Monday 28 January 2013

Ini Komen Hasan Ali Tentang Pemecatan Ustaz Nasha!!




KENYATAAN AKHBAR YB DATO DR HASAN MOHAMED ALI MENGENAI PEMECATAN YB UST NASHARUDIN SEBAGAI AHLI MAJLIS SYURA PAS

Potensi YB Ust Nasharudin Mat Isa telah lebih awal dikenalpasti oleh Al-Marhum Dato Fadhil Nor dan atas kehendak beliau yang diluluskan oleh Jawatankuasa PAS Pusat, Ust Nasharudin dalam usia yang masih muda telah diberi amanah menjawat jawatan antara yang terpenting dalam PAS iaitu sebagai Setiausaha Agong.

Al-Marhum Dato Fadhil Nor sebagai Presiden parti telah berusaha menggilap batu permata PAS tersebut sehinggalah dengan itu Ust Nasharudin dengan jarak masa yang agak pendek berjaya menduduki kerusi Timbalan Presiden Parti Islam itu.

Kejayaan Ust Nasharudin dalam hirarki parti mungkin telah menimbulkan rasa tidak senang dan sebahagiannya menganggap sebagai satu ancaman kepada karier politik mereka apabila Ust Nasharudin diberi tanggungjawab yang begitu besar di dalam mencorakkan PAS.

Rasa tidak puas hati dikalangan sesetengah pimpinan PAS terserlah apabila melalui perancangan yang teliti dan dibantu oleh kuasa luar secara jarak jauh campurtangan dalam urusan kepimpinan Parti PAS.

Ust Nasharudin kecundang di dalam mempertahankan jawatan Timbalan Presiden dalam pemilihan yang berlangsung dalam Muktamar Tahun 2011 yang lalu.

Berita bahawa Ust Nasharudin dipecat daripada menjadi ahli Majils Syura Ulama tidaklah begitu memeranjatkan.

Sejak dari awal lagi tanda-tanda ke arah itu telah kelihatan dengan jelas.

Ust Nasharudin dilabelkan sebagai pro-kerajaan perpaduan yang akhirnya dilabelkan pula sebagai pro-umno apabila beliau dilihat mengiringi Perdana Menteri Dato Seri Najib bertemu dengan para ulama di Mekah dan yang terakhir ke bumi Palestin.

Ust Nasharudin juga tidak disenangi oleh rakan-rakan Paktan Rakyat dan pimpinan parasit parti apabila beliau secara terbuka menghentam pengerusi parti DAP, Karpal Singh yang bertindak menghina Islam sehingga beliau telah mencadangkan supaya PAS mengkaji semula kedudukan tahaluf siyasi bersama Pakatan Rakyat.

Di pihak parasit dalam pimpinan PAS memang sudah lama mencari ruang dan peluang untuk mencantas Ust Nasharudin.

Tetapi disebabkan beliau adalah ahli Majlis Syura golongan ini tidak dapat berbuat apa-apa disebabkan keahlian Majlis Syura adalah diluar bidangkuasa mereka.

Keputusan Majlis Syura ini sudah tentu menjadikan puak-puak parasit dan Anwarinas begitu lega dan menarik nafas panjang kerana cita-cita mereka sudah kelihatan tertunai.

Saya yakin selepas ini Ust Nasharudin akan menerima nasib yang sama seperti saya iaitu dipecat daripada menjadi ahli PAS.

Kedudukan Ust Nasharudin kini lebih lemah dari kedudukan saya ketika dipecat kerana beliau merupakan ahli biasa parti sementara saya sewaktu dipecat adalah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ahli Lujnah Politik dan mewakili PAS dalam Exco Kerajaan Negeri Selangor.

Batu permata yang digilap sebahagiannya oleh Al-Marhum Dato Fadhil Nor sayangnya proses penggilapan itu tidak diteruskan oleh pucuk pimpinan yang ada sekarang ini.

Secara jujur saya tidak nampak dikalangan pimpinan PAS kalau ada mereka yang mempunyai kualiti yang sama seperti Ust Nasharudin.

Beliau mempunyai pendedahan yang luas dibidang antarabangsa khususnya dikalangan Gerakan Islam dan pada masa yang sama beliau boleh diletakkan dikerusi pimpinan parti yang mampu berdepan dengan pimpinan dunia timur atau barat kerana kebolehan beliau menguasai beberapa bahasa dunia.

Saya juga yakin setelah mengenali dari dekat Ust Nasharudin buat sekian lamanya, beliau dapat menyumbang memartabatkan Islam dalam keadaan apapun tanpa berpijak di atas mana-mana wadah pun.

Saya juga yakin beliau bijak memilih masa depan karier politik dan kemungkinan besar perancangan ke arah itu sudah pun ada di dalam pemikiran beliau.

Sebagai sahabat saya mendoakan sesuatu yang terbaik dilimpahkan oleh Allah SWT kepada Ust Nasharudin atas usahanya yang tidak pernah mengenal erti penat untuk memartabat dan mengagungkan Islam.


YB DATO DR HASAN MOHAMED ALI
Presiden JATI Malaysia
TTDI Kuala Lumpur
28 Januari 2013

SUMBER

PANAS!! ANWAR DIHIBURKAN CHINA DOLL DI PENGGERANG!!



Gambar-gambar ini diambil di majlis jelajah Anwar Ibrahim bersama pengikut-pengikut PAS, PGayR dan DAPig di Pengerang.

Seperti biasa kalau majlis DAPig, pastinya dihidangkan dengan tarian China Doll yang seksi. Lihatlah Pak Lebai PAS sebagai Pengerusi Majlis di belakang pentas.

Lihat juga kekhusyukan Anwar Ibrahim menonton persembahan berkenaan. Pastinya beliau teringat kisah lalu beraksi bersama dengan China Doll.

Apa sudah jadi dengan Pak-Pak Lebai dan makcik-makcik bertudung di dalam gambar di atas? Sejak bersekongkol dengan parti DAP, semuanya jadi halal belaka.

Inilah cara DAP mentarbiah juak-juak PAS. Tidak perlu secara kekerasan. Hanya buat majlis dan panggil mereka datang makan. Hidangkan China Doll berseluar pendek.

Tersembol mata dan terangkat lebai-lebai. PAS semakin hanyut! LOL

NOTE : Baru-baru ni depa pakatan haram ni dok maki hamun sambutan tahun baru di I-City depa kata macam-macam yang buruk kat Barisan Nasional panggil artis yang hiburkan pengunjung. Apa depa ingat yang depa buat macam gambar kt atas tu baguih sangat pulak. puihhh!

