Tuesday, 30 April 2013

PAS Kelantan 'Taikkan' Hukum Hudud?!


Manifesto PR yang dilancarkan akhir Februari lepas secara rasminya merupakan kata putus muktamad mengenai penolakan pakatan pembangkang itu terhadap perlaksanaan hudud dan ia terbukti apabila tiada sepatah ayat pun mengenai hudud diabadikan di dalamnya.

Ia menyebabkan ramai penyokong PAS di peringkat akar umbi jadi kebingungan dan tertanya-tanya apakah prioriti perjuangan PAS untuk merealisasikan perlaksanaan hudud sudah terkubur atau sebenarnya PAS telah berubah matlamat kerana tuntutan semasa semenjak menjadi sebahagian dari PR?

Begitu pun, masih ada penyokong PR yang menaruh harapan isu perlaksanaan hudud akan tetap dinukilkan dalam mana-mana manifesto PAS di peringkat negeri terutama sekali Kelantan, andai itu yang berlaku bermakna PAS masih berpeluang mengangkat muka dan mendabik dada masih istiqamah memperjuangkannya.

Sayang seribu kali sayang, apabila harapan menggunung tinggi akhirnya tinggal sekadar angan-angan kerana pelancaran manifesto PAS Kelantan pada 23 April 2013 yang lepas juga walau sekelumit pun tidak memfokuskan isu perlaksanaan hudud di negeri itu.

Bila mana Kelantan selaku kubu utama PAS sendiri sudah mengetepikan matlamat menjayakan perlaksanaan hudud, suka atau tidak, terpaksalah penyokong PAS menepuk dahi sendiri untuk entah ke berapa kali dan belajar menerima kebenaran yang isu hudud hakikatnya hanyalah omongan politik sahaja selama ini.

Langkah PAS Kelantan menolak ke tepi isu hudud sebaliknya menyeru penyokongnya mengutamakan kemenangan ke Putrajaya, jelas sekali menggambarkan fokus PAS sudah beralih arah.

Tanpa hudud, bermakna PAS hilang satu lagi kekuatannya sekali gus menambah lagi koleksi kegagalan PAS dalam mempertahankan prinsip juangnya dalam berdepan dengan polisi liberalisme yang menguasai PR.

Tanpa isu hudud kesannya menyebabkan penyokong PAS terpaksa membisu dari terus mempertikaikan keislaman saudara seagama dalam UMNO. Tanpa kelibat isu hudud, maknanya PAS semakin jauh di belakang UMNO dalam mengejar sokongan orang Melayu Islam sempena PRU-13.

Demi menjayakan cita-cita menuju puncak kuasa, isu perlaksanaan hudud sanggup ‘dinajiskan’ dan di tong sampahkan hanya semata-mata untuk menjaga kepentingan rakan sepakatan seperti DAP dan PKR.

Dari sudut politik PR demi kebaikan DAP dan PKR, ia satu strategik yang betul namun PAS Kelantan sendiri sama ada sedar atau tidak sebenarnya sengaja mengali kubur sendiri bila bertindak demikian.

Mungkin menyedari hakikat itulah, sehari dua kebelakangan ini PAS kembali memalu gendang mencanangkan dakwaan bahawa PAS akan tetap melaksanakannya hudud seandainya PR menang PRU-13.  Sembang kosong bolehlah buat penyedap halwa telinga.

Tapi siapa lagi yang mahu percaya kalau dah komitmen dalam manifesto PR dan PAS sendiri pun gagal dipersembahkan kepada umum, tak gitu?

PAS Goyang Sama DAP Atau Mungkin Kit Siang?!



“Ada calon yang menjulang gambar Stalin, macam mana orang PAS nak sokong. Orang PAS kerjasama dengan PKR dan DAP – tak kerjasama dengan parti Stalin, parti Lenin, Karl Marx. Gambar Karl Marx duduk dalam markas, nak suruh orang PAS kerja, macam mana nak suruh orang PAS kerja?

