Showing posts with label majlis syura. Show all posts
Showing posts with label majlis syura. Show all posts

Saturday, 26 January 2013

Kepala Hadi Terus Dipicit Anuuuwar



Datuk Seri Anwar Ibrahim nampaknya terus beri tekanan kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam isu kalimah Allah.

Ketua Pembangkang itu terus ding dong bila ditanya pendiriannya sama ada beliau bersetuju dengan keputusan Majlis Syura Ulamak PAS bersabit larangan penggunaan kalimah Allah dalam kitab Bible versi bahasa Melayu.

Selain menuduh media ada kaitan dengan UMNO memutar belit kenyataannya berhubung isu itu, Anwar berkeras memegang perakuan 8 Januari oleh Hadi bahawa kalimah itu boleh digunakan oleh bukan Muslim asalkan ia tidak menghina Islam.

Anwar seolah-olah tidak menerima keputusan PAS mengubah pendirian itu apabila Majlis Syura parti itu melarang penggunaan kalimah Allah dalam kitab bukan Islam.

“Kalau ada isu selepas (keputusan) Majlis Syura itu, (ia) perlu dibawa dalam mesyuarat Pakatan…tapi Hadi tidak timbulkan perkara itu untuk bincang semula tentang keputusan kalimah Allah.

“Saya hormati keputusan Majlis Syura tetapi tetap dengan pendirian Pakatan,” katanya.

Di sinilah Hadi terbelit kerana pimpinan atau majlis Pakatan Rakyat belum bermesyuarat bagi membolehkan beliau menyatakan pendirian PAS sama ada kekal dengan perakuan 8 Januari atau dibuat Majlis Syura. 

Melihat cara Anwar bersilat dalam isu ini, Hadi tentu tersepit apatah lagi kepimpinan tertinggi PAS termasuk Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat juga akur dengan pandangan majlis tersebut.

Hadi dilihat tidak ada ruang untuk bersilat macam Anwar kerana Ketua Dewan Ulama Datuk Harun Taib juga sudah menegaskan pendirian majlis syura lah dipegang ulama PAS. Beliau sebaliknya menyerahkan kepada Hadi menyelesaikan isu itu dalam pakatan pembangkang.

“Saya tidak boleh komen, itu kena tanya Presiden PAS,” kata Harun.

Malangnya, Hadi masih membisu barangkali terpaksa menuggu Majlis Pimpinan PR bersidang. Cuma yang menangguk di air keruh dalam isu ini adalah DAP.

Selepas Setiausaha Agung parti itu, Lim Guan Eng cetuskan api kontroversi mencadangkan kalimah Allah boleh digunakan dalam Bibble Bahasa Melayu, beliau berdiam diri setelah perkara itu bangkitkan kemarahan umat Islam.

Inilah dilema Hadi sama ada mahu menjaga kepentingan PAS dalam pakatan rakyat atau patuh keputusan majlis syura – badan tertinggi parti yang mendakwa memperjuangkan Islam itu.

Tidak mustahil juga, Hadi akan terus membisu sama seperti dalam isu Amanat Hadi. Maklumlah, dengan pilihanraya umum ke 13 sudah hampir, Hadi tentu tidak mahu merosakkan perancangan PAS,PKR dan DAP untuk menawan Putrajaya.

Mungkin juga akhirnya Hadi sendiri terpaksa buat pendirian ‘politik suku-agama suku’ demi survival perjuangan pembangkang. Jika ini berlaku, Hadi boleh mengucapkan selamat tinggal kepada PAS manakala jika Hadi pertahanan keputusan majlis syura dan merubah perakuan 8 Januari, mungkin PAS pula kena ucapkan selamat tinggal pada PKR dan DAP

Tuesday, 15 January 2013

TERKINI:PAS BAKAL KENA BUANG DARI PR???!!!



Majlis Syura Ulama PAS memutuskan kalimah Allah tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa di dunia kerana ia tidak menepati kehendak sebenar kalimah ini.

"Tindakan menterjemahkan kalimah 'God' atau 'Lord' dari mana-mana kitab agama bukan Islam kepada perkataan Allah tidak dibenarkan kerana ia salah dari segi makna dan tidak menepati kehedak sebenar," kata Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Timbalannya, Datuk Dr Haron Din dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan pada malam Ahad.

Beliau menegaskan penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan bagi penganut bukan Islam boleh membawa kepada kekeliruan yang nyata justeru tindakan tersebut perlulah ditegah.

"Kalimah Allah adalah kalimah khusus yang Allah menamakan diri-Nya.

"Kalimah itu tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa di dunia kerana tidak menepati kehendak sebenar kalimah tersebut.

"Demikian juga tidak boleh kalimah asing hendak diterjemahkan kepada kalimah Allah," menurut kenyataan itu lagi.

Bagaimanapun, Nik Aziz dan Haron Din sepakat menegaskan kalimah Allah adalah alami kerana Allah Tuhan sekalian alam dan sesiapa pun boleh menyebut kalimah Allah seperti mana orang Arab jahiliah yang bukan Islam menyebutnya.

"Allah adalah kalimah suci yang merujuk kepada Tuhan Yang diimani oleh umat Islam, iaitu Allah Yang Esa, tunggal tidak beranak dan tidak diperanakkan," katanya.

Mesyuarat Majlis Syura PAS yang bersidang pada malam Ahad, diadakan khas bagi membincangkan mengenai isu kalimah Allah dan Amanat Hadi pada malam Ahad bermula pada pukul 9 malam dan berakhir kira-kira dua jam kemudian.

Pemimpin PAS dan ahli Majlis Syura yang hadir bagaimanapun enggan memberikan sebarang kenyataan sebaliknya hanya kenyataan media sahaja diedarkan kepada kira-kira 20 wartawan yang menunggu.

Selasa lalu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memutuskan kalimah Allah boleh digunakan oleh orang bukan Islam namun ia tidak boleh disalah guna untuk kerana ia boleh menimbulkan kekeliruan dikalangan umat Islam.

Isu penggunaan kalimah Allah kembali menjadi polemik apabila Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menerusi mesej sempena sambutan Hari Krismas mendesak Kerajaan Pusat membenarkan perkataan Allah digunakan dalam kitab Bible bahasa Melayu.

Kenyataan Guan Eng ini mendapat kritikan keras oleh pelbagai pihak terutamanya dari kepimpinan Umno dan ulama bebas.

Malah sekutu mereka dalam pakatan pembangkang iaitu PAS kali ini turut tidak bersetuju dengan desakan berkenaan.

Bukan itu sahaja, pemimpin tertinggi PAS sendiri termasuk Ketua Dewan Ulama, Datuk Harun Taib, Haron Din, Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali dan Ketua Penerangan, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man telah menyatakan pendirian tegas mereka, tidak membenarkan kalimah Allah digunakan oleh penganut bukan Islam.

Dalam perkembangan lain, Majlis Syura PAS turut mendesak kerajaan supaya membenarkan Abdul Hadi menjelaskan mengenai isu 'Amanat Hadi' dan ia perlu disiarkan secara langsung selama satu jam di TV1 dan TV3. - mStar