Tuesday 27 August 2013

Anwar Tuduh Najib Guna Tektik Jahat Jatuh PM Akan Datang?!



Tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa kononnya Datuk Seri Najib Tun Razak membuat tawaran untuk membentuk kerajaan perpaduan dilihat sebagai satu lagi taktik jahat Ketua Pembangkang itu untuk menjatuhkan imej Perdana Menteri menjelang pemilihan UMNO akan datang.

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan, Ezam Mohd. Noor mendakwa, Anwar sengaja ingin mewujudkan persepsi negatif dalam kalangan ahli UMNO bahawa kononnya Najib sanggup berkompromi dengan musuh politiknya.

"Anwar ingin mewujudkan kesangsian dalam kepimpinan UMNO seolah-olah Perdana Menteri yang mahu berkompromi dengannya. Ini manipulasi dan permainan jahat Anwar.

"Saya tahu daripada rakan-rakan di Indonesia bahawa beliau (Anwar) yang sebenarnya mengusulkan perkara tersebut," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Ezam mengulas pendedahan beberapa blog yang mendakwa Anwar sebenarnya menawarkan kerajaan perpaduan antara Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Barisan Nasional (BN) kepada Najib dengan tiga syarat yang disampaikan menerusi bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla ketika berkunjung ke Kuala Lumpur pada 28 Julai lalu.


Tiga syarat Anwar itu dakwa salah sebuah blog, http://www.rbfonline.net adalah melantiknya sebagai Timbalan Perdana Menteri, melantik empat Ahli Parlimen PKR sebagai menteri, beliau akan memecat Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Najib akan memilih siapa pengganti kekosongan itu tetapi semuanya ditolak oleh Najib.

Anwar dalam wawancara bersama laman web Asia Sentinel pada Isnin lalu mendakwa, Perdana Menteri menghubunginya dan mencadangkan agar diadakan kerajaan perpaduan tersebut tetapi beliau menolaknya.

Mengulas lanjut, Ezam berkata, tindakan Anwar menyatakan usul kerajaan perpaduan oleh Najib tidak masuk akal memandangkan pihak yang terdesak untuk meraih kuasa adalah Anwar, bukannya Perdana Menteri.

"Anwar memerlukan kuasa untuk menyelesaikan masalahnya sendiri. Sebab itu saya tidak terkejut kerana saya cukup yakin Anwar dalam keadaan terdesak dan sebab itu dia yang mengusulkan kerajaan perpaduan supaya dapat kuasa, duduk dalam pemerintahan kerajaan," katanya.

No comments:

Post a Comment