Showing posts with label Save GAZA. Show all posts
Showing posts with label Save GAZA. Show all posts

Monday, 28 January 2013

Penyingkiran Nasha Bakal Jejaskan Pengundi Melayu- ILMU


Penyingkiran Nasharudin Mat Isa daripada Majlis Syura Ulama PAS bakal mengundang kemerosotan pengundi Melayu kepada parti itu pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) nanti, kata Pengerusi Sekretariat Ilmuan Malaysia (ILMU) Dr Fadlan Mohd Othman.

Beliau membayangkan sebahagian besar penyokong Nasharudin akan terus mempertahankan tindakan berani tokoh yang dihormati itu dalam mengingatkan PAS kembali kepada asas perjuangan parti.

"Bagi saya Ustaz Nasharudin mempunyai keperibadian yang hebat, maksudnya tokoh yang hebat.

"Jadi tokoh yang hebat ini kalau digugurkan, sebenarnya merupakan satu kerugian yang besar kepada PAS. Walaupun saya orang luar bukan dari PAS, saya tidak boleh bagi tunjuk ajar tetapi saya rasa ini adalah satu keputusan yang kurang bijak dibuat apatah lagi penyokongnya pun akan ikuti Ustaz Nasharudin tambahan lagi apa yang dibuat oleh Ustaz Nasharudin mempunyai alasan yang kukuh.

"Fadlan berkata sepanjang perkenalannya dengan Ahli Parlimen Bachok itu, beliau tidak pernah nampak perkara sangsi yang dibuat oleh Nasharudin dalam usaha untuk menyatupadukan kaum majoriti dalam negara iaitu Melayu.

"Kesayangannya (Nasharudin) terhadap PAS dalam erti kata mahu PAS kekal pada landasan yang asal.

"Jadi merujuk kepada pengguguran beliau daripada Majlis Syura, saya rasa ini adalah satu perbuatan yang tidak sepatutnya berlaku dan buat kerana Ustaz Nasharudin ini adalah seorang yang benar-benar nampak keikhlasannya untuk menyatupadukan dua kumpulan Melayu (Umno-PAS) bersatu," katanya.

Malah beliau berkata mungkin keikhlasan Nasharudin telah disalahertikan oleh pihak yang mempunyai kepentingan peribadi sehingga mempengaruhi tindakan untuk menyingkir bekas Timbalan Presiden PAS itu dari Majlis Syura.

"Walaupun dia daripada PAS tetapi dia sanggup pergi ke Umno dan berbincang dan kebanyakan apa yang dibuatnya mungkin bertepatan dengan garis panduan yang dibuat tetapi mungkin terdapat individu dari parti yang tersalah diberi nasihat oleh orang-orang di sekeliling mereka," tambahnya.

Penyingkiran Nasharuddin ikut prosedur? Malah beliau menyifatkan PAS akan menjadi contoh parti yang tidak bertanggungjawab sekiranya menyingkirkan Nasharudin daripada Majlis Syura PAS tanpa mengikut prosedur yang betul.

"Saya tidak pasti apakah proses yang dibuat oleh Majlis Syura Ulama PAS untuk menggugurkan Ustaz Nasharudin. Kalau Ustaz Nasharudin dipanggil memberi amaran dan sebagainya, saya rasa itu tidak ada masalah.

Jadi kalau ada amaran dan sebagainya dulu itu perlu didahulukan."

Tetapi kalau tindakan itu dibuat tanpa memberikan amaran kepada tuan badan, tidak diberikan peluang untuk menjelaskan, saya rasa itu adalah perkara yang tidak patutlah," katanya.

Untuk rekod, keanggotaan Nasharudin dalam Majlis Syura Ulama PAS telah digugurkan pada 13 Januari lalu. Perkara ini ditegaskan oleh Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Nik Muhammad Zawawi Saleh.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali memaklumkan bahawa pemecatan Nasharudin ekoran 'kerap tidak hadir ke mesyuarat' dan 'mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan pendirian parti'.

Nasharudin sebelum ini juga telah beberapa kali menyertai rombongan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk misi kemanusiaan luar negara dan pertemuan dengan pemimpin negara Arab yang mencetuskan rasa tidak senang dikalangan ahli PAS.

Menurut sumber dalaman PAS sebelum ini dipetik sebagai berkata, ada ura-ura untuk "menendang" keluar Nasharudin dari PAS sepertimana yang dilakukan terhadap bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Hasan Ali tahun lalu.Tindakan PAS menyingkirkan Nasharudin ini turut dilihat sebagai cara untuk mengurangkan respon negatif dalaman yang sering dikaitkan dengan keputusan bersama rakan komponen Pakatan Rakyat, DAP dan PKR.SUMBER!

Friday, 25 January 2013

Anwar Al-Juburi Juga Mahu Jejak Kaki Ke Bumi GAZA?

"Najib Tolong laa bawa saya sekali g Gaza"

Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melawat ke bumi Gaza Rabu lalu disifatkan "kurang bijak" oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana gagal untuk mengiktiraf pergerakkan Fatah dan pemimpinnya Mahmoud Abbas.