Penyingkiran Nasha Bakal Jejaskan Pengundi Melayu- ILMU


Penyingkiran Nasharudin Mat Isa daripada Majlis Syura Ulama PAS bakal mengundang kemerosotan pengundi Melayu kepada parti itu pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) nanti, kata Pengerusi Sekretariat Ilmuan Malaysia (ILMU) Dr Fadlan Mohd Othman.

Beliau membayangkan sebahagian besar penyokong Nasharudin akan terus mempertahankan tindakan berani tokoh yang dihormati itu dalam mengingatkan PAS kembali kepada asas perjuangan parti.

"Bagi saya Ustaz Nasharudin mempunyai keperibadian yang hebat, maksudnya tokoh yang hebat.

"Jadi tokoh yang hebat ini kalau digugurkan, sebenarnya merupakan satu kerugian yang besar kepada PAS. Walaupun saya orang luar bukan dari PAS, saya tidak boleh bagi tunjuk ajar tetapi saya rasa ini adalah satu keputusan yang kurang bijak dibuat apatah lagi penyokongnya pun akan ikuti Ustaz Nasharudin tambahan lagi apa yang dibuat oleh Ustaz Nasharudin mempunyai alasan yang kukuh.

"Fadlan berkata sepanjang perkenalannya dengan Ahli Parlimen Bachok itu, beliau tidak pernah nampak perkara sangsi yang dibuat oleh Nasharudin dalam usaha untuk menyatupadukan kaum majoriti dalam negara iaitu Melayu.

"Kesayangannya (Nasharudin) terhadap PAS dalam erti kata mahu PAS kekal pada landasan yang asal.

"Jadi merujuk kepada pengguguran beliau daripada Majlis Syura, saya rasa ini adalah satu perbuatan yang tidak sepatutnya berlaku dan buat kerana Ustaz Nasharudin ini adalah seorang yang benar-benar nampak keikhlasannya untuk menyatupadukan dua kumpulan Melayu (Umno-PAS) bersatu," katanya.

Malah beliau berkata mungkin keikhlasan Nasharudin telah disalahertikan oleh pihak yang mempunyai kepentingan peribadi sehingga mempengaruhi tindakan untuk menyingkir bekas Timbalan Presiden PAS itu dari Majlis Syura.

"Walaupun dia daripada PAS tetapi dia sanggup pergi ke Umno dan berbincang dan kebanyakan apa yang dibuatnya mungkin bertepatan dengan garis panduan yang dibuat tetapi mungkin terdapat individu dari parti yang tersalah diberi nasihat oleh orang-orang di sekeliling mereka," tambahnya.

Penyingkiran Nasharuddin ikut prosedur? Malah beliau menyifatkan PAS akan menjadi contoh parti yang tidak bertanggungjawab sekiranya menyingkirkan Nasharudin daripada Majlis Syura PAS tanpa mengikut prosedur yang betul.

"Saya tidak pasti apakah proses yang dibuat oleh Majlis Syura Ulama PAS untuk menggugurkan Ustaz Nasharudin. Kalau Ustaz Nasharudin dipanggil memberi amaran dan sebagainya, saya rasa itu tidak ada masalah.

Jadi kalau ada amaran dan sebagainya dulu itu perlu didahulukan."

Tetapi kalau tindakan itu dibuat tanpa memberikan amaran kepada tuan badan, tidak diberikan peluang untuk menjelaskan, saya rasa itu adalah perkara yang tidak patutlah," katanya.

Untuk rekod, keanggotaan Nasharudin dalam Majlis Syura Ulama PAS telah digugurkan pada 13 Januari lalu. Perkara ini ditegaskan oleh Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Nik Muhammad Zawawi Saleh.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali memaklumkan bahawa pemecatan Nasharudin ekoran 'kerap tidak hadir ke mesyuarat' dan 'mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan pendirian parti'.

Nasharudin sebelum ini juga telah beberapa kali menyertai rombongan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk misi kemanusiaan luar negara dan pertemuan dengan pemimpin negara Arab yang mencetuskan rasa tidak senang dikalangan ahli PAS.

Menurut sumber dalaman PAS sebelum ini dipetik sebagai berkata, ada ura-ura untuk "menendang" keluar Nasharudin dari PAS sepertimana yang dilakukan terhadap bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Hasan Ali tahun lalu.Tindakan PAS menyingkirkan Nasharudin ini turut dilihat sebagai cara untuk mengurangkan respon negatif dalaman yang sering dikaitkan dengan keputusan bersama rakan komponen Pakatan Rakyat, DAP dan PKR.SUMBER!

Saturday 26 January 2013

Kebodohan Anuwar Tuduh Tun M Dalam FB nya


Kebodohan Anwar Al-Juburi didalam laman sosial Fbnya. 
Macam ni ke sikap seorang yang terlalu obses mengejar cita-citanya untuk menjadi seorang Perdana Menteri? 
ptuihhh !!
Jangan hina Tun M .. Anuwarrrrrrrr!
Sedarlah diri tu bagai langit dan bumi

Penduduk Batu Caves Lega Projek Khalid GAGAP Dibatalkan!



Mungkin akibat diterjah Azmin Ali, Ahli Parlimen GOMBAK merangkap Pengerusi PKR Selangor atau akibat terdesak untuk mendapatkan semula undi kaum India, akhirnya Kerajaan Rejim Khalid Gagap terpaksa memBATALkan projek pembinaan projek kondominium Dolomite Park Avenue berhampiran Batu Caves….

Jika sebelum ini mereka berdolak-dalih dengan mengatakan projek nie merupakan projek kerajaan BN dan sebagainya, namun desakan dari rakyat khususnya orang India terpaksa juga ditelan Khalid dan akhirnya projek ini diBATALkan dengan harapan, masyarakat India akan kembali menyokong Pakatan Rakyat dalam PRU13 kelak…..

Cadangan projek setinggi 26 tingkat itu mendapat bantahan kerana didakwa boleh melemahkan struktur tanah kuil Hindu di Batu Caves yang terletak di kawasan batu kapur.

Kepala Hadi Terus Dipicit Anuuuwar



Datuk Seri Anwar Ibrahim nampaknya terus beri tekanan kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam isu kalimah Allah.

Ketua Pembangkang itu terus ding dong bila ditanya pendiriannya sama ada beliau bersetuju dengan keputusan Majlis Syura Ulamak PAS bersabit larangan penggunaan kalimah Allah dalam kitab Bible versi bahasa Melayu.

