Tuesday 27 August 2013

Anwar Tuduh Najib Guna Tektik Jahat Jatuh PM Akan Datang?!



Tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa kononnya Datuk Seri Najib Tun Razak membuat tawaran untuk membentuk kerajaan perpaduan dilihat sebagai satu lagi taktik jahat Ketua Pembangkang itu untuk menjatuhkan imej Perdana Menteri menjelang pemilihan UMNO akan datang.

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan, Ezam Mohd. Noor mendakwa, Anwar sengaja ingin mewujudkan persepsi negatif dalam kalangan ahli UMNO bahawa kononnya Najib sanggup berkompromi dengan musuh politiknya.

"Anwar ingin mewujudkan kesangsian dalam kepimpinan UMNO seolah-olah Perdana Menteri yang mahu berkompromi dengannya. Ini manipulasi dan permainan jahat Anwar.

"Saya tahu daripada rakan-rakan di Indonesia bahawa beliau (Anwar) yang sebenarnya mengusulkan perkara tersebut," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Ezam mengulas pendedahan beberapa blog yang mendakwa Anwar sebenarnya menawarkan kerajaan perpaduan antara Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Barisan Nasional (BN) kepada Najib dengan tiga syarat yang disampaikan menerusi bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla ketika berkunjung ke Kuala Lumpur pada 28 Julai lalu.


Tiga syarat Anwar itu dakwa salah sebuah blog, http://www.rbfonline.net adalah melantiknya sebagai Timbalan Perdana Menteri, melantik empat Ahli Parlimen PKR sebagai menteri, beliau akan memecat Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Najib akan memilih siapa pengganti kekosongan itu tetapi semuanya ditolak oleh Najib.

Anwar dalam wawancara bersama laman web Asia Sentinel pada Isnin lalu mendakwa, Perdana Menteri menghubunginya dan mencadangkan agar diadakan kerajaan perpaduan tersebut tetapi beliau menolaknya.

Mengulas lanjut, Ezam berkata, tindakan Anwar menyatakan usul kerajaan perpaduan oleh Najib tidak masuk akal memandangkan pihak yang terdesak untuk meraih kuasa adalah Anwar, bukannya Perdana Menteri.

"Anwar memerlukan kuasa untuk menyelesaikan masalahnya sendiri. Sebab itu saya tidak terkejut kerana saya cukup yakin Anwar dalam keadaan terdesak dan sebab itu dia yang mengusulkan kerajaan perpaduan supaya dapat kuasa, duduk dalam pemerintahan kerajaan," katanya.

Monday 26 August 2013

Penjelasan : Siapa Dia Red Bean Army?


Kacak tak kartun kacang merah atas ni?
Nama dia Red Bean Army atau dalam bahasa melayu Tentera Kacang Merah?

Hehehehehe…
ingat kacang merah ni cuma ada dalam cendol, ABC atau masakan. Tapi ada juga dalam tentera.
Nama mungkin rasa kelakar tapi kelakar inilah yang jadi senjata utama. Yang selalu Nampak dungu, kelakar, bodoh dan seangkatannya mereka inilah yang selalunya paling bahaya.

Sebenarnya Red Bean Army merupakan cybertroopers ataupun keyboard warriors pihak yang tidak bertanggungjawab yang hanya nak memecah belahkan masyarakat Malaysia dan mewujudkan sentimen kebencian serta perkauman yang sangat kuat antara rakyat Malaysia berbilang kaum.