“Komunis di haram di Malaysia. Itu yang jadi bertindih itu. PAS nak selamatkan PR – tak nak jadi macam Perak. PAS tetap bersama PR,” demikian penjelasan oleh Presiden PAS, Abdul Hadi Awang ketika mengulas isu pertindihan kerusi sesama PR dalam PRU-13.

Kenyataan Presiden PAS itu secara langsung merujuk kepada pertindihan kerusi di kawasan DUN Kota Damansara di mana PAS telah menghantar calonnya menyebabkan pertembungan dengan calon PR iaitu Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM), Dr Nasir Hashim yang bertanding atas tiket PKR.



Walau dibaca berkali-kali kenyataan Hadi itu, maksudnya tetap sama di mana PAS sama sekali tidak akan redha dengan pencalonan tokoh politik yang berfahaman sosialis dan komunis. Itu pendirian PAS seminggu yang lalu yang sewajarnya dipertahankan kebenarannya.

Kini selepas menerima tekanan demi tekanan yang diterima dari PKR dan DAP, lain pula yang berlaku apabila PAS akhirnya mengalah memberi laluan kepada calon PSM yang seminggu lalu dipandang keji dek kerana Dr Nasir berfahaman sosialis, bab kata Nik Aziz ideologi itu ibarat adik kepada komunis.

Mengikut kata Setiausaha Agung PAS Mustafa Ali, keputusan PAS menarik diri di DUN Kota Damansara adalah untuk mengekalkan status quo kerana kerusi itu sememangnya kuota PKR. Baru sekarang mahu sedar, maksudnya memang parah benar masalah kesepakatan dalam PR.

Perubahan mendadak pendirian PAS ini secara umumnya dialu-alukan oleh penyokong PR khususnya dari DAP dan PKR, tapi di hati kecil penyokong PAS wujud perasaan menggelodak amarah dan malu kerana terpaksa menyokong calon yang berideologi sosialis.

Patutlah dulu beria-ia benar Mat Sabu memuja kezaliman yang dilakukan oleh Mat Indera Komunis di Bukit Kepong, agaknya tahu suatu hari nanti PAS akan bekerjasama untuk menjayakan golongan yang sealiran dengan Mat Indera rupanya.

Apa pun, dengan perkembangan terbaru ini, sahihlah betapa rapuhnya PAS dalam mempertahankan pendirian dan prinsipnya, itulah puncanya kenapa dalam banyak isu misalnya kalimah Allah S.W.T, hudud, negara Islam dan kemurtadan, mudah benar PAS tewas dan tunduk kepada DAP dan PKR.

Jati diri PAS zaman sekarang jauh sangat bezanya berbanding dulu, prinsipnya rapuh sampaikan sanggup digadaikan segalanya demi menuju puncak kuasa yang tak ketahuan.

Jenis parti sebegini memang tak layak untuk menjadi pengganti kepada UMNO. Bahaya kepada masa depan agama, bangsa dan negara.

Justeru itu, eloklah pada PRU-13 5 Mei 2013 ini nanti, para penyokong PAS yang menyedari hakikat ini bergabung tenaga dengan rakyat Malaysia yang lain untuk sama-sama talkinkan saja PAS. Demi masa depan, itulah yang sepatutnya.

KIT SIANG LANCAR PROGRAM PROPAGANDA!


Baru-baru ini Penasihat DAP, Lim Kit Siang melancarkan kempen propaganda politiknya dengan mendakwa konon PR berupaya menawan 7 buah negeri termasuklah mengekalkan kedudukan PR sebagai pemerintah di Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan.

Tiga negeri tambahan yang termasuk dalam senarai itu ialah menawan kembali Perak serta menguasai Negeri Sembilan dan Perlis.

