Showing posts with label lim kit siang. Show all posts
Showing posts with label lim kit siang. Show all posts

Tuesday, 30 April 2013

KIT SIANG LANCAR PROGRAM PROPAGANDA!


Baru-baru ini Penasihat DAP, Lim Kit Siang melancarkan kempen propaganda politiknya dengan mendakwa konon PR berupaya menawan 7 buah negeri termasuklah mengekalkan kedudukan PR sebagai pemerintah di Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan.

Tiga negeri tambahan yang termasuk dalam senarai itu ialah menawan kembali Perak serta menguasai Negeri Sembilan dan Perlis.

Malangnya, kempen propaganda murahan Kit Siang bagaikan angin lalu sahaja, tak mendapat sambutan dan gagal untuk meningkatkan moral penyokong PR dan tak berupaya menandingi kebangkitan semula BN yang berterusan memperkukuhkan kedudukannya.



Ia mengecewakan tidak hanya Kit Siang, tetapi juga menyebabkan ramai penyokong PR dilanda kebimbangan kerana jika BN mengekalkan prestasinya seperti sekarang dan rakyat pula makin hari makin selesa bersama BN, bermakna PR pasti tumbang di Selangor, Kedah dan Kelantan.


Lebih merunsingkan Kit Siang, bila mana kubu DAP di Pulau Pinang sudah merekah, jika kena gayanya dengan Pulau Pinang sekali harung diambil balik oleh BN.

Dalam temu ramahnya dengan akhbar China Press 27 April 2013, sekali lagi ditekankan propagandanya itu yang hakikatnya tersirat menunjukkan betapa terdesaknya DAP dan PR untuk menarik perhatian ramai supaya menyokong agenda mereka untuk mengejar kuasa ke Putrajaya.

Kit Siang sebenarnya faham, senario PRU-13 jauh berbeza dengan tsunami politik yang berlaku semasa PRU-12 2008, ditambah dengan mood rakyat yang kian kukuh di belakang BN, mahu tidak mahu terpaksalah beliau mengulangi kembali propaganda sedemikian.

Tambahan pula, Kit Siang amat mengharapkan dengan menyegarkan semula kempen propaganda ini akan mampu menjadi satu perasa tambahan untuk menarik lebih ramai penyokong PR untuk hadir meramaikan program politik PR sekali gus menjadi buah mulut khalayak.

Andai propaganda murahan dan taktik kelentong sebegini berjaya, ia satu bonus untuk DAP dan PR, kalau pun gagal ia setidak-tidaknya dapat juga meningkatkan semula semangat anak buahnya.

Itu matlamatnya, pendek kata amat diharap-harap sangat yang orang ramai akan teruja untuk menyertai kempen PR disebabkan perasaan ingin tahu apa perkembangan selanjutnya, itu sahaja.

Mungkin betul kempen propaganda Kit Siang dan DAP ini dapat memulihkan kembali semangat penyokong PR, tapi realiti semasa menunjukkan propaganda kelentong sedemikian bila sampai waktunya hanya dicampak ke longkang sahaja.

Monday, 29 April 2013

Kit Siang, Monster Paling Digeruni Pemimpin PR!



Dalam kempen pembangkang akhir-akhir ini, menyaksikan pemimpin mereka semakin tidak dapat mengawal diri.   Rata-rata ceramah mereka menyerlahkan kemarahan, dendam kesumat dan dengki khianat yang parah terhadap Barisan Nasional.   Keinginan yang menggila untuk berkuasa menyebabkan mereka tidak mampu lagi berlakon sebagai seorang pemimpin yang rasional dan matang.

Sebaliknya, mereka menghamun dan mengutuk pemimpin BN semahu-mahunya dalam ceramah mereka bagi mencapai kepuasan.   Apa yang menarik ialah sasaran yang paling mereka gemari ialah Tun Mahathir Mohammad, bekas Perdana Menteri yang amat kita kasihi.

Tun Mahathir begitu giat membantu Perdana Menteri dan Barisan Nasional berkempen dalam PRU kali ini.   Rata-rata program yang menampilkan Tun Mahathir pasti menyaksikan sambutan yang hebat sedangkan beliau sudah lama bersara.  Kata-kata Tun Mahathir diambil sebagai amanat dan pedoman oleh segenap rakyat berbilang kaum.  Dalam setiap program, beliau tidak putus-putus mengingatkan rakyat agar membuat pilihan tepat.