Selain menuduh media ada kaitan dengan UMNO memutar belit kenyataannya berhubung isu itu, Anwar berkeras memegang perakuan 8 Januari oleh Hadi bahawa kalimah itu boleh digunakan oleh bukan Muslim asalkan ia tidak menghina Islam.

Anwar seolah-olah tidak menerima keputusan PAS mengubah pendirian itu apabila Majlis Syura parti itu melarang penggunaan kalimah Allah dalam kitab bukan Islam.

“Kalau ada isu selepas (keputusan) Majlis Syura itu, (ia) perlu dibawa dalam mesyuarat Pakatan…tapi Hadi tidak timbulkan perkara itu untuk bincang semula tentang keputusan kalimah Allah.

“Saya hormati keputusan Majlis Syura tetapi tetap dengan pendirian Pakatan,” katanya.

Di sinilah Hadi terbelit kerana pimpinan atau majlis Pakatan Rakyat belum bermesyuarat bagi membolehkan beliau menyatakan pendirian PAS sama ada kekal dengan perakuan 8 Januari atau dibuat Majlis Syura. 

Melihat cara Anwar bersilat dalam isu ini, Hadi tentu tersepit apatah lagi kepimpinan tertinggi PAS termasuk Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat juga akur dengan pandangan majlis tersebut.

Hadi dilihat tidak ada ruang untuk bersilat macam Anwar kerana Ketua Dewan Ulama Datuk Harun Taib juga sudah menegaskan pendirian majlis syura lah dipegang ulama PAS. Beliau sebaliknya menyerahkan kepada Hadi menyelesaikan isu itu dalam pakatan pembangkang.

“Saya tidak boleh komen, itu kena tanya Presiden PAS,” kata Harun.

Malangnya, Hadi masih membisu barangkali terpaksa menuggu Majlis Pimpinan PR bersidang. Cuma yang menangguk di air keruh dalam isu ini adalah DAP.

Selepas Setiausaha Agung parti itu, Lim Guan Eng cetuskan api kontroversi mencadangkan kalimah Allah boleh digunakan dalam Bibble Bahasa Melayu, beliau berdiam diri setelah perkara itu bangkitkan kemarahan umat Islam.

Inilah dilema Hadi sama ada mahu menjaga kepentingan PAS dalam pakatan rakyat atau patuh keputusan majlis syura – badan tertinggi parti yang mendakwa memperjuangkan Islam itu.

Tidak mustahil juga, Hadi akan terus membisu sama seperti dalam isu Amanat Hadi. Maklumlah, dengan pilihanraya umum ke 13 sudah hampir, Hadi tentu tidak mahu merosakkan perancangan PAS,PKR dan DAP untuk menawan Putrajaya.

Mungkin juga akhirnya Hadi sendiri terpaksa buat pendirian ‘politik suku-agama suku’ demi survival perjuangan pembangkang. Jika ini berlaku, Hadi boleh mengucapkan selamat tinggal kepada PAS manakala jika Hadi pertahanan keputusan majlis syura dan merubah perakuan 8 Januari, mungkin PAS pula kena ucapkan selamat tinggal pada PKR dan DAP

Friday 25 January 2013

Anwar: 'Saya tidak tolak keputusan Majlis Syura' Heyyy Poodahhh Spin Baekk!


Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berdolak dalik apabila ditanya mengenai pendiriannya berhubung keputusan Majlis Syura Ulama PAS bersabit larangan penggunaan kalimah Allah dalam kitab Bible versi bahasa Melayu.

Ketika ditanya pemberita, Anwar menafikan dakwaan yang mengatakan beliau menolak keputusan Majlis Syura itu walaupun beliau sebelum ini pernah berkata Pakatan Rakyat kekal dengan pendirian yang diumumkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 8 Januari lalu.

Anwar kemudiannya menuding jari kepada media kawalan Umno BN kerana sengaja memutar-belitkan perkara tersebut dengan tujuan untuk melaga-lagakan parti-parti di dalam Pakatan Rakyat.

“Ini mainan media..saya tak pernah kata tidak setuju. Tetapi media Umno memutar-belitkan (kata saya) tidak setuju kemudian tanya Mursyidul Am (Datuk Nik Aziz Nik Mat), Anwar tidak setuju..saya tidak pernah (tidak setuju)..

“Saya kata, Pakatan Rakyat berpandu kepada kenyataan Presiden PAS yang dibentang dalam mesyuarat Majlis Pakatan Rakyat.

Kenyataan Majlis Syura merujuk kepada memberikan laluan penggunaan dengan beberapa syarat, tidak dibentangkan pada mesyuarat Majlis Pakatan Rakyat. Saya hanya mengikut keputusan dan memperakui kenyataan Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Presiden PAS.

“Media Umno secara jahat, fitnah, walaupun berpuluh kali kalah di mahkamah, jadi saya nasihatkan jangan ikut. Apa fitnah mereka? Dia kata saya ulas Majlis Syura..tidak..,” jelas ahli Parlimen Permatang Pauh itu pada sidang media di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR), hari ini.

Hadi pada 8 Januari lalu mengumumkan gagasan itu bersetuju kalimah Allah boleh digunakan oleh penganut semua agama dengan syarat tidak disalahgunakan.

Namun pada 13 Januari, Majlis Syura Ulama PAS bermesyuarat dan memutuskan kalimah Allah tidak boleh digunakan dalam kitab Bible kerana boleh menimbulkan kekeliruan yang 'nyata'.

Anwar kemudiannya menyindir Umno BN dengan mencadangkan parti itu supaya mengamal dan melaksanakan semua keputusan yang dibuat Majlis Syura pada masa akan datang jika benar parti itu mengambil berat badan tertinggi PAS itu.

“Kalau Umno ambil berat betul pandangan Majlis Syura, maka saya cadangkan Majlis Tertinggi Umno akan datang teliti semua keputusan Majlis Syura,” katanya.

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali sebelum ini menegaskan Pakatan Rakyat terikat kepada persetujuan secara kolektif yang diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Presiden (MPN) dengan mengambil kira kepentingan bersama.

Justeru, PKR mengambil ketetapan untuk berpegang kepada pendirian yang diumumkan Hadi sekali gus menolak keputusan Majlis Syura.

Beliau turut berkata Majlis Syura Ulama PAS hanyalah sebuah organisasi dan kedudukan itu tidak langsung mempengaruhi pegangan PKR berhubung isu itu.

Isu kalimah penggunaan kalimah Allah timbul setelah Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mendesak kerajaan agar membenarkan kalimah itu digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu sepertimana di Sabah dan Sarawak dalam perutusannya sempena Hari Krismas bulan lepas.

