Friday, 15 February 2013

AL-Juburi Selama Jadi TPM MANA Pernah Kesian Rakyat SABAH!!



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menegaskan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim selama menjadi timbalan perdana menteri dahulu tidak pernah kesiankan rakyat Sabah.

"Sekarang dia buat-buat muka sedih konon dia kesian Sabah tak dapat cukup peruntukan pembangunan," katanya.

Beliau berharap rakyat tidak mudah termakan janji pembangkang yang menurutnya hanya tahu bercakap dan berjanji serta berpura-pura kesian dengan rakyat, khususnya di Sabah sedangkan yang pasti tidak mampu menunaikan apa yang dijanjikan.

"Masing-masing (pemimpin pakatan pembangkang) ada mimpi lain-lain...sebab itu mereka tak boleh menjanjikan masa depan yang lebih terjamin," katanya pada Majlis Bersama Rakyat Parlimen Papar di sini, hari ini.

Perdana Menteri berkata rakyat harus bijak memilih kerajaan yang mempunyai kuasa dan kemampuan untuk menepati janji kepada rakyat.

"Kita (Barisan Nasional) akan sentiasa melakukan perubahan ke arah yang positif dan lebih baik demi masa depan rakyat. Kita tak nak masa depan yang tak tentu dan tak mahu tindak-tanduk kita dipersoalkan oleh rakyat nanti," katanya. - Bernama

Thursday, 14 February 2013

Kerajaan Negeri Khalid GAGAP Memang Tak Hormat Sultan Selangor !





Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata kerajaan negeri Selangor tidak menghormati Sultan Selangor apabila bercadang membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) selepas sambutan Cap Goh Mei pada 25 Februari ini.

Beliau berkata, kerajaan negeri sepatutnya dapatkan perkenan Sultan Selangor terlebih dahulu sebelum bercakap mengenai pembubaran Dun.

"Cara Menteri Besar Selangor (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) umumkan (cadangan pembubaran Dun) saya lihat seolah-olah beliau tak berapa reti hak kuasa mutlak beliau dan tak tahu hormati Sultan Selangor dalam hal ini.

"Mereka menganggap mereka berkuasa penuh dan cuba buat eksperimen mengenai hal pembubaran ini...," katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai hasrat kerajaan negeri Selangor yang mahu membubarkan Dun lebih awal.

Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani sebelum itu menyampaikan elaun sara hidup bulanan kepada 389 nelayan di Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dekat Penarik di sini hari ini.

Beliau berkata, hasrat kerajaan negeri Selangor mengadakan pilihan raya berasingan dengan kerajaan pusat hanya akan membazirkan wang rakyat dan tenaga Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Noh turut mencabar Pengerusi DAP Karpal Singh menarik balik kenyataannya di Dewan Rakyat pada tahun 1997 yang mendakwa mempunyai bukti Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri terlibat dengan aktiviti liwat.

Beliau berkata Karpal ketika itu mengutuk kerajaan, badan penguatkuasa dan Peguam Negara kerana tidak menyiasat Anwar.

"Kalau dia tak berani, dia memang hipokrit dan ada motif tertentu dalam usaha menyokong Anwar menjadi Perdana Menteri jika pakatan pembangkang menang pilihan raya umum ke-13 nanti.

"Selepas Anwar kini berada dalam pakatan pembangkang, Karpal pula yang beriya-iya menjadi hero dan peguam bela kepada Anwar?...pasti ada udang di sebalik batu," katanya - Bernama

Wednesday, 6 February 2013

PSY Datang Malaysia Pon PR Nak Jadikan Isu Ka?


Pasal Psy nak masuk Malaysia untuk time tahun baru pon PR nak temberang kat rakyat ka? Habis dituduh Najib guna duit rakyat untuk semua ni deshh.. Kalau dah nama otak sempit tu sempit jugak PR ni.. Haishh

Sebenarnarnya syarikat swasta yang akan bawa masuk Psy ni and dorang gunakan duit dorang sendiri yang takde kene mengene langsung dengan duit negara. So cukai semua syarikat swasta tu yang bayar bukan kerajaan Malaysia. Yang PR menggelabah tahi bila Psy datang kenapa? Dah takde isu latu nak main.. hehe

NOTE : Dana duit yahudi kan PR ada simpan banyak. So duit tu jangan lupa beli China Doll untuk sambut Chinese New Year nanti wokey? hihi

Monday, 4 February 2013

Khalid Gagap Menangis Lagi Bila Makhamah Tinggi S.A Tolak Permohonan Batal Saman!


