
Kajian Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mendapati Barisan Nasional (BN) menjadi pilihan para penggundi wanita dalam pilihan raya kali ini.

Pensyarah Geopolitik, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan UKM, Prof Madya Dr. Mohd Fuad Jali berkata, kecenderungan pilihan tersebut adalah bedasarkan kejayaan transformasi yang dibuat oleh kerajaan terhadap golongan wanita.
Kerajaan telah berjaya melaksanakan pelbagai transformasi dan keudahan kepada golongan itu termasuklah Kedai Kain 1Malaysia, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Klinik 1Malaysia dan pelbagai lagi produk yang memberi manfaat kepada mereka.
“Kerajaan seperti itulah yang diperlukan oleh wanita dan sebagai tanda sokongan dan berterima kasih, mereka akan menzahirkannya dengan mengundi BN pada pilihan raya umum kali ini,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia selepas menghadiri Forum Wanita, Belia dan Golongan Minoriti Dalam PRU 13 yang dianjurkan oleh Pusat Kepimpinan Wanita UKM disini hari ini.
“Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) selangor menjanjikan pelbagai bantuan kepada mereka namun gagal untuk melaksanakannya berbeza dengan Kerajaan Pusat yang memberi pelbagai kemudahan kepada mereka.
Ini secara tidak lansung memberi impak pola pengundian pada pilihanraya kali ini terutamanya di negeri Selangor,” katanya.
Mohd Fuad berkata, kajian juga mendapati golongan wanita diseluruh negara memilih sesebuah parti politik berdasarkan tiga faktor yang tertinggi iaitu memperjuangkan isu kemanusiaan dan peratusan 75.8 peratus, isu pembangunan dan kemiskinan 73.4 peratus dan isu perjuangan bangsa dan agama sebanyak 71.8 peratus.
No comments:
Post a Comment