Showing posts with label bernama. Show all posts
Showing posts with label bernama. Show all posts

Friday, 15 February 2013

AL-Juburi Selama Jadi TPM MANA Pernah Kesian Rakyat SABAH!!



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menegaskan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim selama menjadi timbalan perdana menteri dahulu tidak pernah kesiankan rakyat Sabah.

"Sekarang dia buat-buat muka sedih konon dia kesian Sabah tak dapat cukup peruntukan pembangunan," katanya.

Beliau berharap rakyat tidak mudah termakan janji pembangkang yang menurutnya hanya tahu bercakap dan berjanji serta berpura-pura kesian dengan rakyat, khususnya di Sabah sedangkan yang pasti tidak mampu menunaikan apa yang dijanjikan.

"Masing-masing (pemimpin pakatan pembangkang) ada mimpi lain-lain...sebab itu mereka tak boleh menjanjikan masa depan yang lebih terjamin," katanya pada Majlis Bersama Rakyat Parlimen Papar di sini, hari ini.

Perdana Menteri berkata rakyat harus bijak memilih kerajaan yang mempunyai kuasa dan kemampuan untuk menepati janji kepada rakyat.

"Kita (Barisan Nasional) akan sentiasa melakukan perubahan ke arah yang positif dan lebih baik demi masa depan rakyat. Kita tak nak masa depan yang tak tentu dan tak mahu tindak-tanduk kita dipersoalkan oleh rakyat nanti," katanya. - Bernama

Thursday, 14 February 2013

Kerajaan Negeri Khalid GAGAP Memang Tak Hormat Sultan Selangor !





Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata kerajaan negeri Selangor tidak menghormati Sultan Selangor apabila bercadang membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) selepas sambutan Cap Goh Mei pada 25 Februari ini.

Beliau berkata, kerajaan negeri sepatutnya dapatkan perkenan Sultan Selangor terlebih dahulu sebelum bercakap mengenai pembubaran Dun.

"Cara Menteri Besar Selangor (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) umumkan (cadangan pembubaran Dun) saya lihat seolah-olah beliau tak berapa reti hak kuasa mutlak beliau dan tak tahu hormati Sultan Selangor dalam hal ini.

"Mereka menganggap mereka berkuasa penuh dan cuba buat eksperimen mengenai hal pembubaran ini...," katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai hasrat kerajaan negeri Selangor yang mahu membubarkan Dun lebih awal.

Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani sebelum itu menyampaikan elaun sara hidup bulanan kepada 389 nelayan di Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dekat Penarik di sini hari ini.

Beliau berkata, hasrat kerajaan negeri Selangor mengadakan pilihan raya berasingan dengan kerajaan pusat hanya akan membazirkan wang rakyat dan tenaga Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Noh turut mencabar Pengerusi DAP Karpal Singh menarik balik kenyataannya di Dewan Rakyat pada tahun 1997 yang mendakwa mempunyai bukti Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri terlibat dengan aktiviti liwat.

Beliau berkata Karpal ketika itu mengutuk kerajaan, badan penguatkuasa dan Peguam Negara kerana tidak menyiasat Anwar.

"Kalau dia tak berani, dia memang hipokrit dan ada motif tertentu dalam usaha menyokong Anwar menjadi Perdana Menteri jika pakatan pembangkang menang pilihan raya umum ke-13 nanti.

"Selepas Anwar kini berada dalam pakatan pembangkang, Karpal pula yang beriya-iya menjadi hero dan peguam bela kepada Anwar?...pasti ada udang di sebalik batu," katanya - Bernama