Akhirnya! Disaman Juga Si Lembu Ni !


Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini memfailkan saman fitnah terhadap Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berhubung satu artikel di dalam laman blog.

Ahmad Zahid memfailkan writ saman tersebut menerusi Tetuan Majid Krishna Menon & Lee di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini.Mengikut pernyataan tuntutan, Ahmad Zahid mendakwa Rafizi menerbitkan artikel fitnah itu di laman blog miliknya iaitu RafiziRamli dotcom.

Ahmad Zahid mendakwa artikel itu adalah tidak benar, palsu dan ditulis dengan niat jahat bagi memberi gambaran negatif berkenaan diri dan pekerjaannya untuk dibaca orang awam.

Katanya, Rafizi mengetahui kesan langsung penerbitan artikel tersebut yang membolehkan ia diterbit semula oleh pihak media termasuk media di laman internet.

Ahmad Zahid turut mendakwa perkataan yang terkandung dalam artikel tersebut membawa maksud bahawa beliau tidak kompeten untuk menjawat jawatan sebagai Menteri Pertahanan, menyalah guna kuasa, tidak bertanggungjawap, menyalah guna wang rakyat dan pecah amanah.

Beliau mendakwa tujuan sebenar Rafizi berbuat demikian adalah untuk melupuskan keyakinan orang awam dan gabungan Barian Nasional terhadapnya terutama dalam pilihan raya umum akan datang.

Ahmad Zahid menuntut ganti rugi am dan khas, ganti rugi teladan, penarikan penuh segala kata-kata fitnah serta meminta maaf dalam format yang diberikan Ahmad Zahid dan diiklankan dalam empat surat khabar tempatan, empat bahasa selama dua hari.

Beliau juga menuntut perintah supaya defendan mengeluarkan artikel tersebut daripada blog miliknya, perintah larangan daripada mengulangi atau menerbitkan semula termasuk di ceramah, perhimpunan dan kempen pilihan raya.

NOTE : Sekurang-kurangnya hilanglahh sekejap fitnah-fitnah yang dikeluarkan daripada mulut silembu ni.

Anwar Al-Juburi Juga Mahu Jejak Kaki Ke Bumi GAZA?

"Najib Tolong laa bawa saya sekali g Gaza"

Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melawat ke bumi Gaza Rabu lalu disifatkan "kurang bijak" oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana gagal untuk mengiktiraf pergerakkan Fatah dan pemimpinnya Mahmoud Abbas.

Ketua pembangkang itu turut membandingkan kesilapan Perdana Menteri terhadap Fatah dengan Presiden Mesir, Mohammaed Morsi dan Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdorgan yang mengiktiraf kedua-dua Hamas dan Fatah. 

“Najib sememangnya kurang bijak oleh kerana beliau sepatutnya menghubungi kedua-duanya,” katanya kepada pemberita merujuk kepada Abbas dan pemimpin Hamas Ismail Haniyeh.

 Turut hadir dalam sidang media tersebut ialah Naib Presiden PKR Tian Chua, Timbalan Presiden Keadilan Azmin Ali, dan Penyelaras Keadilan Wangsa Maju Datuk Dr. Tan Kee Wong.


Selain itu, Anwar turut mendakwa tindakan najib melawat ke bumi Gaza hanya bersikap politik kerana kerajaan tidak pernah mengiktiraf Hamas sebelum ini.

“Mereka melakukan kekhilafan … Dengan mencuba untuk memenangi umat Islam (di Malaysia), mereka terlupa untuk mengingati kepentingan menunjukkan keseimbangan dan keadilan polisi luar negara kita terhadap Palestin,” ujarnya lagi.

Selanjutnya KLIK DISINI!


NOTE : Weh PELIWAT..Takyah nak sebok lah nk fitnah org.. Kalau Najib yang pergi tolong saudara-saudara Islam kat Gaza kau panggil "Kurang Bijak" dah tu kau yang duk mengangkang kat sini kau buat apa? Main sama Shamsidar ka? haishhh.. Kau tu orang suruh pergi GAZA kau pergi sembah Soros kat AMERIKA apa cerita? orang suruh bantu saudara-saudara di GAZA kau sbok ikhtiraf and sokong ISRAEL LAKNATULLAH..hancur ANWAR AL-JUBURI! 

Damn. Gambar Ibrahim Ali Diperlakukan Sebegini Rupa!



Thursday 24 January 2013

Save GAZA : Inikah Sikap Manusia Bergelar "USTAZ" Mencemuh Lawatan PM ke Gaza Didalam FB nya?


Tindakan Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan mencemuh lawatan bersejarah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Palestin dikecam oleh pengikut Facebooknya sendiri.

Ia ekoran tindakan melampau Nasrudin yang bukan sahaja tidak menghargai sokongan tertinggi ditunjukkan Najib terhadap nasib rakyat Palestin sebaliknya mencemuh lawatan bersejarah itu dengan perkataan kesat.

Kebanyakan pengikut Nasrudin mempersoal mengapa sebagai orang yang dilabel ustaz beliau sanggup mengeluarkan kenyataan sedemikian dan tidak kurang menyifatkan Ketua Dewan Pemuda Pas itu iri hati.

Salah seorang yang mempersoal tindakan tersebut ialah Izham Bina Tamshah Eizham apabila berkata, dijelaskan dalam hadis terdapat golongan orang yang kelihatan alim tetapi hatinya hitam seperti serigala kelaparan.

"Salam ustaz, kenapa prasangka buruk Perdana Menteri pergi Palestin? Berbeza dengan rakan anda iaitu Nasharudin Mat Isa. Berprasangka baiklah. Ingat kemenangan sebenar umat Islam ialah membebaskan Palestin.

"Jangan dengki dan busuk hati serta mahukan kemenangan politik.

Ustaz berkata begini. Nauzubillah. Semoga dapat rahmat Allah," kata Izham Bina sebagaimana dipetik dari laman Facebook Nasrudin di sini hari ini.

Nasrudin dalam laman Facebooknya dipetik sebagai berkata, lawatan Perdana Menteri ke Palestin dan pertemuannya dengan Perdana Menteri Kerajaan Hamas di Gaza, Ismail Haniyeh sebagai hipokrit tahap durjana.

Semalam, Najib mencatat sejarah sebagai Perdana Menteri Malaysia pertama mengadakan lawatan ke bumi Palestin sambil menawarkan bantuan menjadi orang tengah bagi menjayakan pelan damai antara Fatah dan Hamas.Dalam pada itu, tidak terkecuali mengecam tindakan Nasrudin ialah Farhan Fauzi apabila berkata: "Ustaz cakap apa ini? Malaysia tidak pernah menjalin hubungan dengan Israel.