Malangnya, kempen propaganda murahan Kit Siang bagaikan angin lalu sahaja, tak mendapat sambutan dan gagal untuk meningkatkan moral penyokong PR dan tak berupaya menandingi kebangkitan semula BN yang berterusan memperkukuhkan kedudukannya.



Ia mengecewakan tidak hanya Kit Siang, tetapi juga menyebabkan ramai penyokong PR dilanda kebimbangan kerana jika BN mengekalkan prestasinya seperti sekarang dan rakyat pula makin hari makin selesa bersama BN, bermakna PR pasti tumbang di Selangor, Kedah dan Kelantan.


Lebih merunsingkan Kit Siang, bila mana kubu DAP di Pulau Pinang sudah merekah, jika kena gayanya dengan Pulau Pinang sekali harung diambil balik oleh BN.

Dalam temu ramahnya dengan akhbar China Press 27 April 2013, sekali lagi ditekankan propagandanya itu yang hakikatnya tersirat menunjukkan betapa terdesaknya DAP dan PR untuk menarik perhatian ramai supaya menyokong agenda mereka untuk mengejar kuasa ke Putrajaya.

Kit Siang sebenarnya faham, senario PRU-13 jauh berbeza dengan tsunami politik yang berlaku semasa PRU-12 2008, ditambah dengan mood rakyat yang kian kukuh di belakang BN, mahu tidak mahu terpaksalah beliau mengulangi kembali propaganda sedemikian.

Tambahan pula, Kit Siang amat mengharapkan dengan menyegarkan semula kempen propaganda ini akan mampu menjadi satu perasa tambahan untuk menarik lebih ramai penyokong PR untuk hadir meramaikan program politik PR sekali gus menjadi buah mulut khalayak.

Andai propaganda murahan dan taktik kelentong sebegini berjaya, ia satu bonus untuk DAP dan PR, kalau pun gagal ia setidak-tidaknya dapat juga meningkatkan semula semangat anak buahnya.

Itu matlamatnya, pendek kata amat diharap-harap sangat yang orang ramai akan teruja untuk menyertai kempen PR disebabkan perasaan ingin tahu apa perkembangan selanjutnya, itu sahaja.

Mungkin betul kempen propaganda Kit Siang dan DAP ini dapat memulihkan kembali semangat penyokong PR, tapi realiti semasa menunjukkan propaganda kelentong sedemikian bila sampai waktunya hanya dicampak ke longkang sahaja.

Monday, 29 April 2013

Kit Siang, Monster Paling Digeruni Pemimpin PR!



Dalam kempen pembangkang akhir-akhir ini, menyaksikan pemimpin mereka semakin tidak dapat mengawal diri.   Rata-rata ceramah mereka menyerlahkan kemarahan, dendam kesumat dan dengki khianat yang parah terhadap Barisan Nasional.   Keinginan yang menggila untuk berkuasa menyebabkan mereka tidak mampu lagi berlakon sebagai seorang pemimpin yang rasional dan matang.

Sebaliknya, mereka menghamun dan mengutuk pemimpin BN semahu-mahunya dalam ceramah mereka bagi mencapai kepuasan.   Apa yang menarik ialah sasaran yang paling mereka gemari ialah Tun Mahathir Mohammad, bekas Perdana Menteri yang amat kita kasihi.

Tun Mahathir begitu giat membantu Perdana Menteri dan Barisan Nasional berkempen dalam PRU kali ini.   Rata-rata program yang menampilkan Tun Mahathir pasti menyaksikan sambutan yang hebat sedangkan beliau sudah lama bersara.  Kata-kata Tun Mahathir diambil sebagai amanat dan pedoman oleh segenap rakyat berbilang kaum.  Dalam setiap program, beliau tidak putus-putus mengingatkan rakyat agar membuat pilihan tepat.

Tun Mahathir tidak perlu bercakap berdegar-degar memaki hamun pembangkang sepertimana Anwar menyuruhnya pergi mati.  Tetapi, Tun Mahathir hanya perlu berkata benar dalam setiap ceramahnya, itu saja.  Dan itu pun sudah cukup untuk membuat pembangkang separuh gila.