Tun Mahathir tidak perlu bercakap berdegar-degar memaki hamun pembangkang sepertimana Anwar menyuruhnya pergi mati.  Tetapi, Tun Mahathir hanya perlu berkata benar dalam setiap ceramahnya, itu saja.  Dan itu pun sudah cukup untuk membuat pembangkang separuh gila.

Selain Anwar, antara yang separuh gila dengan usaha Tun Mahathir ini ialah Lim Kit Siang.   Susah hati sungguh si Kit Siang bila Tun Mahathir membantu BN.  Justeru, jenuhlah dikerah tentera kacang merahnya (Red Bean Army) menghentam Tun Mahathir kononnya sebagai manusia paling berkuasa, kukubesi dan ditakuti di segenap peringkat.

Namun, dalam pada itu juga, berduyun-duyun anggota dan pemimpin DAP keluar parti.

Dan alasan mereka pula adalah konsisten iaitu Lim Kit Siang anak beranak bersifat kukubesi, terlalu berkuasa dan amat ditakuti di dalam DAP!

Kata mereka, dalam meletakkan calon pilihanraya, Lim Kit Siang langsung tidak mengambil-kira suara pemimpin bawahan.   Mereka yang telah lama berjuang di dalam parti diketepikan dan rungutan mereka disambut dengan tempelak serta ugutan.

Sudahlah pemilihan CEC juga tidak telus yang mana penipuan dilakukan secara terang-terangan, Lim Kit Siang sedikit pun tidak menunjukkan kekesalan atas ‘kebobrokan’ anaknya dalam kes itu, hatta merestuinya pula.  Sehingga hari ini, tiada siapa di dalam DAP yang boleh mempersoalkan perihal kes CEC, atau akan diberi tekanan oleh kepimpinan atasan.


Sumber juga menyatakan Kit Siang begitu terdesak kini dan meningkatkan lagi kempen dengan cara mengugut.  Ini sebenarnya, tidaklah mengejutkan kerana sejak dahulu lagi, DAP amat sinonim dengan kes ‘menerima peluru dalam sampul’.   DAP juga diketahui mempunyai hubungan rapat dengan kongsi gelap bawah tanah.   Sesiapa yang melanggar perintah Lim Kit Siang, akan menghadapi ancaman ugut dan keluarga mereka juga berada dalam bahaya.  Kerana itu di dalam DAP sendiri mereka merujuk kepada pemerintahan DAP sebagai sistem ‘kilas tangan’.  Malah gelaran Tokong terhadap Lim Guan Eng juga dimulakan oleh orang DAP sendiri.

Oleh itu tidak hairanlah Teoh Beng Hock mengambil keputusan membunuh diri apabila menjadi ‘liabiliti’ kepada DAP.

Berdasarkan semua ini, kita tidak perlu menjadi seorang ‘genius’ untuk meneka bahawa kejadian bom dan letupan mempunyai kaitan dengan DAP.

Selain Kit Siang, pemimpin DAP yang rapat dengannya juga tidak segan silu menunjukkan sikap samseng mereka kepada rakyat, mungkin untuk membangkitkan rasa gerun terhadap parti itu.  Antaranya, Tony Pua ketika menjawab soalan Malaysiakini mengenai Red Bean Army, beliau berkata tugas kumpulan itu adalah untuk ‘membunuh orang’.  Benar, ia adalah satu perumpamaan, namun perlukah menggunakan perumpamaan yang begitu ‘ganas’ dalam politik?

Jenice Lee, Shen Yee Aun, Tunku Aziz adalah antara segelintir nama-nama yang sanggup tampil ke hadapan dan menelan segala ugutan demi untuk mendedahkan sikap DAP yang kukubesi, kejam, korup dan kotor.  Selebihnya, hanya menentang Kit Siang secara senyap-senyap kerana bimbang tindakan parti terhadap diri dan keluarga mereka.

Kit Siang sebenarnya amat sedar akan persepsi ramai terhadapnya, kerana itulah beliau bersungguh-sungguh cuba membalikkan persepsi itu kepada Tun Mahathir, iaitu sasaran paling ‘besar’ dan paling mudah.

