Tuesday 26 March 2013

Anuar Kene Bayar RM3k Sebab Otak lembabnya!



Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim membayar RM3,000 kepada Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Hamzah Zainuddin ekoran penangguhan kes saman fitnah RM10 juta yang dibuat oleh Ketua Pembangkang, pada saat akhir.

Hakim Rosilah Yop yang bertegas mahu mendengar perbicaraan tersebut bagaimanapun membenarkan penangguhan yang dikemukakan oleh Anwar yang berada di Sabah melalui peguam R. Sivarasa yang mewakilinya.

Pada 22 Ogos 2008, Anwar memfailkan saman terhadap Hamzah yang ketika itu Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan kerana dakwaan mengeluarkan kata-kata fitnah dan disiarkan dalam akhbar berbahasa Cina, Kwong Wah Jit Poh bertarikh 19 Ogos 2008, dalam artikel bertajuk Anwar Harassed My Wife.

Mahkamah menetapkan 2 Mei depan untuk mendengar perbicaraan itu.

No comments:

Post a Comment