Selain Anwar, antara yang separuh gila dengan usaha Tun Mahathir ini ialah Lim Kit Siang.   Susah hati sungguh si Kit Siang bila Tun Mahathir membantu BN.  Justeru, jenuhlah dikerah tentera kacang merahnya (Red Bean Army) menghentam Tun Mahathir kononnya sebagai manusia paling berkuasa, kukubesi dan ditakuti di segenap peringkat.

Namun, dalam pada itu juga, berduyun-duyun anggota dan pemimpin DAP keluar parti.

Dan alasan mereka pula adalah konsisten iaitu Lim Kit Siang anak beranak bersifat kukubesi, terlalu berkuasa dan amat ditakuti di dalam DAP!

Kata mereka, dalam meletakkan calon pilihanraya, Lim Kit Siang langsung tidak mengambil-kira suara pemimpin bawahan.   Mereka yang telah lama berjuang di dalam parti diketepikan dan rungutan mereka disambut dengan tempelak serta ugutan.

Sudahlah pemilihan CEC juga tidak telus yang mana penipuan dilakukan secara terang-terangan, Lim Kit Siang sedikit pun tidak menunjukkan kekesalan atas ‘kebobrokan’ anaknya dalam kes itu, hatta merestuinya pula.  Sehingga hari ini, tiada siapa di dalam DAP yang boleh mempersoalkan perihal kes CEC, atau akan diberi tekanan oleh kepimpinan atasan.


Sumber juga menyatakan Kit Siang begitu terdesak kini dan meningkatkan lagi kempen dengan cara mengugut.  Ini sebenarnya, tidaklah mengejutkan kerana sejak dahulu lagi, DAP amat sinonim dengan kes ‘menerima peluru dalam sampul’.   DAP juga diketahui mempunyai hubungan rapat dengan kongsi gelap bawah tanah.   Sesiapa yang melanggar perintah Lim Kit Siang, akan menghadapi ancaman ugut dan keluarga mereka juga berada dalam bahaya.  Kerana itu di dalam DAP sendiri mereka merujuk kepada pemerintahan DAP sebagai sistem ‘kilas tangan’.  Malah gelaran Tokong terhadap Lim Guan Eng juga dimulakan oleh orang DAP sendiri.

Oleh itu tidak hairanlah Teoh Beng Hock mengambil keputusan membunuh diri apabila menjadi ‘liabiliti’ kepada DAP.

Berdasarkan semua ini, kita tidak perlu menjadi seorang ‘genius’ untuk meneka bahawa kejadian bom dan letupan mempunyai kaitan dengan DAP.

Selain Kit Siang, pemimpin DAP yang rapat dengannya juga tidak segan silu menunjukkan sikap samseng mereka kepada rakyat, mungkin untuk membangkitkan rasa gerun terhadap parti itu.  Antaranya, Tony Pua ketika menjawab soalan Malaysiakini mengenai Red Bean Army, beliau berkata tugas kumpulan itu adalah untuk ‘membunuh orang’.  Benar, ia adalah satu perumpamaan, namun perlukah menggunakan perumpamaan yang begitu ‘ganas’ dalam politik?

Jenice Lee, Shen Yee Aun, Tunku Aziz adalah antara segelintir nama-nama yang sanggup tampil ke hadapan dan menelan segala ugutan demi untuk mendedahkan sikap DAP yang kukubesi, kejam, korup dan kotor.  Selebihnya, hanya menentang Kit Siang secara senyap-senyap kerana bimbang tindakan parti terhadap diri dan keluarga mereka.

Kit Siang sebenarnya amat sedar akan persepsi ramai terhadapnya, kerana itulah beliau bersungguh-sungguh cuba membalikkan persepsi itu kepada Tun Mahathir, iaitu sasaran paling ‘besar’ dan paling mudah.