Sepandai-pandai kacang bergerak dalam cendol, mesti ada kacang yang busuk dan  beberapa orang ‘tentera’ Red Bean Army ini telah dikenalpasti dan siasatan mula dijalankan, pasukan tersebut kini berada dalam keadaan terpinga-pinga dan ada yang berani dan mencabar kerajaan untuk menangkapnya, ada juga yang kecut perut menafikan terlibat kononnya akaun fesbuk digodam. 
MACAM-MACAM ALASAN, biasala orang dah rasa bersalah

Dalam sekumpulan manusia, tidak semua mempunyai sifat dan sikap sama.  Biarpun pasukan Tentera Kacang Merah sebelum ini dilihat sebagai bergerak bersepadu, tetapi sikap sebenar terserlah bila kena cuit sikit je dan diancam.  Ancaman bukan daripada luaran seperti ditangkap dan dipenjarakan oleh pihak berkuasa tetapi ancaman yang lebih besar ialah dari pihak dalaman iaitu parti yang mendokong mereka sebelum ini.



Sekarang ini timbul ugut-mengugut dan amaran demi amaran diberi (bukan dari Menteri Amaran ye) supaya tidak mendedahkan siapa mereka semua.  Sebagaimana Red Bean Army bertindak mengugut ahli keluarga dan sahabat handai sasaran mereka, maka tidak mustahil taktik yang sama akan digunakan oleh kepimpinan Parti mereka itu untuk memastikan mereka menutup mulut.   
Mungkin benar ada ahli Red Bean Army yang bersedia menerima segala kemungkinan atas dasar ‘pengorbanan’.    Kasihan mereka ini semua sebab pengorbanan yang mereka buat tak sampai kemana, kelaut semuanya sebab pengakhiran dibunuh sendiri oleh pendokong mereka sendiri. ‘
Apakah Red Bean Army benar-benar percaya yang pendokong mereka ini mampu menyediakan kehidupan yang lebih baik kepada mereka? 

Red Bean Army dilatih untuk menyebar kebencian dengan menghapuskan terus nilai-nilai murni dalam masyarakat.  Maki hamun, memfitnah, memalukan dan menghina sasaran mereka semahu-mahunya adalah modus operandi utama mereka.  Pendek kata, nilai-nilai kemanusiaan dan kemasyarakatan telah dipersetankan terus. 

Baru-baru ini pemimpin parti politik senior telah menafikan mentah-mentah akan kewujudan Red Bean Army dan kononnya beliau tidak tahu menahu mengenainya.   Red Bean Army kini dibiarkan membela diri sendiri, kecuali, mungkin segelintir yang ‘dekat’ dengan pemimpin politik  yang akan dihulurkan sedikit bantuan untuk lari. 

Justeru, jika Red Bean Army mempunyai sedikit ‘kecerdikan’ mereka akan menyedari bahawa mereka kini benar-benar terperangkap.  Bekerjasama dengan pihak berkuasa pun salah, tidak bekerjasama pun salah.   Ditelan mati diri, diluah pun mati juga. 

Biarlah kita buat perkara yang menaikkan imej negara di mata dunia seperti menyatu padukan rakyat dan mewujudkan keamanan negara. Seperti obatgigi, bila dipakai gigi jadi sihat, mulut wangi, keyakinan diri jadi tinggi, nak ngorat atau nak cium orang pun jadi tak malu dan semua orang suka.
BETUL TAK KAK TON?

Tanda Putera Ajar Melayu Tolak Cina DAP!


Filem sejarah, Tanda Putera, arahan Shuhaimi Baba menjadi kontroversi apabila DAP menuduhnya sebagai membangkitkan ketegangan.  Kita faham kebimbangan DAP kerana filem tersebut telah menyerlahkan warna sebenar parti itu yang bersifat perkauman dan angkuh.  DAP merupakan pencetus tragedi 13 Mei 1969 yang menyaksikan kaum Cina dan Melayu berbunuhan sehingga membawa kepada keadaan darurat.

Hakikat inilah yang cuba dinafikan oleh DAP.  Untuk itu DAP telah berusaha sedaya upaya sejak sekian lama untuk mengubah sejarah dan menuduh bahawa 13 Mei dicetuskan oleh UMNO.

Malangnya, sejarah tidak mungkin diubah-ubah dan hakikatnya DAP merupakan parti yang lahir dari fahaman komunisme dan bertonggakkan perkauman.  Mereka-mereka yang telah melalui tragedi 13 Mei mampu menjadi saksi kepada sejarah ini.