Usah berdengki dan memusuhi ustaz."Mohamad Shuhaimi pula menyifatkan kenyataan Nasrudin sebagai tidak cerdik kerana sebelum ini, tidak pula mempersoal sokongan terbuka Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap keselamatan Israel.

Turut berkongsi kemarahan sama ialah Syakizan Yusof apabila berkata: "Seperti meludah ke langit kena balik diri sendiri.

Jadi buanglah perasaan iri hati sesama sendiri. Kamu itu ustaz, buat malu saja".

Hal yang sama juga disuarakan Siddiq Sharil yang berkata: "Ustaz, berjuang dan berdakwahlah dengan cara yang ikhlas dan bersih. Tak perlu bagi ayat macam ini. Seolah-olah ustaz melagakan sesama umat."

**Psst.. Adakah sikap seseorang yang bernama Nasrudin Hassan layak dipanggil "Uztaz"?!**
Lagi dibawah


**Jangan cepat MELATAH bila ditegur**
NILAIKAN SENDIRI..




Wednesday 23 January 2013

Ustaz Haron Din Ikut Jejak Hassan Ali Akhirnya..



Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din berkata, penubuhan Undang-Undang ini dapat mengawal Kalimah Suci umat Islam itu daripada disalahgunakan beberapa pihak sehingga melanggar batasan Agama.

"Saya nak menyarankan perlu ada protection (perlindungan) kalimah Allah itu melalui kekuatan undang-undang.

"Pihak berkuasa agama daripada atas sampai ke bawah harus buat satu peraturan yang jelas (bahawa) Allah adalah eksklusif untuk orang Islam dan tidak boleh mana-mana orang (bukan Islam) menggunakan nama Allah dalam kitab agama mereka," tegasnya pada satu kuliah di Masjid Negeri Shah Alam malam tadi.

Beliau juga menjelaskan, mana-mana individu yang menyokong penggunaan kalimah Allah mengikut tafsiran Agama masing-masing adalah satu perbuatan syirik.

"Orang yang menyetujui Allah yang Maha Suci diterjemahkan kepada Allah yang berbilang-bilang adalah syirik.

"Umat Islam wajib menjaga iman dan agama mereka. Jaga iman jangan sampai tercemar dengan kesyirikkan dengan Allah.

"Menjaga agama dengan memelihara titah perintah Allah. Dengan itulah Islam terjaga, nama Allah akan terpelihara.

"Allah yang pilih nama dia, Allah Yang Esa, 'Yang Satu' maka namanya pun satu, dia tidak macam perkataan God. Ada Gods, satu Tuhan, dua Tuhan, lima Tuhan.

"Dan God ini pula ada Goddess, iaitu Tuhan betina itu memang sesuai kerana mereka (penganut bukan Islam) berpegang dengan Tuhan yang banyak.

Allah dalam Islam itu selama-lamanya, dulu, sekarang dan selama-lamanya satu, dan Allah ini tidak boleh diterjemahkan kepada mana-mana bahasa," jelasnya.

Sebelum ini, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali tidak bersetuju dengan keputusan Majlis Syura PAS yang dilihat secara kesimpulannya tidak membenarkan Kalimah Allah digunakan menerusi Kitab Bible versi Bahasa Melayu.

Azmin menegaskan, Pakatan Rakyat akan berpegang teguh terhdap prinsip yang disampaikan menerusi pengumuman Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini Sumber KLPOS

Ahli PAS Pulau Pinang Pijak Bendera DAP? kah3


Sekumpulan anggota akar umbi PAS di Pulau Pinang berhimpun di hadapan pejabat Pengerusi DAP Kebangsaan Karpal Singh di sini, bagi membantah kenyataannya mempertikai keputusan Majlis Syura PAS berhubung isu kalimah Allah.

Perhimpunan lebih sejam di Jalan Green Hall yang disertai anggota PAS dari kawasan Tanjong dan Bagan Ajam itu diketuai Pengerusi Tetap PAS kawasan Tanjong Zaidi Abu Bakar.

"Kalau Hang (Karpal) Nak Lawan Ulama Kami Langkah Mayat Kami Dulu", “Orang Melayu Jangan Undi Karpal. “PAS Wajib Keluar PR" “

"Kami Pertahankan Majlis Syura Ulama" dan “Karpal Azmin Tidak Hormat Dasar PAS".

Mereka turut memijak bendera DAP. Sementara itu, Zaidi dalam ucapannya berkata Karpal tidak berhak mencampuri urusan agama Islam dan mesti menghormati keputusan Majlis Syura yang dikaji ulama PAS selaras tuntutan syariat.

"Pada mulanya ada pemimpin PAS buat kenyataan tersasar tetapi setelah ada keputusan dari Majlis Syura Ulama, semuanya telah capai kata sepakat jadi Karpal jangan masuk campur dan keruhkan keadaan," katanya.

Beliau juga mendakwa kebanyakan anggota PAS di Pulau Pinang kecewa dengan kepimpinan PAS negeri yang hanya berdiam diri dengan kenyataan Karpal itu.

Sementara itu, bekas Ketua Pemuda PAS negeri Mohamed Hafiz Mohamed Nordin menyifatkan Pesuruhjaya PAS negeri Datuk Salleh Man dan Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam negeri Datuk Abdul Malik Abul Kassim bersekongkol dengan Ketua Menteri Lim Guan Eng.

"Mereka ini terlalu berhati-hati keluar pendapat demi menjaga hati pakatan rakyat berbanding jaga kalimah Allah. Dah tiba masanya PAS tinggalkan pakatan jangan jadi pengecut," katanya.

Beliau berkata kedua-dua orang pemimpin itu langsung tidak boleh diharap untuk membela kepentingan umat Islam di Pulau Pinang.

Karpal pada sidang medianya baru-baru ini berkata beliau akan memujuk Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang agar mengkaji semula pendirian Majlis Syura Ulama PAS yang memutuskan kalimah Allah tidak boleh diguna orang bukan Islam termasuk Bible bahasa Melayu.

Katanya pendirian Majlis Syura itu bercanggah dengan keputusan yang dicapai pemimpin pakatan pembangkang termasuk Abdul Hadi dan Mursidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 8 Jan lalu lalu yang bersetuju dan menyokong cadangan Lim yang mendesak kerajaan pusat membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam Bible bahasa Melayu. - BERNAMA

BIBLE SEKOLAH MENENGAH JELUTONG Ditemui !