Namun, taktik Kit Siang tidak laku kerana rakyat tahu siapa Tun Mahathir iaitu pemimpin yang berhati mulia yang tidak jemu-jemu berusaha merealisasikan sebuah dunia yang lebih baik untuk manusia sejagat.   Tun Mahathir terkenal dengan sifat penyayang dan ia boleh dilihat jelas dalam hubungan beliau dengan Tun Siti Hasmah.

Tun Mahathir tidak pernah hilang kawalan atau menggila dan menghamun sesiapa sepanjang hidupnya.  Biarpun beliau paling marah kepada George Soros suatu ketika dahulu kerana hampir memusnahkan negara ini, beliau telah meluahkan kemarahan itu dengan cara yang amat tenang, dalam ayat yang cukup tajam tanpa perlu terjerit-jerit mencerca seperti Lim Kit Siang mahupun Anwar Ibrahim yang ingin melepaskan geram.

Justeru, Kit Siang tidak mungkin mampu mencipta gambaran ‘raksaksa’ terhadap Tun Mahathir kerana semua orang tahu, terutama orang-orang DAP sendiri, bahawa Kit Sianglah raksaksa yang sebenarnya.  Raksaksa yang bernama Kit Siang ini tidak sanggup bersara seperti Tun Mahathir, tetapi beliau perlu berada di dalam hierarki kepimpinan bagi memastikan kepentingan beliau dan anak-beranaknya sentiasa diutamakan.

Apapun kita ucapkan ‘Selamat Berjaya’ kepada tentera kacang merah di Komtar dan Concorde untuk memulihkan imej Kit Siang dalam masa 7 hari ini.  Apa yang pasti, beribu-ribu tentera ini tidak mungkin mampu mencipta persepsi bahawa Kit Siang adalah seorang pemimpin yang penyayang dan prihatin dalam masa 7 hari mahupun 70 tahun lagi.

DAP Serah Bukti Kepada SPRM Siasat Isu Rasuah Wakilnya Sendiri!!


DAP Pecat Jenice Lee.

Berita dari akhbar Nanyang Siang Pau dan New Strait Times menyebut satu laporan SPRM baru sahaja dibuat oleh Pemuda Sosialis Parti Tindakan Demokratik (DAPSY) ke atas Jenice Lee yang juga merupakan bekas wakil rakyat DAP di DUN Teratai.

Menurut kenyataan DAPSY, tindakannya membawa kes Jenice Lee kepada SPRM disebabkan pihaknya yakin Jenice Lee telah melakukan penyalahgunaan kuasa selain disyaki terlibat dalam 5 kes penyelewengan dana negeri dan wang penduduk.

Serentak dengan itu juga DAPSY mendesak calon Bebas itu menarik balik pencalonannya dengan alasan rakyat kawasan DUN Teratai tidak memerlukan wakil rakyat tidak bertanggungjawab seperti Jenice Lee.

Entah apa bukti yang diserahkan bagi menyokong laporan tersebut belum diketahui, namun persoalannya kenapa sekarang? Mengapa semasa Jenice Lee masih merupakan Wakil Rakyat DAP bagi kawasan DUN Teratai, perkara ini didiamkan?

Jenice Lee telah dipecat keahliannya sebagai anggota DAP dua hari selepas penamaan calon PRU-13 berikutan kegagalan bekas Wakil Rakyatnya mengikut arahan parti supaya menarik diri sebagai calon Bebas di DUN Teratai.

Dek kerana Jenice Lee kekal bertanding Bebas menentang calon DAP sendiri, barulah timbul bukti itu ini dan laporan baru dibuat kepada SPRM. Nampak seperti ada sesuatu yang tak kena.

Secara tersuratnya, tindakan DAP melalui sayap pemudanya merujuk isu penyelewengan Jenice Lee kepada SPRM seakan menggambarkan betapa prihatinnya parti anak beranak Lim Kit Siang itu dalam menentang amalan rasuah dan penyelewengan kuasa.