Namun, taktik Kit Siang tidak laku kerana rakyat tahu siapa Tun Mahathir iaitu pemimpin yang berhati mulia yang tidak jemu-jemu berusaha merealisasikan sebuah dunia yang lebih baik untuk manusia sejagat.   Tun Mahathir terkenal dengan sifat penyayang dan ia boleh dilihat jelas dalam hubungan beliau dengan Tun Siti Hasmah.

Tun Mahathir tidak pernah hilang kawalan atau menggila dan menghamun sesiapa sepanjang hidupnya.  Biarpun beliau paling marah kepada George Soros suatu ketika dahulu kerana hampir memusnahkan negara ini, beliau telah meluahkan kemarahan itu dengan cara yang amat tenang, dalam ayat yang cukup tajam tanpa perlu terjerit-jerit mencerca seperti Lim Kit Siang mahupun Anwar Ibrahim yang ingin melepaskan geram.

Justeru, Kit Siang tidak mungkin mampu mencipta gambaran ‘raksaksa’ terhadap Tun Mahathir kerana semua orang tahu, terutama orang-orang DAP sendiri, bahawa Kit Sianglah raksaksa yang sebenarnya.  Raksaksa yang bernama Kit Siang ini tidak sanggup bersara seperti Tun Mahathir, tetapi beliau perlu berada di dalam hierarki kepimpinan bagi memastikan kepentingan beliau dan anak-beranaknya sentiasa diutamakan.

Apapun kita ucapkan ‘Selamat Berjaya’ kepada tentera kacang merah di Komtar dan Concorde untuk memulihkan imej Kit Siang dalam masa 7 hari ini.  Apa yang pasti, beribu-ribu tentera ini tidak mungkin mampu mencipta persepsi bahawa Kit Siang adalah seorang pemimpin yang penyayang dan prihatin dalam masa 7 hari mahupun 70 tahun lagi.

Monday, 22 April 2013

Sekali Lagi Ceramah Kit Siang dan Salahuddin Ayub Tak Dapat Sambutan!!



Ceramah Kit Siang dan Salahuddin Ayub HAMBAR apabila tidak sampai 200 ORANG penyokong pembangkang menghadirinya di Taman Pulai Utama, Nusajaya malam tadi.

Kehadiran Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub dan Penasihat DAP dalam ceramah politik di Taman Pulai Utama, Nusajaya dekat sini malam tadi GAGAL MENARIK MINAT orang ramai apabila tidak lebih 200 ORANG sahaja menghadirinya.

Ceramah oleh Salahuddin yang juga calon Pas bagi Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Nusajaya itu bukan sahaja dibumbui dengan janji-janji yang belum pasti bahkan penuh dengan PUJI-PUJIAN DIRI SENDIRI.

Beliau berkata, dia dan Kit Siang tidak mempertahankan kerusi Parlimen Kubang Kerian dan Tambun kononnya mahu memperjuangkan nasib rakyat negeri ini yang didakwa tidak mendapat pembelaan daripada kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Kalau saya dan Kit Siang bertanding di tempat lama kami, kita pasti boleh menang tetapi kita pilih untuk ke Johor yang belum tentu menang kerana mahu berjuang untuk rakyat," katanya.

Sementara itu, Kit Siang yang akan bertanding di Parlimen Gelang Patah terus cuba mengambil hati pengundi Melayu apabila menuduh UMNO sebagai sebuah parti Melayu yang tidak membela nasib kaumnya.

"UMNO tidak membela orang Melayu, sebaliknya hanya membela segelintir orang sahaja termasuk 'UMNO-putera' dan bukannya bumiputera. Perkara sama juga berlaku di kalangan ahli MCA dan MIC," katanya.

Sebaliknya, beliau mendakwa hanya pakatan pembangkang sahaja yang dapat membela nasib semua kaum di negara ini.

Thursday, 18 April 2013

PRU13 : Plan Lim Kit Siang Cetus Perang Kaum Di Gelang Patah Terbongkar!




Saya tertarik untuk mengulas mengenai pandangan mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir mengenai Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang dicalonkan Pakatan Haram untuk bertanding di Parlimen Gelang Patah, Johor.

