Monday, 4 February 2013

Khalid Gagap Menangis Lagi Bila Makhamah Tinggi S.A Tolak Permohonan Batal Saman!


PANAS! PANAS! Macam Pisang Goreng ! Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan Kerajaan Selangor, Menteri Besar Tan Sri Abdul Kahlid Ibrahim dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) untuk membatalkan saman difailkan 711 pengguna air negeri itu tahun lalu seperti yang dijanjikan oleh pakatan pembangkang dalam manifesto Pilihan Raya Umum 2008.

Hakim Datuk Hashim Hamzah memutuskan demikian setelah mendengar hujahan peguam, Admund Bon yang mewakili kerajaan negeri dan Abdul Khalid, manakala Syabas diwakili oleh Mark Law.

Pengguna air pula diwakili oleh peguam, Walter Parrera, T.Gettha dan Azyan Alia Yusof daripada Kamarudin & Partner.

Beliau menolak permohonan kesemua defenden tersebut dengan kos.

Kesemua 711 pengguna air Selangor adalah kumpulan pertama yang mengambil tindakan undang-undang pada September lalu terhadap ketiga-tiga pihak terbabit kerana gagal membekalkan bekalan air percuma bagi 20 meter padu pertama seperti yang dijanjikan dalam manifesto Pilihan Raya Umum 2008 Pakatan Rakyat.

Dalam penghakiman itu, rakyat Selangor mempunyai asas kukuh untuk mengheret kerajaan negeri, Menteri Besar Selangor dan Syabas ke mahkamah berdasarkan janji dalam manifesto Pilihan Raya Umum 2008.

Ingin tahu berita ini lagi panas KLIK DISINI!

No comments:

Post a Comment