Sekilas pandang, begitulah yang kelihatan walau sebenarnya, andai kata Jenice Lee mengikut arahan DAP menarik diri dari bertanding dalam PRU-13, pastinya laporan SPRM itu tidak akan dilakukan.

Makna kata, laporan yang dilakukan itu hanya bermotifkan politik dan tidak ikhlas sama sekali. Bila sudah sebegitu, ia juga memberi maksud DAP sanggup berdiam diri atas segala tingkah laku buruk ahlinya selagi mana wujud kesetiaan kepada parti.

Ia bukan satu teladan yang baik bila mana sesuatu penyelewengan yang disyaki berlaku hanya dilaporkan kepada pihak berwajib bila wujud keadaan terdesak sahaja.

Berdasarkan hakikat ini, jelaslah memilih DAP bukanlah satu pilihan yang baik untuk rakyat Malaysia. Tidak sukar digambarkan betapa korupnya negara ini kelak andai DAP dan PR diberikan peluang memerintah tanahair ini.

HOTT!!!! Bila @NormanKRU Tegur Pas, @faizal_tahir Pula Melatah !



Memang lah rezeki tu di tangan Tuhan.., tapi kalau tak usaha untuk dapatkan rezeki tu.., sembang macam mana pun tak guna beb.. Itulah yang dimaksudkan oleh Norman KRU dalam Tweet dia.. Takkan benda kecik macam ni pun Faizal Tahir tak boleh nak faham?

Puak-puak Pas kata sebelum ni nak "islam"kan dunia hiburan melalui ideologi politik dorang.., tapi masalahnya.., dalam jubah Pas sendiri tu pun hancing baunya beb..

Cuba korang tengok betapa hipokritnya pemimpin atasan Pas.., mengata orang bagai nak rak.., tapi akhirnya sendiri KANTOI ada video seks terlampau dengan wanita bukan muhrim..

Pas kononnya nak bawak artis berhijrah dengan join pentas ceramah dorang.., akhirnya artis tak laku macam Abby serta Aishah dijadikan penceramah maki hamun pemimpin Islam lain diatas medium Pas...

So..., macam mana Pas nak makmurkan industri perfileman dan dunia muzik Malaysia kalau dalam parti dorang sendiri caca marba serta penuh dengan kepura-puraan?

Gua tak nafi rezeki di tangan Tuhan beb.., tapi kalau sesutau urusan tu diserahkan kepada yang bukan ahlinya.., maka tunggulah kehancuran yang bakal datang....

Itu bukan gua cakap yee..., itu hadis sahih tauu... Tak percaya cuba tanya si Faizal Tahir... Dia kan pandai agama... Hihihihi..

Saturday, 27 April 2013

Nizar Meroyan Bergambar Dipondok Panas BN?



Ingatkan orang tidak betul mana terlepas sehingga berada di pondok panas BN ini. Teliti punya telitu rupanya bekas Ahli Parlimen dan Mantan Menteri Besar DAP Perak, Si Nizar Jamaluddin! Apa yang meroyannya duduk bergambar di sini. Mengikut kata Aruah Bapa, kalau seseorang buang tabiat sebegini, bilang sahaja 40 hari, iaitu hari-hari terakhirnya. Mana tahu, tak sempat berjumpa lagi.

Apapun untuk catatan rekod, petugas-petugas pondok panas BN semuanya telah melarikan diri bagi mengelakkan dari mendengar lawak-lawak bodoh dari seorang badut. Buat pengetahuan Nizar, lain kali kalau hendak datang pondok panas parti lawan, jadi "gentlemen" lah. Datang sewaktu orang ada. Jangan jadi dayus datang sewaktu tiada orang. Lihat foto Tok Pa di bawah. "Cool" dan selamba sahaja melawat pondok panas PAS. Ye lah, bukan hendak bergaduh pun.