Di sebalik cubaan Khalid Samad untuk membela pastor-pastor yang gambar dan kegiatan mereka dirakamkan oleh individu tertentu sebelum dimuatnaik ke Internet, siasatan ke atas Bible yang disebarkan pula sedang dijalankan secara giat, sebelum proses memberkas kedua-dua pastor tersebut serta dalang di belakang mereka dilakukan.

Hasil siasatan mendapati ‘BIBLE SEKOLAH MENENGAH JELUTONG’ yang telah disebarkan pada 17 Januari 2013 itu mendapati: Bible tersebut mempunyai Kulit Hadapan berukuran 3 inci X 4.8 inci dan mempunyai 643 helaian muka surat.

Pada muka hadapan tertulis ‘NEW TESTAMENT’ *PSALM PROVERBS’ dan mempunyai lambang salib dalam bulatan dengan tulisan berwarna emas.

Bahasa yang digunakan adalah Bahasa Inggeris.

Isi kandungan kitab kecil tersebut diambil daripada THE NEW TESTAMENT OF OUR LORD AND SAVIOUR JESUS CHRIST WITH PSALMS AND PROVERBS yang telah diterbitkan oleh THE GIDEONS INTERNATIONAL beralamat di P.O BOX 140800, NASHVILLE, TN 37214-0800. Alamat website penerbit adalah www.gideons.org.


Mukaddimah kitab tersebut tertulis: ‘The verse is John 3:16 dalam 25 bahasa iaitu Afrikaans, Belanda, Inggeris, Finland, Perancis, Jerman, Greek, Hebrew, Hindi, Icelandic, Itali, Jepun, Korea, Norway, Poland, Portugis, Russia, Sinhalese, Sepanyol, Sweden, Tamil dan Vietnamese.

Read More..

Tuesday 22 January 2013

Kalimah Allah : Ada Panas Ka Mat Sabu Dan Hadi Awang?


"TERIMA KASIH PM" - SK Teruntum


CAPTION : Murid-murid Sekolah Kebangsaan Teruntum di Kuantan, Pahang melaungkan 1Malaysia ketika memegang kain rentang 'Terima Kasih' kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan pemberian Bantuan Khas Awal Persekolahan selepas majlis penyampaian di sekolah itu pada Selasa. Sebanyak RM100 diagihkan kepada setiap pelajar bagi membantu ibu-bapa menanggung kos pendidikan anak-anak yang meningkat sekarang.

NOTE : Sayu PG tengok gambar ni. Bayangkan lah, budak-budak pon tahu reti berterima kasih dan bersyukur kat PM.. Hanya manusia yang tidak tahu makna bersyukur dan tamak haloba itu digelar PEMBANGKANG!

GEMPAR! ADUN Bakal Letak Jawatan Untuk Jadi Model Bogel


Pembangkang sering menjerit meminta kepada kerajaan untuk menjadikan media sebagai satu badan yang bebas supaya mereka bebas menyebarkan fitnah kepada rakyat.

Melalui media mereka samada media cetak atau media elektronik, pembangkang galak menyebarkan berita palsu dan tuduhan tak berasas kepada kerajaan dalam angan-angan mereka menukar Malaysia ini kepada sebuah Negara republik. Dalam usaha mereka itu, pemimpin kerajaan BN sering sahaja menjadi mangsa fitnah mereka.

Perdana Menteri hampir setiap hari menjadi bahan politik mereka. Hal peribadi pun digunakan untuk memburukan imej Perdana Menteri dengan harapan mereka mendapat sokongan daripada rakyat. Isteri Perdana Menteri juga tidak ketinggalan menjadi mangsa mereka.

Segala aspek diri isteri Perdana Menteri menjadi bahan politik pembangkang. Semua ini dilapor dengan meluas di dalam media kawalan mereka. Isu fesyen yang digayakan oleh Datin Rosmah sering menjadi topik hangat sekaligus beliau bahan politik murahan pembangkang di media massa.

Cybertroppers pembangkang sering sahaja mengunakan isu ini untuk menimbulkan kebencian rakyat terhadap kerajaan BN.

Tapi ini berlaku sebaliknya di media massa pembangkang. Sebuah akbar yang berpusat di Penang, Kwong Wah Yit Poh dalam cetakan terbarunya dikesan menggunakan fesyen untuk membodek.



Akhbar itu melaporkan satu pertunjukan fesyen yang telah disertai oleh Betty Chew, First Lady of Penang.

Pengarang berita itu cuba menggambarkan kepada pembaca bahawa Betty Chew mendapat tepukan gemuruh dari penonton ketika melakukan “catwalk” dalam satu pertunjukan fesyen baru-baru ini

Betty mungkin dalam usaha memujuk hatinya yang dilaporkan remuk dengan kehadiran orang ke tiga dalam rumahtangganya. Selanjutnya KLIK DISINI!

Projek Petrokimia: PAS Lebih Pandang Tinggi Orang Johor Dari Orang Kelantan?


Beberapa hari lepas Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak telah membuat pengumuman untuk melaksanakan tujuh projek pembangunan berskala besar untuk Kelantan semasa merasmikan program Jelajah Janji Ditepati di RTC Tunjong, Kota Bharu.

Projek pembangunan itu merangkumi pembinaan lebuh raya Kuala Krai-Kota Bharu, stadium baru, masjid terbesar, perumahan rakyat, sistem pengangkutan Rapid Kota Bharu, pembinaan kampus baru Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan projek bekalan air bersih.

Berikutan itu ada sesetengah penyokong dan pemimpin PAS tampil mempersoalkan kenapa projek pembinaan kompleks petrokimia yang melibatkan pendaratan & penapisan minyak dan gas di Pantai Senok, Bachok tidak dimasukkan sekali dalam pakej pembangunan yang diumumkan oleh PM.

Bagi yang celik akal dan minda tentunya sedang tersenyum simpul mendengar tuntutan sedemikian. Persoalannya kenapa? Umum mengetahui di Pengerang, Johor tika ini usaha Kerajaan Pusat melalui Petronas untuk membina kompleks petrokimia membabitkan pendaratan dan penapisan minyak (Rapid Pengerang) telah menerima bantahan daripada PAS dan sekutu mereka.

Para pemimpin PAS dan PR serta NGO proksi mereka giat melancarkan kempen hasutan kepada penduduk kononnya projek kompleks petrokimia di Pengerang itu akan menyebabkan kesan buruk kepada alam sekitar selain menyebabkan risiko keselamatan kepada penduduk. Dilihat pada propaganda dan hasutan PAS serta PR di Pengerang, logiknya ia menggambarkan keprihatinan mereka terhadap isu alam sekitar, kesihatan dan nyawa rakyat Johor.