Ketua pembangkang itu turut membandingkan kesilapan Perdana Menteri terhadap Fatah dengan Presiden Mesir, Mohammaed Morsi dan Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdorgan yang mengiktiraf kedua-dua Hamas dan Fatah. 

“Najib sememangnya kurang bijak oleh kerana beliau sepatutnya menghubungi kedua-duanya,” katanya kepada pemberita merujuk kepada Abbas dan pemimpin Hamas Ismail Haniyeh.

 Turut hadir dalam sidang media tersebut ialah Naib Presiden PKR Tian Chua, Timbalan Presiden Keadilan Azmin Ali, dan Penyelaras Keadilan Wangsa Maju Datuk Dr. Tan Kee Wong.


Selain itu, Anwar turut mendakwa tindakan najib melawat ke bumi Gaza hanya bersikap politik kerana kerajaan tidak pernah mengiktiraf Hamas sebelum ini.

“Mereka melakukan kekhilafan … Dengan mencuba untuk memenangi umat Islam (di Malaysia), mereka terlupa untuk mengingati kepentingan menunjukkan keseimbangan dan keadilan polisi luar negara kita terhadap Palestin,” ujarnya lagi.

Selanjutnya KLIK DISINI!


NOTE : Weh PELIWAT..Takyah nak sebok lah nk fitnah org.. Kalau Najib yang pergi tolong saudara-saudara Islam kat Gaza kau panggil "Kurang Bijak" dah tu kau yang duk mengangkang kat sini kau buat apa? Main sama Shamsidar ka? haishhh.. Kau tu orang suruh pergi GAZA kau pergi sembah Soros kat AMERIKA apa cerita? orang suruh bantu saudara-saudara di GAZA kau sbok ikhtiraf and sokong ISRAEL LAKNATULLAH..hancur ANWAR AL-JUBURI! 

Thursday, 24 January 2013

Save GAZA : Inikah Sikap Manusia Bergelar "USTAZ" Mencemuh Lawatan PM ke Gaza Didalam FB nya?


Tindakan Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan mencemuh lawatan bersejarah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Palestin dikecam oleh pengikut Facebooknya sendiri.

Ia ekoran tindakan melampau Nasrudin yang bukan sahaja tidak menghargai sokongan tertinggi ditunjukkan Najib terhadap nasib rakyat Palestin sebaliknya mencemuh lawatan bersejarah itu dengan perkataan kesat.

Kebanyakan pengikut Nasrudin mempersoal mengapa sebagai orang yang dilabel ustaz beliau sanggup mengeluarkan kenyataan sedemikian dan tidak kurang menyifatkan Ketua Dewan Pemuda Pas itu iri hati.

Salah seorang yang mempersoal tindakan tersebut ialah Izham Bina Tamshah Eizham apabila berkata, dijelaskan dalam hadis terdapat golongan orang yang kelihatan alim tetapi hatinya hitam seperti serigala kelaparan.

"Salam ustaz, kenapa prasangka buruk Perdana Menteri pergi Palestin? Berbeza dengan rakan anda iaitu Nasharudin Mat Isa. Berprasangka baiklah. Ingat kemenangan sebenar umat Islam ialah membebaskan Palestin.

"Jangan dengki dan busuk hati serta mahukan kemenangan politik.

Ustaz berkata begini. Nauzubillah. Semoga dapat rahmat Allah," kata Izham Bina sebagaimana dipetik dari laman Facebook Nasrudin di sini hari ini.

Nasrudin dalam laman Facebooknya dipetik sebagai berkata, lawatan Perdana Menteri ke Palestin dan pertemuannya dengan Perdana Menteri Kerajaan Hamas di Gaza, Ismail Haniyeh sebagai hipokrit tahap durjana.

Semalam, Najib mencatat sejarah sebagai Perdana Menteri Malaysia pertama mengadakan lawatan ke bumi Palestin sambil menawarkan bantuan menjadi orang tengah bagi menjayakan pelan damai antara Fatah dan Hamas.Dalam pada itu, tidak terkecuali mengecam tindakan Nasrudin ialah Farhan Fauzi apabila berkata: "Ustaz cakap apa ini? Malaysia tidak pernah menjalin hubungan dengan Israel.

Usah berdengki dan memusuhi ustaz."Mohamad Shuhaimi pula menyifatkan kenyataan Nasrudin sebagai tidak cerdik kerana sebelum ini, tidak pula mempersoal sokongan terbuka Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap keselamatan Israel.

Turut berkongsi kemarahan sama ialah Syakizan Yusof apabila berkata: "Seperti meludah ke langit kena balik diri sendiri.

Jadi buanglah perasaan iri hati sesama sendiri. Kamu itu ustaz, buat malu saja".

Hal yang sama juga disuarakan Siddiq Sharil yang berkata: "Ustaz, berjuang dan berdakwahlah dengan cara yang ikhlas dan bersih. Tak perlu bagi ayat macam ini. Seolah-olah ustaz melagakan sesama umat."

**Psst.. Adakah sikap seseorang yang bernama Nasrudin Hassan layak dipanggil "Uztaz"?!**
Lagi dibawah


**Jangan cepat MELATAH bila ditegur**
NILAIKAN SENDIRI..