Mungkin benar Tun M merupakan idola saya, namun setiap kenyataannya itu tidaklah saya terima bulat-bulat. Namun berdasarkan pengalaman beliau yang luas di dalam dunia politik tanahair dan benar-benar kenal DAP, saya setuju dengan pandangannya itu.

Kata beliau, bangsa Melayu, Cina dan India di Johor hidup di dalam suasana harmoni dan tidak pernah tercalar dengan sebarang insiden yang melibatkan isu perkauman. Keharmonian itu diterjemahkan melalui kemenangan 100% BN di negeri itu pada setiap kali pilihanraya diadakan.

Lim Kit Siang bertanding di Gelang Patah kerana majoriti kaum di parlimen itu diwakili oleh masyarakat Tiong Hua dan kehadiran bapa Guan Eng itu dianggap mampu menjejaskan keharmonian yang subur di sana apabila calon DAP itu dijangka sekali lagi mempergunakan slogan “Malaysian Malaysia”.

Sebetulnya mengikut sejarah, slogan tersebut diwarisi dari parti PAP di Singapura, pimpinan bekas “boss”nya, Lee Kuan Yew dan ia membawa maksud bahawa segala yang ada di negara ini perlu diberi samarata di mana ia secara automatik akan menghilang segala keistimewaan kaum bumiputera di negara ini.

Dalam bahasa mudah, keistimewaan bangsa bumiputera kekal seperti sedia ada, dan hak keistimewaan itu juga kononnya wajar diperoleh oleh kaum-kaum lain yang bukan bumiputera di negara ini berdasarkan merit.

Dalam ertikata lain, Kit Siang berjuang untuk menafikan perkara 153 di dalam perlembagaan Malaysia, jus soli dan sosial kontrak yang telah dipersetujui ketika di zaman merdeka dulu. Anda setuju dengan perjuangan DAP itu?

Model perjuangan yang diperjuangkan Kit Siang itu boleh dilihat di Singapura. Hasil “kerja tangan” PAP, bumiputera di negara itu kini menjadi golongan minoriti dan mereka tidak mendapat hak-hak sebagaimana yang diperoleh oleh golongnan bumiputera dan Islam di negara ini.

Misalnya, azan di Singapura sangat terhad dan muamalah yang berlandaskan Islam hanya dilaksanakan secara minimal. Persoalannya, mahukah kita jadi seperti itu? Kita sudah tentu tidak suka. Tapi bagaimana dengan golongan bukan bumiputera? Sudah tentulah mereka sokong, bukan?

Jadi, dengan pertikaian hak yang berlaku di antara bangsa bumiputera dan bukan bumiputera itu, keharmonian kaum di negara ini akan tercalar dan kesempatan inilah yang dikatakan cuba direbut oleh Kit Siang.

Pada saya, keadaan ini sangat merbahaya. Keharmonian kaum yang selama ini subur disemai BN dalam suasana saling menghormati hak masing-masing, kini cuba dileraikan dan dipecah belahkan oleh parti yang bertunjangkan “chauvinis ultra kiasu” itu.

Saya yakin, sekiranya perkara ini tidak dibendung dan Kit Siang dibenarkan menghasut kaum bukan bumiputera untuk percaya pada propagandanya itu, tidak mustahil peristiwa yang lebih buruk dari 13 Mei akan berulang sekali lagi.

Lagipun menurut sejarah, sentimen sebeginilah yang mencetus huru-hara di negara ini pada tahun 1969 dulu sehingga memaksa rakyat hidup di dalam keadaan darurat dalam beberapa tempoh.

Persoalannya, relakah rakyat di negara yang aman harmoni ini menggadaikan segala nikmat yang dikecapi selama ini semata-mata untuk memuaskan kehendak fahaman Kit Siang, DAP dan PAP itu? Sukakah kita menghadapi konfrontasi perkauman di negara ini sekali lagi?

Negara ini mengamalkan sistem demokrasi dan kita berhak memilih atau mengundi pihak mana yang kita yakini. Namun suka saya ingatkan supaya kita berfikir dahulu sebelum memilih dan buatlah keputusan yang bijak demi kestabilan negara.