Itu yang kelihatan dari pandangan kasar. Bila dibandingkan pula dengan tuntutan PAS supaya kompleks petrokimia yang sama di bina di Kelantan, ia seakan menunjukkan PAS amat mengutamakan keselamatan rakyat Johor berbanding nasib rakyat negeri Kelantan, bukan begitu? Tapi hakikat sebetul-betulnya, percanggahan ketara itu hanya menyerlahkan betapa hipokritnya pemimpin PAS & PR. Mereka membantah Rapid Pengerang bukan atas isu alam sekitar, kesihatan dan demi nyawa rakyat pun. Sebaliknya bertujuan untuk mensensasikan sentimen penduduk sahaja.

Saturday 19 January 2013

Kalimah Allah : Adehh ! Sekejap Boleh Sekejap tak! Mana Satu Ni?



Hari Ini Nik Aziz hanya bersuara pada Ahlinya supaya Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini dengan tegas meminta semua pihak termasuk pemimpin Pakatan Rakyat menerima keputusan Majlis Syura bahawa kalimah ALLAH tidak boleh digunakan oleh bukan Islam.

Nik Aziz berkata, perkara itu tidak perlu ditimbulkan semula setelah Majlis Syura pada Ahad lalu menetapkan larangan penggunaan kalimah yang eksklusif bagi orang Islam itu diterjemahkan mana-mana kitab agama bukan Islam kerana salah dari segi maknanya.

Tapi ada lagi Puak Anwarinas bersuara untuk memberi sokongan terbuka kepada Azmin Ali lagi....kan dah tahu PKR partinya pluralisme....semuanya agama sama.Fikir Fikirkan lah

Friday 18 January 2013

HAHA!! Nurul Izzah Terkejut Beruk Bila Penduduk Lembah Pantai Ditanya Dia Siapa? KAH3


"Papa terkam Saiful macam ni grrr"


Aduss! Berita Lembah Pantai ada cerita panas tentang Nurul Izzah. Pada 16 Januari 2013 iaitu Rabu lepas, ada kematian di Blok 18 Taman Bukit Angkasa, Lembah Pantai.

Seorang wanita berumur 93 tahun meninggal dunia, dan jenazahnya diuruskan di Surau An-Nur Blok 18 iaitu bawah je dari rumah Arwah.

Maka penduduk tempatan terutama saudara-mara si mati pun ramailah yang datang, yang mengurus jenazah ada, yang menziarah pun ada. Maka oleh sebab kita pun tahu pilihanraya dah dekat, tiba-tiba datanglah juga Nurul Izzah.

Dipercayai dia dimaklumkan tentang kematian ini dan dibawa ke Surau An-Nur oleh Yati, ibu tunggal Blok 19 yang memang kuat PKR. Kedatangannya tidak disambut, jadi orang pun tak perasan dia datang.

Yang nak jadi ceritanya, dan ini disaksikan sendiri oleh isteri salah seorang wartawan Berita Lembah Pantai, ialah begini:-

Ketika bersalam-salam, ada seorang saudara si mati ni (dipercayai perempuan ni kerja tukang masak di UM) pun bertanya pada Nurul Izzah,

"Awak ni siapa?" Berubah muka Nurul Izzah.

Sebelum sempat dia menjawab, akak ni bertanya lagi,

"awak ni sedare arwah ke, x pernah nampak pun?!"

Maka tersengih-sengihlah Nurul Izzah.

Orang-orang perempuan yang lain pun berpandang-pandang sesama sendiri, tersenyum sinis masing-masing. Malu besar Nurul Izzah. Berubah mukanya.

Apa taknya, disebabkan memang dia ini tak pernah turun padang, tak pernah nampak muka sejak menang di kawasan ini, sampai ada orang Lembah Pantai tak kenal pun Nurul Izzah! Alahai Nurul.

Nampak gayanya betul lah anda ni Wakil Rakyat Pilihanraya. Tak turun padang! Hanya nampak muka di Lembah Pantai bila dah dekat Pilihanraya. Malu betul!

SUMBER: BERITA LEMBAH PANTAI!

Note : Nurul Izzah ada pejabat khidmat masyarakat di Pantai Hill Park berhadapan dengan kuarters pegawai polis Bukit Aman. Bagaimanapun, daripada pemerhatian yang dibuat, pintu jeriji naik ke pejabat yang dipercayai di tingkat atas itu, tidak pernah dibuka dan tangganya pula sudah berdebu. 

Penduduk sekitar memberitahu, Nurul Izzah hanya menyewa dinding bangunan rumah kedai tersebut untuk meletakkan papan tanda yang ada mukanya sebesar-besar alam di situ sahaja sedangkan dia sendiri kalau disuruh datang pun, boleh sesat barat!

PENGAKUAN BERSUMPAH! 'Saya Bersumpah...Saya Tiada Cincin Itu' - Rosmah




Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menafikan bahawa beliau memiliki cincin seperti yang digembar-gemburkan oleh pihak pembangkang.

Menurut Rosmah, beliau mengakui bahawa cincin tersebut masuk ke dalam negara ini, tetapi bukan untuk dirinya tetapi bertujuan untuk pameran.

"Saya berani bersumpah, cincin itu tidak ada di tangan saya langsung...memang (cincin) masuk tetapi untuk dipamerkan kepada orang yang berduit.

"Saya tahu,dia (pembangkang) punya program utama adalah untuk menghentam saya. Tapi saya hanya berserah pada Allah. Biarlah dia nak buat dosa,kita hanya boleh bersabar," katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Bersama Balu-balu Tentera dan Perasmian Persatuan Peniaga-peniaga Bekas Tentera Kuala Lumpur dan Selangor malam tadi.


Rosmah berkata, beliau akan terus bertahan demi kepentingan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum yang akan datang.

"Saya berani bersumpah, cincin itu tidak ada di tangan saya langsung"
-
-
-
Masikah anda ingat lagi video di bawah?






**ANWAR AL-JUBURI BILA NAK BUAT PENGAKUAN BERSUMPAH PULAK!!!**

Peluang Terbaik UMNO Rampas Bumi Kelantan !