Roh DAP sentiasa membenci Melayu, memusuhi Islam dan menentang Institusi Raja-raja. Matlamat akhir mereka ialah menegakkan Ketuanan Cina serta meminggirkan kaum-kaum lain. Kita percaya bahawa matlamat ini terus dipegang oleh DAP sehingga ke hari ini.

Oleh itu, apabila filem Tanda Putera berjaya melepasi halangan dan bakal ditayangkan pada 29 Ogos ini, DAP mencuba sekali lagi untuk membersihkan namanya.  Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua membuat kenyataan bahawa filem tersebut boleh saja ditayangkan asalkan ia diisytiharkan sebagai filem cereka.

Soalnya, siapa Tony Pua untuk memberi syarat kepada sesiapa?

Sepatutnya Tony Pua menggalakkan kaum Cina menonton filem ini bagi menghayati sejarah negara ini.  Biar betapa pahitpun kebenaran itu, ia wajib ditelan oleh semua kaum Cina negara ini yang mengaku sebagai warganegara.  Menerima kebenaran merupakan langkah pertama ke arah perubahan kepada kebaikan.  Melainkan, Tony Pua atau DAP tidak pernah dan tidak ingin  berubah dan masih membawa roh yang sama iaitu membenci Melayu, memusuhi Islam dan menentang Raja-raja.

DAP tidak mungkin akan begitu gelabah jika mereka benar-benar tidak bersalah dalam tragedi 13 Mei.  Segala keresahan mereka adalah bukti bahawa mereka benar-benar terlibat dalam mencetuskan ketegangan kaum.  Malah, sifat perkauman dan perangai angkuh serta gemar menghasut DAP masih kekal sehingga ke hari ini dan boleh dilihat dengan jelas oleh semua rakyat Malaysia.

Dengan sifat dan perangai yang sama masih terserlah, pastinya sukar bagi pihak DAP untuk menafikan bahawa merekalah dalang pencetus 13 Mei.

Hujah Tony Pua lagi, walaupun filem ini mungkin memaparkan kisah benar ia tetap mampu mencetuskan ketegangan kaum.

Kita tidak faham kenapa sebuah kisah benar yang berlaku berdekad lalu mampu mencetuskan ketegangan kaum?

Apakah Tony Pua cuba berhujah bahawa sejarah bagaimana kulit putih Amerika menindas dan merampas tanah puak Red Indian tidak wajar difilemkan kerana bimbang menyebabkan kaum Red Indian memberontak?  Atau kisah Jepun menyiksa rakyat China tidak boleh dipaparkan kerana takut menyebabkan orang Cina hari ini bertindak ke atas orang Jepun?

Sebenarnya kebimbangan DAP hanya membuktikan yang segala kebencian DAP terhadap Melayu masih belum menjadi sejarah tetapi merupakan sesuatu yang berkekalan sehingga ke hari ini.

Oleh itu, ia memberikan alasan yang jauh lebih kukuh agar masyarakat Cina menonton filem ini bagi menimbulkan kesedaran betapa pentingnya kita semua menjaga keharmonian.   Perbuatan menghasut dan menyebar kebencian hanya menjurus kepada kemusnahan.  Sifat angkuh dan perkauman kaum Cina perlu diubah segera atau ia mampu mengulangi sejarah 13 Mei.

Sesungguhnya, keangkuhan kaum Cina tidak akan membawa kebaikan mahupun keuntungan kepada sesiapa.  Sudah sampai masanya kaum Cina bersama-sama dengan kaum lain menghayati sejarah negara ini serta menerima hakikat kebenaran akan asal usul mereka mahupun sejarah nenek moyang mereka seadanya.  Belajarlah dari kesilapan dan bukannya menafikan kesilapan.  Sebagai permulaan, tontonlah filem Tanda Putera agar mendapat sedikit pengetahuan.