PANAS! PANAS! Macam Pisang Goreng ! Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan Kerajaan Selangor, Menteri Besar Tan Sri Abdul Kahlid Ibrahim dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) untuk membatalkan saman difailkan 711 pengguna air negeri itu tahun lalu seperti yang dijanjikan oleh pakatan pembangkang dalam manifesto Pilihan Raya Umum 2008.

Hakim Datuk Hashim Hamzah memutuskan demikian setelah mendengar hujahan peguam, Admund Bon yang mewakili kerajaan negeri dan Abdul Khalid, manakala Syabas diwakili oleh Mark Law.

Pengguna air pula diwakili oleh peguam, Walter Parrera, T.Gettha dan Azyan Alia Yusof daripada Kamarudin & Partner.

Beliau menolak permohonan kesemua defenden tersebut dengan kos.

Kesemua 711 pengguna air Selangor adalah kumpulan pertama yang mengambil tindakan undang-undang pada September lalu terhadap ketiga-tiga pihak terbabit kerana gagal membekalkan bekalan air percuma bagi 20 meter padu pertama seperti yang dijanjikan dalam manifesto Pilihan Raya Umum 2008 Pakatan Rakyat.

Dalam penghakiman itu, rakyat Selangor mempunyai asas kukuh untuk mengheret kerajaan negeri, Menteri Besar Selangor dan Syabas ke mahkamah berdasarkan janji dalam manifesto Pilihan Raya Umum 2008.

Ingin tahu berita ini lagi panas KLIK DISINI!

Sunday, 3 February 2013

Video Ust Kazim Belasah PAS Kaw Kaw Baek Punya!





Tian Chua Member Sendiri Pon Taktau Dah Mati Ke Belum. Haishh


NOTE : Len kali check laa dulu Tian Chua oi. Jangan pakai hembus je nak tweet. Naya member tu. Itu baru sikit punya hal. Inikan pula nak tadbir negara macam mana kalau camni pon tak dapat nak cari kepastian. heh memalukan lah luu...


Saturday, 2 February 2013

Aitt Pembangkang pon Amek BR1M? HAHA

-Gambar sekadar hiasan tiada kene mengena dengan mamat pegang beg tu-

AL-Kisah.. Cerita ni berlaku tadi pagi tadi bila saje-saje laa g tengok event pelancaran BR1M 2.0 kat sebelah Galaxcy Ampang ni yang gua rasa event ni lebih kurang 10,000 orang kot yang datang n kebanyakannya datang dari kawasan ampang n pandan sebab nak claim BR1M cz event ni untuk area pandan dan Ampang je dulu. Untuk kawasan lain bakal menyusul. So tunggu ok.

BR1M ni sebenarnya untuk golongan yang berpendapatan rendah n gaji bawah RM2500. Golongan yang belum berkahwin pon dapat BR1M beb. haaa sebab tu laa cerita ni gua mau share sama korang ini story. haha

OK. Tengah saje2 jalan ade lah bende yang buat gua terkejut n perhatian gua. ape yang gua terkejut tu member gua sendiri yang terkenal dengan post-post pembangkang kt FB tu pon tengah sebok dok bagi borang BR1M untuk claim RM500 (tak mampu nak sara anak bini mamat ni sebenarnya)

Seb baik laa PM ni baik tak kira lu ni pembangkang or tak, lg satu kalau gua pecah mulut kt situ cmfirm2 lu kene pijak bro kt situ? ye dok?

Katanya blah pembangkang ni bagus sangat tapi tak segan ke g claim BR1M tu bro? Asal tak g mintak kat Anwar Al-Juburi kebanggaan lu? pfft~

Lagi satu, jangan laa nak poyos sangat dengan lu punya PR tu sucker time lepak ngan aku.


NOTE : Apa yang menariknya Perdana Menteri jugak memperuntukkan RM120 juta untuk membantu Syabas bagi menangani krisis air di negeri Selangor yang ditadbir Khalid gagap. 

Psst~~ Khalid taknak say "thks" to PM? ;)