Dikatakan negeri yang memperjuangkan Islam tetapi dari sudut lain kita lihat banyak masalah yang timbul di negeri Kelantan khususnya janji-janji yang ingin diberikan kepada rakyat negeri itu tidak ditunaikan.
Jadi adakah itu diberi nama perjuangan?
Rakyat Kelantan harus buat perubahan pada PRU ke-13 nanti.
InsyaAllah kali ini UMNO akan memerintah Kelantan dan akan terus membela rakyat.

VIDEO!! Hishamuddin Rais HASUT Rakyat BERONTAK TUMBANG KERAJAAN DI JALANAN.




"Saya tukang hasut. Kamu semua ini telah saya hasut datang ke Kuala Lumpur. Kita datang untuk jatuhkan Kerajaan United Malay National Organisation (UMNO) yang telah menipu rakyat."

"Masanya telah tiba untuk kita turun ke jalan raya. Tidak perlu bercakap lagi, tidak perlu berbincang lagi. Kita harus melakukan aksi. Anak anak muda, dunia ini akhirnya milik kamu."




Alhamdulillah.. Pemimpin Himpunan Bersih Sertai UMNO.



Bekas Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (PKR) Syamsul Hidayat semalam telah mengisytiharkan secara rasmi menyertai UMNO setelah merasakan Parti Pembangkang tersebut membawa perjuangan palsu.




Beliau yang juga antara Pemimpin Sekretariat Perhimpunan BERSIH mengetuai 2 rakan PKR yang lain iaitu AJK AMK Setiawangsa Mohamad Asroc Jailani dan bekas Peguam kepada Ketua Wanita PKR Pulau Pinang Saiful Ambar Bin Abdullah Ambar. TONTON Video di atas kenyataan beliau berkaitan agenda sulit Pakatan menganjurkan Perhimpunan Kebangkitan Rakyat Sabtu ini.SUMBER!

Thursday 17 January 2013

PANAS!! Ustaz Badrul Amin PKR Ditangkap Khalwat !!



Kecoh le nampaknya sehari dua ni bila khabar angin lalu yang sampai nampaknya mengesahkan bahawa Ostaz Badrul Amin PKR yang ditangkap khalwat dengan isteri orang tahun lalu disebuah bilik hotel jam 2 pagi telah bernikah dengan wanita tersebut bulan lepas.

Gomo bersangka baik kepada Ostaz Badrul Amin yang mengambil sikap bertanggungjawap untuk bernikah dengan wanita tersebut selepas diceraikan suaminya yang merupakan seorang guru dari Johor.

Tahniah Badrul Amin namun Gomo nak tanya juga kepada beliau mengapa bila keluar cerita beliau ditangkap Khalwat dengan isteri orang beliau menafikan cerita tersebut dan menyalahkan UMNO sebagai dalang dalam khalwat tersebut? Selanjutnya KLIK DISINI!





**Inikah dinamakan Ustaz ? puiiihhhhh!!**

Lawak !! Nik Ajisss Terkono Panggilan Hangit!


Asyik2 serius je. Kali ni kita bergelak ketawa skit pulak lah.
Hahahahaha!





PENDEDAHAN!! Adakah Ini Pencacai Amenoworld ?



Adakah ini orangya si blogger pakatan haram Amenoworld? 
Atau hanya sekadar cacai kepada blogger Amenoworld?
Bermakeup tebal dek kerana nak jaga penampilan semasa masuk perhimpunan #KL112 ?
sangat cun wa cakap sama lu..
PG tengok pon cair je.
kahkahkahkah ;D
Untuk gambar seterusnya , sila scroll ke bawah.

-
-
-
-
Kepada Amenoworld jawab jangan tak jawab!!

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
_


-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
lagi gambar
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
lagi gambar
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
lagi gambar
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


Amenoworld Sila JAWAB?!!!

VIDEO!! EPISOD #2 POLITIK TONGONG : MISI MENAWAN PUTRAJAYA TONGONG PEMBANGKANG...






Penjenayah Pon Pembangkang Nak Backup? Demmm




Chang, yang mati dalam lokap di Balai Polis USJ8, Subang Jaya pada Isnin, ditahan 10 Januari lepas bersama tiga rakannya kerana disyaki anggota geng samun bersenjata api.

Bagaimanapun, isteri Chang, Lim Wei Ni, 27, membuat laporan di Balai Polis Sungai Buloh kerana tidak berpuas hati serta mendakwa terdapat kesan luka pada mayat suaminya, iaitu pada tangan dan kaki.

Justeru, Lim melalui peguamnya, Gobind Singh Deo dan Sivarasa Rasiah menyerahkan memorandum di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman memohon agar pihak polis membenarkan bedah siasat kedua.

Lihatlah siapa yang menjadi Peguamnya itu Anak Karpal Singh....ptuihhhh memang lah suka sangat untuk mengaibkan kerajaan Persekutuan.Penjenayah dibela....pelik betul lah SUMBER!

**Kalau dah PEMBANGKANG tu, semua yang kerajaan buat Semua salah. Zzz**


Tuesday 15 January 2013

Penganjur #KL112 Mula Beri Komisen Kat Beruk-Beruk dan Sarkas- Sarkas



Nampaknya sindrom ambil upah dan trauma takut tak dibayar mula menghantui peserta demo haram. Mereka bagaikan kucing kurap yang kelaparan setelah ada setengahnya tertipu kerana tidak mendapat upah seperti yang di janjikan.



Kejadian pergaduhan di Kampung Baru malam tadi, klik di DISINI yang mana kepala yang bawa peserta dari Pantai timur larikan duit upah mereka.

Demi nak selamatkan maruah penganjur dan maruah Anwar serta aib Mat Sabu maka SMS atau khidmat pesanan ringkas dihantar terus kepada setiap peserta yang mendaftar malam tadi.

Dalam SMS tersebut meminta agar peserta terus sahaja ke Pejabat Anwar di Tropicana dan Markas Pas Taman Melewar selewatnya jam 6 petang.

Malah telah di jelaskan awal-awal bahawa jumlah yang bakal diterima peserta supaya tidak berlaku kekecohan antara peserta demo haram dan penganjur. RM 200 untuk Peserta Luar Lembah Klang RM 150 untuk Peserta Sekitar Lembah Klang RM 50 untuk Pelajar yang tunjukkan kad pelajar.

Hebahan iklan dari unit komunikasi himpunan ini terpaksa dibuat kerana sambutan yang datang amat hambar di Stadium dan nisbah yang agak jauh dari jumlah bas yang disewa.

Penganjur berpendapat peserta tunjuk protes untuk tidak ke Stadium Merdeka kerana merasakan diri mereka tertipu.SUMBER!

**Jangan cepat MELATAH bila ditegur**
NILAI SENDIRI..