Bukan apa, kestabilan sesebuah negara sangat penting untuk memacu kemajuan dan kekecohan hanya akan merugikan rakyat. Pilihlah dengan bijak dan sememangnya saya memilih BN yang selama ini terbukti berjaya memacu perkembangan negara sehingga dicemburui negara luar.  BN memang terbaik..!

Sunday, 7 April 2013

Syukur! Ceramah Kit Siang Tiada Sambutan di Getang Patah!



Tanda-tanda awal ahli politik veteran DAP, Lim Kit Siang ditolak oleh para pengundi di Gelang Patah terserlah apabila tidak sampai 100 orang menghadiri ceramah Penasihat DAP di Kampung Pendas, dekat sini malam tadi.

Mungkin sedar kehadirannya tidak mendapat sambutan, Kit Siang yang diumumkan sebagai calon pembangkang di Parlimen Gelang Patah itu hanya sempat berceramah kira-kira lima minit sebelum beredar. Selanjutnya Klik disini!

Tuesday, 2 April 2013

JOHOR BAKAL JADI 'KUBOR' KIT SIANG!



Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meminta rakyat pelbagai kaum di Johor memastikan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) kali ini menjadi 'kubur' kepada karier politik veteran DAP Lim Kit Siang.
   
Beliau juga meminta rakyat Malaysia memastikan karier politik penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ditamatkan menerusi peti undi pada PRU13 kelak.
   
"Lim Kit Siang mahu datang (bertanding) di sini. Saya minta rakyat negeri Johor, semua kaum bergabung tenaga untuk pastikan negeri Johor menjadi 'kubur' kepada Lim Kit Siang.
   
"Kita perlu memastikan dia (Lim) kalah di Johor. Johor akan terus menjadi simpanan tetap BN," katanya pada majlis 'Bicara Minda' anjuran Pusat Khidmat Parlimen Pulai yang dihadiri kira-kira 5,000 orang, malam tadi.
   
Penasihat DAP itu baru-baru ini memutuskan untuk bertanding kerusi Parlimen Gelang Patah, dalam usaha pakatan pembangkang (PR) menembusi kubu kuat Barisan Nasional (BN) di Johor.
Dr Mahathir berkata Lim mahukan rakyat 'Ubah' dan 'Tukar' kerajaan sedia ada yang dipimpin BN, tetapi sebenarnya pemimpin veteran DAP itu yang perlu berubah.
   
Katanya Lim telah terlalu lama berada dalam politik bermula dari 1964 ketika menjadi setiausaha politik kepada pengasas DAP, Devan Nair, yang juga bekas presiden Singapura.
   
"Kita telah bertukar enam perdana menteri sejak kemerdekaan 1957, tetapi dia tidak berubah-ubah. Bagilah peluang pada anak dia atau cucu dia," katanya.
   
Dr Mahathir berkata Anwar pula perlu ditolak kerana pemimpin PKR itu hanya berminat untuk menjadi perdana menteri dan bersedia berbuat apa sahaja bagi memastikan cita-citanya tercapai.
   
"Kalau serah pada orang ini (Anwar), dia akan jual negara ini apabila dia jadi perdana menteri," katanya dan menambah tindakannya ketika menjadi menteri kewangan merupakan bukti jelas tentang niat sebenar Anwar.
   
Ketika negara menghadapi krisis kewangan 1997, Anwar, katanya, hanya mengikut telunjuk Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) Michel Camdessus dan Presiden Bank Dunia James Wolfensohn.
   
"Saya rasa dia (Anwar) hendak ranapkan negara (ketika itu), sebab itulah saya ambil alih dan kita buat sendiri (memulihkan ekonomi negara) dengan menggunakan acuan kita," kata Dr Mahathir.
   
Dr Mahathir berpendapat penasihat PKR itu tahu yang beliau akan kalah pada PRU13, oleh itu sedang bersedia untuk melakukan kekacauan dan huru-hara.
   
Bagi Nik Abdul Aziz pula, Dr Mahathir berkata Mursyidul Am PAS itu juga sudah sepatutnya bersara daripada politik.
   
Parti PAS dinasihatkan supaya menumpukan perhatian di Kelantan dan tidak perlu bersusah payah cuba untuk menembusi Johor kerana ia tidak mempunyai pengaruh di negeri ini, katanya.