalau Umno ambil berat betul pandangan Majlis Syura, maka saya cadangkan Majlis Tertinggi Umno akan datang teliti semua keputusan Majlis Syura,” katanya.

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali sebelum ini menegaskan Pakatan Rakyat terikat kepada persetujuan secara kolektif yang diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Presiden (MPN) dengan mengambil kira kepentingan bersama.

Justeru, PKR mengambil ketetapan untuk berpegang kepada pendirian yang diumumkan Hadi sekali gus menolak keputusan Majlis Syura.

Beliau turut berkata Majlis Syura Ulama PAS hanyalah sebuah organisasi dan kedudukan itu tidak langsung mempengaruhi pegangan PKR berhubung isu itu.

Isu kalimah penggunaan kalimah Allah timbul setelah Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mendesak kerajaan agar membenarkan kalimah itu digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu sepertimana di Sabah dan Sarawak dalam perutusannya sempena Hari Krismas bulan lepas.

Wednesday, 23 January 2013

Ustaz Haron Din Ikut Jejak Hassan Ali Akhirnya..



Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din berkata, penubuhan Undang-Undang ini dapat mengawal Kalimah Suci umat Islam itu daripada disalahgunakan beberapa pihak sehingga melanggar batasan Agama.

"Saya nak menyarankan perlu ada protection (perlindungan) kalimah Allah itu melalui kekuatan undang-undang.

"Pihak berkuasa agama daripada atas sampai ke bawah harus buat satu peraturan yang jelas (bahawa) Allah adalah eksklusif untuk orang Islam dan tidak boleh mana-mana orang (bukan Islam) menggunakan nama Allah dalam kitab agama mereka," tegasnya pada satu kuliah di Masjid Negeri Shah Alam malam tadi.

Beliau juga menjelaskan, mana-mana individu yang menyokong penggunaan kalimah Allah mengikut tafsiran Agama masing-masing adalah satu perbuatan syirik.

"Orang yang menyetujui Allah yang Maha Suci diterjemahkan kepada Allah yang berbilang-bilang adalah syirik.

"Umat Islam wajib menjaga iman dan agama mereka. Jaga iman jangan sampai tercemar dengan kesyirikkan dengan Allah.

"Menjaga agama dengan memelihara titah perintah Allah. Dengan itulah Islam terjaga, nama Allah akan terpelihara.

"Allah yang pilih nama dia, Allah Yang Esa, 'Yang Satu' maka namanya pun satu, dia tidak macam perkataan God. Ada Gods, satu Tuhan, dua Tuhan, lima Tuhan.

"Dan God ini pula ada Goddess, iaitu Tuhan betina itu memang sesuai kerana mereka (penganut bukan Islam) berpegang dengan Tuhan yang banyak.

Allah dalam Islam itu selama-lamanya, dulu, sekarang dan selama-lamanya satu, dan Allah ini tidak boleh diterjemahkan kepada mana-mana bahasa," jelasnya.

Sebelum ini, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali tidak bersetuju dengan keputusan Majlis Syura PAS yang dilihat secara kesimpulannya tidak membenarkan Kalimah Allah digunakan menerusi Kitab Bible versi Bahasa Melayu.

Azmin menegaskan, Pakatan Rakyat akan berpegang teguh terhdap prinsip yang disampaikan menerusi pengumuman Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini Sumber KLPOS

Tuesday, 15 January 2013

Kalimah Allah : Mat Sabu Baekkk Punya Cornar Baring Cecah Lutut

"Aduhh bakpolah abe Mat asyik memikirkan mu Mah" 

KOTA BHARU: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang sebelum ini menyokong penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam, menukar pendirian bersetuju dengan keputusan Majlis Syura Ulama PAS iaitu Allah tidak boleh digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu kerana tidak menepati kehendak sebenar kalimah ini.

Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, berkata pendiriannya mengenai penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu seperti diminta Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, adalah sama dengan keputusan Majlis Syura Ulama PAS.

"Pendirian saya macam pendirian Majlis Syura (Ulama PAS)," katanya selepas merasmikan Markas Pilihan raya Muslimat PAS Kota Bharu di sini, malam tadi.

Beliau mengulas keputusan mesyuarat Majlis Syura PAS Ahad lalu, yang memutuskan kalimah Allah tidak boleh digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu kerana tidak menepati kehendak sebenar kalimah ini. 

Mesyuarat yang dipengerusikan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat itu menegaskan tindakan menterjemah perkataan 'God' atau 'Lord' dari mana-mana kitab agama bukan Islam kepada Allah tidak dibenarkan kerana ia salah dari segi makna.

Masyarakat Islam terutama mufti dan cendekiawan Islam, menentang pendirian asal Nik Aziz yang juga Mursyisul Am PAS dan juga Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mat Sabu yang menyokong orang bukan Islam boleh menggunakan kalimah itu. - BERNAMA

**Jangan cepat MELATAH bila ditegur**
NILAI SENDIRI..